3
.
.
.
Keluar saja dari bilik, aku mengeluh perlahan saat terlihat dia sedang tidur di atas sofa di ruang tamu. Bantal tak ada, selimut pun tak ada.
Nak kejutkan tak sampai hati, akhirnya aku patah balik masuk bilik kemudian bantal dan selimut aku ambil sebelum aku bawa ke ruang tamu.
Sampai saja dekat tepi dia yang tengah baring mengiring di atas sofa, aku termenung kejap tengok dia. Memikirkan cara nak letak bantal dekat bawah kepala dia and pada masa yang sama, tak kejutkan dia.
Akhirnya aku selimutkan dia dulu. Setelah itu, aku melutut di sisinya. Saat ni aku gunakan untuk tenung dia. Rasa bersalah pula bila fikir yang dia tidur dalam keadaan masih kecil hati dengan aku.
"Saya minta maaf.." Tuturku perlahan.
"Saya tak pernah takut dengan awak, saya percayakan awak, saya cuma.." Aku mula kehilangan kata-kata, membiarkan ayatku tidak berpenghujung.
Sehinggalah terlihat kelopak matanya dicelikkan sebelum sepasang matanya merenungku tepat namun cukup lembut buatkan aku terkedu.
Aku cakap kuat sangat ke tadi?
" Cuma? " Tanyanya perlahan namun aku hanya diam.
"Tidurlah.. Awak kan penat.." Balasku gagap dan baru saja aku hendak berdiri, terasa tanganku ditarik perlahan dan lembut buatkan aku kembali menunduk memandangnya.
Kelihatan dia mengundur sedikit sebelum bahagian hadapannya ditepuk perlahan.
"Baringlah." Ajaknya. Sofa ni dahlah tak luas mana, muat ke? Mahu aku tergolek, terhantuk bucu meja depan ni, koma kang aku seminggu.
"Tak muatlah."
"Muat." Balasnya, cuba meyakinkan aku.
"Atau awak memang takut dengan saya?" Ujinya lagi dengan kening sebelahnya terangkat. Ish, dia ni kan!
Akhirnya perlahan-lahan aku mengambil tempat baring mengiring menghadapnya di atas sofa.
"Kan dah cakap tak muat." Rungutku bila kami berhimpit-himpit di atas sofa mengundang tawanya.
Terasa tangannya memeluk erat pinggangku, menahan tubuhku dari tergolek ke belakang buatkan kepala aku terangkat memandangnya.
Jantung aku mulalah berdegup laju dan tangan aku spontan menahan dadanya dari mendekati aku.
"Cuba tenangkan diri awak. Ni saya, sayang. Bukannya orang lain."
Sumpahlah tak membantu bila dia panggil aku macam tu, makin berdebar aku dibuatnya.
"Calm down, okay? I won't hurt you." Tuturnya lagi perlahan dan terasa tangannya mula menggenggam erat tanganku yang sejak tadi menahan dadanya sebelum genggaman tanganku diusap lembut.
Lama-lama aku terleka dengan kelakuannya buatkan aku semakin tenang. Tak lepas renunganku berpaut pada sepasang matanya yang merenungku lembut.
Kelihatan bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman saat aku mulai terlihat tenang di dalam pelukannya.
"Tentang tadi.. Saya minta maaf.." Tuturnya perlahan, senyumannya mulai pudar saat mengungkap permohonan maafnya kepadaku.
"Saya tak patut cakap macam tu.." Tuturnya lagi buatkan aku terkilan sendiri.
Aku menggeleng perlahan dan spontan tanganku mengusap lembut pipinya.
"Macam yang awak pernah cakap pada saya. Ada dua perkara yang awak tak perlu ucapkan pada saya, maaf dan terima kasih."
Dia tersenyum saat aku meniru kata-katanya.
"Choi Yerim."
"Hmm?"
"Do you trust me?"
Pertanyaan aku jawab dengan anggukan tanpa ragu-ragu.
"Boleh awak bagi saya peluang untuk tolong awak?"
Aku hanya diam, faham dengan kemahuannya.
"Saya tahu awak masih trauma but I'm here to help you.. Macam mana kalau saya nak tolong awak kalau awak asyik mengelak dari saya?" Tanyanya tanpa berlapik, straight to point buatkan aku terdiam sendiri.
"I won't force you but at the same time, I don't want you put a limit on yourself. Bila saya dekat dengan awak, please, don't close your eyes or suddenly look away. Look at me, remind yourself that you're with me."
Tuturnya perlahan dan aku masih setia mendengar, menatap matanya tanpa jemu.
" Understood? " Tanyanya lembut buatkan aku mengangguk walaupun agak lambat memberi respons.
" Good. Kita try sekarang. "
" Hah? " Tanyaku lurus, terkejut dan keliru buatkan dia tertawa perlahan.
"Jungkook."
"Hmm?"
