one - abang baru

Rose's pov

Aku hanya menatap kosong pemandangan indah dihadapanku ini , well bagi orang lain indah . Tapi aku tak

Hari ini , dihadapan mataku sendiri eomma berkahwin dengan namja lain setelah kematian appaku . Sesekali aku menepuk tangan mengikuti orang lain .

Akhirnya aku terpaksa berkongsi kasih dengan anak lelaki nya atau lebih tepat oppa tiri ku .

Pandangan mataku meliar mencari susuk tubuh tinggi itu , mana pula perginya budak tu eh?

❝ kau cari aku ke ? ❞ hampir gugur jantung aku apabila ditegur suara garau itu daripada belakang . Lantas tanganku aku urut di dada .

Kus semangat ! Budak ni nak aku mati awal agaknya ! Nasib baik aku takde sakit jantung .

Tanpa berkata apa² , dia menarik lenganku untuk mengikut langkahnya menuju ke arah eomma dan appa "baru" kami .

Kami ber4 mengambik gambar bersama untuk dijadikan kenangan . Senyuman palsu terpaksa aku ukir untuk memaniskan muka .

Jujur , aku tidak terlalu suka dengan perkahwinan ni . Bukan tidak suka appa baruku , tetapi anak lelaki nya tu .

Bila pandang aku lain macam je, seram den ! Dahlah lepastu dingin mengalahkan ais batu , ngam sangat dengan kulit dia yang cerah tu !

****

Author's pov

❝ ini bilik Rose punya ❞ appa membuka pintu bilik yang bercat putih itu perlahan lahan . Lalu nampaklah bilik yang tersusun dengan teratur sekali , dengan perabot moden menambahkan lagi seri bilik tersebut ..

Mata Rose bersinar² , wahh betul ke ini bilik aku? Bapak ah !

❝ kamsahamida er.. Appa ❞ Rose sedikit teragak² hendak memanggil encik Byun appa , maklumlah tak biasa lagi . Appa tersenyum , dia mengusap² kepala Rose .

❝ tak apa Rose, lama2 kamu biasa lah tu ❞ suara lembut Appa barunya itu membuatkan hati Rose tenang . Hmm..pandai eomma nya pilih calon suami kan?

Appa melangkah pergi , lalu Rose berlari laju dan menghempaskan badannya di atas katil . Emm empuknya katil ni !

Rose berguling² ke kiri dan kanan , terlalu teruja dapat bilik baru . Malah lebih besar dari bilik rumahnya dahulu .

Satu susuk tubuh dapat Rose lihat dari hujung mata , apabila dia bangun dari baring nya . Namja itu melangkah pergi namun masih lagi menatap Rose dengan pandangan dingin .

❝ Jakun , Macam tak pernah ada katil ❞ ejek namja itu sedikit berbisik namun Rose tak pekak lagi . Dia dengar semuanya .

❝ Apa ? Dia kata aku jakun?! Tak guna punya abang ! Eh? Abang ke? ❞ sumpah Rose , mulutnya terkumat kamit menghina Baekhyun .

Ketika eommanya memperkenalkan dirinya ke Baekhyun dulu , dia sudah dapat meng-agak bahawa Baekhyun tidak menyukai dirinya .

Pandangan dingin yang di berikan sudah menjelaskan segalanya . Eleh , macam lah kita suka sangat tengok muka beku dia tu !

Namun , dia hanya memikirkan tentang Baekhyun sebentar sahaja , lalu dia kembali baring dan bergolek kiri dan kanan . Keterujaan nya belum hilang lagi ! Sekali sekala jeritan kecil dilepaskan keluar dari mulut .

Tanpa sedar , jeritan itu mengundang amarah jiran sebelah bilik .

Baekhyun yang cuba tidur sedikit terganggu dengan hilaian dari bilik sebelah .

❝ Budak ni ! Tak reti² nak tidur ke?! ❞ bebel Baekhyun , dia penat . Dia fikir balik rumah je dapat tidur dengan aman , rupanya dia silap .

Bantal diambil lalu ditekup ke telinga , berharap bahawa jeritan disebelah tidak akan kedengaran lagi .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top