stepbrother | 0.48

Author pov

" Hyung "

Jungkook datang ingin mendekati Taehyung tetapi Taehyung menjauhinya dengan pandangan bengis.

" Datang juga kau eh ? aku ingatkan kau dah takda rasa bersalah sampai sanggup hilangkan diri berbulan-bulan . Huh ? "

" A- Aku perlukan ma- "

" Perlukan masa ? perlukan masa apanya sampai kau sanggup buat Hyera macam tu kau sakitkan hati dia kau permainkan dia kau bagi dia harapan palsu ... Lepas apa yang kau buat kat dia kau still lagi nak kata yang kau perlukan masa untuk tenangkan diri ! tergamak juga kau ni kan "

" Oh tak lupa juga , ha siapa tu tak silap nama dia Rin kan ? lepas kau buntingkan dia pastu kantoi pula mungkin sebab tu juga kau hilangkan diri kan ?! kau takut nak hadap semua masalah yang kau buat sendiri ....? betulkan ? kalau betul kau memang pengecut kook PENGECUT"

Jungkook mendiamkan diri , dia mengengam penumbuknya , rahangnya bergerak menandakan dia sudah hilang sabar walaupun apa yang di lontarkan dari mulut Taehyung itu memang benar.

Dalam masa yang sama dia agak terkejut apabila Taehyung tahu semuanya padahal tidak pernah sekalipun dia menceritakan tentang Rin mahupun Hyera yang dia sukakan Hyera.

" Jawab kook betul ke- "

DUSH

Satu penumbuk besar Jungkook hadiahkan yang tersinggah cantik di hujung bibir Taehyung yang sudah pecah.

Taehyung tidak membalas malah dia ketawa sinis.

" Aku cakap benda betul tapi nampaknya kau tak nak mengakulah yang kau tu bersalah dan pengecut , sebab tu sampai kau sanggup nak tumbuk aku kat hospital ni ? huh "

Taehyung sekali lagi tertawa sinis , dia mengelap hujung bibirnya yang sudah dihiasi darah.

Perlahan-lahan kaki panjangnya jalan mendekati Jungkook yang selekeh dengan berbaju kot kedut dan seluar jeans koyak yang agak kotor entah bila kali terakhir dia tukar . Taehyung membersihkan habuk di kot Jungkook.

Lalu dia mendekatkan wajahnya ke arah telinga Jungkook , dan membisikkan sesuatu yang pasti mereka berdua saja tahu.

" Jangan jadi pengecut kook... Hyera dia dah habis dari pembedahan . Kalau kau masih sayangkan dia pergilah minta maaf  dengan sesungguhnya . Oh ya lagi satu Rin jangan lupa pula ya "

Taehyung menepuk bahu Jungkook , lalu dia meninggalkan lelaki itu seorang diri.

Setelah Taehyung pergi, lelaki itu jatuh terduduk dia meraup wajahnya kasar .

Dia buntu , dia tidak tahu nak berbuat apa lagi walaupun jawapannya sudah ada.

Rasa takutnya kuat menguasai hati dan fikirannya

••

Wajah pucat Hyera di elus Puan Jeon. Dia memandang anak kandungnya sayu. Ini sudah masuk sebulan Hyera tidak sedarkan diri walaupun pembedahan berjaya tanpa cacat cela .

Doktor kata itu memang efeknya disebabkan Hyera dibedah agak terlalu lewat jadi tak mustahil la dia akan koma yang tidak pasti berapa lama dia akan bangun.

Doktor juga kata yang Hyera agak bertuah dan masih lagi berjaya untuk hidup walaupun pembedahan itu agak merisikokan nyawa Hyera. Jadi terbukitlah semangat untuk hidup Hyera masih kuat.

Puan Jeon mengambil kain lembap dan mengelap lembut ke arah wajah anaknya , dari wajah sehinggakan ke kaki secara tiba- tiba air matanya jatuh.

Dia tak kuat, tipulah mak mana je yang tak kuat bila tengok anak sendiri terlantar atas katil walaupun baru sebulan.

