41
.
.
.
Perlahan-lahan mata aku celikkan, dengan rasa mamai yang masih belum surut, mata aku sepetkan, memerhati sekeliling.
Sampailah aku tersedar yang Naeun tak ada dekat sebelah aku.
"Naeun?" Terus terduduk aku dibuatnya dengan mata aku mula membulat, mencarinya.
Terdengar tawa seseorang buatkan aku menoleh. Terlihat Jungkook yang baru saja keluar dari tandas, sedang memerhatiku dengan tawanya yang masih berbaki.
"Tulah, tidur petang lagi." Usiknya seraya mengambil tempat duduk di hadapanku di atas katil.
"Naeun mana?" Tanyaku laju buatkan dirinya tersengih.
"Saya dah hantar dia dekat rumah omma tadi."
"Hah?" Spontan aku bersuara.
"Tak bincang dengan saya dulu pun."
"Haih, dah try kejut dah tadi, tak bangun-bangun, macam mana nak bincang?" Perlinya seraya menjeling aku sebelum dirinya mengesot naik ke atas katil, baring di sebelahku.
Aku jeling dia.
Rambut basah, muka bersih, ni mesti baru lepas mandi ni. Ni yang lemah ni. Bau sabun dan syampu dari tubuh dia buat aku lemah lutut, takut tergolek je aku kalau turun katil sekarang ni.
"Cantik dress. Siapa bagi?" Tanyanya dengan sengihan buatkan aku menunduk melihat tubuhku, baru perasan yang aku masih pakai dress time tertidur tadi.
Aku toleh pandang Jungkook. Kelihatan dia masih leka merenungku dengan senyuman buatkan aku segan sendiri.
Baru perasan dah lama tak berdua dengan dia, selalu adalah budak kecik tu menyelit antara aku dengan dia.
"Adalah sorang lelaki tu, tak reti tackle saya, tu yang dia try saya pakai barang tu, belikan saya dress lah, ajak saya makanlah, kalau suka saya cakap jelah suka en tapi tulah, poyo en poyo."
Balasku selamba mengundang tawanya sebelum terasa tubuhku ditarik.
Tergelak aku dibuatnya saat aku jatuh ke dalam dakapannya sebelum leher aku jadi mangsa ciumannya, mesti dia tahu sangat aku paling geli bila kena cium dekat leher.
" Jungkook dahlah, gelilah!"
"Oh, poyo eh? Siapa poyo, cakap sekarang!"
Dia ingat aku Naeun agaknya, habis muka dengan leher aku kena kiss dengan dia, sesak nafas aku dibuatnya.
Akhirnya dia lepaskan aku juga buatkan aku dengan dia sama-sama tergelak sebelum dia tarik aku balik dalam pelukan dia.
"Yerim."
"Hmm?"
"Kita keluar makan nak?" Tanyanya perlahan buatkan kepalaku terangkat, memandangnya.
Cair sekejap tatkala tatapan matanya menikam lembut anak mataku.
"Berdua je?" Tanyaku buatkan dia tertawa perlahan sebelum dirinya mengangguk kecil.
"Berdua je." Balasnya lembut buatkan aku tak dapat menahan sengihan.
"Sekarang?" Tanyaku lagi namun dia menggeleng.
"Nantilah.." Perlahan dia bersuara seraya mendekatkan wajahnya ke wajahku.
.
.
.
"Selalu awak yang masakkan untuk saya kan? Malam ni, biar saya yang masakkan untuk awak."
Dengan sengihan dirinya bersuara, sempat dia kenyit mata dekat aku sambil sinsing lengan baju dia.
Senyuman tak dapat aku tahan buatkan dia tergelak. Sukalah tu buat aku malu-malu kucing depan dia.
Setelah memastikan air di dalam steamboat betul-betul mendidih, udang, sotong, isi ketam, kek ikan dan bebola ikan mula dimasukkan ke dalam steamboat.
"Oh, sebab ni ke awak hantar Naeun dekat rumah omma? Sebab awak nak ajak saya dating eh?"
Usikku buatkan dia mengerlingku sekilas sebelum dirinya kembali menunduk, buat-buat sibuk memasak padahal dapat aku tangkap bibirnya yang mula bergerak-gerak menahan senyuman.
" Perasan. " Komennya pendek tanpa memandangku dengan sengihan yang tak dapat ditahan buatkan aku tergelak.
Walaupun baru beberapa jam berpisah dengan Naeun, aku dah mula rindukan budak kecil tu tapi tak dinafikan, aku sukakan saat-saat berdua dengan Jungkook seperti ini.
.
.
.
Lepas makan tadi, sengaja aku ajak Jungkook jalan-jalan dekat tepi pantai berdekatan restoran tadi.
Walaupun hari sudah malam, ternyata masih ramai pengunjung yang turut sama bersiar-siar di tepi pantai, siap ada yang lepak dekat tepi pantai lagi.
"Cantiknya!" Komenku seraya mataku memerhati sekeliling, sesekali aku mendongak melihat langit malam ini yang ditaburi sinaran kerdipan bintang.
