🌼1

.
.
.

🌼— SPECIAL CHAPTER
Isitimewa buat mereka yang setia menunggu cerita ini hingga ke penghujungnya.




[3 TAHUN KEMUDIAN]

"Okay semua, ada apa-apa soalan?"

Tanyaku seraya mataku tertumpu pada skrin komputer ribaku. Ada yang menggeleng, ada yang termenung, ada juga yang tak buka kamera, sabar jelah.

"Kalau ada boleh tanya sekarang."

Sambungku lagi. Dah biasa bercakap sendiri bila mengajar atas talian ni.

"Tak ada, madam."

Macam biasalah, mesti ketua praktikum yang tolong jawabkan, wakil satu kelas gitu.

"Kalau macam tu, kita sambung dengan topik baru, mutation."

Ucapku seraya mula membuka slide presentation untuk topik mutation. Belum apa-apa, aku dah nampak seorang dua yang menguap.

"Firstly, we need to know what is mutation. So anyone can share their thought about mutation roughly? No need to be specific—"

"Omma!"

Lantas aku menoleh saat terdengar pintu bilik ini dibuka dari luar sebelum terlihat Jungwon terkedek-kedek berlari masuk ke dalam bilik ini.

Teresak-esak dirinya menangis dengan kedua-dua tangannya memeluk erat bantal dan selimut busuk kesayangannya.  Terlihat rambutnya yang kusut-masai, baru bangun tidur.

"Omma.."

Panggilnya dengan dirinya tak henti-henti tersedu-sedan menangis seraya menghampiri aku. Dapat aku rasakan students aku yang lain tengah terkebil-kebil tengok drama arahan Jungwon drama king ni.

Sampai saja di sisi aku, tubuh kecilnya gigih menyelit ke hadapan aku dengan bantal busuk dan selimut kesayangannya masih di dalam pelukannya sebelum dia mula mendepakan tangannya kepadaku, minta didukung buatkan aku tersenyum menahan tawa, manja betul.

"Sekejap ya." Sempat aku bersuara kepada para pelajarku sebelum kamera dan mic laptop aku tutup.

"Nak ukung.."

Pintanya manja buatkan aku tertawa perlahan sebelum tubuhnya aku angkat lalu aku dudukkan di atas ribaku.

Terus dirinya bersandar ke tubuhku seraya memeluk erat bantal dan selimut kesayangannya kemudian tak tunggu lama, terus dia sambung tidur di atas ribaku.

Aku hanya tersenyum seraya menggeleng perlahan sebelum atas kepalanya aku kucup perlahan dan lembut.

"Jungwon-ah!"

Kali ini aku menoleh saat terdengar suara Naeun memanggil adiknya dan kini terlihat dirinya mengatur langkah laju ke dalam bilik ini, muka cemas teruk buatkan aku tergelak.

"Omma nampak adik?"

Tanyanya risau seraya menghampiri aku.

"Tengah tidur ni." Ucapku perlahan seraya memusingkan kerusiku sedikit, menunjukkan Jungwon kepadanya buatkan dirinya menghembuskan nafas lega.

"Sorry, omma. Tadi Naeun buat homework lepas tu Naeun toleh-toleh Jungwon dah tak ada."

Aku hanya tertawa perlahan seraya menggeleng perlahan. Rambut Naeun aku usap perlahan.

"Tak apa. Terima kasih jagakan adik. Naeun pergilah sambung buat homework, biar Jungwon dengan omma. Nanti kalau ada soalan tak faham tanya omma. Okay?"

Terlihat Naeun tersenyum suka seraya mengangguk laju.

"Bye, omma."

"Bye, sayang."

Aku hanya memerhati sehinggalah Naeun hilang dari pandangan mataku sebelum aku teringat semula yang students aku sejak tadi sedang menunggu.

Kamera dan microphone aku buka semula. Macam biasalah, ada seorang dua dah left, ada juga yang dah tutup kamera dan syukurlah masih ada yang setia fokus dari awal.

"Sorry, anak saya buat iklan." Tuturku dengan senyuman seraya menunduk memandang Jungwon sekilas yang masih nyenyak tidur seraya tanganku mengusap lembut rambutnya.

