stepbrother | 0.49

3 bulan kemudian

Keadaan masih lagi sama tiada perubahan semuanya hidup seperti biasa melakukan rutin harian mereka seperti sebelum ni.

Puan Jeon tidak pernah lepas dari anaknya yang terbaring koma , hari-hari dia menunggukan anaknya supaya bangun, dia berdoa dan terus berdoa tidak pernah pernah sekalipun dia berhenti dari berdoa meminta tolong pada tuhan yang maha esa agar anaknya sedar semula.

Dia kuatkan hati dan semangatnya dia percaya lambat atau cepat doanya pasti akan termakbul juga. Kuncinya adalah cuma bersabar.

Puan Jeon duduk memandang diluar jendela, Chan yang baru masuk ke bilik wad tidak disedari Puan Jeon.

" Ahjumma ~ Chan datang ni "

Satu suara yang dikenalinya mengejutkan dirinya , hampir terlompat juga Puan Jeon dibuatnya.

" Aigoo Chan kamu ni habis terkejut ahjumma tahu tak ? ish ish ish "

" Ah mianhae , ni saya ada bawakan hadiah sikit untuk ahjumma. "

Beg kertas bertukar tangan, Puan Jeon lihat isi dibeg itu. Matanya membesar.

" Yah kamu ni banyak betul herba-herba dengan vitamin ni ... Herba yang kamu kasi bulan lepas pun tak habis lagi tau ... lagipun herba sekarang bukan murah Chan... "

" Saya ikhlas , lagipun saya kesian tengok ahjumma hari-hari jarang saya tengok ahjumma berehat. Ahjumma pun kenalah jaga kesihatan sendiri tau kalau Hyera tahu dia pun sedih . Ahjumma tahu kan Hyera macam mana dia mana boleh tengok ahjumma penat-penat macam ni... "

" Haih iyalah Chan kamu ni membebel teringat pula kat jiran sebelah ahjumma tu . Gomawo Chan ah. Ah ya ahjumma nak keluar sekejap kamu temankanlah Hyera ni sekejap ya... "

Chan menangguk , dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi disebelah katil Hyera.

Tangan Hyera Chan pegang, sejuk.

Setiap inci muka Hyera dia pandang , walaupun tengok berjuta kali dia tak pernah muak.

( SILA DENGAR LAGU LILY OF THE
VALLEY DENGAN CRY - CIGARETTES AFTER SEX ) - tak dengar nanti takda feeling ii pulek

" Bila kau nak bangun huh ? kau tak rindukan aku ke Hyera. "

Chan tersenyum kelat, dia menundukkan wajahnya.

" Aku rindukan kau, aku rindu senyuman kau,aku rindu lawak bodoh yang kau selalu buat tu, aku rindu bila kau buli aku,aku rindu bila kau merajuk,aku rindu semuanya. "

" Kau tak rindukan aku ke ? kenapa kau masih lagi terbaring kat sini kenapa ? kenapa ?... bukan Hyera yang aku kenal ni kuat ke "

" Kami semua rindukan kau Hyera, Ahjumma lagilah dia hari-hari tak pernah penat jagakan kau siang malam dia sanggup berjaga tunggu kau bangun. "

" Kau ingat tak bila aku kena buli kat sekolah dulu ? hmm mungkin masa kita 7 tahun masa tu. Waktu tu aku kurus memang paling kurus la kat sekolah tu dengan muka comotnya. Waktu tu aku tak ada kawan tak ada siapa nak kawan dengan aku sampailah aku kena buli hari - hari kat belakang sekolah . Tak ada siapa tolong aku walaupun diaorang tahu. Sampaikan cikgu pun buat bodoh sebab bapak kepada budak yang buli aku tu orang yang terpengaruh dan selalu sumbangkan duit kat sekolah kita tu. Waktu tu kau baru je pindah .... kau ajak aku berkawan tapi aku tak nak tapi kau tetap juga paksa aku. Walaupun aku dah berkali-kali tolak. "

Chan memandang wajah Hyera , anak matanya bergetar.

" Lepastu aku kena buli kat belakang sekolah, aku tak sedar waktu tu kau ikut aku dari belakang . Bila si seungcheol tu nak pukul aku kau pergi tolak dia sampaikan kepala dia terhentak batu. Haha teruk juga keadaan masa tu. Waktu kau selamatkan aku . waktu tulah jantung aku berdegup kencang. waktu tu aku mula sukakan kau. kau- kau seorang saja yang tolong aku masa tu. lepas apa jadi kat seungcheol semuanya tuding jari kat aku kata aku yang buat seungcheol sampai cedera teruk aku nak mengaku tapi kau yang mengaku dulu. Sampaikan kau kena buang dari sekolah tu haha. Lepas kau pindah aku pun pindah sama-sama dengan kau. Dan masa tulah kita jumpa Areum.

