19
.
.
.
"Terima kasih, Jungkook. Sebab tolong jagakan Hana sepanjang akak tak ada dekat sana. Nanti kalau ada apa-apa terus inform akak, ya? "
"Sama-sama."
Setelah panggilan antaranya bersama Kim Yumi, kakak iparnya ditamatkan, dirinya mengeluh.
Nampaknya dia perlu menjaga Hana selama beberapa bulan ini, sehingga Yumi dan Jimin pulang ke Korea.
"Encik."
Kepalanya diangkat saat seorang doktor datang menghampirinya.
"Encik suami kepada Puan Hana?"
Entah keberapa kali dirinya disalah ertikan sebagai suami Kim Hana sampai dirinya pun malas nak menerangkan lebih.
"Ya, saya." Balasnya pendek seraya berdiri, telefonnya diseluk masuk ke dalam poket seluarnya.
"Tahniah, Puan Hana selamat melahirkan bayi perempuan."
.
.
.
"Kau okay tak ni? Nak pergi hospital?" Tanya Somi risau saat kami dalam perjalanan pulang ke rumahku buatkan aku tergelak perlahan.
"Buat apa? Aku okaylah."
"Aku risaulah. Ni kalau abang aku tahu ni—"
"Jangan bagitahu dia please."
Pantas aku bersuara, risau betul kalau Jungkook tahu.
"Aku tak nak dia risau, kau tahu kan semenjak apa yang jadi dekat aku dulu, overprotective betul dia dengan aku, ngan baby."
"Nak keluar rumah pun susah, pergi mana-mana pun mesti kena bawa kau tak pun Yoonji kalau dia tak boleh temankan aku."
"Bayangkan kalau dia tahu pasal tadi, mahu dia bungkus aku dalam bubble wrap, letak je aku atas katil, entah-entah jejak lantai pun tak boleh. "
Tergelak Somi dibuatnya, sempat dia kerling aku sebelum kembali fokus pada pemanduannya.
"Tapi, abang aku suruh inform kalau apa-apa jadi dekat kau, takut orang yang khianat kau dulu datang balik kacau kau.."
Jantung aku mulalah kembali berdegup laju namun aku cuba bertenang. Mungkin nama lelaki itu tak pernah disebut di hadapanku namun aku cukup tahu siapa.
.
.
.
Sampai ke petang, dia masih tak balik-balik. Sampai ke petang jugalah aku duduk di rumah keluarga mentua aku, menunggunya.
Lepas makan tengah hari tadi, aku langsung tak jejak kaki keluar dari bilik ini, bilik tidur Jungkook yang kini sudah menjadi bilik tidur kami jika kami pulang ke sini.
Termenung, overthinking, sesekali terkebil-kebil merasakan pergerakan baby, buatkan aku rasa aku tak keseorangan.
Saat terdengar pintu bilik ini dibuka perlahan dari luar, terus mata aku pejamkan, berpura-pura tidur.
Terdengar derapan kakinya perlahan mendekati aku di atas katil. Bauannya dah cukup buat aku tahu siapa.
Jungkook.
Terasa gegaran kecil di atas katil saat dirinya mengambil tempat duduk di hadapanku.
Terasa rambutku dielus lembut sebelum terasa tangannya dialihkan pula ke atas perutku.
Baby ni pun mulalah excited kalau ayah dia datang, macam tahu-tahu saja itu tangan Jungkook.
Tak pasal-pasal berkerut-kerut dahi aku menahan, terdengar pula tawa Jungkook, mesti dah perasan yang aku cuma buat-buat tidur. Ish, baby ni kan, kan dah terciduk aku dibuatnya.
Akhirnya mata aku celikkan. Celik-celik saja, mataku kini bertentangan dengan sepasang mata miliknya yang merenungku redup dengan sebuah senyuman.
Senyuman yang tidak bersalah.
Aku jeling dia, tangan dia yang tengah sentuh perut aku, aku tolak cukup perlahan, nak merajuk pun tak nak sampai biadap dengan suami gitu.
Sekali lagi dia ketawa.
"Merajuk dengan saya?" Tanyanya dengan sengihan. Buat-buat tanya! Dah terang lagikan bersuluh.
Aku jeling dia lagi buatkan tawanya tercetus lagi.
"Janganlah merajuk. Saya minta maaf. Saya ada belikan awak mcd tadi tapi omma kata perempuan pregnant tak elok makan fast food, Somi yang makan."
Huaaa makin emosi macam ni. Dah berbulan aku tak makan mcd, fav aku tu. Aku tayang muka sedih, mulalah mata aku ni nak bermain dengan air mata.
"Tapi saya ada belikan awak Mcflurry, awak suka kan? Saya dah simpankan untuk awak dekat peti sejuk. Jom makan, jom."
"Tak nak. Majuk."
Sekali lagi dia gelakkan aku. Tiba-tiba pula dia baring dekat sebelah aku, berhimpit dengan aku. Hampir saja aku dengan baby kena hempap dengan dia, dahlah aku ni jauh lagi kecil dari dia.
"Awak buat apa ni?" Marahku. Tiba-tiba pula dia peluk aku, nak lemas aku dibuatnya.
"Awak, ada baby lah." Marahku lagi bila dia peluk aku ketat-ketat sampai senak perut aku.
"Eh, lupa." Balasnya sambil ketawa, comel pula dia giggling macam ni, ep Yerim jangan lupa kau tengah merajuk dengan dia!
Tiba-tiba pula dia kiss aku bertubi-tubi, dari dahi aku, mata aku pejamkan saat kelopak mata aku kiri dan kanan menjadi sasarannya, pipi aku kiri dan kanan turut menjadi mangsa, seterusnya hidung aku dan berakhir pada bibir aku.
Terkebil-kebil aku pandang dia yang dengan tak bersalahnya sengih pandang aku lepas kiss aku bertubi-tubi. Sesak nafas aku dibuatnya.
"Awak buat apa ni?"
"Lepaskan rindu saya pada awak."
Alah bibir ni pun, spontan tersenyum suka buatkan Jungkook tergelak tapi cepat-cepat aku tahan.
"Nak lagi?" Tanyanya dengan kening sebelah kirinya dijongketkan, senyuman nakal terukir di bibirnya, sengaja nak menggoda akulah tu.
Aku geram, bibir dia aku kiss sekilas buatkan dia terkedu sebelum dia tergelak. Sukalah tu. Siapa suruh goda aku?
"Dahlah, saya nak makan Mcflurry."
Baru saja aku nak bangun, terasa tangannya menyentuh perutku, menahanku dari menjauhinya.
"Nak pergi mana?" Tanyanya perlahan, alamak dah lain macam dah ni.
"Nak makan Mcflurry."
"Tak boleh."
"Nanti Somi habiskan macam mana?"
"Saya boleh belikan yang lain." Balasnya selamba sebelum dia menunduk, sekali lagi bibir aku menjadi sasarannya.
Terasa tangannya yang sejak tadi berada di atas perutku mula bergerak ke bahagian belakang tubuhku.
Baby, sila tutup mata dan telinga awak, tak tahulah daddy awak ni kenapa.
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top