35
.
.
.
"Abang aku dah sedar.."
Aku hanya diam saat mendengar berita tentangnya dari Somi. Mataku mula terasa panas dan membahang.
Syukurlah dia dah sedar.
Aku ingin melihatnya namun pada masa yang sama, aku rasa bersalah dengannya, tidak sanggup berjumpa dengannya.
" Kau tak nak tengok abang aku?"
Aku menggeleng perlahan.
"Tak apalah, bagi dia rehat." Ucapku, memberi alasan.
"Masa dia sedar, dia macam tercari-cari seseorang, mungkin dia tak tanya, tapi aku tahu, dia cari kau."
Cerita Somi lagi namun aku lebih selesa berdiam diri.
"Perkara pertama yang dia tanya bila dia sedar, dia tanya sama ada kau okay atau tak. Aku rasa dia fight untuk sedarkan diri pun, hanya untuk kau."
Semakin sebak saat mendengar apa yang dikatakan oleh Somi buatkan aku pantas menyeka air mataku yang mengalir tanpa keizinanku.
.
.
.
Sudah tiga hari aku duduk menumpang di rumah Yoonji. Yoonji hanya duduk bertiga bersama kakak dan ibunya. Mujurlah ahli keluarganya menerima baik kehadiranku.
Masa aku banyak habiskan dengan termenung. Tidak seperti dulu, aku kini hanya mendiamkan diri. Senyuman dan tawa yang aku ukirkan semuanya hanya lakonan semata-mata.
Aku berkongsi bilik dengan Yoonji, mujurlah dia tak kisah, lagi suka katanya.
"Yerim."
Sedang aku termenung di dalam bilik, kedengaran Yoonji memanggil namaku seraya berjalan menghampiriku.
"Ada orang nak jumpa kau."
"Siapa?" Tanyaku.
"Turunlah dulu."
.
.
.
Melihat susuk tubuh belakangnya saja aku sudah tahu siapa.
Jeon Jungkook.
Kelihatan dia tenang menungguku di hadapan rumah Yoonji. Untuk seketika aku hanya berdiri di belakangnya, tidak jauh darinya. Sengaja ingin merenungnya tanpa pengetahuannya, melepaskan rinduku padanya.
Mataku terarah pada belakang badannya, teringat saat aku secara tidak sengaja, menikam belakang tubuhnya.
Teringat saat dirinya merenungku di saat dirinya menahan kesakitan, cukup buatkan aku terasa sebak.
Mungkin terasa yang dirinya sejak tadi diperhati, perlahan-lahan dia menoleh sehinggalah mata kami saling bertatapan. Bila sedar yang aku berada di belakangnya, perlahan-lahan dia memalingkan tubuhnya menghadapku.
Untuk seketika kami hanya berbalas renungan sebelum perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman nipis, matanya turut berkaca sepertiku.
"Rindu aku?" Tanyanya dengan senyuman nakalnya buatkan aku tersenyum namun pada masa yang sama, air mataku tidak henti-henti mengalir. Perlahan-lahan senyumanku hilang, menangis.
Rasa bersalah padanya tidak tertanggung sehinggakan aku rasa malu dan tidak mampu untuk melihatnya sekarang. Akhirnya aku hanya menunduk, menangis dengan senyap di hadapannya sambil menunduk.
Dapat aku rasakan dia mengatur perlahan mendekati aku sebelum terasa jari-jemarinya perlahan-lahan menyentuh hujung jariku, sebelum perlahan-lahan tanganku ditarik ke dalam genggamannya.
"Seeing you cry is the worst feeling I've ever felt after seeing you in pain. "
Terdengar suaranya perlahan menyapa telingaku buatkan semakin teruk aku menangis.
"Can you look at me? I miss your beautiful eye's gaze.."
Perlahan aku menggelengkan kepala.
"Saya rasa bersalah dengan awak Jungkook.." Ucapku perlahan.
"Kau tak pernah buat salah dengan aku.." Balasnya perlahan dan lembut.
