36

.
.
.

"Kau tak cakap pun kau ada scandal dengan Sir Jungkook eh?"

Lepas saja Jungkook balik, Yoonji terus soal siasat aku.

"Mana ada scandal, kitorang kawanlah." Balasku malas.

Apasal lah semua yang nampak aku berdua dengan Jungkook mesti ingat aku ni ada something dengan Jungkook? Nampak macam ada jodoh ke kitorang ni? Nak aku aminkan ke apa?

"Pffftt, Yerim, yang bodoh je rasa kau orang cuma kawan."

Habis aku ni bodoh ke?

"Ceritalah, macam mana kau orang boleh kenal? Mesti sweet en."

"Haah. Masa tu jumpa dekat taman, entah mana silapnya dia terpijak kulit pisang lepastu aku sambut dia time dia dah nak jatuh. Aku pandang dia, dia pandang aku, maka wujudlah cinta pandang pertama. Maklumlah aku ni cantik sangat, belum apa-apa dia dah cakap I love you dekat aku dia pula handsome sangat, aku terus cakap I love you too lepas tu dia cakap, jom kahwin, aku pun apa lagi uihh semangat terus aku angguk bawa dia pi cari tok kadi—"

" Goblok, stop. Kau ingat aku nak percaya ke? Bodo amat. Start dari terpijak kulit pisang tu aku dah tak percaya. Kau? Sambut dia? Mahu kau mati lemas kena hempap dengan dia. Kau tu dahlah kecik, kalau kau naik motor berdua dengan dia, belum tentu aku nampak kau dekat belakang dia. "

Sempat pula dia hina fizikal tubuh aku ni?

" Tapi serius wei, boleh nampak yang Sir tu in love dengan kau. "

Bukannya Yoonji orang pertama yang cakap benda-benda macam ni dekat aku. Somi, Jimin, semua cakap benda yang sama tapi aku tak nak mengharap, tuan punya badan pun tak cakap apa-apa.

"Kau ni hisap gam gajah sambil kunyah ketum ke dalam tandas tadi? Mengarut betul."

"Tak aku hisap tong gas,kau petau?" Balas Yoonji, turut sama memerli. Larat pula dia seret tong gas tu masuk tandas.

Dia ni bagaikan Jungkook 2.0,nak gaduh je dengan aku, eh 3.0, lupa Somi pun sama.

.
.
.

"Kalau kau bosan, tidurlah. Nanti dah sampai aku kejut kau."

Dia bersuara sambil mengerlingku sekilas dari seat pemandu. Sekarang kami dalam perjalanan menuju ke Busan. Awal pagi lagi kami sudah gerak.

Aku menggeleng.

"Tak apa, saya suka tengok pemandangan luar bila naik kereta." Ceritaku dan dia hanya mengangguk.

Walaupun tiada perbualan antara kami, aku langsung tak rasa awkward. Rasa selesa walaupun hanya kedengaran alunan lagu dari radio dan deruan perlahan udara sejuk dari penghawa dingin kereta.

Sejak tadi aku sibuk melihat pemandangan di luar kereta sehinggalah terdetik sesuatu di hati dan fikiran aku. Persoalan yang sering mengganggu aku.

Perlahan-lahan aku menoleh memandangnya. Kelihatan dia fokus pada pemanduannya.

"Jungkook."

"Hmm?"

"Nak tanya something boleh?"

Kelihatan dia menoleh, memandangku sekilas sebelum dia mengangguk.

"Tanyalah." Izinnya seraya mengerlingku sekilas.

"Jimin bagitahu saya yang malam tu, awak yang bawa saya ke hospital.."

"Macam mana awak boleh ada dekat rumah?" Tanyaku buatkan dia kembali menoleh memandangku, kali ini lebih lama dirinya menatapku sebelum dia kembali menalakan pandangannya ke hadapan.

"Bukan ke awak patutnya ada kursus?" Tanyaku lagi namun dia hanya diam.

"Aku chat kau tapi kau tak balas, semua chat aku untuk kau semuanya kau tak baca, one tick. Aku try call kau semua tak berangkat. Lastly, aku call Somi, dia bagitahu aku kau cuti separuh hari, kau period pain teruk. Aku jadi makin tak sedap hati tinggalkan kau."

"Malam tu, aku ingat nak balik sekejap jenguk kau, lepas makan malam dengan pihak atasan, aku minta permission untuk keluar sekejap, nak balik tengok kau."

"Masuk saja dalam rumah, aku makin tak sedap hati bila tengok rumah gelap, satu pun lampu tak terpasang. Aku terus naik, first instinct aku, aku nak pastikan kau okay."

"Aku ketuk pintu bilik kau berkali-kali tapi kau langsung tak balas apa-apa, lepas tu aku try buka pintu bilik kau, tak berkunci. Bila aku buka pintu, aku nampak kau.."

Kelihatan dia terdiam, mungkin kehilangan kata-kata. Dadaku mula berombak mengatur hembusan nafasku.

" Yerim.. " Kedengaran suaranya memanggil namaku perlahan, mungkin sedar dengan perubahan sikapku yang tiba-tiba diam.

" Aku minta maaf kalau kau teringat balik lepas aku cerita ni—"

"Tak apa, memang saya nak tahu." Balasku seraya cuba untuk tersenyum, sempat aku mengerlingnya sekilas.

Namun sempat aku menangkap renungannya yang beberapa kali dilemparkan kepadaku, jelas yang dia risaukan aku namun pada masa yang sama, rasa bersalah denganku.

.
.
.

" Rumah siapa ni?" Tanyaku saat kereta milik Jungkook memasuki halaman rumah bereka bentuk tradisional, rumah kampung.

Setelah enjin kereta dimatikan. Dia menoleh memandang aku.

"Rumah nenek aku." Jawabnya sebelum seatbelt dibuka.

"Awak ada nenek?" Tanyaku.

"Habis kau ingat omma aku menetas dari telur ke?" Perlinya sambil buka pintu kereta.

"Jomlah." Ajaknya seraya keluar dari kereta sebelum pintu kereta ditutup, meninggalkan aku yang terkebil-kebil dekat dalam kereta.

Tak cakap pun nak jumpa nenek dia, tak sempat aku nak prepare mental dan fizikal aku.

.
.
.

"Cantiknya."

Ucap Halmeoni kepada Jungkook, mula memuji aku. Aku dah malu-malu kucing tepi Jungkook.

"Dia ni jangan dipuji, nek." Balas Jungkook, dengkilah tu.

"Jadi inilah Yerim yang kamu selalu cerita dekat nenek tu?"

Amboi dalam diam dia membawang pasal aku dekat nenek dia? Entah apa dia buruk-burukkan pasal aku dekat nenek dia ni.

Jungkook tanpa segan silu mengangguk sambil tersengih, macamlah aku tak ada dekat sebelah dia ni!

" Pendek macam nenek kan? Jungkook dah cakap."

Membulat mata aku dengar komen dari Jungkook.

"Jungkook." Aku panggil nama dia keras, mata aku kecikkan, tenung dia geram. Kalau tak ada nenek dia ni dah lama aku smack down dia dekat sini sekarang jugak.

Mana ada sama, aku lagi tinggi okay!

"Masuklah." Ajak halmeoni ramah, terasa tanganku ditarik agar mengikutinya dan aku hanya menurut.

"Comel je, macam kembar dari belakang."

Aku toleh sebelum aku jeling Jungkook geram. Kelihatan dia tersengih mengejek.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top