Day 2
***
You look so beautiful , it makes my heart trembling. And yes, this is for you Shin Hyera
-j.m
Dengan berhati-hati Jimin melekatkan sticky note di belakang loker Hyera , hari kedua berjaya
Setelah melekatkannya , Jimin berjalan menuju ke kelas dengan santai . Ni baru jam 7;15 minit , sekolah masih lagi sepi , tapi Jimin perlu datang awal agar tidak terserempak dengan pelajar lain
Setelah meronda di kawasan sekolah , tanpa Jimin sedari jam sudah pun menunjukkan pukul 8 pagi
Jimin berjalan menuju ke kelasnya dan ternyata ada seorang gadis di dalam kelas tersebut
Srek.Sebuah beg di lemparkan begitu sahaja di meja dan si pemiliknya , Hyera meletakkan kepalanya di meja dan entah la. Jimin yang terpandang Hyera berada di kelas hanya dapat memandang tanpa membuat apa-apa
Jimin tidak bergerak dan hanya berada di luar kelas , dia bahkan baru sedar bahawa selama ini dia sekelas dengan Hyera . Adakah itu disebabkan Hyera tidak sedikit pun menarik perhatiannya dulu
Jimin terus memandang Hyera dan kelihatan bahu Hyera bergetar , seperti menangis
Jimin boeh sahaja meninggalkan Hyera sendirian tapi dirinya berkata tidak . Jimin tersentak apabila Hyera berdiri dan berlari keluar kelas
'Kenapa dia menangis?' Soal Jimin dalam hati lalu perlahan mengikuti langkah Hyera
Hyera menuju ke tandas namun dia sempat berpaling ke belakang dan dengan cepat Jimin bersembunyi
Setelah keluar Hyera kelihatan lebih fresh , dia menggantungkan cermin matanya di bajunya dan Jimin terdiam.
Hyera tanpa cermin mata membuatkan hatinya berdebar secara tiba-tiba
Hyera memakai cermin matanya balik dan mengelap mukanya dengan tisu basah . Hyera berjalan namun berlainan arah , bukan menuju ke kelas sebaliknya menuju ke tempat loker
"Jimin , kau baru je tengoknya kelmarin dan sekarang kau jadi stalker yang tak tahu malu" Jimin berkata pada dirinya sendiri sambil mengikuti Hyera dari belakang
Sesampai di tempat loker , kelihatan Hyera meletakkan sticky note hitam di dadanya dan tersenyum , itu adalah sticky note dari Jimin beberapa puluh minit lalu
Hyera lantas membalasnya lagi . Kali ni dengan semangat dan tersenyum yakin . Jimin yang melihatnya tersenyum lega lalu berjalan menuju ke kelas
And who are you?
I'm dying to know :(
-h.r
***
Vote [√]
Comment [√]
KsJin_Taehyung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top