45

.
.
.

Masuk saja ke dalam rumah Jungkook, aku mengambil tempat duduk di ruang tamu.

Sebenarnya nak bagi peluang dekat Jungkook untuk bercakap dengan aku sebab sejak dalam kereta tadi, aku nampak dia teragak-agak nak bercakap dengan aku.

Aku pula lebih memilih untuk berdiam diri. Akhirnya kami langsung tak bersuara sejak tadi.

Teragak-agak dia mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku pula masih tidak memandangnya namun pada masa yang sama, menunggunya untuk bersuara dulu.

Halah-halah kalau macam ni bila nak habisnya? Mahu seratus bab pun tak habis cerita ni nanti. Kalah sinetron hero mati hidup balik.

Dapat aku dengar keluhannya perlahan buatkan aku rasa bersalah. Mesti otak dia dah serabut, aku pula serabutkan lagi. Sedangkan aku tahu, dia hanya mangsa keadaan sekarang ni.

"Yerim."

Akhirnya namaku diseru perlahan. Aku dengan egoku, masih tidak memandangnya. Sekali lagi dapat aku dengar keluhannya perlahan.

Sedikit tersentak saat tangannya menyentuh tanganku yang sejak tadi berada di atas ribaku sebelum tanganku digenggam lembut.

Dia ni nak berbincang ke nak menggoda aku?

"Awak masih marahkan saya?"

Sejujurnya, aku langsung tak marahkan dia. Cuma aku kecewa dengan dia tapi itu pun dah beransur-ansur hilang lepas aku tengok kesungguhan dia nak kekalkan hubungan kami tadi.

"Saya tahu tindakan saya malam tadi dah menyakitkan hati awak, saya dah buat awak menangis, saya minta maaf."

Permohonan maafnya kedengaran cukup jujur buatkan hatiku terusik.

"Pandanglah saya." Pujuknya lagi.

"Kalau awak tak pandang saya, selagi tu saya tak boleh maafkan diri saya."

Alah, dia mengugut pula.

Akhirnya aku pun toleh pandang dia, kelihatan dia tersenyum.

"Apa senyum-senyum?" Usikku buatkan dia tersengih pula.

"Sayang juga awak dekat saya eh?" Balasnya sambil tersengih.

Aku tayang muka tak reda. Mengada-ngadanya dia sekarang. Lain benar dari masa mula-mula kenal dulu.

"Tak sayang pun." Balasku sambil jeling dia namun dia masih dengan sengihannya.

"Cakaplah apa awak nak cakap, saya tetap sayangkan awak."

Dasar lonely sejak bayi, spontan aku tersengih suka buatkan Jungkook ketawa.

.
.
.

Hari ni aku nak beli barang keperluan aku untuk aku bawa ke kolej. Eloklah tu, esok nak balik, hari ni baru nak beli. Preparation last minute memang terbaik.

" Kan saya dah cakap saya boleh pergi sendiri. Bukan banyak barang pun saya nak beli."

"Suka hati sayalah. Jangan nak perasan, saya ikut sekali ni pun sebab saya pun nak cari barang saya. Sekali jalan apa salahnya."

Aku jeling dia, dia jeling aku. Lately ni perangai annoying dia datang balik. Mungkin kepala dia ada terhantuk dekat mana-mana objek tumpul.

" Dah tu, pergilah cari barang awak tu. Shuh, shuh. " Halauku.

" Apa mall ni awak punya? Suka hati sayalah nak pergi mana. Awak tu yang ikut saya dari tadi. Shuh shuh. " Dia pula balas,sempat pula tu dia mengajuk gaya shuh shuh aku.

Pantang keturunan datuk nenek aku orang mengajuk aku. Terus aku cekak pinggang.

"Jangan mengajuk saya!" Marahku.

Then dia mengajuk pula gaya aku cekak pinggang. Lagi menghina bila dia tunduk, saja nak cakap aku pendeklah tu!

