13
.
.
.
"Yerim."
Baru saja aku nak keluarkan pencil case dari tote bag aku, Minyoung, salah sorang classmate aku mula menegur aku dari tempat duduknya.
Kepala aku angkatkan memandangnya dan kelompok kawannya yang sedang merenungku tepat secara berjemaah.
Nak apa pula diorang ni?
"Pagi tadi aku nampak kau datang kolej dengan Sir Jungkook. Ada apa-apa ke?"
Terkedu sekejap aku mendengar persoalannya.
"Kereta kau mana? Rosak?"
"Tapi kan, aku tak fahamlah. Macam mana kau boleh ada kereta eh? Honda pula tu. Aku dengar cerita kau anak yatim piatu, pakcik kau pun dalam penjara. Mana kau dapat duit ek?"
Kali ini Hyemi pula menambah, terukir senyuman sinis di bibirnya buatkan aku terdiam.
" Ada sugar daddy kut. "
Sambung Jinyoung pula mengundang tawa rakan-rakannya.
Yoonji dah mula nak berdiri tapi laju saja aku menarik tangannya. Tangannya aku genggam erat seraya berbalas renungan dengannya sebelum aku menggeleng perlahan.
"Aku pernah nampak kau keluar dari klinik dengan sir. Hari tu pun kau pengsan, dah mengandung ke?"
"Pfftt. Tu lah, muda-muda dah jual badan, guna protection pun tak reti lagi."
"Mulut jaga sikit, kalau aku dah lempang kau, bergegar otak kau aku buat-"
Yoonji mula hilang sabar dan aku pula hanya mampu diam, deruan nafasku terasa laju. Cukup terasa dengan kata-kata Minyoung tadi.
"Good morning, semua."
Belum sempat Yoonji hendak bersuara lebih, Sir Yoo sudah masuk ke dalam dewan kuliah buatkan semua terdiam.
.
.
.
Disebabkan tak dapat kawal emosi, aku pun menangislah dalam tandas. Setengah jam jugalah aku menangis sampai sakit kepala aku. Elok sangatlah tu.
Aku pun tak tahulah asal aku ni lemah sangat semenjak pregnant ni. Tengok ikan berenang pun aku rasa nak nangis. Ni pula kena hina macam tadi.
"Sayang.."
Kepala aku angkatkan saat suara itu menyapaku dari luar tandas. Macam kenal je suara ni.
"Saya ni, Jungkook.."
Dia buat apa pula dalam tandas perempuan ni?
"Awak buat apa dekat sini? Pergilah. Nanti awak kena tangkap macam mana?" Tanyaku buatkan tawa perlahannya bergema.
"Tak apa, Yoonji tolong jagakan pintu."
Aku hanya diam, sibuk mengesat air mata yang tidak henti-henti mengalir.
"Keluarlah."
"Tak nak."
"Tak kesian ke dekat saya? Penat-penat saya turun dari unit, jalan ke sini nak jumpa awak."
Aku terdiam, terpujuk dengan pengorbanan dia yang tak seberapa tu. Akhirnya aku bangun dari terus terduduk di atas mangkuk tandas sebelum pintu tandas aku buka.
Buka-buka saja pintu tandas, mata aku bertembung dengan sepasang matanya yang sedang merenungku.
Kelihatan dia tersenyum, tahan gelak.
"Janganlah gelak." Marahku, mata aku pejamkan, menangis balik. Akhirnya tergelak juga dia tengok aku.
Baru saja dia nak peluk aku, laju saja aku mengelak.
"Pergilah, nanti orang kata saya menggatal dengan awak."
"Biarlah orang nak cakap apa."
"Senanglah awak cakap. Diorang tak cakap dekat awak, diorang cakap dekat saya." Marahku dengan air mata namun dia hanya diam melihatku.
"Sini." Panggilnya, nak peluk aku.
"Tak nak." Marahku tapi mahu.
