❣ Bab 8

"YANG kau ni basah satu badan dah kenapa? Nak kata hujan, tak ada pula aku dengar bunyi hujan," tegur Diya yang sedang menjamah maggi di meja makan.

Yannis melangkah mendekati Diya. Kerusi di hadapan Diya ditarik lalu punggung dihenyak kasar.

Berkerut dahi Diya. Amboi, penat betul gayanya tu!

Diya jatuhkan sudu ke dalam mangkuk. Ditompang dagu dengan tangan sambil memandang Yannis yang masam mencuka.

"Cuba cerita dekat aku, apa yang jadi tadi? Aku nampak kau hempas-hempas pintu kereta Hayyan. Kenapa ni, Yannis?" tanya Diya lembut.

Ternganga kecil mulut Yannis. Didekatkan muka beberapa inci ke depan muka Diya.

"Kau nampak?"

Soalan Diya, Yannis balas dengan soalan juga. Diya tayang sengih.

"Aku nampak. Aku tengah call  mak aku sambil tengok langit malam tadi. Lepas tu aku terdengar bunyi benda terlempas. Tu yang aku boleh nampak kau hempas pintu kereta Hayyan tu," cerita Diya.

Yannis mengeluh lagi. Disembamkan muka ke atas meja.

Bahu Yannis diusap. Diya dengar keluhan kasar Yannis.

"Kau kenapa ni, Yannis? Murung semacam je aku tengok."

 Kalau tadi Yannis jatuhkan muka ke meja makan, sekarang Yannis dah bersandar malas di kerusi.

"Hayyan tu lah," adu Yannis.

Sebal hati Yannis apabila teringatkan kata-kata sinis Hayyan semasa di luar rumah tadi.

Hayyan memang tak pernah fikir perasaan orang. Ikut sedap mulut dia je herdik-herdik orang.

"Kenapa dengan Hayyan? Apa yang dia dah buat pada kau? Beritahu aku. Biar aku lunyai-lunyai muka dia yang kacak tu," balas Diya dengan aksi menenyeh.

Bersinar mata Yannis memandang Diya. Wah, ada geng nak pukul Hayyan!

"Betul ni kau nak lunyai-lunyaikan muka Hayyan tu?" tanya Yannis teruja.

Dengan dahi berlapis, Diya menjawab.

"Yalah. Yang kau excited sangat ni dah kenapa?"

Tadi bukan main murung lagi Yannis. Sekarang, boleh pula Yannis teruja. Pelik.

"Hayyan tu lah... Boleh pula dia simbah air dekat muka aku ni. Habis basah lencun tudung aku," adu Yannis geram.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Tawa Diya bergema.

"Hayyan... simbah kau? Ahahahahaha," soal Diya berselang tawa. Sungguh, lawak betul cerita Yannis ni!

Yannis pandang muka Diya dengan muka yang tertanya-tanya. Sirna terus rasa teruja yang bertapak tadi.

"Kau dah kenapa tiba-tiba gelak? Tak siuman ke?"

Diya gelak lagi. Sedaya upaya dia cuba untuk menahan diri daripada ketawa. Sakit perut dia sebab gelak banyak sangat.

"Diya... Sampai hati kau gelakkan aku," rajuk Yannis.

Tadi, Diya juga yang cakap nak lunyai-lunyai muka Hayyan. Tiba-tiba, Diya berubah angin pula.

Diya berhenti ketawa. Sebelah tangan memegang perut manakala sebelah tangan lagi diangkat separas dada.

"Okey, okey... Aku tak gelak dah. Tapi, sumpah lawak cerita kau ni!"

Cemberut muka Yannis bertanya. "Apa yang lawak?"

"Yalah, pengacara idaman jejaka Malaya kena simbah air dengan lelaki idaman gadis Melayu. Fuh, tajuk pun dah gempak! Ni kalau netizen tahu ni, memang kecoh."

Yannis cubit perlahan tepi lengan Diya. Sengaja betul Diya ni naikkan darah dia.

"Kau ni... Aku betul-betul tengah marahkan Hayyan, kot!" rengus Yannis.

Diya sengih. Disatukan kedua-dua belah tapak tangan.

"Aku minta maaf, okey?" ucap Diya.

Yannis sekadar berdehem. Ditongkat dagu sambil merenung kosong alas meja.

"Eh! Tapi kan, Yannis... Kau dan Hayyan ada apa-apa ke? Lain macam je aku tengok korang berdua."

Mengecil mata Diya memandang Yannis. Yannis cuba kawal riak walaupun dalam keadaan menunduk.

"Lain yang macam mana maksud kau tu? Aku rasa sama je," balas Yannis.

"Lain macam lah. Tiba-tiba je ada dinner date. Kalau berdua dengan Hayyan tu, aku memang pelik. Tapi aku jadi lagi pelik bila kau ada dinner date dengan family Dato Mikhael."

