43
.
.
.
"Awak dah ngantuk ke?" Tanya Jungkook, mungkin sedar yang aku sejak tadi tak berhenti menguap, mata aku pun dah berair.
Tapi aku cuma menggeleng.
"Lepas majlis ni habis, saya bawa awak jumpa family saya, okay?" Tanyanya lembut dan aku hanya mengangguk.
Kelihatan dia tersenyum sebelum tanganku digenggam dan dibawa ke ribanya, tersorok di bawah meja.
Dapat aku lihat keluarga Jimin dan keluarga Yumi sudah mula naik ke atas pentas.
Kelihatan pula Somi berlari-lari anak ke arah kami, mesti nak bawa Jungkook sekali naik pentas.
"Abang, omma suruh naik pentas." Bisik Somi kepada Jungkook namun cukup untuk aku dengari.
"Malaslah. Kau orang jelah naik, macamlah majlis ni tak jalan kalau tak ada aku." Rungut Jungkook.
"Jomlah, abang. Acara dah nak start tu."
"Jungkook, pergilah." Aku pula memujuk, kesian pula tengok Somi.
"Malaslah."
Dia ni kan, degil tau. Eeee, geram.
"Kalau sayang saya, pergi cepat." Ugutku tanpa pedulikan Somi yang dah tersengih.
Mana taknya, selama ni aku dok tepis segala tuduhan sekali kau, jadi bakal kakak ipar dia aku dibuatnya.
Jungkook mengeluh sebelum dia berdiri.
Tak sangka menjadi pula ugutan aku.
"Yalah, yalah. Jom cepat." Ucapnya malas sambil menolak lembut bahu Somi agar berjalan dengannya menuju ke pentas.
"Thanks, kak."
Ucap Somi sambil kenyit mata dekat aku. 'Kak' nenek engkau, eh tak pasal-pasal halmeoni kena.
.
.
.
Aku hanya memerhati keluarga Jungkook dan Jimin serta keluarga Hana dan Yumi yang sudah berdiri di atas pentas.
Menyampah bila nampak perempuan yang sedang berdiri di sebelah Jungkook.
Siapa lagi, bekas tupperware dialah, Hana. Punyalah banyak ruang, nak juga berdiri sebelah Jungkook. Huh.
Tuan Park, ayah kepada Jimin dan Jungkook sebagai wakil tuan rumah, mula mengucapkan terima kasih kepada para tetamu.
Sempat aku bermain mata dengan Jungkook yang sedang berdiri di atas pentas. Sesekali berbalas senyuman.
Somi yang perasan kegedikan kami, mula cubit Jungkook dalam diam buatkan aku ketawa saat melihat Jungkook mengaduh sakit.
"Sebenarnya majlis malam ni dibuat bukan hanya untuk meraikan Jimin dan Yumi saja. Sebenarnya ada lagi satu pasangan dalam majlis ni."
Kini semua tertumpu sepenuhnya pada Tuan Park. Termasuklah aku.
Boleh nampak ahli keluarga Jungkook yang lain sudah keliru semacam manakala keluarga Yumi sudah tersenyum-senyum, termasuk Hana.
Sempat Jungkook toleh pandang aku, merenung aku lama sebelum dia kembali memandang Tuan Park.
"Sebenarnya malam ini juga, kami ingin melangsungkan majlis pertunangan antara anak saya, Jeon Jungkook dengan Kim Hana."
Darahku berderau di saat mendengar pengumuman itu. Wajah ceria Tuan Park aku renung tak percaya.
Pandangan aku talakan pula pada Hana yang sedang tersenyum bahagia sebelum dirinya menoleh memandang, Jungkook..
Kini mataku bertentangan dengan sepasang mata milik Jungkook yang turut sama sedang merenungku, tekejut dan keliru dengan pengumuman itu.
Dapat aku lihat Jimin, Somi dan Puan Jeon turut memandangku, tampak bersimpati denganku.
Dalam sekelip mata, dapat aku lihat Hana mula menyarungkan cincin ke jari manis milik Jungkook.
Sikit pun Jungkook tidak mengelak mahupun membantah. Dia hanya diam, memerhati Hana. Dirinya tampak keliru.
