46
.
.
.
Sementara Jungkook mandi, aku gunakan masa yang ada ni dengan prepare hadiah hari jadi untuk dia. Tahun ni hadiah aku untuk dia special sikit, kena tunggu enam bulan lagi baru sampai.
Gambar scan ultrasound kandunganku yang aku simpan sejak appointment pertamaku di klinik tempoh hari aku letakkan di dalam kotak bersaiz kecil, sebagai tambahan aku letak juga stokin baby yang pernah dipakai oleh Naeun saat dirinya masih bayi dulu.
"Omma buat apa?"
"Prepare birthday gift untuk appa."
"Wah, nak tolong!"
"Meh sini."
Tubuh Naeun aku peluk dengan sebelah tanganku sebelum atas kepalanya aku kucup saat dirinya mengambil tempat duduk di atas ribaku.
"Adik!"
Tergelak aku bila Naeun menjerit teruja bila nampak gambar ultrasound kandunganku. Tak sangka dia masih ingat. Tapi tak dinafikan juga yang Naeun ni ada daya ingatan yang kuat, ikut ayah dia agaknya.
Aku hanya membiarkan saat tangannya mula mencapai gambar scan ultrasound tersebut. Dengan dagu aku rehatkan di atas kepalanya, aku turut sama menatap gambar tersebut dengan senyuman.
"Omma." Panggilnya seraya mendongak memandangku.
"Hmm?"
"Dulu Naeun pun duduk dalam gambar juga ke sebelum Naeun lahir?"
Tergelak aku dibuatnya saat dirinya polos bertanyakan soalan tersebut kepadaku.
"Taklah. Naeun dulu duduk dalam perut omma sebelum Naeun lahir. Kat dalam ni." Terangku sambil mengundur sedikit sebelum tangan aku letakkan di atas perutku sendiri.
Buat masa ni, aku cakap jelah dalam perut, kang cerita sampai rahim, payah juga aku nak terangkan rahim tu apa dekat si kecik ni.
" Ohh, tapi nape adik kat sini? " Tanyanya sambil mula duduk menghadapku. Jari telunjuknya mula menunding ke arah gambar ultrasound di tangannya buatkan aku tersenyum.
"Bukan. Itu cuma gambar adik dalam perut omma. Sekarang ni, adik dekat dalam ni, bukan dekat situ." Terangku lagi sambil jari aku menunding ke perut aku sendiri.
"Ohhh."
Terangguk-angguk dia sambil pandang perut aku buatkan aku tergelak.
"Omma."
"Iya, sayang."
"Nak anya agi."
"Hmm, tanyalah." Balasku lembut seraya tanganku mengusap lembut rambutnya.
Memang dah jadi kebiasaan buat aku dan Jungkook, melayan setiap persoalan dari Naeun tanpa jemu walaupun kadang-kadang soalan dia sungguhlah di luar kotak, KBAT pun kalah.
"Macam mana adik boleh ada dalam perut omma?"
Aduh.
Dah mula dah.
.
.
.
"Jangan bagitahu appa tau."
"Okay."
"Janji?"
"Janji."
"Pinky promise."
"Inky omise."
Aku dengan Naeun sama-sama kaitkan jari kelengkeng kami sebelum kami sama-sama mengangguk.
Jungkook yang baru saja selesai menyarungkan baju ke tubuhnya menoleh memandang kami sebelum dirinya tersenyum kecil.
"Hah, dua beranak ni bincang apa ni dari tadi?" Tanyanya seraya mengatur langkah mendekati kami yang sejak tadi duduk di atas katil.
Nasib baik sempat nyorokkan hadiah dia dalam beg aku tadi, kalau tak dah tak sursupuris nanti.
"Mana ada apa-apa, kan Naeun kan. Kita-kita je boleh tahu kan."
"Haah, appa tak boleh. Eun dengan omma je."
Tergelak aku dengan Jungkook bila Naeun pun ikut sekali melayan aku.
"Hmm, yelah. Kita sorang-sorang je dekat sini, tak ada geng. Kesian kita. Pasni saya nak anak lelaki saya tak kira, at least saya ada geng nanti."
Sempat pula dia demand dekat aku sambil baring dekat sebelah aku buatkan aku tergelak. Aku hanya membiarkan saat dirinya merehatkan kepalanya di atas pehaku.
Eloklah tu, anak beranak berebut peha aku. Sorang duduk dekat sebelah peha aku menghadap aku, sorang lagi letak kepala dekat peha sebelah aku menghadap perut aku.
"Jangan minta kat saya. Yang tentukan baby kita laki ke perempuan, sperm awak tahu."
"Shhh, depan anak ni." Tegur Jungkook dengan tawa tak dapat ditahan. Naeun ikut gelak sekali, eh macam faham si kecik ni.
"Eee lemak." Selamba badak Jungkook body shaming aku sambil cuit perut aku yang memang dah nampak berisi sikit berbanding selalu, ish! Aku punya baby bump, dia kata lemak? Sabo jelah.
"Jungkook! Naeun tengok appa, ejek omma!"
Lengan Jungkook aku pukul namun cukup perlahan buatkan Jungkook tergelak.
