Day 18

***

Are you okay ?
I'm worried

-j.m

Jimin datang pagi sekali di taman di depan rumah Hyera . Di sebelahnya terdapat beg kertas besar ,  mempunyai bekal makanan  dan botol mineral yang sempat dia beli tadi

Jimin mengeluarkan phonenya lalu mendail nombor Hyera .  Setelah dua kali menelefon dan tidak jawab ,  kali ketiga ia baru mendengar suara gadis kesayangannya itu

"Hyera?'

Gadis di seberang sana menguap "huuaahh , mm..  nuguseyo?"

Jimin ketawa kecil ,  dia membayangkan wajah Hyera yang baru bangun tidur itu  , pasti comel "ni aku ,  Park Jimin"

Hyera tergaman , dia memperbaiki penampilannya sedangkan Jimin tidak boleh melihatnya "uh , ada apa Jimin?"

"Neol , gwenchana?"

Hyera mengangguk laju , namun dia baru sedar kalau Jimin tidak boleh melihatnya "oh!  Ya ya "

"Aah.. aku sedang duduk di taman di depan rumah kau ni"

"Mwo?! Yah Jimin ni baru jam 6 pagi!"

Jimin ketawa "yah ppaliwa Hyera"

Jimin tidak dapat mendengar apa-apa selain seperti benda jatuh "auw!" Dan sepertinya Hyera terlanggar sesuatu .  Jimin ketawa perlahan lalu memutuskan panggilan

Tidak sampai lima belas minit kemudian  ,  Hyera kelihatan berlari kecil sambil membetulkan rambutnya , dia kelelahan dan duduk di sebelah Jimin

"Perlahan lah..aku takkan pergi"

Muka Hyera berubah merah "sa-saya hanya tak suka biarkan orang tunggu lama-lama"

Jimin menghulurkan sesuatu kepada Hyera dan itu adalah bekal makanan "nah  , makan ni"

Hyera tersenyum lalu membuka bekal makan itu dan menikmati nya  . Di sekitar perumahan Hyera masih lagi sunyi  . Jadi hanya ada mereka berdua ,  kedua menjadi awkward

Jimin memandang Hyera dekat ,  Hyera tidak memakai lens hari ini "asal tak pakai lens?"
Sambil itu Jimin membuka penutup botol mineral , meneguknya lalu diletakkan di antara mereka berdua

Hyera memandang Jimin "hmm?"

Jimin menunjuk cermin mata Hyera dengan dagunya , sambil dia mengunyah sesuatu "ah tadi saya kelam kabut  , saya akan pakai di sekolah nanti"

"Kau cantik tanpa cermin mata"

Hyera tersedak ,  dengan cepat Hyera mengambil botol mineral yang sudah terbuka dan meneguknya sehingga setengah "apa?"

"Uh? A-aniy.."

Mereka berdua terdiam lagi ,  tiada siapa bercakap 
Jimin memarahi dirinya sendiri yang sesedap mengeluarkan kata-kata yang seperti ditulis dalam sticky note itu  .  Tapi ada satu hal yang membuatkan dia ingin tahu ,  hal kemarin

"Hyera"

"Nae?"

"Hal kelmarin ,  kalau kau tak segan nak bercerita hal kelmarin ..  boleh bagitau hak sebenar?"

Hyera menggigit bibir bawahnya  , semua hal buruk kembali berputar di fikirannya "appa..  dia suka pukul saya dan omma . Dia bukan sedar sepenuhnya , dia sentiasa dalam keadaan mabuk"

Jimin mendekatkan jarak mereka berdua dan memegang tangan Hyera dengan kemas "mianhe.."

Hyera menggeleng "setelah syarikatnya bankrap , dia selalu pergi bar dan pulang waktu pagi .  Sedangkan omma berusaha keras menyara kehidupan kami ,  namun bila omma berjaya dia tidak dapat terima"

Suara Hyera mulai bergetar  , Hyera berusaha menahan air matanya daripada jatuh tapi ia tidak tahan .  Bahunya turut bergetar , membuatkan Jimin mengeratkan genggaman tangnya

"Walaupun dia appa kau ,  tapi dia tak boleh buat macam tu"

Jimin menolak semua barang di antara mereka lalu memeluk Hyera ,  membiarkan Hyera menangis di dalam pelukannya

Jimin dapat merasakan Hyera mengangguk dalam pelukannya "omma sekarang sedang mengurus surat cerai  ,  jadi kami hanya perlu bersabar sikit"

"Dia masih ada di dalam rumah kau?"

"Apa tak pulang lagi dari kelmarin ,  saya tak tahu dia pergi mana"

"Jadi..masa bahu kanan kau cedera.."
Hyera mengangguk "appa yang buat"

"Bagitau je kalau kau perlu apa-apa ,  jangan malu dengan aku Hyera ,  arasseo?"

"Jimin"

Tanpa sedar Jimin mengelus rambut Hyera dengan lembut "nae?"

"Terima kasih" Hyera tersenyum ,  Jimin mengangguk gembira

"Hyera?"

Jimin dan Hyera berpaling ke belakang ,  kelihatan seorang perempuan berumur lalu menghampiri mereka .  Walaupun kelihatan berumur ,  perempuan masih kelihatan cantik   .  Jimin dapat melihat bekas kebiruan di lengan perempuan itu

Dengan cepat mereka berdua melepaskan pelukan dan mengeluarkan ketawa paksa .  Hyera menyentuh leher belakang "om-omma? "

Jimin dengan cepat menunduk hormat di depan perempuan itu ,  iaitu omma kepada Hyera
"Annyeong haseyo , Jimin imnida rakan sekelas Hyera"

Omma Hyera tersenyum dan memandang Jimin dengan wajah keibuan " jadi ,  lelaki kacak ni lah yang buat Hyera pagi-pagi sudah panik"

"Omma! Hajima"  , muka Hyera sudah pun merah .  Jimin ketawa kecil

"Ni dah pukul 7:30  , cepatlah bergerak ke sekolah , ouh ya..  Jimin tolong jaga Hyera baik-baik tau" pesan omma Hyera dengan lembut

Jimin tersenyum manis lalu memeluk omma Hyera "arasseo..saya akan jaga Hyera baik"  , lalu omma Hyera masuk balik ke dalam rumah untuk mengemas

Jimin dan Hyera mengemas barang yang berada di samping mereka ,  sehingga sesuatu jatuh di sebelah Jimin .  Itu adalah botol minuman  mineral yang sudah tinggal separuh airnya

"Eoh? Ni kau punya?"  Soal Jimin mengambil botol itu

Hyera mengangkat bahunya sambil menggeleng kepala 

"Oh! Ni aku punya tadi" Jimin membuka penutup botol lalu minum air tersisa sehingga habis dan membuang botol kosong itu je dalam tong sampah berdekatan 

Jimin mengambil satu lagi botol air mineral yang belum dibuka kepada Hyera "nah  , ni kau punya"

Hyera membulatkan matanya  "eh..  ta-tapi tadi saya minum dari botol yang dah dibuka ,  omo!"

Muka Hyera mula merah apabila tersedar bahawa tadi dia minum minuman dari bekas mulut Jimin

Jimin hanya tersenyum dan diikuti ketawa  kecil


Are you my fairygod mother or something?
How do you know that I'm not okay?

-h.r

***

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top