14

.
.
.

"Alah biar jelah diorang, esok lusa okaylah tu. Tak payah fikirlah."

Tegur Yoonji saat aku hanya diam sejak tadi. Hari ini aku cuma rehat berdua dengan Yoonji. Hayoung dengan Jiwoo merajuk dengan aku.

"Kau nak makan tak? Aku belikan." Tanya Yoonji seraya berdiri namun aku hanya menggeleng perlahan.

Buku nota biologi yang setebal kamus dewan aku buka.

"Apa bendalah time gap pun buka buku? Tak faham akulah. Kejaplah, aku belikan makanan untuk kau."

Aku hanya diam, langsung tak melawan.

Ingat aku rajin sangat ke? Kalau tak disebabkan tugasan ni kena hantar hari ni, memang tak aku buat.

Dahlah tugasan ni patutnya aku siapkan berdua dengan Beomgyu bebanan keluarga tu tapi dia mana peduli.

Seminggu ni aku tak chat dia ajak discussion, seminggu tu jugalah dia hilang. Berjimba agaknya aku tak kacau hidup dia.

Tersentak bahu aku dibuatnya saat tiba-tiba saja ada seseorang menghentak kuat meja yang sedang aku duduki sekarang.

Kepala aku angkat.

Choi Beomgyu.

"Kau memang saja cari gaduh dengan aku kan?"

Tanyanya buatkan aku terkedu sendiri.

"Yang kau report pasal aku dekat Sir Yoo kenapa?"

Tiba-tiba geram pula aku dia datang-datang nak mengamuk macam ni dekat aku.

"Kan saya dah cakap, kalau awak tak nak bagi kerjasama dengan saya, saya akan report dekat sir yoo, awak ingat saya main-main ke?"

"Masalahnya dia report dekat appa aku!"

"Bukan masalah saya. Cuba kalau dari awal awak bagi kerjasama dengan saya, benda mudah kan. Lagi pun, sampai bila awak nak repeat sem, repeat paper? Tak malu ke? Kalau tak malu, fikir tentang ayah awak. Malu tak dia ada anak macam awak? Dia pengarah kolej ni, patutnya expectation semua orang pada awak tinggi. "

" Jadi perempuan jangan berani sangat bila bercakap, and please mind of your business. Kau tak kenal aku, jangan berlagak macam kau tahu semuanya pasal aku. "

Terdiam saat panahan matanya merenungku tajam, tepat menikam anak mataku.

" Apahal ni? "

Yoonji mula menghampiri kami buatkan lelaki itu meleraikan renungannya denganku sebelum langkahnya diatur meninggalkan kafe ni.

.
.
.

<Choi Beomgyu

Kau dekat mana

Berkerut sekejap dahi aku baca mesej dari dia. Tak pernah-pernah dia chat aku. Tiber.

Library

Jap lagi aku datang
Tunggu

Makin berkerut dahi aku. Baru semalam aku gaduh dengan dia. Tiba-tiba pula dia ni. Nak sambung gaduh dengan aku dekat dalam library ni ke?

Malas nak fikir panjang, telefon aku letak tepi. Beberapa minit kemudian, kepala aku angkatkan saat seseorang mengambil tempat duduk di hadapanku.

"Sorry lambat, baru habis kelas."

Seriuslah dia minta maaf dengan aku? Dia ni ada terhantuk dekat mana-mana objek tumpul ke semalam lepas gaduh dengan aku?

"Mana soalan kita?" Tanyanya lagi buatkan aku makin confused. Terkebil-kebil aku tengok dia.

"Aku tanya, soalan kita mana?"

Akhirnya aku hulurkan juga set soalan kepadanya. Aku perhati saja dia mula mengeluarkan buku dari beg nya. Bawa buku rupanya. Ingatkan selama ni bawa angin je dalam beg tu, nipis semacam.

Aku perhati je dia baca soalan dan mula mencari jawapan di dalam nota sebelum dia tiba-tiba angkat kepala, pandang aku. Alamak, terchiduk.

"Asal pandang aku macam tu?"

"Taklah, ni kan group assignment, apa kata kita buat sama-sama, lagi cepat siap."

.
.
.

"Kau nak air apa? Aku belanja."

