40
.
.
.
Perlahan-lahan tubuh Naeun aku baringkan di atas katilnya, tidak mahu mengganggu lenanya.
Kelihatan dirinya mengeliat kecil sebelum tangan kecilnya menekup wajahnya sendiri dengan matanya masih terpejam buatkan aku menahan tawa, comel.
Tidak dapat menahan diri tatkala melihat kecomelannya, pipi aku kucup perlahan dan lembut. Geram, rasa nak gomol-gomol dia sampai pagi tapi nanti aku juga yang letih nak melayan, dahlah esok aku ada kelas.
Dengan sesenyap mungkin, langkah aku atur menjauhi katilnya, menuju ke katilku dan Jungkook.
Sementara Jungkook di tandas, aku menggunakan masa ini dengan mengemas tempat tidur kami sebelum tidur.
Tanganku menepuk-nepuk perlahan cadar dan comforter namun perlahan-lahan tanganku terhenti saat melihat bahagian tempat tidur miliknya yang dipenuhi dengan guguran rambutnya.
Tak semena-mena hatiku terusik buatkan aku terdiam. Namun perlahan-lahan tanganku mula mengutip helaian rambutnya yang berguguran di atas bantal dan cadar katil.
Tanganku terhenti dari terus bergerak, mengutip helaian rambutnya saat terasa tanganku digenggam erat namun cukup perlahan dan lembut.
Kepala aku angkatkan, memandang Jungkook yang entah sejak bila berdiri di sisiku. Kelihatan dirinya tersenyum hambar dengan kepalanya menggeleng perlahan.
"Tak apa, saya boleh kutip sendiri. Awak rehatlah. Maaf kalau awak rasa tak selesa.." Tuturnya dengan senyuman buatkan aku terasa sebak.
Tanpa mempedulikan aku yang masih tak lepas merenungnya, dirinya mula mengutip helaian rambutnya di atas bantal dan cadar katil.
Dia menoleh memandang aku saat tangan aku turut sama membantunya membersihkan guguran rambutnya di atas cadar katil.
Tanpa mempedulikan renungannya, aku masih dengan aktivitiku.
"Awak tak geli?" Tanyanya perlahan buatkan aku menoleh memandangnya.
Tiba-tiba rasa sedih tatkala dia bertanyakan soalan itu kepada aku.
"Kenapa nak geli? Rambut awak kan? Awak siapa? Suami saya kan?"
Tanyaku buatkan dia tertawa namun perlahan-lahan tawanya mereda, berganti dengan senyuman nipis, renungannya redup menikam anak mataku.
"Terima kasih sebab terima saya apa adanya.." Tuturnya perlahan buatkan dadaku terasa ketat menahan sebak.
Pantas aku menggeleng.
"Jangan cakap macam tu. Awak cukup sempurna buat saya." Balasku yakin buatkan dia tertawa perlahan.
"Walaupun rambut saya dah gugur?"
Laju saja aku mengangguk.
"Saya akan tunggu sampai rambut awak tumbuh balik, sampai rambut awak sama level dengan rambut saya pun, saya akan setia dengan awak, even until your hair turn to grey, I still love you, Jeon Jungkook."
Dengan yakin aku bersuara buatkan dia tersenyum, senyuman yang menahan tawa buatkan aku cair sendiri.
.
.
.
Lepas mandikan Naeun tadi, tiba-tiba teringin pula nak makeover dia. Maklumlah, macam yang omma cakap, rupa Naeun ni sebiji macam Jungkook time baby.
Selalu jugalah orang salah anggap, ingatkan Naeun lelaki sampaikan kalau keluar jalan-jalan tu, memang kena pakaikan dia headband atau hair clip bunga-bunga, biar nampak sikit gegirl.
"Ya tuhan comelnya anak dara Jeon Jungkook ni!" Aku mula excited sendiri saat melihat pantulan imej Naeun di cermin di hadapan kami.
Dress putih dengan lilitan reben di bahagian pinggangnya, buatkan dirinya tampak comel dan polos.
Naeun pula dah gelak high pitch sambil kedua-dua belah tangan dia terangkat, excited sambil tengok pantulan imej aku di cermin buatkan tawaku tercetus.
Dia ni memang, pantang nampak orang lain happy, mesti happy sekali even tak faham apa-apa.
