16

.
.
.

"Jangan salahkan Yerim ya?"

Jungkook hanya tersenyum hambar saat mendengar nasihat ibunya sebelum dia mengangguk kecil.

Tak sedikit pun terdetik di hatinya untuk menyalahkan isterinya.

"Kamu berdua kena kuat, mungkin ni dugaan buat kamu berdua, pasti ada hikmahnya nanti. Kamu pun, kena selalu ada dengan Yerim. Dia muda lagi, semua ni masih baru buat dia. Jangan biarkan dia sorang-sorang."

"Omma jangan risau, Kook akan jaga dia macam nyawa Kook sendiri."

Puan Jeon hanya tersenyum sebelum pipi anak sulungnya itu diusap lembut dan perlahan.

Jauh di sudut hatinya, dia turut dapat merasakan kesedihan anaknya, bersimpati dengan nasib yang menimpa anak dan menantunya.

" Boleh saya tahu, siapa di sini penjaga bagi pesakit bernama Choi Yerim?"

Jungkook menoleh sebelum dia berdiri kemudian langkahnya diatur mendekati jururawat tersebut.

"Saya suami dia."

"Oh, isteri Encik nak jumpa dengan Encik."

Perlahan-lahan Jungkook menoleh, memandang ibunya. Kelihatan Puan Jeon tersenyum hambar sebelum dirinya mengangguk, memberi semangat kepada anaknya dari jauh.

Jungkook menunduk, cuba mengumpul kekuatan, tidak mahu terlihat lemah di hadapan isterinya nanti. Dia perlu kuat, untuk isterinya.

Kepalanya diangkat sebelum dia mengangguk kepada jururawat tadi, tanda dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan isterinya.

.
.
.

"Yerim.."

Aku menoleh saat namaku diseru perlahan dan lembut, tangisan tak dapat aku tahan saat mataku bertatapan dengan sepasang matanya.

Belum sempat aku bangun dari terus terbaring, dia sudah menghampiri aku sebelum tubuhku dipeluk erat buatkan aku semakin sebak.

Lehernya aku rangkul erat sebeluk wajahku aku sebamkan ke bahunya, teresak-esak aku menangis di dalam pelukannya.

"Baby kita.." Tuturku perlahan namun aku mula kehilangan kata-kata, semakin teruk aku menangis.

"Saya minta maaf, semua salah saya.."

Teresak-esak aku menangis, memohon maaf. Semua salah aku, aku yang tak reti jaga kandungan aku sendiri.

"Yerim, you did nothing wrong.." Kedengaran getaran suaranya perlahan, memujukku buatkan aku menggeleng.

"We lost our baby, because of me.."

Semakin teruk aku menangis. Terasa sebak saat memikirkan baru beberapa minggu aku merasakan kehadirannya di dalam kandunganku dan sikit pun aku tak menghargai saat-saat itu dan sekarang, dia pergi.

Dengan mata yang terpejam rapat, teresak-esak aku menangis di dalam pelukan Jungkook.

"Yerim, we didn't lose our baby.."

Perlahan-lahan mata aku celikkan, serta-merta tangisanku terhenti. Terasa pelukannya pada tubuhku dileraikan.

Dengan matanya yang berkaca, renungannya redup menikam lembut anak mataku. Kini terasa tangan aku ditarik sebelum diletakkan di atas perutku sendiri.

"Baby still here, with you." Tuturnya perlahan, terukir senyuman di bibirnya. Genangan air mata di tubir matanya turut semakin jelas kelihatan buatkan aku semakin sebak.

Mata aku pejamkan, sekali lagi aku menangis. Rasa semua bebanan yang aku rasakan tadi hilang. Makin teruk tangisan yang aku hamburkan sehinggakan menyesakkan dadaku sendiri.

Dengan mata yang masih terpejam, dapat aku rasakan tubuhku kembali dipeluk erat, terasa bahuku diusap lembut, cuba menenangkan aku.

"I thought we already lose our baby.." Di dalam tangisan aku mengadu padanya, tanganku menggenggam kuat bajunya.

"Shh, it's okay. Baby's fine. Dia kuat, macam awak.."

Bisiknya perlahan sebelum terasa sisi kepalaku dikucup lembut dan perlahan buatkan aku terasa tenang.

.
.
.

"Kami dah jumpa dah perempuan tu. Dia langsung tak nak buka mulut bila kami soal."

Serius Namjoon membuat laporan sebelum dia menghirup perlahan kopi suam dari cawan kertas di tangannya.