"Comelnya anak madam, kecik-kecik dah handsome, besar-besar nanti mesti jadi playboy ni."

"Anak bongsu madam ke? Comelnyaaa!"

"Eeee, bambamnya pipi dia, macam pau! Geyamnya tengok!"

"Umur berapa, madam?"

"Nama dia apa, madam? Kiyotnyaa!"

Amboi diorang ni, tadi aku tanya ada soalan tak, semua pakat tak nak jawab. Sekali Jungwon buat cameo dekat google meet ni, semua pakat on mic eh? Lepas ni biar Jungwon jelah yang mengajar!

"Nama dia Jungwon, Jeon Jungwon. Umur baru tiga tahun ya, makcik-makcik, pakcik-pakcik harap bertenang, saya kecik lagi."

Ujarku tak puas hati buatkan diorang tergelak. Bagus juga Jungwon datang ni, bolehlah kami rehat sekejap.

Beberapa minit berbual, sesi pembelajaran di atas talian bermula semula. Yang buka mic, kamera tadi auto tutup mic dengan kamera balik, terus ghaib dari dunia. Sabar jelah!

Sepanjang aku mengajar tak ada pula Jungwon meragam, elok saja tidur di atas ribaku.

.
.
.

Di bawah bentangan langit yang membiru dihiasi dengan kepulan awan yang menggebu, langkah aku atur perlahan di atas hamparan rumput yang menghijau bersama Naeun dan Jungwon di sisiku.

Sesekali aku menunduk seraya tersenyum, memandang Jungwon dan Naeun yang terlihat teruja mengatur langkah bersamaku.

Masing-masing memeluk erat sejambang bunga dengan sebelah tangan mereka tidak lepas dari menggenggam erat tanganku, mengatur langkah bersamaku.

Perlahan-lahan langkah aku bersama mereka terhenti tepat di hadapan sebuah batu peringatan.

Perlahan-lahan bibirku mengukirkan senyuman hambar saat melihat nama yang terukir di batu peringatan tersebut.

Jeon Eunwoo.

Jeon Jongseong.

Jeon Jongseong, abang kembar kepada Jungwon.

Tanpa disuruh, terlihat Naeun meletakkan jambangan bunga yang dibawanya tadi di hadapan batu peringatan tersebut sebelum dirinya menoleh memandangku dengan senyuman.

Dengan senyuman turut sama terukir di bibirku, rambutnya aku usap lembut dan perlahan saat dirinya mendekati aku.

Pada mulanya Jungwon hanya terkebil-kebil memerhati tingkah kakaknya sebelum dirinya turut melakukan perkara yang sama.

Terkedek-kedek dirinya mendekati batu peringatan itu sebelum jambangan bunga yang hampir hancur dek pelukan eratnya, disandarkan pada batu tersebut buatkan aku tertawa perlahan.

Untuk seketika dirinya merenung jambangan bunga itu sebelum cepat-cepat kaki kecilnya melangkah laju berpatah balik kepadaku lalu kakiku dipeluk erat buatkan aku tertawa lagi. Kali ini rambutnya pula aku usap lembut.

Perlahan-lahan kepala aku angkatkan, kembali menatap tanah pemakaman Eunwoo dan Jongseong di hadapanku sekarang.

Ditutupi dengan rumput yang menghijau dan dihiasi dengan pokok kecil yang mekar dengan bunga-bunga berwarna merah jambu.

Terlihat kepingan kad bertuliskan nama mereka yang terikat pada ranting pokok tersebut bergerak perlahan ditiup angin.

Perlahan-lahan aku duduk bertinggung di hadapan pemakaman mereka. Dengan senyuman masih terukir di bibirku, tanganku mula mengutip daun kering di atas tanah perkuburan mereka.

"Eunwoo-ah, Jongseong-ah,.. omma datang ni.." Tuturku perlahan dengan senyuman seraya menunduk.

Seringkali aku merasa sebak saat memikirkan tak sekali pun, aku dapat melihat mereka mahupun merasakan mereka di dalam dakapanku.

