17

.
.
.

"Dah berapa minggu?"

"24 weeks."

"Oh, enam bulan?"

Aku tersenyum dan mengangguk. Cepat saja masa berlalu, usia kandunganku kini sudah mencecah enam bulan.

"Tapi kecil je perut awak, suami tak cukup bagi makan ke?"

Terkebil-kebil aku pandang akak yang duduk sebelah kanan aku ni. Nasib baik aku dengan dia sama-sama pregnant, kalau tak dah lama aku buka gelanggang WWE dekat ruangan menunggu ni.

"Awak nampak muda lagi, student ke?"

Akak sebelah kiri aku pula bertanya buatkan aku menoleh sebelum aku mengangguk.

Tiba-tiba akak sebelah kanan aku ni menggeleng tengok aku, mula pandang aku atas bawah. Ish, dia ni kan kalau aku dah luku pakai siku—

" Terlanjur ke? Boyfriend tahu? "

"Ni lah budak-budak zaman sekarang, dah dapat peluang belajar, menggatal dengan lelaki. Tengok zaman kita dulu, nak belajar pun susah, kena naik sampan dulu baru sampai—"

"Sayang."

Kepala aku angkatkan saat seseorang tiba-tiba mencelah, menyapaku. Jungkook.

"Jomlah sarapan dulu. Lama lagi ni." Ajaknya dan aku hanya menurut.

Perlahan-lahan aku bangun sebelum aku berdiri di sebelah Jungkook. Akak-akak tadi dah amazed semacam tengok Jungkook.

"Adik awak ke? " Selamba akak yang duduk sebelah kanan aku tadi bertanya dekat Jungkook.

Aku perhati je akak ni, dendam betul dengan aku. Aku ada terserempak dengan dia kat mana-mana ke ni?

Jungkook ketawa perlahan sebelum dia menoleh memandang aku.

"Saya suami dia."

"Awalnya kahwin." Akak belah kiri pula memberi komen buatkan Jungkook tersenyum.

"Dah jodoh." Balas Jungkook tenang dengan senyuman.

"Yeke? Ke awal-awal dah berisi sebab tu cepat-cepat kahwin?"

Mata aku kecilkan, merenung geram akak tadi. Dia ni kan, kalau aku dah cekik—

Jungkook dah tergelak tengok reaksi aku sebelum tangan aku ditarik dan digenggam. Takut aku pergi gigit akak tu agaknya.

" Taklah. Kami lepas kahwin, baru dapat baby. "

Tenang je Jungkook membalas, siap senyum lagi.

"Kami pergi dulu. Oh, saya harap lepas ni kalau akak nampak atau tahu ada perempuan pregnant macam isteri saya, yang masih student, janganlah judge mereka, kita tak tahu apa mereka rasa, apa yang mereka lalui."

"Mungkin dengan hanya sepotong ayat yang akak rasa taklah menyakitkan mana tapi sebenarnya mampu beri kesan pada mereka dan mungkin dengan hanya segaris kata semangat yang akak rasa tak membawa apa makna bagi mereka tapi itulah penyuntik semangat buat mereka."

" Kami minta diri dulu. "

.
.
.

Benda yang paling aku suka bila datang appointment, dengar heartbeat baby. Mulalah mata ni masuk habuk, pasir, batu konkrit semua bila tengok scan ultrasound baby.

Aku dan Jungkook masing-masing terdiam, sama-sama memerhati scan ultrasound pergerakan baby di skrin monitor di hadapan kami.

Senyap-senyap aku memerhati Jungkook tanpa pengetahuannya. Kelihatan dia terleka memerhati pergerakan baby kami di monitor dengan senyuman halus terukir di bibirnya.

Tak lepas aku merenung dia sampailah dia menunduk, memandang aku.

Alamak, terchiduk.

Tak pasal-pasal dia tersengih tengok aku.

"Betul ke tak nak tahu baby boy ke baby girl? Dah boleh nampak ni."

Tegur Dr. Jung, yang sudah masuk enam bulan menjadi gynecologist aku.  Terukir senyuman di bibirnya saat memandang aku dan Jungkook.

Aku pandang Jungkook, Jungkook pandang aku. Jungkook senyum penuh makna sebelum dia toleh pandang doktor.

" Nak, doktor. Saya dah bincang dengan wife saya, dia kata okay."

Bincanglah sangat padahal malam tadi, bukan main sakan dia pujuk aku nak scan baby girl ke boy.

Aku sebenarnya tak nak, nak kasi surprise gitu. Tapi kalau dah dia tidur pun hadap dinding, mana mahunya aku.

Last-last kitorang main osom, siapa menang, dia decide. Nah kau, sekali dia menang, macam nak patah katil dia lompat. Laki siapalah ni?