"Kalau saya tak nak?" Tanyanya dengan keningnya terangkat sebelah, bibirnya tersengih nakal.

Fanfiction apakah ini?

Handsome pula dia buat muka macam tu. Ish kau ni Yerim kalau dah sayang, dia buat muka tahan kentut pun handsome kat mata kau!

"I'll missing you a lot. Siapa jelah yang berani menyakat saya selain awak?" Tanyanya buatkan hati aku dah macam semak-samun berbunga-bunga.

"Awak ni nak temankan saya beli barang atau nak mengayat saya dekat tengah mall?" Marahku, acah-acah marah sebenarnya.

"Tepi sikit, social distancing." Aku tolak tubuh dia sikit agar ke tepi dan dia buat muka gatal pulak padahal aku sentuh sikit je, dasar keli.

Tapi aku tahu dia sekadar mengusik aku sebab dia tahu aku selalu malu nak sentuh dia, selalu dia jelah yang start skinship antara kami.

Tapi apa yang buat aku terharu tentang dia, dia hormat aku. Dia tak pernah buat lebih selain pegang tangan aku dan peluk aku, tak pernah lebih dari tu.

.
.
.

"Jungkook, kalau orang tanya cincin ni macam mana?" Tanyaku kepadanya saat kami sedang menikmati makanan di francaise KFC.

"Cakap jelah awak terjumpa cincin tu dekat tepi jalan." Balasnya selamba sambil makan.

"Jungkook." Aku tayang muka bosan. Sumpahlah dia langsung tak berubah, sama je macam dulu.

"Yerim, lelaki dekat depan awak sekarang ni siapa?" Tanyanya sambil tunjuk diri sendiri.

"Entah."

Terus dia berhenti makan, mulalah tayang muka sedih arnab sesat dia tu. Ini yang lemah ni.

"Tunang saya?" Tekaku buatkan kedua-dua pipi dia naik, tersenyum suka. Alahhh laki siapa ni kiot sangat aaaa. Aku meroyan sendiri pula.

"Then just tell them that you're already engaged with me, pastikan awak bangga dan riak time cakap tu. Awak bertuah tau sebab dapat saya." Sambungnya bongkak dan takbur.

Rasa nak bangun, panjat meja and then mengamuk. Dia ni kan, orang betul-betul, dia main-main pula.

" Jungkook, saya seriuslah. "

" Saya pun serius, sayang. "

Aku rasa aku dah kena stop pakai earphone selalu, aku salah dengar agaknya. Dia cakap sayang ke tadi? Siapa? Aku?

"Just tell them, you already engaged. Nak sebut nama saya atau tak, itu terpulang pada awak okay? Saya tak akan paksa. Saya faham."

Terharu bila dia cakap macam tu, lembut saja tutur bicaranya.

"Saya kalau boleh tak nak orang tahu dulu. Macam awak cakap dulu, tak nak campur adukkan personal life dengan kerjaya awak." Tuturku perlahan, takut dia tak sependapat dengan aku.

"Alright. Saya hormat keputusan awak. Then, I'll keep my fiancé's identity remain unknown. Lagi pun kalau awak tak cakap macam tu pun, saya still akan treat awak macam student lain dalam kelas, I'm professional. "

Tenang saja dia bersuara, macam aku tengah bercakap dengan side lecturer dia pulak.

"So tak ada soalan bocor ke apa untuk saya? " Tanyaku, masih nak cari peluang.

"No, but I'll give you an extra class for free if you want."

Macam lagi menyusahkan aku je tawaran dia tu. Dah dapat bayangkan kena ketuk dengan pen merah dia.

"Tak apalah. Terima kasih jelah."

Balas aku dengan muka reda buatkan Jungkook ketawa.

"Esok awak hantar saya eh?" Pintaku. Saja nak menggedik.

"Okay." Balasnya pendek.

"Janji eh?" Tanyaku tak puas hati.

"Iyalah, sayang. Saya janji."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top