"Saya dah cederakan awak." Balasku dengan tangisan.
"Aku tahu, kau tak sengaja.." Pujuknya lagi.
"Pandanglah aku." Pintanya buatkan perlahan-lahan kepala aku angkatkan, memandangnya.
Untuk seketika, kami hanya membiarkan renungan kami bertaut tanpa bicara.
"Awak dah okay?" Tanyaku. Selama ini aku hanya dengar keadaannya dari Somi. Kali ini aku bertanyakan keadaannya pada dirinya sendiri.
Dia tersenyum sebelum dia mengangguk.
"Much better after seeing you." Balasnya dengan senyuman.
"Tipu.." Usikku buatkan dia ketawa.
"Tak percaya? Meh sini." Panggilnya seraya semakin menghampiriku. Jantungku mula berdegup laju, bukan kerana takut namun rasa teruja dan..suka.
"Excuse me?" Tanyanya, meminta keizinan dariku untuk menyentuhku dan aku malu-malu kucing mengangguk buatkan tawanya tercetus perlahan.
Terasa tubuhnya memeluk aku dan kerana ketinggianku, kepalaku kini terletak elok pada dadanya. Dapat aku dengar degupan jantungnya yang laju.
"Can you hear that? Dah lama dia tak berdangdut macam tu. Kau je boleh buat dia nervous."
"Siapa dia?" Tanyaku buat-buat tak faham.
"My heart, sweetheart."
.
.
.
"Nah."
Sepucuk sampul surat dihulurkan kepadaku.
"Apa ni?" Tanyaku namun tanganku masih mengambil hulurannya.
Kini aku dan Jungkook sedang duduk di taman permainan yang terletak tidak jauh dari rumah Yoonji.
"Tengoklah." Arahnya tenang.
Setelah mengeluarkan sehelai kertas dari dalam sampul surat tersebut, isi surat tersebut aku baca. Result aku.
"Tahniah, kau dapat 4flat."
Belum sempat aku nak baca sampai habis result aku, dia dah bagitahu aku buatkan aku menoleh pandang dia.
Tak pandang aku pun, muka rileks teruk. Macam tak bersalah baca result orang tanpa keizinan tuan punya result. Biasa dia ni, babap nanti.
Disebabkan tak percaya, aku sendiri tengok result aku dengan mata kepala aku sendiri dan ternyata betul. Sungguh lah aku tak sangka.
Bibir aku mengukirkan senyuman.
"Hujung minggu ni aku bawa kau pergi Busan."
Semakin lebar senyuman aku, aku menoleh memandangnya. Dia masih dengan lagak hero tamilnya, poyo.
"Jungkook."
"Hmm." Balasnya kerek.
"Nak peluk awak boleh?" Tanyaku.
"Hmm, tapi jangan lama-lama."
Aku ketawa sebelum tubuhnya aku peluk erat. Entah kenapa bila dengannya, aku rasa selamat dan selesa. Tidak seperti bila aku berdekatan dengan lelaki lain.
Baru saja aku nak leraikan pelukan aku padanya, tiba-tiba dia tarik aku kembali sebelum dia balas pelukanku.
"Lama sikit." Arahnya buatkan aku ketawa.
"Tadi kata jangan lama-lama." Perliku.
"Tu tadi." Balasnya tak nak kalah.
Wajahnya aku renung lama, melepaskan segala kerinduanku padanya. Kelihatan dia menunduk, memandangku.
"Kenapa pandang aku macam tu?"
"Saya rasa nak mati bila tengok awak sakit hari tu.."
Entah kenapa, terasa begitu random namun itu yang terlintas di fikiranku sekarang.
Untuk seketika kami hanya berbalas renungan.
"Itu yang aku rasa setiap kali kau cuba sakitkan diri kau sendiri, setiap kali tengok kau sakit.."
Tuturnya perlahan sebelum terasa dirinya menarikku kembali ke dalam pelukannya. Terasa tenang saat mendengar degupan jantungnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top