21
.
.
.
"Are you sure?"
Sekali lagi dia bertanya kepada aku buatkan aku tergelak. Berkerut-kerut dahi dia merenung aku, risaulah tu.
"Ya. Saya pasti. Saya nak pergi juga."
"Tapi sayang, awak tinggal tunggu hari je ni. Bahayalah."
"Bukan selalu saya graduate. Penat-penat saya belajar."
Aku mula tayang muka sedih. Nak juga merasa pakai jubah, baling topi, naik pentas, dapat bunga. Penat tau belajar tiga tahun, tak kan graduation day aku duduk rumah je?
"Larat ke awak nanti? Kalau tiba-tiba rasa contraction macam mana? Saya juga yang tak keruan nanti."
"Tak nak kasi, sudahlah." Ucapku perlahan seraya menunduk, merajuk. Sempat aku jeling dia, terkedek-kedek aku jalan tinggalkan dia.
Kedengaran tawanya perlahan sebelum terasa tanganku ditarik agar mendekatinya semula.
"Awak ni kan, memang saja nak buat saya risaukan awak dengan baby kan?"
Aku cuma diam, masih tak nak angkat muka pandang dia. Kedengaran keluhannya perlahan.
"Yalah, saya izinkan."
Kepala aku angkatkan, memandangnya. Kelihatan raut wajahnya yang tampak risau dan berbelah bagi dengan keputusannya sendiri.
Senyuman aku ukirkan untuknya sebelum tubuhnya aku peluk walaupun terbatas dengan baby bump milikku.
"Thank you, Jungkook!"
"Tapi dengan satu syarat."
"Saya ikut sekali naik pentas." Sambungnya buatkan aku mengundur, berkerut dahi aku tenung dia. Apakah?
.
.
.
"Choi Yerim."
Nervous bila nama aku dipanggil. Dengan lagak Doraemon, langkah aku atur ke atas pentas.
Dari jauh aku dah nampak Jungkook tengah tersengih pandang aku, berdiri dekat sebelah dekan sambil pegang dulang berisi sijil diploma aku, banggalah tu aku dapat anugerah dekan.
Sampai saja depan dekan, aku mengucapkan terima kasih saat fail diserahkan kepada aku sebelum mulalah sesi menangkap gambar. Rasanya aku paling rare, gambar graduation dengan baby bump sekali.
Kemudian sebelum turun pentas sempat aku berhenti depan Jungkook. Berkerut dahi dia tengok aku bila aku hulurkan tangan dekat dia.
"Nak apa?" Tanyanya.
"Nak salam."
Tergelak dia dibuatnya tapi tetap dia hulurkan tangan dia ke aku. Tangan dia aku salam sebelum aku tunduk dan tangannya aku kucup perlahan dan lembut tanpa pedulikan orang lain. Kedengaran tawanya lagi.
"Tahniah." Ucapnya saat aku mengangkat kepala memandangnya. Sempat kami berbalas senyuman.
"Saya bangga dengan awak." Sambungnya lagi, terasa tangannya mula menyentuh pipiku lembut buatkan aku terharu.
.
.
.
Selepas sesi penyampaian sijil, mulalah sesi fotografi. Rasanya dah macam-macam pose dah aku buat sampaikan aku dah tak larat, aku buat peace je. Penat tu memang penat tapi aku rasa seronok dan puas hati.
"Sir!"
Aku toleh bila Yoonji panggil someone dari belakang aku.
Sir Jungkook.
Kelihatan dia mengatur langkah mendekati aku dan kawan-kawan aku dengan sejambak bunga dan Teddy bear di tangan, untuk aku ke?
"Sir, tangkap gambar dengan kitorang nak? Lepas ni dah tak jumpa sir dah. Lainlah Yerim tiap hari tengok sir."
Semua dah seronok gelakkan aku, mengusik aku dengan Jungkooklah tu.
Yoonji ni kan kalau aku dah libas pakai tebu baru diam agaknya!
"Boleh." Jungkook membalas dengan senyuman sebelum dia menunduk, memandang aku.
