41

.
.
.

"Choi Yerim, cepat sikit boleh tak? Kau buat apa dalam bilik tu?"

Jungkook dah mula membebel dari luar. Aku betulkan rambut aku untuk kali terakhir sebelum aku keluar dari bilik. Nervous sebenarnya nak tunjuk muka dekat Jungkook sekarang.

"Akhirnya keluar jugak, aku ingat kau dah masuk dalam cermin tak jumpa jalan keluar." Perlinya sebelum dia memalingkan tubuhnya menghadapku.

Perlahan-lahan aku berjalan menghampirinya dengan tanganku mengangkat sedikit kain dress yang labuh buatku.

Kelihatan Jungkook terpegun melihat aku. Entah terpegun ke terkezut tengok aku pun, aku tak tahu.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanyaku segan saat aku berdiri betul-betul di hadapannya.

"Kau siapa?" Tanyanya, aku tahu dia mengusik aku.

"Jungkook, ini sayalah Yerim." Balasku bosan buatkan dia tersengih.

"Cantik tak saya hari ni?" Tanyaku sambil posing kiri, kanan sikit.

"Tiap hari aku nampak kau buruk gila, hari ni aku kasi can lah, kau nampak buruk sikit, sikitlah sikit."

"Jungkook!" Marahku, tak pasal-pasal lengan dia aku tampar buatkan dia mengaduh sakit sebelum dia pandang aku terkejut.

"Oh, kau dah pandai pukul aku eh sekarang? Babap nanti." Ugutnya, eleh ingat aku takut ke.

"Nah." Telefon milikku aku hulurkan kepadanya.

"Buat apa kasi aku?" Tanyanya tak faham.

"Tangkapkan gambar sayalah tak kan minta awak selpie pulak?" Perliku buatkan dia mencebik.

"Setakat guna android tak payah nak riaklah, dah berdiri depan dinding sana, biar Iphone buat kerja." Halaunya sambil keluarkan telefon pintar buah epalnya. Amboi riaknya dia.

Aku jeling dia tapi aku ikutkan juga.

"Senyum elok-elok. Tu senyum ke nak nangis tu, senyum elok-elok boleh tak?"

Membebel pula orang tua ni, entah reti ke tak tangkap gambar tu. Sesekali aku nampak dia senyum-senyum sambil tangkap gambar aku. Entah-entah dia bodoh-bodohkan aku padahal dia selfie.

" Nah, tengok. "

Dia menghampiri aku sebelum gambar aku ditunjukkan kepadaku.


"Cantik tak aku tangkap gambar?"

"Bolehlah. Nak pulak saya memang cantik." Balasku riak.

"Nasib baik phone ni phone aku kalau tak dah lama aku lempar ke dinding. Dah cepatlah! Sibuk nak ootd!"

Aku ketawa saat dia mengamuk dengan langkahnya diatur menuju ke pintu utama rumah.

.
.
.

Luar kawasan rumah keluarga Jungkook sudah dipenuhi dengan kereta, apatah lagi perkarangan rumahnya yang sudah dipenuhi manusia. Dah macam majlis kahwin.

Enjin kereta dimatikan dan baru saja aku hendak membuka pintu, terasa tangan Jungkook menyentuh tanganku.

"Wait."

Kepala aku angkatkan memandangnya. Kelihatan dia seperti sedang memikirkan sesuatu sebelum dia memandangku.

"Sebelum masuk ni, aku ada something nak bagi kau."

Aku mengeluh.

"Jungkook, dahlah. Jangan bagi saya macam-macam, cukuplah apa yang awak bagi pada saya selama ni, lebih dari cukup, Jungkook." Marahku namun dia hanya diam.

Aku hanya memerhatinya mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Kini dapat aku lihat kotak kecil berwarna ungu gelap dikeluarkan dari kocek seluarnya.

Kotak cincin?

" Tapi yang ini lain.. "Tuturnya perlahan tanpa memandangku.

" Aku nak bagi kau ni.. Sebagai tanda yang aku serius dengan kau.." Tuturnya lagi buatkan aku terkedu.

"Aku tahu aku tak pernah kata yang aku sukakan kau, aku sayangkan kau, apatah lagi aku cintakan kau tapi aku harap kau nampak yang selama ni aku ada perasaan dekat kau."

Wajahnya aku renung lama, tak percaya dengan kata-katanya namun dia masih menunduk.