Yannis cuma diam. Dia penat. Biar lah dia lelapkan sekejap matanya di meja makan.

Diya berdecit. Digoyang-goyamg lengan Yannis, memaksa Yannis untuk membuka mata.

"Yannis... Jangan lah tidur. Kau ni bila aku tanya je, mesti nak mengelat."

Tangan Diya yang tak henti-henti menggoyang lengan dia ditepis lembut. Kasar Yannis mendengus.

"Jangan kacau, Diya! Aku penat ni," tegah Yannis.

Diya hiraukan larangan Yannis. Makin lama, makin kuat goyangan tangan dia di lengan Yannis.

"Selagi kau tak nak cerita, selagi tu lah aku nak kacau kau."

Bila Diya dah beri kata dua, Yannis memang tak dapat nak larikan diri lagi. Dijawab juga soalan daripada Diya.

"Aku ajak Hayyan kahwin."

Senafas Yannis menjawab. Berdebar juga lah dada Yannis sambil menunggu reaksi daripada Diya.

"W- What?! Kahwin?!" jerit Diya.

Lambat-lambat Yannis jatuhkan kepala.

"Tapi... Kenapa tiba-tiba?" Bingung Diya bertanya.

"Hayyan tu, suka sangat cakap besar. Lepas tu, dia cabar aku. Aku geram sangat dengan dia. Jadi, aku buat deal dengan Hayyan," jawab Yannis. Terkumat-kamut mulut dia mencemuh Hayyan selepas tu.

"Hayyan tak marah?" siasat Diya.

Pelik juga lah kalau Hayyan tak marah. Tengok gaya Hayyan pun Diya dah tahu Hayyan ni jenis cepat naik angin.

Segar-bugar mata Yannismendengar soalan daripada Diya.

"Gila kau tak marah? Kena maki juga lah aku. Video yang viral dua minggu lepas tu, video Hayyan maki aku lah tu," jelas Yannis.

Diya petik jari. "Haa, aku dah agak dah! Mesti ada benda yang jadi masa tu."

Yannis angkat bahu.

   "So, bila kahwin ?" tanya Diya penuh minat.

   "Tak tahu lagi. Kitorang bertunang je dulu lepastu kalau aku gagal buat dia jatuh cinta dengan aku, kitorang tak jadi kahwin. Putus tunang."

   Diya terbeliak. Gila. Ingat bertunang ni macam couple ke ? Rasa tak nak, putus. Rasa cinta, sambung.

   "What ?!" jerit Diya lagi.

   Yannis berdecit.

   "Kau ni dari tadi asyik 'what-what' . Relaks-relaks dahlah. Terkejut beruk sangat." kutuk Yannis.

  "Mahu tak terkejut beruk. Kau ni gilalah, Yannis. Senang-senang aje ajak Hayyan tu kahwin dengan kau. Korang baru kenal tak sampai sebulan kot."

   "Bertunang aje. Bukannya kahwin."

   Diya menghela nafas kasar.

   "Ikut kaulah, Yannis. So, bila korang bertunang ?"

   "Dua bulan lagi."

   "Ini lagi gila ! Mak kau dekat kampung dah tahu ke ?"

   Yannis menggeleng.

   "Belum lagi."

   "Dah tu, kau nak mak kau kejung ke bila dengar plan gila kau ni ?"

   "Aku ni tak adalah gila sangat nak cerita pasal plan aku ni. Aku cuma bagitahu ajelah kata aku nak bertunang. Lagipun, hujung minggu ni aku ajak Hayyan balik Kedah. Jumpa family aku." balas Yannis.

   Diya mengurut pelipisnya. Sakit kepala dia mendengar idea gila Yannis ni.

   "Kau ni memang berani matilah, Yannis !"

   Yannis jongket bahu. Dia bangun lalu menjinjit beg tangan yang diletakkan di atas meja itu.

   "Mati tak mati. Janji Hayyan yang kerek tu sedar diri. Baru dia tahu langit tu tinggi mana ! Tak adalah dia senang-senang aje nak cakap besar." tekad Yannis sekaligus berjalan meninggalkan Diya yang masih terpempan mendengar kata-katanya.

--------

YANNIS berjalan perlahan di kawasan taman botani yang terletak di ibu kota. Sesekali tangan kanannya menyentuh kelopak-kelopak bunga berwarna merah itu.

"Sampai di sini saja pertemuan kita kali ini. Semoga destinasi kami pada hari ini dapat membantu anda dalam memilih lokasi percutian," tutur Yannis sambil tersenyum.

Robert angkat ibu jari tanda bagus. Jujur, hasil kerja Yannis memang tak pernah mengecewakan dia.