"Macam budak-budak."
Aku menoleh memandang Jungkook saat dirinya bersuara dengan tawanya perlahan. Mata aku kecilkan, merenungnya geram.
Dia cakap aku macam budak-budak? Pardon?
Kelihatan dirinya sudah mengambil tempat duduk di atas bangku berdekatanku.
"Sini." Panggilannya seraya tangannya menepuk perlahan sisi tepinya di atas bangku, memintaku agar duduk di sebelahnya.
"Tak nak." Usikku buatkan dia tergelak dengan mata terpejam, comel je gaya dia reda dengan perangai aku.
"Sayang, sinilah." Panggilannya lagi, kali ni dalam nada merayu, entah merayu ke menggoda dia ni.
Akhirnya aku mengalah, langkah aku atur mendekatinya sebelum aku mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Saya ada something nak bagitahu awak malam ni.." Tuturnya perlahan, cukup tenang namun pada masa yang sama, serius buatkan aku menoleh memandangnya. Nervous.
"Apa dia?" Tanyaku perlahan saat dirinya hanya diam, menatapku.
"Jangan cakap awak ada perempuan lain." Aku mula duduk tegak, mata aku kecilkan, muka dia aku tenung dalam-dalam buatkan dia tergelak.
"Jaga awak sorang pun dah penat, cukuplah saya sayang awak sorang." Tuturnya perlahan dengan senyuman.
Tiba-tiba pula dia menunduk, sebelum sekeping lipatan kertas dikeluarkan dari poket seluarnya sebelum dihulurkan kepadaku.
"Apa ni?" Tanyaku.
"Bacalah."
"Surat cinta eh?" Usikku buatkan dirinya tertawa.
Lambat-lambat hulurannya aku capai sebelum lipatan kertas tersebut aku buka.
Dengan bantuan dari cahaya lampu berdekatan kami, isi surat tersebut aku baca dengan kerutan di dahi. Tak faham.
"Surat apa ni?" Tanyaku tanpa memandangnya, masih mencuba untuk memahami apa yang tercatat pada kertas tersebut. Yang aku nampak hanyalah namanya dan maklumat dirinya.
"Final result last chemotherapy saya." Tuturnya perlahan buatkan aku pantas menoleh memandangnya.
Kelihatan dirinya merenungku dengan senyuman, terlihat dengan jelas matanya yang mula berair dan berkaca saat menatapku.
"I'm free, I'm free from cancer, Yerim.."
Tuturnya dengan senyuman, dapat aku dengar getaran suaranya saat mengungkap berita tersebut buatkan aku terasa sebak.
"Are you sure? Awak tak tipu kan?" Tanyaku, spontan bibirku mengukirkan senyuman namun pada masa yang sama laju saja tubir mataku digenangi air mata.
Dirinya mengangguk dengan senyuman masih terukir di bibirnya untukku.
"I'm clear from cancer, saya dah tak perlu buat chemo dah.." Tuturnya dengan senyuman buatkan aku tak dapat menahan tangisanku.
Pantas aku menghampirinya lebih dekat sebelum tubuhnya aku peluk erat. Dapat aku dengar getaran tawanya perlahan.
Mata aku pejamkan, menangis di bahunya.
Sebak saat mengingat semula segala yang dirinya lalui sepanjang setahun lebih dirinya bertahan, melawan kanser di dalam tubuhnya sendirian, berkali-kali dirinya melakukan chemotherapy, menanggung segala kesakitannya sendiri.
Terasa dirinya perlahan-lahan membalas pelukanku sebelum terasa belakang kepalaku diusap lembut dan perlahan.
"Sebab tu saya bawa awak keluar malam ni, saya nak awak jadi orang pertama yang tahu.."
"Dan sebab saya tahu awak akan menangis, saya tinggalkan Naeun dengan omma, so I can comfort you.."
Tuturnya lagi dengan getaran tawanya perlahan, tahu sangat betapa kuat menangisnya aku.
"Sejujurnya, saya ingatkan saya tak kan mampu bertahan sampai sekarang,.." Tuturnya perlahan buatkan aku terasa sebak.
"Tiap malam saya berdoa pada tuhan, supaya saya mampu bertahan lebih lama, sekurang-kurangnya untuk awak dan Naeun.. Dan andai kata saya tak mampu.. Saya harap awak kuat, untuk Naeun.."
Mata aku pejamkan, menangis dengan senyap di dalam pelukannya. Wajah aku sebamkan ke lehernya, merasakan denyutan nadinya pada lehernya.
Terasa dirinya menunduk, mengucup lembut sisi kepalaku buatkan aku terasa sebak.
.
.
.
Rindu kita tak? CAKAP RINDU CEPAT! HAHA
Sorry korang dah lama tak update, busy sikit. Astu tak sempat lak tu balas komen korang, sorry. Nanti sis balas okie? 🥺
Thank you yang masih setia menunggu sis update, yang masih sudi vote and komen tu. Sayang korang. 🥺💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top