27

.
.
.


Sejak tadi, tak lepas dirinya dari terus mendakap tubuhku erat. Namun sikit pun aku tidak kisah, suka adalah. Dengan posisi baring mengiring menghadap antara satu sama lain, kami berbalas pelukan.

Posisi yang paling aku suka, saat menyebamkan dahiku dekat pada dadanya, sesekali dapat aku dengar detakan jantungnya yang cukup buatkan jantungku turut sama berdetak laju.

"Jungkook.."

"Hmm?"

"Dah tidur?"

"Macam mana saya nak tidur kalau awak tak nak lepaskan saya macam ni? " Usiknya dengan getaran tawanya perlahan buatkan aku tersengih.

Makin aku ketatkan pelukan aku pada dia buatkan dia tergelak. Tulah, siapa suruh mention?

"Jungkook."

"Ya, sayang?" Sahutnya perlahan.

"Nak tanya sikit boleh?"

"Banyak pun boleh." Balasnya seraya terasa rambutku diusap lembut dan perlahan.

"Awak sempat tengok Eunwoo kan?" Tanyaku perlahan dan untuk seketika dirinya terdiam.

"Ya, kenapa?"

"Dia handsome tak?" Tanyaku buatkan dia tertawa perlahan.

"Handsome." Tuturnya perlahan buatkan kami sama-sama tersenyum hambar.

"Muka dia macam awak ke saya?" Tanyaku lagi.

"Muka dia macam awak tapi handsome macam saya." Tuturnya riak buatkan aku tergelak.

Namun perlahan-lahan tawaku hilang, berganti dengan senyuman hambar.

"Saya pernah mimpikan dia.. Sampai sekarang saya ingat rupa dia, sama macam yang awak cakap, saya nampak muka dia sama dengan saya, cuma hidung dia mancung macam awak."

"Dia pandang saya bila saya panggil nama dia.. Comel sangat.. Mata dia, macam awak.." Ceritaku lagi dan Jungkook hanya diam, mendengar.

Dapat aku rasakan tangannya tidak lepas dari mengusap lembut rambutku.

"Saya tak pernah jumpa dia tapi saya rindukan dia.."

Tuturku perlahan, terasa tubir mataku mula digenangi air mata semula.

"Mungkin Eunwoo cuma pinjaman buat kita, untuk kita lebih bersedia and lebih menghargai bila kita dapat baby lagi nanti?"

"Mungkin dia pun tahu yang mommy dia ni belum ready nak jaga dia.."

Aku hanya tersenyum hambar saat mendengar kata-kata Jungkook namun pada masa yang sama, air mataku mula mengalir membasahi pipi aku.

"Saya menyesal sebab tak hargai dia masa mula-mula pregnant dulu, saya merungut, saya rasa dia menyusahkan saya.."

"Tapi lama-lama saya mula sayangkan dia, lebih dari nyawa saya sendiri.."

"Tapi sekarang, dia dah pergi.."

Dengan mata yang terpejam dan air mata yang mengalir deras, aku mengadu segalanya kepada Jungkook.

"And it's all my fault, I can't even protect him."

"Stop blaming yourself, Yerim.. It's not your fault, everyone know that.. It's our fate, he's not belong here, with us."

"Dia cuma pinjaman buat kita, Yerim."

.
.
.

"Jungkook, kami dah jumpa dia."

"Dia sendiri yang serah diri."

"Tapi sekarang ni dia ditahan dekat hospital."

Dapat saja panggilan dari Namjoon, terus keretanya dipandu menuju ke Hospital Myeondong.

Sampai saja di hospital, langkahnya terus diatur laju menuju ke tingkat tiga seperti yang diberitahu oleh Namjoon.

Dari jauh, terlihat rakan karibnya itu sedang berdiri di muka pintu privacy ward yang dikawal ketat oleh beberapa orang pegawai polis yang lain, wad yang menempatkan lelaki bernama Kim Taehyung.

"Mana dia?" Tanya Jungkook saat dirinya berada tepat di hadapan Namjoon.

"Dekat dalam." Tutur Namjoon perlahan, wajah Jungkook direnung risau, risau kawannya itu mula hilang kawalan.

Baru saja Jungkook hendak mengatur langkah memasuki wad itu, sempat Namjoon menghalang.

"Jungkook, you need to calm down."

Tanpa mempedulikan nasihat lelaki itu, Jungkook mula merentap tangannya kuat dari genggaman Namjoon sebelum langkahnya diatur laju memasuki wad itu.

Masuk saja ke dalam wad, kelihatan seorang lelaki sedang terbaring di atas katil dengan sebelah tangannya digari pada palang katil.

Kim Taehyung.

Terukir senyuman di bibir lelaki itu saat mata mereka saling bertatapan.

Dada Jungkook mula berombak mengatur nafas, geram dengan riak bersahaja lelaki itu yang sedang mentertawakannya.

Dengan nafas yang turun naik menahan amarah, langkahnya diatur laju mendekati lelaki itu sebelum kolar baju lelaki itu ditarik kuat sehingga terangkat bahagian atas tubuh lelaki itu.