" Kau tahu aku tak pernah menyesal sukakan kau, walaupun kau tak nampak aku lebih dari tu aku dah bersyukur aku masih lagi ada di sisi kau... aku bersyukur aku wujud dalam kehidupan kau walaupun hanyalah sebagai kawan. "

" Terima kasih kau hadir dalam hidup aku Hyera. Terima kasih banyak-banyak "

Chan bangun, kakinya baru saja ingin melangkah satu suara mengejutkannya.

" Chris "

••

" Raon anak eomma lapar ya ~ "

Telur hancur Rin letakkan perlahan-lahan ke pinggan lalu lada hitam di taburkan.

Air oren Rin tuangkan ke gelas, perutnya dah berbunyi. Rin tertawa dia mengusap perutnya dia tahu anaknya dah tak sabar-sabar nak makan.

Rin mula masukkan satu suapan ke mulutnya wah walaupun sarapannya sederhana saja tapi tetap saja sedap . Belum sempat suapan kedua pintunya berdering menandakan ada seseorang diluar.

Ding dong

" Aish orang nak makan ni, jakkaman Raon eomma nak tengok siapa kat luar tu mana tahu barang - barang kamu dah sampai "

Rin jalan ke pintu laju , pintu yang dikunci dia buka dengan password.

Krekk

" K-kau ? "

Sosok tubuh didepannya dia pandang dengan bengis , kecewa , marah , ri-rindu.

" Apa kau buat kat sini ? "

" Rin... tolong bagi i masuk kejap cuma 5 minit jebal... "

" Aku tak nak tengok muka kau lagi jadi tolong pergi dari sini sebelum aku report polis. "

Rin yang mahu menutup pintu dihalangi oleh Jungkook. Lelaki itu geleng matanya seolah-olah meminta belas kasihan.

" Tolong sekali ni je , lepasni i takkan munculkan diri lagi "

....

Jungkook melabuhkan punggunga ke sofa, matanya sempat lagi mengerling ke arah bilik yang dah di hiasi dengan katil bayi tak lupa juga mainan-mainan.

" Mianhae "

" Baru sekarang kau nak minta maaf ? kenapa sekarang kenapa tak masa awal-awal yang aku bagitau aku mengandung ... kau tahu kan maaf kau semua tu dah tak ada gunanya. Dah terlambat apa lagi yang kau boleh baiki ? "

" I tahu i dah terlambat tapi itu je yang i mampu kata. I tahu i bodoh i sedar semua kesilapan i. Tapi tolong maafkan i , i tak sanggup nak rasa bersalah lagi i nak perbaiki semuanya tolong berikan i peluang. I nak tebus kesilapan i.

" Anak tu biar i bayar semua perbelanjaan dia. i takkan bagi u gunakan duit u satu sen pun . Biar i tanggung semuanya dari segi wang. U boleh jaga dia kalau u tak nak kasi i jumpa dia pun i-i sanggup, asalkan u maafkan i. "

" Biarkan i tanggung semuanya... mungkin dengan cara ni i dapat tebuskan kesalahan i "

" Kau ingat aku tak mampu ke Jungkook ? kau fikir aku miskin sangat ke sampai nak harapkan duit kau untuk tanggung hidup anak aku ni ... jangan harap. Kau tinggalkan kami berdua dah cukup bagus untuk tebus kesalahan kau Kook. Tu dah cukup kau tak payah nak susah payah keluarkan duit untuk anak yang kau memang tak nak, ni anak aku ... bukannya kau. "

" Dan aku akan namakan dia dengan nama Yang bukan Jeon sebab apa ? sebab kau tak berhak jadi bapa dia. puas kan hati kau ? bukan ni yang kau nak sangat kan, jadi lelaki yang tak berguna boleh berfoya-foya dengan perempuan lain permainkan diaorang semua macam diaorang ni patung. dan tak payah bertanggung jawab "

Ujar Rin dengan nada mendatar, beberapa ayat dilontarkan sikit demi sikit menyakitkan hati lelaki dihadapannya.

Jungkook mendiamkan walaupun airmatanya dah berderai. Tapi apa Rin kisah hatinya dah tawar hubungan mereka dah musnah. Walaupun hubungan mereka berdua tidak jelas.

" Sebelum kau pergi aku nak kau tahu.
yang aku menyesal kenal kau , aku rasa lebih elok kau tak tolong aku masa tu biarkan aku jadi pelacur di sana. Aku rela. Dari jadi perempuan yang hadir dalam hidup kau yang tiada makna. "

" Annyeong Jungkook. "

.....

1212 words
SILA WOAH WOAH
kesian jungkook aku tengok haih dedua dh taknak dia nampaknya
tula gatal lagi padan muka
sila kata padan muka kat Jungkook gais

korang rasa patut ke ending jungkook macam tu ? atau perlu aku selitkan happy ending untuk si jengkuk tu ?!?!,

KOMENLAH SENDUGAIS

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top