28
.
.
.
[6 bulan kemudian.]
Pregnancy test di tanganku aku renung lama sebelum aku mengeluh.
One line.
Negative.
Kenapa aku rasa kecewa? Apa aku harapkan? Positive?
Aku berdiri dari terus terduduk di atas mangkuk tandas sebelum pregnancy test di tangan aku baling ke dalam tong sampah. Geram!
Pintu tandas aku buka dan langkah aku atur malas mendekati katil. Jungkook yang tengah baca buku dekat atas katil terus menoleh pandang aku saat aku naik ke atas katil.
"Apa tengok-tengok?" Tanyaku geram buatkan dia tersentap, terus tak jadi dia nak senyum dekat aku.
Aku jeling dia lepas tu baring mengiring membelakangkan dia, selimut aku tarik sampai menutupi kepala aku.
Dengan senyap, aku menangis bawah selimut. Kecewa teruk. Menyesal sebab letak expectation tinggi sangat. Aku ingatkan aku lambat datang bulan sebab aku mengandung.
Ni mesti kes stress sebab baru masuk universiti, tak guna betul, tak pasal-pasal aku dah mengharap.
"Choi Yerim, are you crying?" Kedengaran suara Jungkook perlahan menyapa telingaku. Dari bawah selimut aku menggeleng buatkan dirinya tertawa perlahan.
"Yes you are. Don't lie to me. Cakaplah, kenapa ni?" Tanyanya, kini terasa selimut ditarik ke bawah sebelum terasa belakang kepalaku diusap lembut.
"Tak ada apa-apalah."
"Tak baik menipu." Tuturnya perlahan.
Akhirnya perlahan-lahan aku pusingkan badan aku, baring menghadap dia.
Tangan aku sibuk kesat air mata dan hingus aku buatkan dia tergelak tapi ringan saja tangan dia turut sama mengesat air mata aku.
"Kenapa ni? Ceritalah." Pujuknya lagi, rambutku diusap lembut buatkan aku emo sendiri. Dia ni kan, makin ditanya makin emosi tau aku!
"Tadi saya try check, negative.."
Ceritaku sambil menunduk, saja nak buat adegan bersamamu depan dia.
"Maksud awak?" Tanyanya kurang faham.
"Saya ingatkan saya pregnant sebab saya lambat datang bulan tapi tak pun." Jelasku dengan linangan air mata.
"Oh.." Balasnya pendek dan ringkas buatkan aku angkat kepala pandang dia. Sedih pula aku tengok reaction dia ni, macam tak ada perasaan, blur pun ya.
"Awak tak sedih ke?" Tanyaku.
"Tak apalah, belum ada rezeki. Kejap lagilah tu. Esok-esok kita try lagi, ke nak malam ni? Saya on je."
Selamba dia bersuara, buku di atas ribanya mula ditutup dan diletak di meja bersebelahan katil sebelum dia mula nak terkam aku, get ready nak buka kuda-kuda.
" Jungkook! " Muka dia aku tolak bila dia nak kiss aku buatkan dia tergelak. Dah agak dah dia saja nak mengusik aku!
"Apa? Kata nak baby? Saya nak kasilah ni." Dengan tawa yang masih berbaki dia bersuara.
"Saya tak main-mainlah, ish! Saya sedih tau." Aku mula nangis balik depan dia.
Muka aku tak payah bincanglah, macam baru lepas pijak blok lego. Sekali lagi dia gelakkan aku.
Dengan sengihan dia menghampiriku sebelum aku ditarik ke dalam pelukannya.
Padan muka, siapa suruh buat aku nangis? Kan dah kena pujuk aku. Aku ni pun serupa ibu mengandung dah kenapa? Emosi benau.
"Belum sampai rezeki kita. Nanti-nanti adalah tu. Sekarang ni kita honeymoon puas-puas, awak pun boleh fokus dengan study awak, saya pun boleh fokus dekat awak sorang."
Kepala aku angkatkan pandang dia. Kelihatan dia tersengih tengok aku.
"Tengoklah sekarang, belum apa-apa dah manja macam ni dengan saya. Nanti kalau dah ada baby, berebutkan saya pulak dengan anak."
Usiknya dengan getaran tawanya perlahan. Mata aku kecilkan, tenung dia geram, tak padan dengan muka comot dengan hingus dan air mata.
Dengan kejamnya dia tarik kolar baju aku ke atas sebelum dia lap air mata aku pakai baju aku sendiri, habis terdedah perut aku yang seksi ni. Huaaaa sampai hati!
"Jungkook!"
Sekali lagi dia gelakkan aku. Dia ni kan! Suka usik aku tau! Dahlah aku nak tidur dekat taman malam ni!
.
.
.
Malam ini aku dan Jungkook datang makan malam di rumah keluarganya sempena kepulangan Jimin dan Yumi.
Tak boleh nak elak bila Tuan Park pun ada sekali. Dah nama pun rumah dia, tak kan duduk kat playground pulak dia.