Namun aku bersyukur kerana masih ada Naeun dan Jungwon bersamaku, meniti hari-hariku bersama mereka.

.
.
.

"Tayotayo tayotayo gaegujaengi kkoma beoseu ,bungbungbung ssingssingssing dallineun ge neomu joa!"

" TAYOTAYO TAYOTAYO GAEGUJAENGI KKOMA BEOSEU, BUNGBUNGBUNG SINGSSINGSSING hamkke gaja jaeminneun yeohaeng!!"

Bagaikan dirasuk roh bas Tayo, dengan penuh bersemangat Naeun dan Jungwon menyanyikan lagu tersebut, sampai bergegar katil aku mereka buat konsert!

Membulat mata aku bila tengok Jungwon mula twerking di depan aku, amboi anak bujang aku ni?!

"Eh, sudah-sudah! Tidur!"

Bebelku seraya mula menarik Jungwon ke dalam pelukannya tapi terlihat dirinya masih berkeras hendak meneruskan kegiatan goyang pinggul dia tu mengikut rentak suara Naeun yang masih asyik menyanyi sehinggalah dia jatuh tergolek ke dalam pelukannya.

Kali ni tubuh Naeun pula aku tarik sebelum tubuh Naeun dan Jungwon aku peluk erat dan pipi mereka aku kucup bertalu-talu, silih berganti buatkan mereka mengekek ketawa.

"Ampun omma! Haha!"

"Mianhe!"

Letih ikut gelak sekali, akhirnya tubuh mereka aku lepaskan namun tanganku masih memeluk longgar tubuh mereka.

"Dah tidur." Tuturku lembut sebelum dahi mereka aku kucup lembut dan perlahan, satu per satu.

"Omma."

"Hmm?"

"Nak tengok appa, rindu."

Terdiam aku saat mendengar permintaan itu dari Naeun. Perlahan-lahan aku menunduk memandang Jungwon dan terlihat dirinya turut sama mendongak memandangku.

Kini wajah polos Naeun dan Jungwon aku pandang silih berganti sebelum aku tersenyum.

"Tapi janji lepas tu Naeun dengan Jungwon kena tidur."

"Oceyy!!"

.
.
.

"Naeun, tengok sini!"

Perlahan-lahan bibirku mengukirkan senyuman halus saat mendengar suaranya yang datang dari video yang sedang aku tayangkan untuk Naeun dan Jungwon sekarang ini.

Perlahan-lahan aku menunduk, memandang Naeun dan Jungwon yang terbaring di sisiku sekarang, terlihat cukup fokus melihat video yang sedang ditayang pada skrin Ipad di tanganku sekarang.

Terusik saat melihat Naeun yang turut sama tersenyum saat melihat video ini sekarang. Video pertama yang Jungkook rakam saat Naeun masih bayi, masih belum reti untuk berdiri mahupun berjalan.

"Comel-comel nak pergi mana Naeun? Jalan-jalan je kerjanya dia ni kan? Duduk rumahlah. Biasa dia ni."

Tergelak aku dibuatnya saat Naeun mula menangis di dalam video tersebut saat Jungkook tak habis-habis mencuit lembut pipi Naeun.

"Eleh, cubit sikit, nangis. Nak mengadu dekat omma lah tu. Mengada-ngadanya dia."

Kali ni terdengar pula bebelan Jungkook dari belakang kamera yang dipegangnya saat video ini dirakam. Namun dalam bebelannya, terlihat sebelah tangannya mengusap lembut pipi Naeun, menghapus air mata milik Naeun.

"Dahlah jangan nangis, nanti omma marah appa. Nanti appa yang nangis nanti, wuuuuaaa."

Sekali lagi aku tergelak saat Naeun yang terlihat sentap saat Jungkook mula mengajuk tangisannya dan kali ini dapat aku dengar Jungkook seronok mentertawakan Naeun.

Untuk beberapa saat video itu mula terlihat bergegar sebelum muncullah wajah Jungkook di video tersebut, masih tertawa. Tak semena-mena pandanganku mula terlihat kabur saat dirinya muncul di skrin saat ini.

