30

.
.
.

"Dah ready ke nak bagitahu semua orang?" Tanya Jungkook dengan senyuman seraya mengerlingku sekilas.

Kini kami berada di dalam kereta, dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga Jungkook.

Alang-alang omma ajak kami makan malam dekat rumah malam ni, kami cadang nak beritahu mereka tentang pregnancy aku malam ni. Kebetulan Jimin dengan Yumi pun masih ada dekat sini.

"Omma mesti mengamuk nanti." Tutur Jungkook seraya tertawa perlahan. Aku hanya tersengih, tak sabar nak bagitahu omma, halmeoni. Mesti diorang terkejut teruk nanti.

Mana taknya, usia kandungan aku dah nak masuk lima bulan, kami masih tak bagitahu sesiapa, cukup aku dengan Jungkook saja yang tahu.

Walaupun ramai yang tanya sebab nampak perubahan fizikal aku, katanya aku dah nampak tembam, huaa sendu kejap.

Nak pula aku memang suka pakai baju oversize, mana nak nampak baby bump aku. Tapi bila dah masuk lima bulan ni, memang dah tak boleh cover.

Lagi pun memang aku dengan Jungkook cadang untuk share berita ni bila usia kandungan aku dah melepasi first trimester, nak pastikan baby betul-betul kuat dulu.

Nampaknya memang dah sampai masanya untuk aku share berita ni dengan semua orang.

.
.
.

Sampai menangis omma dibuatnya bila Jungkook bagitahu yang aku pregnant, macam tak nak lepas dia peluk aku.

Kebetulan pula Tuan Park, bapa mertua aku tak ada dekat rumah malam ni, tak dapatlah aku tengok reaction dia macam mana.

Jimin pula awal-awal dah tersembur air time Jungkook bagitahu yang aku pregnant , reaction sebiji macam Somi. Aku tak tahulah macam mana reaction Yoonji nanti, mahu sawan.

Kak Yumi pula tumpang happy, seronok katanya ada kawan pregnant sekali.

"Maaflah aku cakap ni tapi power siot kau Jungkook. Tak nak bagi tips ke? Kesianlah dekat aku."

Aku pulak yang nak tersembur dengar komen Jimin yang tak berlapik.

Dia ni pun kata je berbisik tapi gayanya macam nak kasi satu ruang tamu ni dengar. Tergelak omma dibuatnya.

"Sampai hati tak share! Patutlah aku tengok kau makin gemuk!" Somi mula mengamuk dekat aku.

"Gemuk tu slow sikit, emosi bagi kami yang pregnant ni tahu? Kan kak Yumi?" Balasku, sempat aku minta sokongan dari Kak Yumi dekat sebelah aku.

"Setuju." Balas Kak Yumi buatkan kami tergelak.

"Fikir sweet ke Jungkook bini kita mengandung sama-sama ni? Kau dari dulu memang suka ikut aku kan? Aku lahir kat Busan, kau pun nak juga lahir kat situ. Ni bini aku mengandung, kau ikut juga kasi Yerim pregnant sekali? Apa yang kau tak puas hati dengan aku? Kau cakap sekarang. "

" Lupa makan ubat ke terlebih gula hyung ni? " Balas Jungkook selamba buatkan kami tergelak lagi.

Tak padan nak jadi ayah, dua-dua kalau berjumpa, mesti bergaduh macam budak-budak.

Tengah Jungkook dan Jimin sibuk berborak dan sesekali Yumi dan Somi mencelah, terasa omma memelukku erat.

" Dah check ke baby girl ke baby boy?" Tanya omma dengan senyuman.

Aku hanya tersengih sebelum aku menggeleng perlahan.

"Nak kasi surprise." Balasku buatkan omma tergelak.

"Ni Somi bila nak berpunya? Tak ada calon ke? Ke tak laku?" Tanya Jimin selamba.

"Dah ada dah. Siap datang rumah, minta restu. Tahun depan tunanglah." Cerita omma buatkan mata aku membulat, terkejut. Jangankan aku, satu rumah ni hah.

Somi dah malu-malu kat tempat duduk dia.

Amboi dia ni, rupa-rupanya dia pun berahsia dari aku! Eloklah tu, dia menganjing dia, dua kali lima, lima kali babi!

" Wah kau dik, dalam diam buat kerja ek?" Tanya Jimin tak puas hati.

"Dengan siapa, ma?" Tanya Jungkook kepada omma, mode abang protective on. Sempat dia tenung Somi.