Kau tengok, dia dah jadi bapak mertua aku pun, aku rasa tak layak nak panggil dia appa.
Masuk saja ke dalam rumah keluarga Jungkook, aku dan Jungkook disambut oleh Jimin dan Yumi.
Sempat aku berbalas pelukan dengan Yumi dan berbual kosong. Nasib baik aku dapat biras yang baik, sporting.
Jungkook dengan Jimin pula awal-awal dah bergusti atas sofa, tak padan dua-dua dah berbini.
"Jungkook, rindu hyung tak?"
Jungkook tayang muka jijik saat Jimin membahasakan dirinya 'hyung' buatkan kami tergelak.
"Abah kau hyung."
Balas Jungkook kejam seraya bangun dari terus terbaring di atas sofa.
"Appa! Tengok Jung—"
Belum sempat Jimin mengadu, Jungkook dah tekup mulut Jimin sebelum tubuh kecil Jimin diheret sekali ke dapur mencari omma buatkan aku dan Yumi tergelak.
.
.
.
Sejak tadi hanya mereka yang berborak, aku lebih memilih untuk makan dengan senyap.
Ambil lauk pun ala kadar sampaikan Jungkook yang tolong letakkan lauk dekat pinggan aku tanpa disuruh, tu pun dah kena jeling dengan bapak mertua sendiri. Haih, mulalah aku rasa nak makan bawah meja.
Somi pula tak ada, katanya keluar dengan kawan. Yelah tu kawan, entah-entah boyfriend! Tak boleh jadi ni, kena siasat! Lately ni pun, bahagia semacam je aku tengok dia.
"Sebenarnya kami ada good news nak share."
Kepala aku angkatkan saat Jimin tiba-tiba saja membuat pengumuman.
"Yumi pregnant, dah masuk empat bulan."
"Sebab tu kami ambil masa untuk balik ke sini, nak tunggu baby betul-betul kuat baru boleh naik flight. Kami memang ingat nak bagitahu semua bila balik sini."
Dengan senyuman tidak lepas meniti di bibir, Jimin bercerita buatkan aku turut tersenyum, tumpang gembira.
Omma tak usah cakaplah, happy betul. Terus Kak Yumi yang sejak tadi duduk di sisinya dipeluk erat.
" Akhirnya, appa dapat juga cucu. " Tutur Tuan Park, terpancar riak bahagia di wajahnya, tubuh Jimin ditepuk perlahan.
Aku hanya tersenyum hambar saat melihat reaksinya yang jauh berbeza dengan reaksinya saat berita kehamilan aku dulu.
"Tahniah, hyung, kak." Kedengaran Jungkook mengucapkan tahniah kepada Jimin dan Yumi buatkan aku menoleh.
Senyuman ikhlas terukir di bibirnya buatkan aku sebak sendiri. Mungkin dia tak pernah tunjuk tapi aku tahu, dia mengharapkan perkara yang sama terjadi pada kami.
Setiap kali keputusan yang aku dapat negatif, aku akan mengadu padanya, mungkin dia cuba terlihat biasa dan tak terkesan di depan aku, tapi aku tahu, dia turut sama mengharap.
.
.
.
Korang, nampaknya sis kena explain sikitlah memandangkan ramai yang salah faham, aih agaga.
So gini,sis nak cakap, dalam cerita ni, Yerim tak pernah pregnant anak Taehyung. Saya ulang ya, nggak pernah! Waduhh-waduh.
Jeon Eunwoo tu, anak Jeon Jungkook. Nampak tak Jeon bertemu Jeon, maka Jeon lah jadinya. Yang hang pi dok claim Eunwoo anak Taehyung ni pasai pa omg, agagaga.
Sebelum ni, Jungkook cakap "aku jaga anak kau macam aku jaga anak aku sendiri" tu, dia rujuk pada Kim Taeha, Kim Taeha ni barulah anak Taehyung tapi dengan Hana.
Time Taehyung cakap "Terima kasih sebab jagakan anak aku.", dia rujuk pada Kim Taeha juga, anak dia dengan Hana.
Tahu korang confuse sebab sebelum ni ada plot Taehyung 'buat benda tak baik' dekat Yerim tapi kes tu kononnya setahun lebih sebelum Yerim kahwin dengan Jungkook.
So, conclusion dia dekat sini kes tu tak membuahkan hasil pun. HAHA.
Di dalam biologi, tak adanya lepas dua tahun baru mengandung wei HAHAH.
So lepas kahwin baru Yerim pregnant, kahwin dengan siapa? Jungkook.
Hang jangan tanya pula macam mana Jungkook buat Yerim mengandung, GIGIT KANG! TAK KANLAH SIS NAK CERITA DETAIL PULA PROSES DIA AHAH.
Faham? Afaham? Tak faham lagi boleh tanya dekat sini, okay?
Anyway, jangan terkejut dengan next part okay? 😉💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top