"Normal ke kalau setiap kali saya dekat dengan awak macam ni, saya rasa berdebar?" Tanyaku lurus buatkan dia tersenyum sebelum dia mengangguk perlahan.
"So am I, Yerim.."
Tuturnya dengan senyuman nipis buatkan jantung aku makin berdebar teruk.
Terasa tangannya mula menyentuh daguku sebelum ibu jarinya mengusap perlahan dan lembut belahan bibirku.
Aku dah mula redho bila dia mula dekatkan dirinya ke aku, wajahnya mula menghampiri aku dan nasihatnya masih terngiang-ngiang di fikiranku.
Mata aku tak lepas dari merenungnya sehinggalah terasa bibirku disentuh perlahan dan lembut, perlahan-lahan kelopak mata aku pejamkan.
.
.
.
"Sayang."
Terus aku menoleh bila suara Jungkook menyapaku lembut. Kelihatan dia tersengih dengan langkahnya mendekati aku perlahan.
Kelihatan t-shirt plain putih yang tersarung pada tubuhnya sudah basah dengan peluhnya sendiri. Belum lagi rambut dia yang dah basah kuyup.
"Awak okay tak ni?" Tanyaku sambil menghampirinya. Spontan tangannya merangkul pinggangku sebelum aku ditarik mendekatinya.
Dia hanya diam dan tersenyum suka saat aku mengelap peluhnya menggunakan hujung lengan bajuku.
"Tulah saya dah cakap biar saya tolong angkat sekali, awak tak bagi."
Kami baru saja pindah masuk ke rumah baru, banyak barang lagi belum diangkut masuk.
"Saya tak nak awak penat." Balasnya ringkas tapi cukuplah buat aku makin sayang dengan dia.
"Buatkan saya air boleh? Saya nak mandi kejap."
"Boleh. Pergilah mandi." Balasku sambil tolak tubuhnya perlahan tapi saja nak mengada, dia tarik aku balik.
"Tak nak ikut sekali?" Tanyanya dengan senyuman nuckal terukir di bibirnya.
"Nak saya mandikan awak dekat sinki dapur ni?" Tanyaku buatkan dia ketawa.
"Saya mandi dulu. Nanti ada apa-apa cari je saya dalam bilik mandi, saya tak kunci pintu." Sempat lagi tu dia kenyit mata dekat aku.
Gatal. Eee yang bibir aku tahan sengih ni kenapa? Suka ke apa? Aaaa.
.
.
.
Seperti biasa, sebelum tidur, dia akan duduk di sisi katil dan beberapa pil diambil. Tenang saja dia telan pil-pil tersebut.
Kelihatan dirinya mengerling ke arahku saat aku hanya memerhatinya meneguk air.
"Kenapa pandang saya macam tu? " Tanyanya sambil meletakkan botol air sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelahku di atas katil.
"Awak selalu makan ubat apa?"
"Kan saya dah cakap, ubat tidur, vitamin, supplements."
"Perlu ke makan semua tu tiap hari?" Tanyaku buatkan dia tersenyum.
"Risaukan saya ya?" Tanyanya.
"Mestilah. Tak baiklah makan pil banyak-banyak, nanti pinggang awak rosak macam mana?"
"Sayang, saya okay. Jangan risaulah. Saya makan pil tidur biar saya boleh tidur, awak nak saya kacau awak sampai pagi, tak kasi awak tidur?" Usiknya dengan sengihan tapi aku cuma jeling dia.
"Tapi kan, dulu awak kata awak ada insomnia tapi saya tengok elok je awak tidur, siap berdengkur lagi."
"Mana ada saya berdengkur." Marahku saat dia mengusikku buatkan dia ketawa.
"Entahlah, semenjak saya tidur dengan awak kan, senang je saya terlelap. Lagi-lagi kalau awak peluk saya."
Dia hanya tersenyum saat mendengar ceritaku sebelum dia depakan tangan dia.
"Sini." Panggilnya.
"Nak apa?"
"Nak peluk awaklah, kata senang nak tidur kalau saya peluk."
"Tak naklah. Janganlah paksa saya, awak ni kan. " Aku acah-acah tak nak tapi pada masa yang sama seret ontot ke dia buatkan dia ketawa.
Sampai saja di sisinya, badan aku sandarkan padanya sebelum kepala aku rehatkan pada bahunya, pinggangnya aku peluk erat. Terasa dirinya turut memelukku erat sebelum terasa kepalaku dikucup lembut dan perlahan.
"Dah ready ke nak masuk kolej balik ni?" Tanyanya sambil mengelus lembut rambutku, buatkan mata aku terasa berat. Aku hanya mengangguk kecil.
"Even kita dah kahwin, still saya nak awak belajar elok-elok, saya nak awak berjaya dalam hidup, graduate and kejar cita-cita awak. Faham?"
"Hmm, yelah." Balasku pendek sebelum aku menguap kecil buatkan dia ketawa. Perlahan-lahan mata aku pejamkan.
"How I wish I have enough time with you.."
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top