39

.
.
.

Seorang diri, aku duduk di beranda rumah halmeoni, membiarkan angin petang Busan menyapa lembut tubuhku. Terasa tenang saat melihat pemandangan pantai yang terletak tidak jauh dari rumah halmeoni.

Selepas makan tengah hari tadi, langsung aku tak nampak kelibat Jungkook. Masa makan tadi pun dia lebih banyak berdiam diri, tak seperti semalam.

Dia marahkan aku ke?

Aku mengeluh perlahan.

Aku menoleh saat halmeoni mengambil tempat duduk di sebelahku. Sempat kami berbalas senyuman.

"Fikirkan Jungkook ya?" Usik halmeoni, seolah-olah tahu yang aku memang sedang memikirkan cucunya.

Aku hanya ketawa perlahan sebelum aku hanya tersenyum hambar.

"Kamu gaduh dengan Jungkook ke?"

"Tak adalah." Balasku.

"Jungkook merajuk dengan kamu ya?"

Macam manalah halmeoni boleh tahu? Setiap tekaannya seolah-olah mengena tepat. Akhirnya aku hanya diam. Aku sendiri tak pasti sama ada Jungkook merajuk dengan aku atau marahkan aku.

"Jungkook memang macam tu, mudah terasa bila dah sayang,tapi redanya cepat, kamu jangan risaulah." Pujuk halmeoni sedikit sebanyak melegakan hati aku. Akhirnya aku hanya tersenyum dan mengangguk.

'Bila dah sayang'?

"Halmeoni tahu tak macam mana nak pujuk Jungkook?" Tanyaku lurus, mengundang tawa halmeoni.

.
.
.

Macam yang halmeoni bagitahu aku, dia memang ada di situ, di tempat kegemarannya, batu besar berdekatan pantai, tempat yang sama aku berjumpa dengannya pagi tadi.

Kelihatan dia sedang termenung di situ, seolah-olah sedang melayan perasaannya sendiri. Dia ada masalah ke?

Perlahan-lahan langkah aku atur menghampirinya dan dengan senyap, aku mengambil tempat duduk tidak jauh dengannya, takut nak lebih dekat dengannya.

Mungkin sedar dengan kehadiran aku, dia menoleh sebelum laju saja dia kembali mengalihkan pandangannya.

Ish, merajuk dengan aku ke?

"Jungkook.." Namanya aku panggil tapi dia tak menyahut pun.

"Abang Jungkook." Panggilku buatkan dia terus menoleh pandang aku, muka jijik semacam tengok aku.

Berkerut-kerut dahi dia tengok aku. Mesti dia ingat aku terjatuh masa on the way pergi sini, tu yang tak betul tu.

"Kau dah kenapa panggil aku macam tu?" Tanyanya tak puas hati buatkan aku tersengih. Akhirnya, bercakap juga dia dengan aku.

"Awak merajuk dengan saya eh?" Dugaku buatkan dia pandang depan balik.

"Mana ada." Balasnya pendek.

"Habis tu, kenapa awak macam marahkan saya je?"

"Tak, aku tak marah kau."

"Ha, tu. Tak pandang saya pun, marahlah tu."

"Kau ni kan kalau aku dah lempar dalam air baru diam agaknya." Marahnya sambil toleh pandang aku.

Tak pasal-pasal dia mengamuk betul-betul buatkan aku tersengih, tahan gelak. Comel betul, mengamuk pun comel.

Aku bangun sebelum sekotak susu pisang aku letakkan di sebelahnya kemudian aku duduk balik. Kelihatan dia menunduk, bersinar terus mata dia tengok kotak susu tersebut.

"Apa ni?"

"Susu pisanglah apa lagi, tak kan pisang goreng pula?"

"Haha, kelakar sangat." Balasnya buatkan aku ketawa.

"Kenapa bagi aku ni?" Tanyanya lagi.

"Saja."

"Cehhh." Dia berbunyi tanda tak percaya tapi dia ambil juga susu pisang tu. Tanpa segan-silu dia cucuk straw dan minum depan aku.

Terangguk-angguk dia minum, mungkin approve dengan rasa susu pisang tu. Alah-alah, comel pula dia ni. Betul ke dia ni lecturer aku?

"Jangan merajuk lagi eh?" Pujukku buatkan dia menoleh.

Aku nampak dia dah nak senyum tapi dia tahan. Elelele babap kang, buat-buat comel pula.

.
.
.

Tubuh halmeoni aku peluk erat, sedih pula nak berpisah dengan dia setelah beberapa hari duduk dengannya.

" Jaga cucu halmeoni elok-elok, ya?" Pesan halmeoni, macamlah Jungkook ni suami aku namun aku hanya mengangguk.

Setelah pelukan dileraikan, Jungkook pula memeluk halmeoni dan aku hanya memerhati.

"Jaga Yerim, elok-elok ya?"

Terharu saat mendengar pesanan halmeoni untuk Jungkook, kedengaran cukup ikhlas.

Jungkook hanya mengangguk sebelum pelukan mereka terlerai.

"Halmeoni jaga diri elok-elok tau." Pesanku.

"Nanti ada masa, datanglah sini lagi."

.
.
.

Sudah tiga hari aku kembali duduk di rumah Jungkook namun aku tidak lagi duduk di bilik itu. Sebaliknya aku sudah berpindah ke bilik yang lain.

Pada mulanya aku tak mahu berpindah masuk ke sini namun melihat kesungguhan Jungkook untuk memastikan aku terus duduk di sini, aku hanya menurut kemahuannya.

Lagi pun sebentar lagi semester baru bakal bermula dan aku akan berpindah masuk semula ke kediaman kolej.

"Sabtu malam Ahad nanti aku dengan Yumi nak buat majlis sikit dekat rumah omma dengan appa, kau jangan lupa datang. Bawa Si Yerim ni sekali, dia ni pun tak pernah jumpa lagi dengan tunang aku."

Pesan Jimin kepada Jungkook namun aku hanya diam. Ajak aku?

" Malaslah. "Balas Jungkook, nampak benar tak berminat.

" Hmm, tak apalah. Jungkook sajalah pergi. Lagi pun, saya bukannya ada apa-apa hubungan dengan korang, macam mengganggu majlis keluarga korang saja kalau saya ikut. " Sopan aku menolak pelawaan Jimin.

" Apa cakap macam tu? Dah nak masuk setahun kita kenal, saya dah anggap awak macam bakal adik ipar saya tau-Ak! "

Jimin menjerit sakit bila Jungkook tiba-tiba tepuk lengan dia.

" Kau buat apa gila?! " Tanya Jimin geram.

"Nyamuk." Balas Jungkook selamba. Macam aku kenal alasan ni.

"Kau orang datang eh majlis aku tu nanti?" Jimin bersuara lagi, kali ini buat muka sedih, minta simpati tapi aku rasa bagi Jungkook, macam minta penampar dia.

"Apasal tiba-tiba pula kau buat majlis ni? Aku tak fahamlah." Tanya Jungkook, berkerut-kerut dahinya merenung Jimin.

"Entah, omma dengan appa yang beria sangat nak buat majlis untuk kami, katanya nak raikan kami sebelum wedding kami nanti."

"Pelik." Komen Jungkook.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top