32
.
.
.
Sudah masuk dua minggu aku kerja di kafe ni, syukurlah aku dikurniakan persekitaran kerja yang baik walaupun aku kerja dekat sini untuk sementara.
Nak pula Somi ada sekali kerja dengan aku, tak adalah penat dan stress sangat aku kerja.
Setelah selesai mengikat hujung bungkusan plastik sampah yang penuh ni, langkah aku atur keluar dari premis tempat kerjaku, menuju ke bahagian belakang, tempat buang sampah.
Seram sejuk bila lorong belakang kafe ni terasa begitu sunyi dan suram, hanya bercahayakan lampu jalan yang malap. Nak pula sekarang dah menginjak tengah malam, kafe pun dah nak tutup.
Selalu aku okay saja tapi tak tahulah kenapa, malam ni aku rasa tak sedap hati.
Cepat-cepat aku geleng kepala, buang segala fikiran negatif aku. Nafas aku hembuskan, mencari kekuatan.
Sebelum langkah aku atur menyeberangi lorong kecil ini, menuju ke tempat pembuangan sampah yang terletak di seberang lorong.
Sampai saja di hadapan tong sampah besar berwarna hijau tersebut, baru saja aku hendak memasukkan plastik sampah ke dalam tong tersebut, terasa lenganku digenggam dan ditarik kuat sehingga terlepas genggamanku dari beg plastik sampah yang sejak tadi berada di genggamanku.
Aku menjerit kuat, tekejut. Pantas aku cuba menarik tanganku, kepala aku angkatkan.
Darahku berderau saat melihat raut wajah tua di hadapanku sekarang. Nafasku yang sememangnya laju sejak tadi kini semakin menyesakkan aku.
"Pakcik rindukan kamu.."
"Lepaslah! Pergi!" Jeritku kuat seraya cuba untuk melepaskan tanganku dari genggaman tangannya.
Sebelah tanganku mencuba untuk memukulnya namun tangannya mula menggenggam kedua-dua tanganku.
Rasa panikku semakin melemahkanku lebih dari lelaki itu. Aku semakin panik saat dia memelukku. Trauma saat tubuhnya menyentuh tubuhku.
"Lepaskan akulah!"
Rasa marah dan benci buatkan aku rasa hendak menangis. Mula rasa betapa lemahnya aku.
"Ikut pakcik balik ya?"
"Pergi matilah!" Jerkahku geram.
Tanpa sedar aku mula menangis, meronta-ronta di dalam peluknnya, minta untuk dilepaskan.
Genggamannya pada tanganku diperkemaskan, begitu juga pelukannya pada tubuhku.
"Tolong!" Jeritku dengan tangisan yang semakin menggila.
"Woi!"
.
.
.
Sejak tadi Somi menemani aku, memelukku dan mengusap perlahan bahuku.
"Bodoh punya orang tua, dah tua pun gatal, elok mati je."
Yoongi, rakan sekerja aku sejak tadi tak habis-habis membebel geram. Nasib baiklah dia keluar tadi, kalau tak, tak tahulah apa akan terjadi dekat aku.
Jijik. Itu yang aku rasakan. Aku Jijik dengan diri aku sendiri.
" Minumlah. "
Segelas air kosong dihulurkan kepadaku dan aku hanya menggeleng perlahan.
"Habis berbirat tangan kau. Betul kau tak nak pergi klinik?"
Aku menggeleng perlahan. Dapat di lihat dengan jelas tanganku yang lebam dan berbirat, kesan dari cengkamannya yang kuat.
"Somi."
"Hmm?"
"Tolong jangan bagitahu abang kau pasal ni, ya?"
Aku baru saja start kerja, kalau dia tahu apa yang jadi ni mesti malam ni juga dia suruh aku berhenti kerja.
Nak pula minggu ni dia perlu pergi kursus, mahunya dia tak nak pergi, risau tinggalkan aku sendiri. Jungkook tu dahlah tekad orangnya.
.
.
.
"Betul ni kau tak nak duduk dekat rumah family aku?" Tanyanya sementara kami mengatur langkah sama menuju ke pintu utama rumah ini.
Dia ni pun, dah nak pergi pun masih nak risaukan aku.
"Ya. Saya duduk sini je. Lagi pun awak kata malam ni Jimin balik kan? Adalah saya kawan dekat rumah ni."
"Tak takut ke dengan Jimin?" Usik Jungkook dan aku dengan confident nya menggeleng buatkan Jungkook tersengih.
"Jaga diri tau, ada apa-apa terus call aku." Pesannya saat kasutnya sudah tersarung kemas pada kakinya.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
"Awak pun jaga diri. Drive elok-elok jangan asyik tenung kekasih hati awak tu."
"Bekas kekasih okay? Tak habis-habis cemburu."
"Mana ada saya cemburu!"
Sempat pulak kitorang gaduh dulu, bekalan buat rindu nanti, gitu.
.
.
.
Walaupun dah tiga hari berlalu, aku masih trauma namun cuba aku kawal. Sampaikan ada orang berjalan atau berdiri di belakang aku, aku rasa tak keruan. Namun aku cuba simpan semuanya sendiri.
Syukurlah sehingga sekarang, dia tidak mengganggu aku lagi.
