31

.
.
.

"Saya ingat cuti sem ni saya nak kerja."
 
Dah macam minta izin suami, aku bagitahu Jungkook. Rasanya dah masuk dua hari aku duduk balik dekat rumah ni.

Baru dua hari aku dah tak tahu nak buat apa dekat dalam rumah ni. Dahlah cuti dua bulan. Ada baiknya aku kerja kan.

"Tak payah, duduk je rumah."  Balasnya sambil menunduk, sibuk dengan kerja dia.

"Saya tak minta izin awak pun, saya bagitahu awak."

Dia angkat kepala pandang aku. Lamalah juga dia tenung aku sampai aku segan sendiri.

"Kau ni ada yang tak puas hati dengan aku ke?"

Diam sekejap aku dengar soalan dia.

"Lately ni kau macam nak mengamuk je dengan aku."

"Mana ada."

"Yerim, sorry to say tapi kau memang tak reti hide emotions kau."

"Mana adalah, saya okay—"

"Why don't you just being honest with me?"

Aku ni dahlah lemah bila orang desak aku macam ni. Benci betullah.

Tak pasal-pasal aku jeling dia lepas tu aku tinggalkan dia yang terpinga-pinga.

.
.
.

Kedengaran pintu bilik aku diketuk perlahan untuk beberapa kali namun aku hanya diam, baring di atas katil.

Malas nak buka sebab aku dah tahu dah siapa.

Sekali lagi, dia ketuk pintu bilik aku.

Aku duduk, pintu bilik aku tenung macam nak tembus.

"Awak nak apa?" Tanyaku geram.

"Keluar kejap."

"Tak nak."

"Keluarlah sekejap."

"Awak cakap jelah awak nak apa."

"Aku ada kunci pendua bilik ni tau, jangan sampai aku buka sendiri."

.
.
.

"Nah, makan."

Dia paksa aku keluar dari bilik semata-mata untuk suruh aku makan, kau rasa?

Bila nampak aku cuma diam, dia dengan rela hati tolong prepare kan makanan untuk aku.

"Dah makan."

Arahnya tapi aku masih dengan ego aku, berpeluk tubuh. Kedengaran dia mengeluh.

"Ni sampai bila kau nak macam ni dengan aku ni? Dua bulan?"

"Biarlah, awak peduli apa?"

Tak tahulah kenapa aku ni mengada-ngada sangat dengan dia tapi dia pun, melayan je mana tak besar kepala aku dibuatnya.

"Somi dah cerita dekat aku, aku yang paksa dia cerita." Selamba dia bersuara, pada yang sama sempat dia back up adik dia, takut aku smack down adik dia agaknya.

"Are you have some type of feeling to me?"

Aaaaaa asal dia tanya aku macam tu. Agak-agak aku lari masuk bilik ni sempat tak.

Aku buat-buat ketawa padahal nak nangis dah bila dia tenung aku, mintakan jawapan.

"Of course no."

"Then, kenapa kau nak cemburu bila tengok aku dengan perempuan lain?"

"Mana ada saya cemburu, jangan nak perasanlah."

"Dah tu, bagitahu aku kenapa kau merajuk dengan aku sekarang?"

"Siapa merajuk dengan awak?"

Dia menunduk sebelum dia mengeluh.

"Yes, she's my ex-girlfriend but as I said, she's my ex, my past. Nothing happen between us. Saya dah tak rasa apa-apa bila dengan dia."

"Tipulah. Saya tengok awak happy je dengan dia, tenung dia macamlah dia perempuan paling cantik dalam hidup awak."

Shit. Kenapalah aku ni goblok sangat? Tak boleh simpan sikit bodoh tu dalam bilik?

Kelihatan dia menunduk sebelum dia tertawa kemudian matanya dilirikan kembali kepadaku dengan senyuman senget terukir di bibirnya. Ni yang lemah ni.

" See, aku dah agak dah kau cemburu."

Akhirnya aku cuma diam, elok diam kut daripada aku meraban yang bukan-bukan, mahu terciduk lagi.

"Yes, I admit she's pretty but for me, you're more beautiful than her."

.
.
.

"Bolehlah, Jungkook. Saya nak kerja."