"Aku pun dah soal siasat budak lelaki tu, siapa nama dia, Bengek? Benyek?"

"Beomgyu." Tenang Jungkook menegur buatkan Namjoon mengangguk, malu sebenarnya.

"Hah budak tu. Dia kata dia tak kenal pun perempuan tu. Aku rasa dia memang betul-betul tak kenallah perempuan tu. Aku rasa ada orang lain yang suruh perempuan tu cederakan isteri kau."

"Maksud kau Taehyung?" Tenang Jungkook bersuara namun itu hanya yang ditunjukkan pada luarannya. Semakin lama kesabarannya semakin menipis memikirkan lelaki itu.

Namjoon mengeluh berat sebelum dia mengangguk kecil.

"Aku dah suruh budak-budak aku cari dia, start dari kau report yang dia ada dekat sini tapi jejak pun tak dapat. Aku tak tahulah dia ni duduk atas angin ke di langit, susah betul nak jumpa. Biasalah orang banyak dosa, susah nak mati."

Jungkook hanya diam, ligat memikirkan sesuatu, perancangannya sendiri.

.
.
.

" I'm sorry, Yerim. But seriously, sumpah aku tak kenal perempuan tu."

"Tapi kalau awak tak kenal, macam mana dia boleh kenal awak?" Tanya Somi.

"And apa motif dia nak serang Yerim semalam? Saya boleh kata yang target dia semalam cuma Yerim. Dia tolak saya tak sekuat time dia tolak Yerim, nampak sangat sengaja nak buat Yerim jatuh."

Aku terdiam saat mendengar penjelasan dari Somi. Masih trauma. Tangan aku sejak tadi tak lepas dari menyentuh perut aku sendiri. Lega saat aku masih dapat merasakan benjolan kecil pada bahagian bawah perutku.

'Congratulations for your pregnancy. Enjoy these moments while you still can.'

Jantungku mula berdegup laju saat teringatkan semula akan isi surat yang aku terima tempoh hari.

Aturan nafasku yang mula tak teratur cuba aku kawal.

"Sayang."

Kepala aku angkatkan. Kelihatan Jungkook sedang mengatur langkah mendekati aku. Tanpa segan silu, dia memanggil aku 'sayang' di hadapan Somi dan Beomgyu.

Sekali lagi, tanpa mempedulikan Beomgyu dan Somi, dia mendekati aku sebelum dahi aku dikucup lembut dan perlahan. Aku dah malu tapi mahu dekat atas katil.

"Sorry tinggalkan awak sekejap tadi." Terangnya.

"Tak apalah." Balasku.

Dia tersenyum sebelum dia menoleh pandang Beomgyu, hilang terus senyuman dia. Tertunduk-tunduk Beomgyu dibuatnya dekat sebelah Somi buatkan aku menahan tawa.

"Saya nak cakap sekejap dengan awak, berdua dekat luar. Boleh?" Tanya Jungkook, gaya lecturer dia.

"Boleh, sir."

Jungkook mengangguk sebelum pandangannya ditalakan pula pada Somi.

"Jagakan kakak kejap."

Alah, comel pula dia bahasakan aku sebagai 'kakak' dekat adik dia, padahal sebaya.

Somi hanya mengangguk. Kini Jungkook menoleh, memandang aku.

"Saya keluar kejap."

Habis semua dia report dekat aku buatkan aku ketawa perlahan sebelum aku mengangguk.

"Pergilah." Pasrah aku bersuara buatkan dia tersengih memandang aku.

Sempat tangannya menyentuh pipiku untuk seketika sebelum dia berpaling, memandang Beomgyu.

"Jom." Ajaknya sebelum langkahnya diatur bersama Beomgyu keluar dari wad ini.

.
.
.

Nak mengelakkan anda semua salah faham, mehlah sis explain sikit agaga.

Okay, so first perempuan yang tolak Yerim tu, bukan scandal Beomgyu ya anak-anak, abe Beomgyu pun tak kenal.

So kiranya perempuan tu, orang upahan 'someone' (tahu-tahulah siapa agaga) untuk cederakan Yerim, biar dia miscarriage, gitu.

Tapi end up, Yerim tak keguguran pun. Ulang suara ya, Yerim tak keguguran. Makcik-makcik, dengar tak saya cakap ni?!

Okay? Ada faham? Kalau tak faham juga asila packing baju, esok juga buang negara. HAHA!

Anyway,nak double update tak? Hadiah untuk korang yang selalu support saya. Thank you. 🥺💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top