"Susahlah nak sebut nama budaknya, Bengek, Bingai—"

"Beomgyu?" Tanyaku spontan.

"Hah, ya itu. Choi Beomgyu. Handsome budaknya, baik, sopan, nampak semut lalu pun dia tunggu."

"Pftt!" Jimin yang baru nak minum terus tersembur balik.

Aku pulak dah tergamam teruk kat tempat aku. Seriuslah, Choi Beomgyu?!

.
.
.

"Tak boleh jadi ni, Beomgyu tu bukannya betul, playboy. Entah-entah saja nak main-mainkan Somi."

Ke hulu ke hilir aku jalan dekat depan katil sampai naik risau Jungkook tenung aku.

"Awak duduk boleh tak? Risaulah saya tengok."

Akhirnya aku hanya menurut. Naik ke atas katil dan duduk di sisinya. Spontan Jungkook memeluk bahuku sebelum tubuhku ditarik agar bersandar pada tubuhnya.

"Saya risaulah. Macam mana kalau Beomgyu main-mainkan perasaan adik awak?"

"Jangan risaulah, saya tahu, Beomgyu tak kan berani buat macam tu dekat adik saya."

Pujuknya, kali ni dia sibuk pula nak kiss pipi aku tapi laju je aku halang muka dia buatkan dia tergelak. Dia aku tenung geram. Suka tau dia ni ambil kesempatan!

"Macam mana awak tahu?" Tanyaku tak puas hati.

"Awal-awal dulu saya dah warning dia, jangan sakitkan adik saya. And awal-awal dulu lagi, dia dah jujur dengan saya, dia sukakan Somi."

"Awak tak bagitahu saya pun." Aku mula tayang muka sedih buatkan dia tergelak.

"Buat apa nak cerita pasal orang lain? Bila saya dengan awak, saya dah tak fikir orang lain dah, hati saya, mata saya, fikiran saya, semua fokus pada awak sorang."

Sempat dia mengayat aku dengan senyuman terukir di bibirnya buatkan aku tersengih juga. Sekali lagi dia tergelak.

Terus aku menunduk bila terasa pergerakan baby dari dalam perutku. Lately ni makin kerap baby tegur aku walaupun cukup perlahan.

" Kenapa?" Tanya Jungkook, turut sama menunduk.

Tangan dia aku tarik sebelum aku letakkan di sisi kiri perut aku.

"Rasa tak?" Tanyaku.

"Awak lapar ke?" Tanyanya polos buatkan aku tergelak. Mungkin kurang jelas dengan pergerakan baby yang masih belum cukup kuat.

"Bukanlah. Tu baby yang gerak."

"Ya?" Tanyanya dengan matanya yang bersinar teruja buatkan aku tergelak.

Aku hanya diam, memerhatinya yang menunduk, leka mengusap perut aku. Tiba-tiba pula terciduk skodeng suami sendiri. Tersengih pula dia tengok aku.

"Tahulah suami awak ni handsome tapi janganlah tenung saya sampai macam tu sekali."

"Macam apa?" Tanyaku.

"Macam nak makan saya." Usiknya, sempat dia main-main jongket kening dia buatkan aku tergelak.

Tapi betullah tu, dia memang handsome.

Perlahan-lahan tanganku mula menyentuh pipinya sebelum pipinya aku usap lembut dan perlahan. Tiba-tiba emosi pula tengok dia malam ni.

" Saya tak tahu apa akan jadi pada saya kalau awak tak ada.." Tuturku perlahan.

"Terima kasih buat saya happy.." Tuturku lagi, mata aku mulalah berair.

Kelihatan dia tergelak, faham sangat aku yang penuh dengan emosi bila mengandung ni.

"Saya yang patut berterima kasih dengan awak. You are the one, who make me happy." Dengan senyuman, dia bersuara.

Aku turut tersenyum namun pada masa yang sama, pandanganku mula dikaburi air mata aku sendiri.

"Yerim, can I ask you something?" Perlahan suaranya bertanya kepadaku. Aku hanya diam, merenungnya.

"If anything happen to me, you have to be strong, for our baby. Okay?"

Perlahan-lahan tanganku berhenti dari terus menyentuh wajahnya. Matanya yang mula berkaca aku renung lama.

"Macam mana Eunwoo cuma pinjaman buat kita,.. Saya pun, cuma pinjaman sementara buat awak, Yerim."

.
.
.






Thank you yang sudi vote and comment tu, sayang korang huaa! 😭💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top