47

.
.
.

Aku mengambil tempat duduk di bangku yang terletak di tepi gelanggang ais sambil memerhati Jungkook dan Naeun yang sedang meluncur bersama di atas gelanggang ais sambil berpegangan tangan.

Rasanya dah dekat sejamlah aku tengok diorang main. Dari Naeun tak reti seimbangkan badan, sampailah dia dah boleh ikut appa dia ice skating sama-sama.

Tersenyum aku dibuatnya tengok dua beranak tu gelak sama-sama. Gaya diorang gelak sebiji.

Dari tadi jugalah aku perasan sekumpulan budak perempuan dekat sebelah aku ni, tengok-tengok Jungkook.

"Handsome siut lelaki tu."

"Comel gila dia gelak."

"Comel je dia layan budak-budak, mesti adik dia kan?"

Adik dia cakap. Apa baby face sangat ke muka laki aku ni? Mungkin muka baby face tapi badan serupa daddy. Tu yang perempuan-perempuan dekat sebelah aku ni pun tak menahan tengok.

Perempuan-perempuan dekat tepi aku ni terus hilang kewarasan bila Jungkook lalu depan kami.

Sempat Jungkook sengih dekat aku sambil kerling 'peminat-peminat' dia yang sejak tadi duduk dekat tepi aku, muka dia be like, 'cemburu ke tu?'.

"Hi."

Membulat mata aku bila Jungkook dengan confident nya tegur budak-budak perempuan dekat tepi aku ni. Siap senyum nuckal lagi, tak padan dengan anak kat sebelah!

Aku perhati je dia yang mula merapati aku, atau lebih tepat, perempuan-perempuan tu.

"Nak minta tolong boleh?" Tanyanya kepada budak-budak perempuan tadi yang tengah tergedik-gedik lepas kena 'hi' dengan abang Jungkook kita ni.

"Boleh."

Alah kemain kepit suara perempuan ni, ih kalau aku dah baling bangku ni—

"Tolong jagakan anak saya kejap boleh? Nak dating kejap dengan my wife."

Dengan sengihan dia bersuara sambil kerling aku.

Ahsjsdjks!

.
.
.

Atas paksaan yang tak berapa nak terpaksa dari Jungkook, aku masuklah juga dekat gelanggang ais ni tapi duduk tepi je, tu pun tak pakai kasut ice skate.

Tangan aku tak lepas dari pegang palang tepi gelanggang ni dengan sebelah lagi tangan pegang tangan Jungkook.

"Naeun pun lagi berani dari awaklah." Perlinya mengundang renungan maut dari aku buatkan dia tergelak.

Sempat aku kerling budak-budak perempuan tadi yang tengah layan Naeun, tolong jagakan Naeun untuk kami, entah untuk kami ke untuk Jungkook sorang pun aku tak tahulah.

" Dah-dahlah tu pegang palang tu, pegang saya kan lagi bagus, dapat pahala."

Usiknya sambil tarik tangan aku sebelum kedua-dua tangan aku digenggam. Alah, kan aku dah ter feeling macam tengah dating.

Kini sebelah tangan aku dilepaskan sebelum terasa pinggang aku dipeluk erat buatkan aku mendongak memandangnya, kelihatan dirinya turut sama menunduk sebelum dirinya tersenyum, senyuman menggoda dia gitu.

"Awak masih hutang birthday gift dengan saya. Sampai rumah nanti saya tuntut." Bisiknya dengan senyuman nuckal buatkan aku tergelak.

.
.
.

"Awak pergilah kereta dulu, saya pergi bayar parking sekejap."

Aku hanya mengangguk, sejujurnya aku pun dah tak larat ni, rasa nak balik tidur je sekarang ni.

"Naeun nak ikut appa ke omma?" Tanya Jungkook kepada Naeun yang sejak tadi berada di dalam dukungannya.

"Nak ikut appa." Rengeknya sambil memeluk erat leher Jungkook dengan kepalanya disandarkan pada bahu Jungkook buatkan Jungkook tersengih menahan tawa. Mengada-ngada eh anak dara sorang ni, kalah aku!

"Okay. Jom. Awak boleh ke pergi sendiri ni?" Tanyanya dengan matanya kini tertumpu kepadaku.