Kali ini terlihat dirinya mengambil tempat baring di hadapan Naeun sebelum kepalanya direhatkan di atas peha gebu milik Naeun.

Dengan pandangan yang mula dikaburi dengan air mata, tawa tak dapat aku tahan saat melihat Naeun enggan membiarkan kepala Jungkook terus berada di atas pehanya namun terlihat Jungkook juga enggan beralih.

Setiap kali Naeun gerak, setiap kali tulah Jungkook ikut sama beralih sampai menangis Naeun dibuatnya dan macam biasalah, pasti Jungkook yang paling seronok gelakkan Naeun.

"Yalah, yalah. Appa minta maaf. Dahlah jangan nangis. Appa gurau je, janji tak buat lagi. Okay?"

Terdengar suaranya lembut memujuk Naeun seraya jari-jemarinya mengusap lembut pipi Naeun sebelum tubuh Naeun dipeluk lalu dirinya menunduk, mengucup lembut kepala Naeun.

Sejak tadi tidak lekang bibirku dari terus mengukirkan senyuman sebelum perlahan-lahan aku menunduk. Terlihat Naeun dan Jungwon sudah terlelap buatkan aku tersenyum lagi.

.
.
.

"Appa.."

"Hmm?"

"Rindu appa.."

"Appa pun rindu Naeun.."

"Appa jangan pergi lagi tau.."

Dengan mataku masih terpejam rapat, kepala aku bergerak perlahan saat terdengar perbualan singkat yang tidak begitu jelas di pendengaranku.

"Appa janji.."

Rasa mamai masih menguasaiku, itulah kata-kata terakhir yang menyapa pendengaranku sebelum perlahan-lahan aku kembali terlena.

.
.
.

Perlahan-lahan kelopak mata aku celikkan saat aku mula merasakan gegaran kecil di atas katilku sekarang.

Dengan pandanganku yang masih terlihat kabur dan diriku yang masih mamai, dapat aku lihat susuk tubuh seseorang menghampiriku, cukup berhati-hati sebelum dirinya mengambil tempat baring di sisiku.

Mungkin baru tersedar yang aku sudah mencelikkan mata, terlihat dirinya terdiam saat bertatapan dengan aku sekarang yang masih terkebil-kebil memandangnya sebelum terlihat dirinya tertawa perlahan melihat reaksiku sekarang.

"Blur pun comel." Komennya seraya dengan tenang merehatkan kepalanya semula di atas bantal.

"Ini sayalah, sayang." Tuturnya dengan getaran tawa perlahan saat melihat aku yang masih keliru.

Nak pula power rabun aku semakin meningkat, wajahnya terlihat kurang jelas di mataku dan ditambah dengan rasa mamai yang masih belum surut.

Sehinggalah aku mula tersedar yang suara itu..

Dan kini wajahnya mula terlihat jelas di pandanganku.

Dapat aku lihat senyumannya kian melebar saat melihat reaksi aku yang mula menyedari kehadirannya.

"Jungkook.."

Terlihat dirinya tertawa perlahan sebelum dirinya mengangguk kecil.

"Iya, saya.."

.
.
.







—TO BE CONTINUED🌼—


Rindukan saya? Rindukan cerita ini? HUAA RINDU KORANG! :')

KOMEN KORANG BANYAK SANGAT CHAPTER LEPAS, SATGI SAYA BALAS SATU-SATU! TERUTAMANYA HANG najimimin

Masih ada special chapter lagi tau! Stay tuned! ;) 💜

150 VOTES FOR NEXT SPECIAL CHAPTER!

heleneyyyy

jikoooooooookieeeee 

Heedexngi

taecomey

beelaminjee

younghoonjikook

ggukienis

aeraswagg_

nanimj

btrisyiaaa_

jaesenah

nyxhusnx

ly2x_rxs3

ptriyiss

thebreaksilent

qarinahalisa 

BonnieCalixta09

makcikminahsenget

LAGI SIAPA EK HUAA KALAU BOLEH NAK TAG SEMUA, SIAPA TERTINGGAL TU BOLEH SLAP SAYA SECARA ONLINE DI SINI! SAYANG KORANG!😭💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top