Dr. Jung tertawa sebelum dia duduk menghadap kami.

"Lelaki."

"Awak berdua dapat anak lelaki."

.
.
.

"Jungkook, sini." Panggilku dari atas katil.

Jam baru pukul sepuluh malam tapi aku dah baring atas katil. Nak patah pinggang aku duduk je dekat meja belajar. Nasib baik malam ni tak banyak homework.

"Nape?" Tanyanya perlahan tanpa memandang aku, sibuk menanda kertas di meja kerjanya.

"Baby." Balasku pendek.

"Nape ngan baby? " Tanyanya lagi masih tak pandang aku.

Asal dia comel sangat ni? Gigit kang.

"Dia gerak."

Terus dia angkat kepala pandang aku.

"Sekarang?" Tanyanya dan aku mengangguk. Terus dia bangun sampai dah nak tersungkur sebab tersadung kerusi, buatkan aku ketawa.

"Hati-hati."

Dia mendekati aku sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelah aku. Tanpa menunggu lama tangannya aku tarik dan aku letakkan di atas perutku buatkan dia ketawa, geli agaknya.

"Bertiktok nampaknya dia."

Tergelak aku dibuatnya dengar komen dia.

"Tak sakit ke?" Tanyanya sambil memandang aku.

"Sikit je." Balasku sambil tersengih.

"Baby, don't be too harsh with mommy okay. She's already sacrificed a lot for you."

Tak pasal-pasal aku tersentuh sendiri saat mendengar kata-katanya.

Kini matanya dilirikan kepadaku sebelum kami hanya diam, membiarkan renungan antara kami bertaut.

Tiba-tiba saja dia tarik aku ke dalam pelukannya sebelum terasa atas kepalaku dikucup perlahan dan lembut.

"Terima kasih, dari saya dan baby. I know how struggling you are. Dengan study, dengan baby, dengan saya lagi. I'm sorry, there's nothing I can help you. All I can do is taking care of you, make you happy, showering you with love."

Aku dan dia sama-sama tersengih saat mendengar ayat terakhirnya sebelum mata aku mulalah berair. Ya ampun, emosi tak sudah.

" Rasa macam baru semalam saya jumpa awak dekat rooftop, tak kenal pun awak, rasa macam apalah perempuan gila ni buat atas tembok tu? Dahlah cakap sendiri. Perhati je."

"Jungkook!"

Marahku sebelum lengan dia aku pukul geram buatkan dia mengaduh sakit namun pada masa yang sama tertawa perlahan.

"And now, you're my wife.."

Tuturnya perlahan sebelum terasa tangannya mengusap lembut pipiku.

"Dah nak ada baby pun dengan awak." Sambungnya dengan tawa perlahan buatkan aku tersenyum namun pada masa yang sama berair mata aku dibuatnya.

"Saya ingatkan awak pregnant baby girl, emosi semacam, tak sangka pula baby boy."

"Nanti bolehlah dia jaga awak dengan adik-adik dia kalau dia dah besar nanti, kalau-kalau saya pergi dulu."

Sambungnya perlahan buatkan aku tersentap.

Aku mendongak memandangnya, kelihatan dia turut sama merenungku. Dengan tak bersalahnya, dirinya tersenyum.

Tubir mata aku mula digenangi air mata. Tak suka betul bila dia cakap macam tu.

"Sekali lagi awak cakap macam tu, saya tidur dekat taman." Ugutku namun pada masa yang sama, pandanganku semakin kabur dengan genangan air mata.

Kedengaran getaran tawanya perlahan sebelum bahuku dipeluk erat.

"Janganlah, nanti saya rindu."

"Dah tu, janganlah cakap macam tu. Suka sangat macam tu." Marahku lagi dan aku mula menangis, wajah aku sebamkan ke ketiak dia buatkan dia tergelak.

"Yalah, saya minta maaf. Lupa pula isteri saya ni tengah mengandung, emotionally unstable, I'm sorry okay?"

"Janji jangan tinggalkan saya."

"Ya."

"Cakap dulu janji."

"Saya cuba."

Kepala aku angkatkan memandangnya.

"Janji cepat." Ugutku, ibu jari dan jari telunjuk aku dah mula picit pipi kiri dan kanan dia buatkan dia ketawa.

"Yalah, yalah. Saya janji."

.
.
.

Thank you korang yang baca, vote, komen. Ayang korang. 🥺💜

Astu-astu nak tanyaaa, korang nak tak saya update esok? Jawab pat!

Yang selama ni diam je tu, malu-malu tapi mahu tu, jawablah sekali. Kita tak makan orang, makan taehyung je eh. 🥺

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top