Puan Jeon menggeleng dia tidak putus-putus memberikan ayat semangat untuk dirinya dan tak lupa juga mendoakan Hyera agar segera bangun.

Krekk

Baru saja Puan Jeon ingin keluar dari bilik wad peribadi yang ditempah khas untuk Hyera . Wajah yang tidak asing baginya terpampang di pintu.

Dia memandang sosok lelaki itu dengan pandangan tidak percaya.

" Kook ? kenapa ka-mu baru b-balik se "

Tubuh wanita separuh abad tu secara pantas memeluk anak tirinya dengan erat walaupun anak tiri , dia sudahpun menganggap Jungkook seperti anak kandungnya darah dagingnya sendiri.

Air mata Puan Jeon jatuh berlinangan, dia masih lagi tidak percaya anaknya didepan mata setelah lama menghilangkan diri walaupun sebulan sekali mereka menghubungi di telefon.

" Eomma rindu kamu kook... kamu pergi mana selama ni huh ? kenapa kamu lambat sangat bali-k ? kamu tak risaukan kami ke ? Appa kamu tu setiap hari risaukan kamu tahu tak "

Soal Puan Jeon berkali-kali, Jungkook hanya membalas hambar dia tak nak jawab buat masa sekarang , tujuan dia datang pun hanyalah ingin mengetahui keadaan Hyera.

Fikiran agak serabut buat masa sekarang.

" Mianhae Eomma... Kook cuma nak tenangkan diri kook perlukan masa untuk sendirian jadi mianhae... buat eomma appa risaukan Kook. "

Jungkook lepaskan pelukan, dia memegang kedua bahu Puan Jeon.

" Jangan risaulah Kook dah besar eomma Kook pandai jaga diri hehe "

Sengih Jungkook, Aih orang sibuk menangis pasal dia boleh pula dia nak sengih-sengih bisik hati Puan Jeon.

Puan Jeon mengelap air matanya, dia tertawa kecil.

" Alang-alang kamu dah sampai sini marilah kita ke bawah , makan . Kamu pun eomma tengok dah kurus aigoo kamu ni kata pandai jaga diri haih. Ha lagi satu appa kamu tu pun kat bawah eloklah tu dia pun rindukan kamu... "

" Gwenchana Kook dah jumpa appa dah awal-awal tadi , nanti Kook makan ya eomma cuma boleh tak eomma tinggalkan Kook sendirian dengan H-hyera ? boleh kan eomma... "

Jungkook tersenyum kelat, Puan Jeon yang rasa pelik pun hanya mengakur saja kata anak bujangnya. Dia pun keluar dari bilik wad meninggalkan kedua anaknya berdua-duaan.

Setelah Puan Jeon pergi keadaan mula sunyi dan sepi hanya bunyi defibrillator mengisi kesunyian itu.

Lelaki itu jalan mendekati Hyera , tubuh kurus Hyera dia pandang.

Jantungnya seperti dirobek-robek, dia bersyukur yang Hyera masih lagi mampu bernafas dan hidup lagi dimuka bumi ini.

" Maafkan aku Hyera. Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku "

Perkataan maaf tidak lepas dari mulutnya walaupun dia tahu yang perkataan maaf itu tidak lagi bermakna tapi dia tetap mengucapkannya. Dia tahu yang Hyera sedang mendengarkannya.

Jungkook menumbuk dadanya berkali-kali dengan kuat, menunjukkan dia bersalah.

Tapi semuanya itu sia-sia.

913 words
dah nak ending dah
maybe hari ni jugak aku endingkan
:)

btw atas ni ayang baru ai HAHAHAHA
JANGAN KACAU SHUH SHUH
JKJK
BTW SILA TENGOK EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO BEST GILA NAK MAMPUS
DRAMA TU MEMANG DAH MASUK TOP FAV DRAMA HAKULAH , MANA TAKNYA TIAP EP BUAT PERUT AKU ADA RAMA-RAMA YA ALLAH GATALNYA

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top