Disaat Hana menghulurkan cincin kepadanya untuk dirinya pula menyarungkan cincin ke jari manis perempuan itu, dirinya menoleh memandangku, merenungku lama.
Apa awak buat ni Jungkook?
Rintihku perlahan. Mataku mula berkaca saat bertatapan mata dengannya sekarang.
Tak sedikit pun dia membantah.
Terkilan saat dirinya menunduk dan mula menyarungkan cincin ke jari manis perempuan itu.
Tepukan gemuruh diberikan saat mereka sah bertunang namun sekelilingku terasa cukup hening buatku.
Di dalam keriuhan itu, aku hanya berbalas pandangan dengan dirinya yang tampak bersalah denganku.
.
.
.
"Kau nak pergi mana, Yerim? Dah malam ni, biarlah abang aku yang hantar kau balik."
Sejak tadi Somi tak habis-habis menghalang aku balik terlebih dahulu. Entah sebab dia memang risaukan aku atau abang dia yang suruh.
"Tak payahlah. Dia sendiri sibuk dengan tunang dia." Ucapku dengan mataku mengerling sekilas dirinya yang sedang berdiri bersama Hana tidak jauh dariku.
Kelihatan dirinya asyik memandang ke arahku, wajahnya jelas menunjukkan yang dirinya tidak gembira namun dirinya masih melayan tetamu yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada mereka.
"Yerim, kami sumpah tak tahu yang ayah kami nak tunangkan abang aku dengan Kak Hana. Aku pasti, abang aku pun tak tahu."
"Tak payah nak terangkan apa-apa dekat akulah. Abang kau sendiri tak cakap apa-apa. Aku nak balik and please, jangan halang aku." Rayuku.
Bila-bila masa saja takungan air mata yang aku tahan sejak tadi ini bakal pecah dan aku tak mahu menangis di hadapan mereka sekarang.
Aku tak nak nampak lemah.
"Yerim—"
"Somi,please." Rayuku lagi, semakin sesak dadaku menahan tangisan.
Akhirnya Somi hanya diam, membiarkan aku mengatur langkah pergi. Sebaik saja aku sudah keluar dari perkarangan rumah tersebut, teresak-esak aku menangis tanpa suara.
"Yerim!"
Semakin cepat langkah yang aku atur saat aku mendengar suaranya memanggilku. Jungkook.
"Yerim, stop."
Tuturnya saat dia menghampiriku, tangannya mula menarik tanganku namun pantas aku menarik tanganku semula.
Wajahnya yang tampak rasa bersalah denganku aku renung tajam.
"Apa awak nak?! Pergi baliklah dekat tunang awak tu!"
"Tunang saya ada dekat depan mata saya sekarang ni, Yerim."
"Cukuplah dengan kata-kata manis awak tu, Jungkook! Untuk apa awak melamar saya malam ni, bawa saya ke sini? Nak sakitkan hati saya?!" Tanyaku dengan tangisan.
"Yerim, aku sendiri tak tahu yang ayah aku nak tunangkan aku dengan Hana."
"Then, you still go for it? Atau awak memang suka bila ditunangkan dengan dia, sebab tu awak tak cakap apa-apa tadi?"
"What did you expect from me? Mengamuk depan semua orang tadi?"
"Atleast you can tell everyone that you already proposed me, Jungkook.." Rintihku perlahan, meluahkan rasa kecewaku padanya.
Kelihatan dia hanya diam, merenungku. Semakin jelas raut wajahnya yang tampak bersalah denganku.
"Pergilah, I need my time alone."
"Yerim.."
"Just go." Ucapku dengan mata yang terpejam, tidak mahu melihatnya lagi.
"Biar saya hantar awak balik."
"Just go, Jungkook!" Marahku dengan mata aku celikkan. Turun naik nafasku menahan rasa.
Kelihatan dia merenungku dengan renungan yang turut sama bengang sepertiku.
Tanpa mempedulikan aku, langkahnya diatur menuju ke keretanya yang terletak berdekatan kami.
Remote control pada kunci kereta ditekan sebelum pintu kereta bahagian penumpang dibuka.
"Masuk, saya hantar awak balik."
"No—"
"Don't make me force you."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top