"Jangan lupa temujanji kita, di hari dan waktu yang sama dalam rancangan Hotel Untuk Rehat. Saya Yannis Mikayla, peneman setia hujung minggu anda."

"Cut! Cut!" jerit Robert.

Jurukamera dan kru-kru produksi mula meletakkan peralatan masing-masing. Kesemua mereka menghembus nafas lega apabila sesi pengambaran tamat.

"So, Yannis... You nak balik rumah terus ke lepas ni?" tanya Robert, sekadar berbasa-basi.

Yannis yang mengelap renik-renik peluh di dahi. Tisu muka yang berada di tangannya dibuang ke dalam tong sampah kecil di bawah meja sebelum mata dia terpasak pada Robert.

"Tak, kot. I ada hal nak kena settle," jawab Yannis.

Teringat akan 'hal' yang bakal terjadi nanti, Yannis lorek senyum. Ah, tak sabar rasanya dia nak berjumpa Hayyan!

Robert jungkit sebelah kening, tertanya-tanya juga akan hal yang perlu diselesaikan oleh Yannis. Tapi, dia bukan lah seorang pengarah yang suka menjaga tepi kain selebritinya.

"Oh! I see..." Pendek Robert membalas.

"Kenapa? Ada apa-apa ke?"

Menggeleng kepala Robert.

"I baru ingat nak belanja you lunch hari ni. Tapi, dah you kata you ada hal, I cancel lah."

Yannis ketap bibir. Robert nak belanja dia lunch?

Selama hampir setahun Yannis bekerja dengan Robert, tak pernah sekalipun Robert tawar diri untuk membelanja mereka makan. Biasanya, kalau Robert yang jadi tukang bayar, mesti ada anugerah yang dimenangi oleh Robert.

"Oh! I'm really sorry, Robert. Kalau you beritahu I awal-awal, maybe I boleh kosongkan jadual I untuk you."

Serba-salah Yannis membalas. Digaru kening yang tak gatal.

Robert tertawa kecil. Hai... Mana pergi Yannis yang mulut becok tu? Selama ni, Yannis selamba rock je mengata dia depan-depan.

"Hal kecil je, Yannis. I pun tak plan awal-awal sebenarnya," balas Robert.

Ceit, Robert ni... Ada lah tu benda dia nak korek daripada Yannis! Yannis sekadar sengih.

"Kalau begitu, I pergi dulu eh, Robert. Kawan I dah tunggu."

Yannis sangkut beg tangan ke bahu. Dicapai kipas kecil dan kerusi lipat bersama.

"Okey, hati-hati. Jangan cari skandal gossip pula!" Sempat lagi Robert berpesan.

-------

BERKERDIP-KERDIP mata Yannis memandang Hayyan. Tau tak, Hayyan ajak dia jumpa dekat mana? Dekat rooftop The Grand Vista, weh!

"Kau sakit mata ke?"

Tanpa nada, Hayyan bertanya. Pelik. Mata Yannis asyik terkenyit-kenyit pandang dia. Naik segala bulu roma Hayyan di lengan.

Berlapis dahi Yannis mendengar soalan Hayyan. Dicapai telefon di atas meja lalu dibuka aplikasi kamera.

"Sakit mata? Tak merah pun mata saya ni," jawab Yannis. Melalui kamera pandang depan yang dibuka, mata dia nampak okey je.

"Aku tak cakap pun mata kau merah."

Makin berlapis dahi Yannis.

"Habis, kenapa awak cakap mata saya sakit?"

Yannis ni kadang-kadang lembab juga. Tapi kalau nak mengayat Hayyan, laju pula sel-sel otak Yannis berhubung.

"Dah mata kau asyik terkenyit-kenyit tengok aku, aku ingat mata kau sakit."

Yannis tahan mula daripada ternganga. Eh, Hayyan ni! Ada ke patut Hayyan cakap mata dia sakit sebab terkenyit tengok Hayyan? Tak logik langsung.

"Awak tu handsome sangat. Mata saya pun automatik terkenyit dekat awak," jawab Yannis. Dikemam bibir daripada ketawa.

Sumpah, kalau Puan Salmah di kampung tahu dia menggeletis dengan Hayyan... Mesti dah dikurung Yannis dalam bilik!

Hayyan menjeling Yannis. Tak tahu kenapa, tapi kadang-kadang hati Hayyan rasa terusik dengan sikap selamba Yannis.

Yannis tak seperti perempuan lain yang pernah dia jumpa. Perempuan-perempuan yang Hayyan jumpa, semuanya akan berambus pergi bila diherdik.

Tapi, Yannis tak begitu. Makin Hayyan herdik Yannis, makin selamba Yannis meluah perasaan.

"Esok kau nak gerak balik kampung pukul berapa?" soal Hayyan.