"Jungkook!"

Belum sempat Namjoon dan rakan-rakannya menghalang, wajah Taehyung ditumbuk berkali-kali sehinggalah tubuh Jungkook ditarik agar menjauhi katil.

"Apa masalah kau dengan aku?! Kenapa kau buat semua ni?! Kau sentuh Yerim, kau bunuh anak aku! Apa yang kau tak puas hati dengan aku, kau cakap dengan aku sekarang!"

Bergema kuat suara Jungkook menengking lelaki itu, nafasnya turun naik menahan marah.

Sedaya-upaya dirinya cuba melepaskan diri dari Namjoon yang menghalangnya dari mendekati lelaki itu.

Diikutkan hati, mahu saja dirinya membunuh lelaki itu dengan tangannya sendiri.

"Aku tak pernah kacau kau! Keluarga kau dah musnahkan keluarga aku, sikit pun aku tak berdendam dengan kau tapi kau, kau bunuh anak aku!"

"Aku jaga anak kau, aku jaga dia, aku sayang dia macam anak aku sendiri tapi kau bunuh anak aku.." Air matanya tak dapat ditahan saat teringat semula pada anaknya, Jeon Eunwoo.

Dengan hujung bibirnya yang pecah dan mula berdarah, Taehyung tertawa perlahan sebelum perlahan-lahan matanya dilirikkan kepada Jungkook.

Dapat dilihat matanya yang berkaca dan berair, merenung Jungkook dengan senyuman mengejek.

"Keluarga aku musnahkan keluarga kau?" Tanya Taehyung perlahan dengan senyuman sinis masih terukir di bibirnya.

"Ayah kau yang musnahkan keluarga aku.." Tutur Taehyung perlahan, senyumannya yang sejak tadi terukir di bibirnya mulai memudar.

Renungannya mula bertukar tajam, merenung tepat menikam anak mata Jungkook.

"Dia dera omma aku, dia pukul aku, dia rogol adik perempuan aku, every single day.."

"Dia dera omma aku sampai omma aku mati, dia rogol adik aku sampai adik aku bunuh diri depan mata aku sendiri, that time she just fifteen years old.."

"It's annoyed me to see how happy you're with your family sedangkan aku, setiap hari, merayu dekat orang tua tu untuk bunuh je aku!"

"Thank god, Tuan Kim, ayah kepada Hana datang selamatkan aku. Not enough for me bila aku tahu lelaki tak guna tu hanya diberikan hukuman penjara seumur hidup, kalau boleh aku nak dia mati, mati dekat tangan aku sendiri."

"Then I met her, Kim Hana. For the first time in my life, I fell in love but guess what, that time she's already yours. Again, it's annoyed me. Kau ada kehidupan yang cukup bahagia kalau nak dibandingkan dengan aku."

"Aku mula fikir yang aku patut ada apa yang kau ada, untuk aku bahagia. So, aku rampas dia dari kau and yes, I did it."

Kelihatan dirinya tertawa perlahan, bangga.

"But it seems like you don't care, but it's so different, bila aku cuba rampas Yerim dari kau. At first aku cuma nak gunakan dia untuk sakitkan hati kau tapi lama-lama, I can tell why you love her. She's so different, makes me want to make her mine."

"But yeah, I can tell she loves you so much. Again, it's annoyed me so much. Bagus sangat ke kau dari aku?"

"Tahu yang aku tak kan dapat rampas dia dari kau, macam apa yang aku buat pada Hana, aku try sakitkan dia, untuk bagi kau rasa, apa yang aku rasa bila bapak kau rogol adik aku!"

"Bersyukurlah aku buat dekat Yerim and bukan dekat adik perempuan kau." Dengan tawa, tanpa rasa bersalah, perlahan kata-kata itu meniti di bibirnya buatkan dada Jungkook turun naik menahan marah.

"Pergi matilah, sial!"

Suara Jungkook bergema di segenap ruang wad ini. Dengan amarah, dirinya melepaskan diri dari pelukan Namjoon.

Tubuh Taehyung di atas katil diterpa sebelum sekali lagi wajah lelaki itu ditumbuk kuat berkali-kali melepaskan segala kemarahan.

" Cukuplah Jungkook!"

Sekali lagi tubuhnya ditarik agar menjauhi katil.

Taehyung mula mengerang kesakitan di atas katil namun pada masa yang sama dirinya tertawa dengan mulut dan hidungnya yang mula berlumuran darah.

"Kita keluar sekarang." Namjoon bersuara, tubuh Jungkook mula ditarik agar mengikuti langkahnya keluar dari wad ini.

"Jeon Jungkook."

Langkah Jungkook terhenti dari terus diatur menuju ke pintu wad saat suara garau itu menyapanya perlahan.

"Terima kasih sebab jagakan anak aku.."

"Aku minta maaf.."

.
.
.


Thank you wei yang support, vote, komen. 💜😭

Nak sis update lagi tak? Bila? Jawab pat! 🥺

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top