💖💧FINALE 💧💖

1 Tahun Kemudian

Gempa memetik sekuntum bunga ros yang berwarna biru dan melihat ke arahnya sambil tersenyum. Di matanya, bunga itu kelihatan begitu bersinar. Mungkin kerana disebabkan oleh airmatanya yang sedang mengalir sekarang?

"You cried again.. "

Sebuah tangan muncul dan mengusap airmata Gempa dari wajahnya. Gempa menoleh ke arah si empunya tangan tersebut dan memukul dadanya dengan lembut.

"Ya... Cakap dekat orang yang menangis lepas dapat tahu tak lama lagi akan jadi ayah? "

Ais tertawa kecil. Mengusap kepala Gempa yang kini sudah dibaluti dengan sehelai kain selendang yang berwarna kuning dan biru lembut. Wajah putih dan manis Gempa kelihatan begitu manis dan cantik jika dipadankan dengan selendang itu. Jauh lebih cantik dari dirinya yang dahulu tidak mengenakan apa-apa penutup rambutnya.

"Abang suka... Bila Gempa pakai tudung. Cantik. Lebih cantik dari dulu. "

Ais berkata jujur dengan nada yang lembut. Membelai wajah isterinya dan seterusnya mengecup singkat di dahi Gempa.

Gempa sedikit tertawa kecil dan geli hati kerana tingkah manis suaminya. Sentiasa jujur dan baik dalam berkata-kata. Nampaknya Gempa tidak menyesal memilih Ais sebagai suaminya.

"Kan abang yang ajar Gempa pakai macam ni? "

Ais mengangguk setuju. Seterusnya, tangan lembut Gempa diraihnya dan digenggam dengan erat. Ais membawa Gempa berjalan-jalan berduaan di tempat mereka sedang honeymoon sekarang.

Lokasinya di luar negara, dekat dengan pantai dan mempunyai kemudahan dan tempat tinggal yang sangat menarik dan sesuai untuk Gempa yang kini sedang mengandung dalam tempoh 3 bulan.

Cakap tentang Gempa yang mengandung, pada waktu kali pertama mendapat tahu tentang berita tersebut, Gempa dan Ais begitu gembira. Ais, kerana saking gembiranya dia sehingga jatuh pengsan jadinya. Dan sebaik sahaja sedar kembali, dia terus menangis kerana terlalu gembira. Manakala Gempa pula, dia hanya mampu tergelak sahaja melihat tingkahlaku suaminya yang keanak-anakan.

Sebagai ganjaran untuk berita baik itu, keluarga Gempa dan Ais membuat keputusan untuk memberikan mereka berdua cuti bersama. Ini kerana sepanjang perkahwinan mereka berdua, Ais terpaksa menyibukkan dirinya dengan kerja apabila dia mendapat jawatan untuk menjadi pengganti ayahnya. Bukan terpaksa untuk mendapat jawatan tersebut, tetapi sebenarnya sesuai dengan perjanjian antara Ais, Halilintar dan ibubapa Gempa.

Ibubapa Gempa bersetuju untuk mengahwini Gempa dengan Ais berdasarkan syarat tersebut. 'Gempa akan berkahwin dengan Ais, dengan syarat Ais harus menjadi pewaris seterusnya kepada syarikat-syarikat milik ayahnya. ' Dan tidak perlu terkejut dengan angka jumlah syarikat yang dimiliki oleh ayah Ais dan kehebatannya dalam dunia perniagaan. Pada waktu itu barulah ibubapa Gempa tahu siapa Ais sebenarnya.

Di sepanjang perkahwinan mereka, Ais harus belajar semula serba sedikit tentang perniagaan. Dan terpaksa menangguhkan terlebih dahulu untuk cuti honeymoon bersama-sama Gempa. Nasib baiklah ramai yang memahaminya dan setuju sahaja.

Dan setelah semuanya sudah baik, mereka dikejutkan pula dengan Gempa yang sudah mengandung selama 3 bulan. Betapa gembiranya semua selepas mendengar berita baik itu.

Dan sekarang, di sinilah mereka berdua. Menikmati hari mereka bersantai bersama berdua.

"Gempa masih ingat macam mana kita jumpa? "

"Hm? Uhmm.. Waktu dekat aquaria dulu, kan? "

Ais menganggukkan kepalanya sambil mengeratkan lagi pegangannya pada tangan Gempa. Bukan apa, takut isterinya yang tengah sarat mengandung tu tergelincir atau terjatuh saja.

"Masa mula-mula abang jumpa Gempa, waktu tu Gempa tengah nangis, kan? "

Gempa mengangguk kecil seraya ketawa terkekeh-kekeh.

"Waktu tu saya tengah tertekan sebab kena paksa buat apa yang parents saya mahu. "

"Tapi bagus juga, kan? "

Gempa melirik ke arah suaminya dengan pandangan yang hairan. Bagus ke kalau menangis sebab tertekan?

"Maksud abang... Sekurang-kurangnya kita dapat berjumpa. Lepastu, dapat kenal antara satu sama lain. Dan akhirnya? Wow, dah kahwin! "

Gempa tersenyum malu. Sekarang baru dia faham apa maksud suaminya.

"Abang bersyukur sangat sebab dapat jumpa perempuan yang menangis tu. Dah lah cantik, baik, lemah lembut, sopan pula tu dan tak derhaka pada ibubapa dia. Fuh, perfect. "

"Takde manusia yang sempurna dalam dunia ni lah... "

"Yes, tapi di mata abang, Gempa yang sempurna. "

Ais memberikan kecupan manis di pipi tembam isterinya. Tangannya masih setia bertautan dengan tangan Gempa. Menyalurkan perasaan syukur dan gembira di dalam hati.

"Terima kasih, sebab terima abang. "

Gempa terlalu terharu sehingga tidak dapat untuk menyembunyikan airmatanya. Gempa mengalirkan airmata kegembiraannya. Gembira sangat kerana dapat bertemu dengan Ais dan dapat menghabiskan sisa hidupnya bersama-sama dengan suaminya itu.

"Sama-sama. "

"Eish, janganlah nangis. Orang tengah happy tau? "

"Tak boleh lah... Gembira sangat. "

"Kalau Gempa nangis, abang nak nangis juga boleh? "

"Kenapa pula? "

Ais berhenti melangkah untuk menghadap wajah Gempa. Kedua belah tangannya kini naik ke wajah isterinya dan ditakup pada kedua belah pipi tembamnya.

"Because start with your tears I finally met you. Bukankah ia seperti takdir? Setiap kali kita berjumpa, mesti kita akan menangis? Bukan menangis cuma... Ada lah airmata mengalir, kan? Gempa perasan tak? "

Gempa mengangguk kecil. Sudah semestinya dia perasan. Dia masih ingat wajah mengantuk Ais yang terlalu kuat menguap sehingga mengalir airmatanya.

"Start with your tears... "

"We finally together. "













♥◆💕💞💕THE END💕💞💕◆♥

Gajelas woyyy!! 😭😭😭

Takpelah guys. Dah ending pun. 😢 Author berdua tak nak buat panjang-panjang sebab takut nanti lambat pula habis. Dengan jadual harian author yang tak menentu lagi.

So, this is the ending. Maaf kalau ada yang tak puas hati. Author cuma nak buat cerita ini se-simple yang boleh. 🙇

Setakat ini sahaja dari author. Jumpa lagi di cerita lain guys! Byeee!! 😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top