4

.
.
.

"Yerim."

"Hmm."

"Bangun, first day school ni." Tuturnya perlahan dengan getaran tawanya perlahan.

Terasa pipiku ditepuk perlahan dan lembut beberapa kali sebelum dicium bertalu-talu buatkan aku mengeliat geli, sekali lagi tawanya tercetus.

"Bangun sayang." Kejutnya lagi kali ni dia picit pula hidung aku lembut.

"Jangan kacau sayalah." Marahku sambil tepis tangan dia, mata masih terpejam rapat.

"Duduk dulu." Arahnya.

"Tak mahu."

"Duduk."

Aku mengeluh bila dia mula tarik tangan aku. Akhirnya aku duduk juga walaupun mata aku masih terpejam.

"Peluk saya."

Kalau ni aku on. Terus aku peluk dia dengan mata terpejam bila dia tarik aku dalam pelukan dia sebelum terasa dia mula dukung aku macam budak-budak.

What the hell? Aku ni tengah mimpi ke? Tapi aku masih pejamkan mata, sempat lagi aku tidur dekat bahu dia.

Perlahan-lahan mata aku celikkan bila terasa badanku didudukkan di atas sesuatu. Celik-celik je aku dah dekat dalam bilik air, duduk atas mangkuk tandas.

Aku angkat kepala pandang dia. Kelihatan dia sibuk letakkan ubat gigi dekat berus gigi aku sebelum dia hulurkan dekat aku.

Aku ambil dan aku masukkan dalam mulut aku. Mula-mula je aku gosok lama-lama aku terlelap balik.

"Ya tuhan, budak ni."

.
.
.

"Betul ni tak nak pergi sekali?"

Tanyanya saat kami mengatur langkah sama menuju ke pintu rumah. Baru first day masuk kolej balik dah haru, ni semua salah akulah. Ni bukan bini kejut laki, laki yang kejut bini.

"Iya. Saya naik kereta sendiri." Balasku sambil buka pintu, laju saja tangan aku mengambil kasut sarung aku.

Dia hanya mengangguk dan pada masa yang sama turut sama ambil kasut miliknya yang terletak bersebelahan dengan kasutku.

"Naik kereta elok-elok, apa-apa call saya." Pesannya saat kami sama-sama selesai menyarungkan kasut dan aku hanya mengangguk.

Baru je dia nak pergi ke kereta dia, beg dia aku tarik buatkan dia berhenti melangkah, tunduk pandang aku.

"Lupalah tu."

"Apa?" Tanyanya dengan dahinya berkerut.

"Nak duit?" Tanyanya lurus buatkan aku ketawa sebelum aku menggeleng.

"Bukanlah."

Hujung kaki aku jengketkan sedikit sebelum pipinya aku kucup sekejap dan lembut. Terkebil-kebil kejap dia tenung aku sebelum perlahan-lahan dia tersenyum suka.

"Oh, baru ingat." Tuturnya sebelum dia menunduk, kali ni bibir aku pula jadi sasaran dia.

"Have a nice day, sayang."

Ucapnya dengan sengihan buatkan aku rasa nak tarik dia balik masuk rumah, aaaa.

"Bawa kereta elok-elok." Pesannya lagi, kali ni jarinya mula mengusap lembut bibir aku, cuba untuk meratakan lip matte di bibirku yang comot akibat dari tindakannya tadi.

"Awak pun." Kali ni aku pula usap bibir dia, nak hilangkan kesan lip matte aku di bibirnya buatkan belahan bibirnya mengukirkan senyuman.

.
.
.

"Wei, dengar cerita Sir Jungkook dah kahwin tapi bukan dengan miss Hana."

"Duh, serious lah? Dah tu kalau bukan dengan miss Hana, dengan siapa?"

"Entah. Aku tak tahu, aku tahu ni pun dari abang aku punya kawan punya kawan yang cakap. Kawan punya kawan abang aku ni yang pergi wedding Sir haritu. Katanya tak ramai yang datang pun time wedding tu, nak tangkap gambar pun tak kasi."

"Dengar cerita juga bini Sir tu cantik tapi nampak macam lagi muda dari Sir."

Kembang jap ontot aku bila kena puji gitu tapi sebenarnya aku more to nervous bila aku menjadi topik hangat di dalam perbualan classmates aku ni.

Yoonji pula yang memang jadi saksi perkahwinan aku dengan Jungkook tak habis-habis jeling-jeling aku. Even Hayoung dengan Jiwoo pun tak tahu.