Tergelak aku dibuatnya lepas aku sarungkan headband ribbon berwarna putih dekat kepala dia. Bayangkan Jungkook pakai headband ribbon, macam tulah rupa Naeun sekarang.
Ni mesti kes time mengandungkan Naeun, aku selalu merajuk, gaduh dengan Jungkook, kan dah terkenan muka dia dekat Naeun.
"Naeun, apa kata, omma pun pakai cantik-cantik, astu nanti kita ootd, astu kita post dekat appa, okay juga kan? Kan? Nak tak?"
Tanyaku sambil menunduk memandangnya. Dia hanya tersengih pandang aku buatkan aku geram, geram nak gomol dia!
Akhirnya tubuhnya aku peluk sebelum seluruh muka dia jadi mangsa ciuman aku. Mengekek dia gelak, macam appa dia, geli tapi suka bila kena kiss dengan aku.
.
.
.
"Cantik tak? Ni appa bagi sebelum appa dengan omma bercinta tau, muat lagi."
Ceritaku riak di depan Naeun yang terkebil-kebil melihat aku saat aku posing di hadapannya.
Tersengih sendiri aku saat melihat dress putih ini masih tersarung elok di tubuhku.
Teringat saat aku masih belum bercinta dengan Jungkook, betapa kereknya dia dengan aku, macamlah handsome sangat, k ganteng sih, ganteng banget.
Pouch bag make up aku bawa sekali sebelum aku duduk di hadapan Naeun yang sejak tadi duduk bersila di atas karpet, di hadapan cermin sambil main dengan mainan fav dia, buku nota kecil rumusan fizik aku time diploma.
"Meh, tengok omma make up meh. Tapi duduk diam-diam okay? Jangan makan lipstick omma juseyo."
Tubuhnya aku angkat sebelum aku dudukkan di atas ribaku. Belum apa-apa dia dah start ambil berus dari dalam pouch bag aku.
"Main boleh, makan jangan. Okay sayang?" Pesanku sambil menunduk, sempat pipi dia aku kiss sebelum aku mulakan sesi menatarias wajahku.
Rasanya dah lama tak make up, maklumlah sibuk jaga anak dengan suami, gitu.
.
.
.
"Yerim? Naeun-ah?"
Masuk saja ke dalam rumah, nama isteri dan anaknya dipanggil. Langkahnya terus diatur menuju ke bilik tidur saat melihat ruang tamu yang kosong.
"Sayang?" Panggilnya lagi seraya pintu bilik yang terkuak kecil ditolak perlahan sebelum matanya kini tertumpu pada anak dan isterinya yang tertidur di atas karpet di hadapan cermin.
Senyuman tak dapat ditahan saat melihat anak dan isterinya yang tertidur dengan dress putih masih tersarung pada tubuh masing-masing. Ni mesti kes tertidur ni.
Tawa halus tidak dapat ditahan saat melihat Naeun yang mengeliat kecil, terlihat cukup comel di matanya sebelum pandangannya jatuh pada isterinya.
Senyuman halus terukir di bibirnya saat menatap wajah isterinya yang lena diulit mimpi.
Perlahan-lahan langkahnya diatur mendekati anak dan isterinya sebelum dengan senyap dirinya mengambil tempat turut sama baring di sisi Naeun.
Badannya diangkat sedikit sebelum pipi Naeun dikucup lembut dan perlahan namun saat wajahnya merapati wajah isterinya, bibir isterinya pula menjadi sasaran.
Dirinya tersenyum saat merasakan perisa strawberi pada lip balm yang tercalit pada bibir isterinya.
Ditambah pula dengan dress yang tersarung pada tubuh isterinya sekarang, teringat saat dirinya mula-mula jatuh cinta pada isterinya dulu.
Perlahan-lahan dirinya kembali baring mengiring menghadap Naeun sebelum peha Naeun ditepuk perlahan dan lembut dengan matanya tak lepas dari menatap wajah isterinya.
Sekejap lagilah baru dirinya mengangkat anak dan isterinya ke katil, buat masa ini dirinya hanya hendak menatap wajah isterinya yang nyenyak tidur.
.
.
.
Thank you and love you pada mereka yang masih sudi dan setia baca, vote dan komen cerita ni. 🥺💜
Yang suka baca tapi diam-diam je tu, mehlah munculkan diri, sesungguhnya saya tak makan orang. 🥺💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top