"Kau percaya cinta pandang pertama?" Tanyanya kepadaku saat dia menatap mataku buatkan debaran jantungku semakin jelas berdetak laju.

Aku menggeleng perlahan, menjawab soalannya. Kelihatan dia tersenyum.

"Samalah, aku pun tak percaya tapi sampailah aku jumpa kau malam tu, aku mula percaya adanya cinta pandang pertama."

"I love you, Choi Yerim, with all my heart, I love you." Tuturnya perlahan.

Sebaik saja kata-kata itu dilafazkan, dia mula membuka kotak itu sebelum terlihat sepasang cincin terletak elok di dalam kotak tersebut.

Dia melamar aku?

"After you accept this, we'll tell my family tonight that you're officially my fiancé."

Dengan senyuman, dia bersuara. Aku turut sama tersenyum namun cepat saja mataku mula ditakungi air mata. Cukup tersentuh dengannya sekarang. Kelihatan dia tertawa saat melihat aku mula berlinangan air mata. Jahat tau dia ni.

" Awak melamar saya? "Tanyaku, dia mengangguk tanda mengiyakan, senyuman tidak lepas dari bibirnya.

" Selama ni awak cintakan saya? "Tanyaku dan dia mengangguk lagi.

" Kau tak perasan? "Tanyanya dengan sengihan. Huaaa tak pasal-pasal aku menangis. Dia ketawa lagi.

Dia tak suruh aku berhenti menangis, hanya membiarkan aku menangis di hadapannya. Sesekali tangannya mengesat lembut air mataku.

" Tapi saya baru 19 tahun. "

" Aku pun baru 23. Tak apalah, aku bukan ajak kau kahwin sekarang. Lepas kau habis study baru kita kahwin."

"Sanggup ke tunggu saya?"

Dia mengangguk yakin.

"Bak kata Christina Perri, seribu tahun lagi pun aku sanggup tunggu."

Sempat pula dia melawak.

Akhirnya aku menangis lagi,lantaklah eyeliner cair ke apa. Ini semua salah Jungkook. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu buatkan aku semakin sebak.

"Awak sanggup ke terima saya sedangkan awak tahu apa yang jadi pada saya? Saya tak sempurna, Jungkook.."

"Aku pun tak sempurna, Yerim.."

"Aku terima kau apa adanya dengan harapan kau pun boleh terima aku apa adanya.." Tuturnya perlahan.

"Macam mana kalau saya tak boleh happy kan awak?"

"Sekarang ni pun aku dah cukup happy dengan kau."

Huaaa sejak bila dia sweet talker macam ni?

"So..?"

Tanyanya lagi saat masih tiada jawapan untuk lamarannya. Aku sedut hingus aku sebelum aku terangguk-angguk. Dia ketawa.

Salah satu cincin yang bertakhtakan berlian kecil dikeluarkan dari kotak tersebut sebelum disarungkan ke jari manisku.

"Saya tengah mimpi ke?" Tanyaku saat cincin tersebut sudah tersarung elok pada jari manisku.

"Nak saya cubit awak?" Tanyanya buatkan aku ketawa.

"Jap, jap, awak bahasakan diri apa tadi? Awak-saya?" Usikku. Alahai comel je, lembut je dekat telinga aku ni.

"Haah. Apa? Nak usik sayalah tu." Ucapnya sambil jeling aku dan aku hanya tersengih.

Tanpa disuruh, aku pula ambil cincin yang sejak tadi di dalam kotak sebelum aku sarungkan ke tangannya.

Tatkala cincin tersebut tersarung elok di jari manisnya, kepala aku angkatkan memandangnya. Kelihatan dia sudah merenungku terlebih dahulu.

Kami sama-sama berbalas senyuman.

"So lepas ni kalau awak jadi lecturer saya lagi, bolehlah bagi saya soalan bocor." Usikku dengan kepala aku sengetkan sedikit, buat-buat comel.

"Banyak cantik muka awak." Saja nak mengusik aku, dia pun tiru aksi aku, senget-sengetkan kepala. Huaaa tak dinafikan lagi comel dia.

"Awaklah ni! Habis comot muka saya." Marahku sambil buka kamera telefon.

"Tak payah nak cantik-cantik sangat, jangan lupa awak tu dah jadi tunangan orang."

"Oh, ek?" Balasku pendek. Rasa janggal pula. Mana taknya, tiba-tiba saja dia melamar aku, dalam kereta pula tu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top