Perlahan-lahan aku terduduk di kerusi berdekatan dapur. Sakit perut. Apa lagi kalau bukan period pain. Benci betullah. Aku ni dahlah kalau senggugut, satu benda pun aku tak boleh buat.
"Yerim, kau okay?"
Aku hanya mengangguk saat Somi menghampiri aku.
"Okay apa? Muka kau pucat gila, berpeluh pula tu." Tegurnya, kini dia semakin menghampiriku.
"Aku senggugutlah." Bisikku.
" Patutlah. " Dia yang dah jadi roommate aku untuk beberapa bulan memang dah tahu betapa teruknya period pain aku.
" Kau ambil cuti setengah harilah. Balik, rehat. Dah teruk sangat kau ni. "
Aku hanya mengangguk mendengar cadangan dari Somi, sumpahlah aku dah tahan sangat ni.
"Nak aku temankan kau balik?"
"Tak apa, aku boleh balik sendiri."
.
.
.
Balik saja rumah, tak mandi, tak makan, aku terus masuk bilik. Lepas makan ubat tahan sakit, aku terus tertidur. Sedar-sedar saja sudah malam.
11 malam.
Gelap-gelita di dalam rumah ini memandangkan sebelum tadi waktu masih cerah, semestinya aku tak buka lampu terlebih dahulu.
Di dalam gelap, perlahan-lahan aku berjalan menuju ke bahagian suis lampu ruang tamu.
Tanganku menekap kuat perutku. Masih terasa sakit pada bahagian perut dan bawah abdomenku.
Jantungku berdegup laju saat menyusuri ruang tamu yang gelap gelita.
Namun langkahku mati saat terdengar bunyi barang jatuh dari bahagian dapur sebelum terdengar bunyi kaca berderai.
Semakin kuat degupan jantungku.
"Jimin?"
Panggilku. Cuba untuk menyedapkan hati bahawa Jimin sudah pulang ke rumah.
Aku masih kekal di tempatku. Macam-macam perkara buruk terlintas di fikiranku.
Terus terlintas di fikiran aku untuk keluar dari rumah ini memandangkan aku berada dekat dengan pintu.
Langkah aku atur laju menuju ke pintu utama rumah ini, semakin laju saat mendengar derapan kaki seseorang melangkah laju mengejarku dari belakang. Ternyata benar sangkaanku, ada orang di dalam rumah ini selain aku.
Baru saja tanganku menyentuh tombol pintu, terasa mulutku ditekup kuat, tubuh aku didakap erat sebelum tubuhku ditarik ke belakang. Rasa panik semakin menghantui aku saat aku terpaksa bergelut dengannya di dalam gelap.
Dengan mulut yang ditekap kuat, aku cuba untuk bergelut dengannya, melepaskan diri darinya namun semuanya sia-sia. Tangannya aku gigit sekuat hati sehinggalah tubuhku terlepas dari dakapannya.
Pantas aku cuba bangun dari terus terbaring di atas lantai namun dia lebih pantas menyepak kuat bahagian perutku beberapa kali.
Aku menjerit kesakitan. Terlalu sakit sehinggakan aku menjadi kaku di atas lantai. Teresak-esak aku menangis kesakitan. Tangan aku genggam kuat menahan sakit. Mata aku pejamkan. Terdengar tawanya perlahan.
Terasa tangannya menyentuh bawah daguku, agar aku bertatapan dengannya namun pandanganku semakin kabur, rasa sakit yang aku rasakan sekarang semakin tak tertanggung.
Di dalam samar-samar dapat aku lihat bibirnya mengukirkan senyuman.
"Rindu aku?"
.
.
.
"Aku tak nak.. Tolonglah aku merayu, jangan apa-apakan aku.."
Teresak-esak aku menangis, merayu padanya untuk dilepaskan. Dengan badan yang terasa lemah dan sakit, aku dipaksa untuk mengikutinya.
Beberapa kali aku jatuh tersungkur sehinggakan dia menarikku secara paksa sehinggalah aku ditolak masuk ke dalam bilikku sendiri.
"Tak nak.. Aku tak nak.." Aku cuba untuk mengesot jauh darinya dengan tangisan yang semakin kuat.
Tahu apa yang bakal terjadi pada aku selepas ini, semakin teruk tangisanku.
"Bangun." Arahnya sambil menarikku namun sedaya-upaya aku cuba untuk menarik tanganku.
"Bangun!"
Sekali lagi aku dipaksa untuk mengikutinya dan dalam sekelip mata tubuh aku ditolak kuat ke atas katil.
"Aku tak naklah!" Jeritku geram, dengan kudratku yang cuma tinggal sedikit dan mungkin yang terakhir, aku cuba menolak tubuhnya sehingga dia terdorong ke belakang namun tubuhku sekali lagi ditolak ke atas katil sebelum tubuh aku ditekan kuat ke atas katil.
" Tak cukup ke apa kau buat pada aku selama ni?!" Jeritku geram dengan mata terpejam, teresak-esak aku menangis saat dia mula naik ke atas katil, menghalang tubuhku.
Kedua-dua tangan dan kakiku ditekan kuat buatkan tubuhku semakin terasa lemah.
"Aku tak pernah puas."
Esakanku semakin menjadi-jadi. Jijik saat dirinya mula merentap kasar baju yang menutupi tubuhku. Mata aku pejamkan, hanya mampu menangis saat dirinya mula menyentuhku tanpa keizinanku.
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top