Sedar tak sedar, esok merupakan hari di mana Hayyan akan berjumpa dengan keluarga Yannis. Dalam hati, Hayyan agak risau sebenarnya.

Andai kata dia tak jatuh cinta pada Yannis dalam masa dua bulan, takkan senang-senang Hayyan nak putuskan tali pertunangan mereka? Apa pula kata ibubapa Yannis nanti?

Dalam masa yang sama, Hayyan juga tak sanggup nak menggantung Yannis tanpa tali. Sekejam-kejam Hayyan, tak tegar rasanya dia nak menghukum Yannis dengan ikatan perkahwinan.

"Lepas Subuh. Kalau lambat-lambat, nanti jammed pula jalan."

"Kau cuti berapa hari?" tanya Hayyan lagi.

Amboi, berminat pula Hayyan nak tahu pasal dia! Menyengih lebar Yannis.

"Awak lupa ke, Encik Hayyan? Saya ni pengacara. Kalau tak ada shooting, cuti lah saya."

Hayyan gosok belakang tengkuk. Betul lah apa Yannis cakap tu, dia memang lupa.

"Esok, aku ambil kau dekat rumah. Kita gerak sekali ke Kedah."

Dua baris ayat penyata yang keluar dari mulut Hayyan buatkan Yannis melopong. Dipandang muka Hayyan dengan riak tak percaya.

"Awak mimpi ke, Hayyan?"

Berkerut kening Yannis cuba menganalisis reaksi Hayyan. Tapi Hayyan macam biasa lah, muka tak ada perasaan tu juga lah yang ditayang.

"Mimpi apa pula kau ni?"

"Kenapa awak tiba-tiba baik dengan saya? Awak mimpi saya tanam awak tujuh lapisan tanah ke semalam?"

Hayyan mendengus. "Mulut kau kan... Kalau aku cubit, apa pun tak dapat!"

Yannis tayang sengih. "Kenapa kena cubit kalau boleh cium?"

Ya Allah, Hayyan rasa nak hentak kepala dia dekat dinding! Dia pula yang malu bila Yannis cakap begitu.

"Gatal!"

Hayyan ketuk perlahan atas kepala Yannis dengan dompet. Tercebik-cebik Yannis sambil membetulkan awning tudung.

"Dengan awak je saya gatal," balas Yannis.

Malas nak berbalas mulut dengan Yannis, Hayyan mengubah topik.

"Kau yakin ke, kau nak teruskan deal ni?" Serius Hayyan menyoal.

Yannis jatuhkan kepala. Yakin sekali riak wajah Yannis.

"Kenapa pula saya tak yakin? Ke... Awak yang takut sebenarnya, Hayyan?"

Yannis senyum nakal ke arah Hayyan. Dicucuk-cucuk belakang tangan Hayyan dengan hujung sudu.

Hayyan larikan diri ke bawah meja. Apa yang dia boleh simpulkan, Yannis dah semakin berani nak mengusik dia.

"Tak ada masa aku nak takut."

"Habis tu, kenapa awak tanya saya macam tu tadi?"

Hayyan melepaskan keluhan berat. Dia rasa, sebelum benda yang buruk terjadi, elok lah dia berbincang baik-baik dengan Yannis.

"Kalau aku tak cintakan kau dalam masa dua bulan macam mana? Takkan kita nak putuskan pertunangan kita macam tu je. Apa kita nak jawab dekat parents kita nanti?" luah Hayyan.

Terdiam Yannis. Kalau Hayyan tak tanya dia, pasti dia tak pernah terfikir apa yang bakal terjadi selepas tempoh dua bulan perjanjian mereka.

"Awak cintakan lah saya dalam masa dua bulan tu."

Makin berat Hayyan melepas keluhan.

"Tak semudah yang kau cakap, Yannis. Jatuh cinta tak pernah mudah untuk aku."

"Saya pun tak nafikan apa yang awak cakap, Hayyan. Tapi, awak je yang boleh buka pintu hati awak untuk terima saya. Saya cuma mampu berdoa pada Allah supaya lembutkan hati awak. Tu je..." pujuk Yannis.

Mengendur bahu Hayyan apabila mendengar jawapan Yannis. Dia tak sangka, Yannis nampak tak matang boleh berikan buah fikiran begini.

"Aku tak janji, Yannis. Tapi pada aku, kau fikir lah balik betul-betul apa akibat akan datang. Aku tetap akan hantar rombongan meminang seperti yang kita setuju dulu. Dan andai kata masa tu kau nak tolak pinangan aku, aku tak marah. Aku lebih marah kalau kau seksa diri kau dengan game bodoh ni, Yannis."

Yannis perhatikan belakang tubuh Hayyan yang dah menjauh. Dihela nafas berat.

"Tapi saya dah sayangkan awak, Hayyan."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top