"Eh tak apalah—"

Tanpa pedulikan aku, terus dia order kan milk tea untuk aku. Angin apa entah dia ni, ajak aku pergi kafe kejap, belanja aku air lagi.

Sementara menunggu, aku dan dia ambil tempat duduk di meja berdekatan kaunter. Senang nak ambil order nanti.

" Pasal haritu, aku minta maaf."

Aku menoleh saat dia tiba-tiba saja meminta maaf kepada aku. Aku hanya diam, berbalas renungan dengannya. Nampaklah yang dia betul-betul ikhlas.

"Saya yang patut minta maaf dengan awak sebab cakap macam tu dekat awak tempoh hari. Saya tak patut guna nama appa awak. Sorry kalau awak terasa dengan saya."

"No, it's okay. Apa yang kau cakap hari tu, ada betulnya juga."

Akhirnya masing-masing terdiam.

"So, kau boleh tolong aku?" Tanyanya buatkan aku kembali memandangnya.

"Tolong apa?"

"Tolong aku untuk ubah diri aku."

Terkedu sekejap saat perlahan dirinya mengungkapkan kata-kata tersebut.

Perlahan-lahan aku tersenyum sebelum aku mengangguk.

"Mestilah boleh."

Kelihatan dia turut tersenyum.

"Tapi kalau boleh kita buat discussion dekat luar kolej boleh?"

"Kenapa? Takut kekasih-kekasih awak nampak kita berdua ke?" Usikku buatkan dia mencebik.

"Bukanlah. Aku tak suka orang dekat sini tengok-tengok aku, rimas tahu?"

"Hmm, yelah."

Balasku malas. Acah retis betul dia ni.

.
.
.

"Handsome nya awak hari ni." Pujiku sambil mengikat tali leher di kolar kemejanya buatkan dia tersengih.

"Nak apa ni tiba-tiba puji saya?" Tanyanya sebelum hidung aku dicuit.

"Hmm.. Boleh tak saya naik kereta sendiri hari ni pergi kolej?"

"Huh? Buat apa?"

"Awak ingat tak Beomgyu yang saya cerita tu, yang saya kena tolong dia score bio tu?"

"Oh, budak tu. Ingat. Kenapa?"

"Dia dah okay dengan saya, siap minta saya ajarkan dia lagi." Balasku sambil tersengih buatkan kening kiri Jungkook terangkat merenung aku.

"Ni yang risau ni." Balasnya, terasa pinggang aku dipeluk erat sebelum aku ditarik agar mendekatinya buatkan aku ketawa.

"Awak, saya dah pregnant dah pun. Siapa je nak pandang saya?"

"Siapa cakap? Awak makin cantik, rasa nak simpan je dekat rumah, tunggu je saya dekat rumah."

Aku tayang muka 'yelah tu' buatkan dia tertawa.

"So, petang ni saya ingat lepas habis kelas nak terus buat discussion dengan dia, mungkin balik lambat sikit."

"Berdua je?" Tanyanya buatkan aku tersenyum. Tu pun nak jealous.

"Bertiga, dengan baby sekali."

Tersengih juga dia dengar lawak hambar aku.

"Saya percayakan awak tapi boleh tak ajak sesiapa? Yoonji ke Somi temankan awak? Ke awak nak saya yang ikut?"

Sekali lagi aku tergelak. Ada ke patut dia nak ikut sekali. Mahu bergetar lutut Beomgyu nanti lecturer fizik turun padang belajar bio sekali dengan kami.

" Yalah, nanti saya ajak Somi tak pun Yoonji. Apa-apa saya inform dekat awak. "

Dia tersenyum, terasa rambutku diusap. Dia menunduk sebelum dahiku dikucup lembut dan perlahan. Mata aku pejamkan, terasa selesa.

Tapi cepat-cepat je dia ambil kesempatan terus kiss bibir aku buatkan mata aku terbuka luas. Lengan dia aku tampar kuat buatkan dia mengaduh sakit.

"Gatal lagi!" Marahku mengundang tawanya.

Dengan tawa yang masih berbaki, dia menghampiri aku lebih dekat dan tiba-tiba saja dia sentuh perut aku. Kepala aku angkatkan pandang dia.

"Saya pergi dulu.. Jaga diri, jaga baby.. "


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top