"Entah-entah bini Sir sekarang punca miss Hana putus dengan Sir. Kesian miss, kau tengoklah sampai berhenti mengajar terus dekat sini, broken lah tu."

Tersentap aku saat mendengar komen pedas salah seorang classmate aku. Teringat perempuan bernama Hana tu pun dah cukup buatkan aku rasa tak selesa. Teringat apa yang dia dah buat pada aku sebelum ni.

" Lantak pi lah Sir nak kahwin dengan siapa, memang hidup korang nak membawang kerjanya. Orang lain kahwin kau pulak panas ontot. Lagi satu, jangan nak cakap ikut sedap mulut je, kau kenal bini Sir pun tidak dah tuduh macam-macam."

Yoonji mula panas ontot dekat tepi aku mengundang attention semua orang buatkan aku tak selesa.

" Rilekslah Yoonji, yang kau tiba-tiba tarbiah sentap ni kenapa? Kau ke bini Sir tu? "

" Haah aku. Kitorang dah ada anak sorang kat rumah. Esok aku beranak lagi, asal?" Tanya Yoonji tak puas hati buatkan aku hampir tergolek jatuh kerusi. Sumpahlah tak behave kawan aku sorang ni.

.
.
.

"Memandangkan tahun ni adalah final year buat kamu semua and sem ni merupakan semester kedua terakhir untuk kamu semua, saya nak kamu semua fokus. Dah tak ada fasa honeymoon, kicapmoon, blekmoon no more, faham?"

Bersemangat Sir Yoo merangkap lecturer bio kami memberi ucapan, macam nak kunyah meja je dia punya semangat tu.

"Jadi dengan itu, pihak panitia unit biologi dah bersetuju untuk mewujudkan konsep study group dalam sesi pembelajaran kamu untuk sem ni."

"Bala, bala. Tak satu, satu. Dahlah, aku nak drop kolej, aku nak kahwin." Yoonji mula memberontak, kamus dewan yang dibuka tapi tak dibaca sejak tadi ditutup geram.

"Saya akan agihkan kamu semua kepada beberapa kumpulan, satu kumpulan empat orang dan mana yang bertuah tu, saya letakkan kamu satu kumpulan dua orang, yang ni special sikit dalam kurungan bengap. Yang asyik repeat paper tu memang saya kasi dia satu group berdua saja dengan student score bio, biar meresap sikit bijaknya tu. "

Yoonji dah gelak guling-guling dekat sebelah aku, dia memang suka lawak kasar macam ni.

" Setiap kumpulan diwajibkan untuk buat perbincangan tiga kali seminggu. Kurang daripada tu, saya kirim salam awal-awal, saya akan tolak markah kamu ke liang lahad dan mana-mana ahli yang tak nak bagi kerjasama tu, ketua sila bagi nama pada saya, tahulah saya nak buat apa. Tak payah tunggu final exam, time tu juga saya failed kan awak. "

Terdiam semua, nampaknya Sir Yoo tak main-main.

" Senarai nama saya akan hantar dalam group kelas nanti. Faham? "

.
.
.

" Shit, aku satu group dengan mamat sengal ni. Memang tak jadi apalah, elok makan buku aku je dia ni nanti. "

Yoonji mula membebel sendiri, telefon mula dihempaskan di atas meja.

Aku pula masih tenung nama yang sama.

Choi Beomgyu

" Choi Beomgyu yang mana ek? " Tanyaku buatkan semua menoleh memandang aku.

Apakah?

" Asal kau tanya? " Tanya Yoonji, muka suspen habis.

"Aku satu group dengan dia."

"Habislah."

"Payahlah hidup kau lepas ni, Yerim."

Komen Hayoung dan Jiwoo buatkan aku makin confused. Asallah aku selalu tak tahu apa yang jadi dekat kolej ni?

"Asal?" Tanyaku, ingin tahu.

"Beomgyu ni dari first sem tak lepas kau tahu, padahal sebaya kita. Asyik repeat paper je kerja dia tapi tak kena buang kolej sebab bapak dia pengarah kolej ni."

What the hell?

"Kau berdua je ke dengan dia?" Tanya Jiwoo dan aku mengangguk.

"Bahaya macam ni."

"Asal pulak?" Tanyaku lagi, sumpahlah apa lagi yang aku tak tahu ni?

"Dia playboy."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top