"Tabaiklah appa ni." Pesan Naeun sambil menggeleng kepala dengan matanya dibulatkan, memberi amaran kepada Jungkook buatkan aku dan Jungkook tergelak.
"Naeun,Naeun. Nanti kalau Naeun ada adik, Naeun nak adik lelaki ke perempuan?" Tanya Jungkook buatkan aku tersenyum.
"Perempuan!"
"Alahhh, tak mahulah. Nanti siapa nak geng dengan appa kalau semua perempuan?" Rungut Jungkook, dah macam budak-budak gaduh dengan anak sendiri buatkan aku tergelak lagi.
Rambutnya aku usap perlahan dengan kepalanya masih direhatkan di atas pehaku, menghadapku.
"Naeun kan ada." Balas Naeun sebelum dengan comelnya dia menunduk astu dahi appa nya dikucup buatkan aku dan Jungkook tergelak. Kali ni kepala Naeun pula aku sentuh sebelum rambutnya aku usap perlahan.
Aku hanya tersenyum mendengar perbualan dua beranak ni sambil kedua-dua tangan aku setia mengusap lembut rambut mereka. Sesekali aku tergelak bila dua beranak ni bergaduh, berebutkan aku.
Dalam diam, wajah Jungkook aku tatap lama dengan senyuman halus terukir di bibirku dan tanpa aku sedari, tubir mataku mula terasa sarat dengan air mataku sendiri.
Dah mulalah dah aku punya emotionally unstable time pregnant.
.
.
.
"Nak makan apa? Seafood?"
"Eee, tak naklah, hanyir."
Terkebil-kebil Jungkook yang tengah drive dekat sebelah aku ni bila aku cakap macam tu tapi sumpah aku cakap, bayangkan bau dia je dah buat aku nak muntah.
"Pelik." Komennya dengan dahinya yang berkerut.
"Habis nak makan apa ni?"
"Ikut awaklah, kan birthday awak, mana yang buat awak happy, saya ikut kan je."
"Kita makan chinese food nak?"
"Tak naklah."
"Thailand food?"
"Nope, tak mau."
"Hmm, western?"
"No thanks."
"Habis tu awak nak makan apa?"
"Tak kisah, ikut awak."
"Seriously? Tak kisah tapi semua suggestion saya awak tolak. Adakah ini definisi 'tak kisah' bagi kaum perempuan? Jeon Naeun, pendapat anda?"
Tanya Jungkook sambil pandangannya tertumpu pada pantulan imej Naeun yang terbias pada cermin sisi depan kereta.
" Haah, tak kisah. "
Tergelak aku dengar Naeun dengan cerianya menjawab buatkan Jungkook ketawa reda.
"Dahlah, kita makan mamaklah macam ni." Rungutnya buatkan aku tergelak.
Tiba-tiba aku terbayang satu makanan ni, buatkan perut aku berbunyi. Adakah ini dikira mengidam.
"Jungkook."
"Hmm?"
"Jom makan mcd nak tak?"
"Fast food? Kenyang ke? Macam tak je—"
Terdiam dia bila toleh-toleh je pandang aku, aku tayang muka nak nangis. Jangan main-main, aku tengah emosi ni.
"Yalah, yalah, anything for my love."
.
.
.
Lepas makan dekat Mcd tadi, terus Jungkook ajak aku dengan Naeun pergi gelanggang ais yang memang sedia ada di dalam mall ni.
Katanya dah lama tak main ice skate, tak pernah pula aku tahu dia reti main ice skate. Laki aku ni memang serba boleh ke apa?
"Jom main sama-sama nak?" Ajak Jungkook saat kami mengatur langkah mendekati kaunter.
Dia punya excited pandang aku dengan Naeun, nak ajak kitorang main sekali.
"Nak!"
"Yeay! Jom!" Tergelak aku tengok dia punya happy time Naeun nak temankan dia main, terus dia angkat tubuh Naeun sebelum pipi Naeun dikucup lembut.
"Awak pun main sekali eh?" Ajaknya kepadaku buatkan aku laju menggeleng. Buat hal, dahlah kandungan aku baru nak masuk second trimester.
Tapi tak boleh salahkan Jungkook juga, sebab dia bukan tahu pun. Aku pun satu, boleh pula lupa nak kasi dia aku dekat dia tadi. Maklumlah, bila makanan dah depan mata, Jungkook pun aku lupa.
"Alah." Dia tayang muka sedih astu pandang Naeun, nak raih simpati kat anak sendirilah tu.
Tahu yang appa dia sedih, terus Naeun pegang kedua-dua belah pipi Jungkook sebelum pipi kanan Jungkook dikucup lembut dan perlahan.
"Sini sekali." Arah Jungkook sambil tayang pipi kiri dia dekat depan Naeun buatkan aku yang tergelak. Gedik betul. Naeun pun melayan je.
"Jom kita main, tak yah ajak omma, majuk. Huh."
Sempat dia jeling manja dekat aku astu tinggalkan aku terkebil-kebil dekat tepi gelanggang ais ni.
Aku yang pregnant, dia yang emo.
.
.
.
MAT RAYE SEMUA HAHA
Nak sis update tak esok? :')
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top