Teddy bear dan sejambak bunga yang sejak tadi di tangannya kini dihulurkan kepadaku.
"Untuk awak."
Kepala aku angkatkan memandangnya. Kelihatan sepasang matanya sejak tadi tidak lepas menatapku dengan senyuman terukir di bibirnya.
Kawan-kawan aku yang lain dah ber'uwu' tengok aku dengan Jungkook. Sungguhlah husband aku ni boyfriend material.
" Terima kasih." Ucapku seraya menyambut hulurannya. Dengan senyuman masih terukir di bibirnya, dia mengangguk kecil. Teddy bear pemberiannya aku peluk erat.
"Dahlah, jom tangkap gambar." Pantas aku bersuara, menukar topik bila semua dah start nak menyakat aku dengan Jungkook balik.
Jungkook mula mengambil tempat berdiri di sebelah aku sementara Yoonji sibuk kejar mana-mana budak yang lalu, nanti minta tolong tangkapkan gambar.
Semua mula bersiap sedia nak posing bila Yoonji dah serahkan kamera dekat someone yang sudi membantu tangkapkan gambar kami nanti.
"Jangan dekat sangat dengan sir, nanti wife dia mengamuk."
Sekali lagi Yoonji jadi mangsa jelingan aku buatkan yang lain tergelak, termasuk Jungkook.
Maka Sir Jungkook, lecturer fizik kegilaan ramai mulalah dikelilingi para siswi yang cantik-cantik belaka.
" Freestyle! "
Selamba badak Jungkook peluk bahu aku sebelum dia buat peace.
"Cie!"
"Dahlah aku nak kawen!"
Jungkook hanya tergelak mendengar gurauan rakan-rakan aku sementara aku dah malu-malu kucing dekat sini bila semua dah pandang-pandang kami.
"Sir dengan Yerim jangan gerak!"
Tiba-tiba pula diorang lari tinggalkan aku berdua dengan Jungkook yang terkebil-kebil dekat tempat yang sama.
"Senyum!"
Segan pulak aku tiba-tiba kena posing berdua je dengan Jungkook. Diorang ni pun kan, suka sangat menyakat aku dengan Jungkook!
Jungkook pun melayan. Terasa pinggang aku dipeluk dan ditarik agar mendekatinya. Aku angkat kepala pandang dia, dia tunduk pandang aku astu senyum.
"Ahsjssk sweet-sweet nak pergi mana sir?!" Tanya salah sorang classmate aku buatkan yang lain tergelak, begitu juga Jungkook.
"Sir ada apa-apa ucapan untuk isteri tercinta?"
"Untuk si dia yang bergelar isteri, I love you."
Selamba Jungkook bersuara dengan macho nya sambil pandang Yoonji yang sedang merakam. Sempat pulak tu dia kasi flying kiss dengan manly nya, siap terangkat kening sebelah buatkan Yoonji yang merakam jatuh tergolek.
" Pfft! "
Terbahak-bahak yang lain gelak. Tak pernah dibuatnya Sir Jungkook yang serius dalam kelas ni tiba-tiba ajak bergurau.
Jungkook tergelak sendiri sebelum dia menunduk memandang aku yang turut sama tergelak.
"Congrats, sayang." Tuturnya perlahan dengan senyuman buatkan aku turut tersenyum. Tak pasal-pasal mata aku ni mulalah berair.
Tak mungkin aku akan sampai ke tahap ini, tanpa dia..
"Kiss! Kiss!"
Jungkook tersengih saat mendengar usikan dari student-student nya yang tak henti-henti menyakat kami namun matanya masih tetap menatapku.
Tanpa diduga, dia menunduk sebelum terasa dahiku dikucup lembut dan lama, mata aku pejamkan.
Malu namun pada masa yang sama berdebar dengan tindakannya yang berani.
"I love you."
Tuturnya perlahan buatkan perlahan-lahan kelopak mata aku celikkan sebelum kepala aku angkatkan, memandangnya. Cair sendiri saat melihat senyumannya.
.
.
.
Nah, double update. 🥺💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top