Aku hanya mengangguk.

"Hati-hati." Pesannya, sempat tangannya mengusap kepalaku sekejap, sekali lagi aku hanya mengangguk.

"Jangan rindu saya." Usiknya dengan sengihan mengundang tawa aku.

"Nak rindu apa? Macamlah sehari awak pergi bayar parking tu." Balasku buatkan dia tergelak.

"Saya pergi dulu, jumpa nanti." Pesannya lagi untuk kali yang terakhir, terukir senyuman nipis di bibirnya untukku.

Aku hanya mengangguk sebelum aku mula mengatur langkah meninggalkan dirinya dan Naeun.

Tanpa aku sedari, dirinya masih tidak berganjak dari tempatnya, memerhati aku cukup lama sebelum lambat-lambat dirinya turut sama mengatur langkah pergi.

.
.
.

Sudah lebih kurang dua puluh minit aku menunggu Jungkook dan Naeun di dalam kereta. Tak kanlah bayar parking lama sampai macam ni sekali?

Entah kenapa, aku mula rasa tidak sedap hati. Akhirnya, telefon pintar aku keluarkan dari beg tanganku, hendak menelefon Jungkook.

Baru saja aku hendak membuka telefon pintarku, kepala aku angkatkan saat terdengar bunyi siren ambulans yang cukup kuat semakin menghampiriku.

Terlihat sebuah ambulans bergerak pantas melintasi hadapan kereta buatkan rasa kurang senang di dalam hatiku semakin menjadi-jadi.

Aku menunduk, dan tanpa menunggu lama, nombor telefon Jungkook aku hubungi. Untuk beberapa detik, aku hanya menunggu dengan debaran di dada.

"Jungkook."

Pantas namanya aku seru saat panggilanku terjawab. Terasa lega saat dirinya menjawab panggilanku sekarang.

"Hello? Cik siapa ya?"

Untuk seketika, aku terdiam saat terdengar suara perempuan menyapa telingaku.

"Ini nombor telefon suami saya, awak siapa?" Tanyaku perlahan.

"Oh. Maaf saya tak tahu."

"Tak apa. Suami saya mana ya? Macam mana telefon suami saya boleh ada dekat awak?"

"Suami puan—"

"Omma."

Dapat aku dengar suara seseorang yang cukup tidak asing bagiku, memanggilku.

"Naeun." Namanya aku panggil dan dapat aku dengar dengan jelas esakan halusnya.

"Naeun, appa mana?" Tanyaku, cuba untuk bertenang.

"Appa jatuh tadi.."

.
.
.

Dengan debaran di dada, aku menunggu di ruangan menunggu hospital. Sejak tadi terasa tubir mataku sarat dengan bebanan air mataku sendiri namun sedaya-upaya aku cuba bertahan dari menangis.


Dadaku terasa sesak saat memikirkan satu kemungkinan yang cukup menakutkan aku sejak dirinya sembuh dulu.

Kemungkinan yang penyakitnya dulu menyerang tubuhnya semula.

Perlahan-lahan aku menunduk, menoleh ke sisi kiriku saat terasa tanganku yang sejak tadi di atas ribaku, diraih sebelum digenggam erat.

Air mata tak dapat aku tahan saat mataku kini bertentangan mata dengan sepasang mata milik Naeun, menatapku dengan renungan yang cukup polos.

"Appa akit ke?" Dengan naif dirinya bertanya kepadaku, terlihat matanya mula berkaca, hendak menangis.

Aku tersenyum hambar sebelum aku menggeleng perlahan. Pipi aku usap lembut.

"Taklah, appa okay, appa cuma tak sihat.." Tuturku perlahan, cuba meyakinkannya.

Terasa sebak saat menatap versi kecilnya sekarang buatkan aku terfikir, mampu kah aku untuk terus kuat andai kata, apa yang aku takuti selama ini betul-betul terjadi?

.
.
.

90 votes, 200 komen baru sis update. Saja nak demand HAHAHA

Ada apa-apa luahan hati tak pun ketidak puasan hati anda dengan cerita ni ataupun penulisnya sendiri? Ha sila maki di sini, HAHA

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top