Aku mula merengek gedik, dengan kaki aku yang pendek ni aku ikut je mana Jungkook pergi. Kaki dia dahlah panjang, gigih aku nak kejar.

"Tak payah. Duduk je rumah."

"Saya nak juga pegang duit, macam-macam saya nak beli tau."

"Itu semua hasutan syaitan. Tak payah. Duduk rumah diam-diam."

"Bolehlah, Jungkook. Please, please."

"Haih, letihlah aku layan kau ni. Jaga adik aku masa kecik lagi senang dari jaga kau sekarang tahu?"

Akhirnya dia berhenti pun berjalan. Tenung aku tak puas hati. Aku masih dengan muka bajet comel.

Tiba-tiba bila dia sebut pasal adik dia, aku tiba-tiba ada idea.

Kening dia naik sebelah bila aku senyum jahat.

" Saya ajak Somi kerja sekali. Saya kerja dengan dia, nanti tak adalah awak risau sangat."

"Siapa pula yang risaukan kau? Perasan."

Eleh Jungkook, ramai yang dah tahulah. Malu-malu pulak. Haha.

.
.
.

Akhirnya aku dan Somi dapat kerja dekat kafe berdekatan dengan kawasan perumahan Jungkook. Esok baru start kerja.

Alang-alang dah keluar rumah ni, Somi ajak aku keluar jalan-jalan dengan dia.

"Jap wei, aku lupa nak kasi tahu abang kau."

Aku berhenti dari terus jalan, telefon aku keluarkan, chat Jungkook. Dia pun tak ada dekat rumah, katanya ada kerja dekat kolej. Entah ada kerja ke menggatal dekat sana. Okay, Yerim stop.

"Tu pun nak kasi tahu abang aku ke? Aku tahulah korang bercinta tapi over betul, macam dah kahwin."

"Beng, nak aku cakap berapa kali? Aku dengan abang kau sumpahlah tak ada apa-apa. Aku kasi tahu dia ni pun sebab—"

Omg aku lupa Somi tak tahu kitorang duduk serumah. Nasib aku tak sempat mencidukkan diri sendiri di dalam sirap.

"Sebab?"

"Sebab saja, suka-suka. " Balasku, buat-buat ilek.

<snowball🐰

Abang
Yerim keluar kejap
Minta izin ya
Adik abang pun ada sekali

Hahaha.

Rasa nak gelak guling-guling baca chat sendiri. Kadang-kadang aku ni lawak juga.

Beberapa detik kemudian, Jungkook online. Tersengih-sengih aku tunggu dia typing.

Hmm yalah.
Abang izinkan.
Jaga diri elok-elok.

Atototot ninoninoninot.

Tak pasal-pasal Somi jadi mangsa pelukan aku.

"Bahagia nampak? Macam ni tak bercinta?" Tanya Somi tak percaya tapi aku hanya tersengih.

.
.
.

"Minggu depan aku kena pergi kursus, tiga hari."

Duduk saja sebelah aku, dia memberitahuku perihal tu dan aku hanya mengangguk. Pergi jelah.

Tapi aku toleh pandang dia bila masih tenung aku.

"Aku tak sedap hati nak tinggalkan kau sorang-sorang dekat rumah." Sambungnya lagi dengan renungan matanya menikam lembut sepasang anak mataku.

Terharu pulalah aku dia macam ni.

"Aku hantar kau dekat rumah family akulah, nak?"

"Tak payahlah, saya boleh jaga diri sendiri. Jangan risaulah." Tolakku.

Dia masih pandang aku, masih tak yakin agaknya dengan aku.

"Jungkook, don't worry. Saya janji apa-apa jadi, saya terus bagitahu awak."

Dia mengeluh. Nampak sangat tak yakin dengan aku.

"Okay."

Akhirnya dia mengalah.

"Awak pergi kursus dengan siapa?"

"Hana."

Terus terdiam aku. Macam ada elektrik mengalir dalam tubuh aku bila dengar nama tu.

"Berdua?"

"Yup."

Balasnya selamba.

"Jangan cakap kau cemburu." Usiknya dengan senyuman.

"Mana ada, perasan." Balasku sambil menjelingnya geram. Kedengaran tawanya perlahan.

"Jangan risaulah, aku ni setia orangnya."

Maksud dia?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top