Akhirnya dia mendekati aku seraya aku ditarik ke dalam pelukannya. Terasa belakang badanku digosok perlahan.
"Yoonji dah cerita dekat saya, everything."
"Saya minta maaf."
.
.
.
Muka tak ada mood aku tayang sepanjang waktu fizik, nak tunjuklah yang aku ni tak ada perasaan dekat Sir Jungkook. Padahal suami sendiri.
Lagi lima belas minit hendak habis waktu kelas fizik, tiba-tiba saja Jungkook buat pengumuman mengejut.
"Guys, lepas kelas ni ada aktiviti apa-apa ke?" Tanyanya tenang, langsung tak buat eye contact dengan aku buatkan aku nervous sendiri. Entah apa dia nak plan lepas ni.
"Tak kut sir. Lagi pun kelas ni kelas terakhir kitorang untuk hari ni."
Balas Woojin buatkan Jungkook mengangguk kecil.
"Kalau macam tu, lepas ni kita pergi kafe nak? Saya belanja makan. Kalau yang free bolehlah join, yang tak boleh tak apa, saya tak paksa. Nak tak?"
Semua pandang satu sama lain. Termasuk aku dengan Yoonji. Aku dah nervous semacam. Apa bendalah laki aku nak buat ni?
.
.
.
Dari jauh aku dah nampak Jungkook dah ambil tempat duduk dengan classmates aku dekat satu meja panjang.
Memang sengaja aku dengan Yoonji order makanan lambat. Sampai saja di meja dan baru saja aku nak duduk dekat sebelah Yoonji, Hayoung dan Jiwoo, nama aku dipanggil.
"Choi Yerim."
Kepala aku angkatkan, begitu juga rakan-rakanku yang lain bila suara Sir Jungkook memanggil nama penuhku.
"Awak duduk sini, sebelah saya."
Semua dah buat eye contact sesama sendiri, terutamanya Minyoung and the gang.
Untuk seketika aku hanya diam, memandang Jungkook sebelum lambat-lambat aku menghampirinya. Kemudian dengan serba salahnya aku duduk sebelah dia.
Awkward bila semua pandang aku. Rasa kecil je aku dekat sebelah Jungkook sekarang ni. Jungkook pula nampak tenang saja dekat sebelah aku, in character betul.
"Makanlah." Pelawanya kepada kami dan masing-masing hanya menurut.
.
.
.
"Thank you, sir."
"My pleasure." Balasnya dengan senyuman nipis.
"Anyway, sebelum awak semua balik, sebenarnya ada something yang saya nak announce dan beritahu awak semua." Tuturnya tenang, tak sikit pun toleh pandang aku.
Aku pula dah kaku dekat sebelah dia.
"Sebenarnya saya tak suka nak cerita tentang kehidupan saya dekat orang lain, soal perkahwinan saya or even my wife tapi kalau dah melibatkan privasi my wife, rasanya dah sampai masanya untuk saya speak up about this."
Aku hanya diam, mendengar. Tak angkat kepala pun.
" As you guys know, I'm married but I didn't show or even share to others about my wife except my family and friends because I respect her. I respect her privacy and her decision to not announce her status as my wife publicly."
"But lately, she's having hard time because of this and maybe because some people doesn't know how to respect other people's privacy."
"So I need to fix it."
"So, let me introduce my beloved wife, Choi Yerim."
Dapat aku dengar suara classmates aku yang mula menunjukkan pelbagai reaksi.
Kepala aku angkatkan memandang Jungkook, kelihatan dia cukup rileks dan tenang di sebelah aku sebelum dia menunduk memandang aku.
Terukir senyuman nipis di bibirnya untukku, senyuman yang ditahan. Tanganku yang sejak tadi di atas ribaku ditarik sebelum digenggam erat, tersembunyi di bawah meja.
.
.
.
Nak double update tak wei? 🥺
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top