💖💧9💧💖
"Haa... That was good, Geum. Terima kasih sebab bawa abang makan dekat restoran tadi. "
"Sama-sama! Geum pun dah lama tak makan makanan cina! "
Gempa tersenyum sambil menolak kerusi roda abangnya untuk mereka berdua masuk bersama-sama ke dalam rumah setelah Gempa selesai meletakkan keretanya di garaj. Ochobot juga turut tersenyum berpuas hati.
"Oh ya, tadi berlaku riuh kejap, kan? Kenapa ya? "
Ochobot bertanya dalam nada ingin tahu. Sebenarnya dia dan Gempa masih ada di saat riuh-rendah tadi. Dan mereka dapat melihat 2 orang lelaki sedang berlari keluar dari restoran itu. Mujur salah seorang dari mereka sempat membayar makanan mereka walaupun kaedahnya aneh semacam!
"Hmm.. Geum pun tak tahu! Tapi ramai yang sibuk memanggil nama Blaze berulang kali. "
"Oh? Blaze ke? Patut lah! "
"Kenapa, bang? "
Gempa memandang hairan apabila melihat wajah abangnya mula berubah teruja. Pelik pula dia. Ada apa-apa yang dia terlepas ke?
"Blaze tu artis terkenal lah! Dia tu hebat tau! Hebat berlakon, menyanyi, jadi model, bersukan, menari pun pandai! Senang cakap dia ni memang kena dengan citarasa orang lah. Lepastu dia pun friendly dan tak sombong. Dia selalu buat VLive dan share hasil karya dia dekat peminat dia. Abang suka dengan perwatakan dia! "
Gempa mengangguk faham. Dia jarang berada di rumah dan menonton televisyen di rumahnya kerana sering sibuk bekerja dan menguruskan hal kerjanya. Jadi tidak hairanlah dia tidak tahu apa-apa. Ditambah pula Gempa bukan jenis yang sering mengikuti media sosial. Apa-apa akaun media sosial pun dia tiada! Hanya email sahaja yang ada. Entah apa yang dia buat selain kerja tu tak tahulah!
"Abang Ocho kenal sangat dekat Blaze ni. Mesti dia hebat, kan? "
"Mestilah! Geum nak tahu? Dia tu lagi muda dari kamu tau! "
"Betul ke?! Tak boleh jadi ni! Geum yang dah tua ni tak terkenal pun! "
"Hahahah! Tengoklah kerja apa Geum buat? Mana ada orang nak kenal dengan lawyer macam Geum ni! "
"Apa abang ni?! Hina sangat ke kerja Geum?"
Gempa memuncungkan bibirnya tidak puas hati. Sampai hati abangnya sendiri menghina dirinya! Walaupun dia tahu abangnya hanya bergurau tapi apa salahnya kalau dia menunjukkan sisi sensitifnya? Sekali sekala tidak salah.
"Hahaha! Ok, ok I'm sorry, alright? Jom masuk. Abang nak tengok orang famous punya drama! "
"Oh? Ada drama yang Blaze berlakon ke? Geum nak tengok juga boleh? "
"Nope! Budak lawyer baik duduk hadap laptop dia jelah. "
"Kejamnya abang! "
Gempa dan Ochobot saling ketawa antara satu sama lain. Lalu Gempa kembali menolak kerusi roda milik abangnya untuk mereka berdua masuk ke dalam rumah. Nampaknya setakat ini kehidupan mereka dapat dijalani seperti biasa.
.
.
.
"Fuh! Baru aku tahu ada juga takoyaki ayam! Aku ingatkan ada yang sotong saja! "
"Dah nama pun takoyaki. Tako kan bermaksud sotong. Jadilah takoyaki. Sebab tu sebelum ni ada sotong je. Cuma aku rasa peniaga nak advance sikit kot. "
Blaze dan Ais berbual kosong sambil berjalan di sekitar kawasan bandar. Mereka melihat keadaan dan menikmati kawasan sekeliling mereka. Banyak bangunan pencakar langit yang dibina dengan ketinggian yang tidak terjangka. Ditambah pula semakin banyak kemudahan awam yang semakin berkembang maju membuatkan bandar mereka tidak kalah seperti bandar-bandar di luar negara yang lain.
Seketika Blaze teringat sesuatu. Dia mengerling ke arah Ais yang masih sedang menikmati ice blendednya. Dia tidak mahu merosakkan mood kawannya tetapi hal itu sudah sekian lama berlalu. Dan dia berharap agar kawannya ini tidak kisah jika dia bertanya akan hal itu.
"Uhh... Ais. Kau... Tak pernah fikir balik ke tawaran ayah kau? "
Ais terhenti dari menikmati minumannya selepas dia mendengar soalan dari Blaze. Blaze yang menyadari akan perubahan kawannya itu sedar bahawa dia tidak patut mengungkit balik akan topik itu. Tapi dirinya masih tertanya.
"...aku tak rasa aku layak. "
"Kenapa pula? "
"Aku mana ada pelajaran yang cukup. Kau kan tahu aku dulu bukannya rajin sangat fokus dalam kelas! "
"Pulak? Weyh kau tu antara top student dekat sekolah dulu tahu tak? Semua exam kau berjaya score! "
"Kecuali exam akhir. "
Ais memotong kata-kata Blaze. Dan hal itu membuatkan riak wajah Blaze terus berubah geram.
"Ais tu bukan salah kau! Budak yang tak puas hati dekat kau tu yang pergi buat khabar angin bodoh tu dekat kau sebab dia tak boleh terima kau lagi hebat dari dia! Semua orang tahu kan benda tu!?"
"Tapi tak cukup untuk meraih kepercayaan ayah aku, Blaze. Dia tetap sangkakan bahawa aku ni betul-betul meniru dalam peperiksaan. "
"Tu benda gila, Ais! Maksud aku, budak tu pun dah minta maaf kan dan dah mengaku kesalahan dia! Takkan ayah kau masih tak boleh nak percaya? "
"Dengan aku yang selalu tidur dalam kelas ni? Mana mungkin, Blaze."
Ais memandang wajah kawannya dengan pandangan yang penuh berharap agar Blaze segera menghentikan topik perbualan mereka itu. Blaze yang melihatnya seolah-olah faham lalu diam kerana terkedu. Dia tidak berniat untuk kembali mengungkit luka lama Ais tetapi sekarang apa yang dia ingin tahu ialah tentang masa depan Ais.
"Ais, tolonglah fikir balik. Kau... Tak nak ke ada masa depan yang lebih cerah? Kerja jadi kuli orang je tak semestinya boleh jamin apa-apa pun! Bila-bila masa je bos kau tu boleh pecat sesiapa kalau dia nak kau tahu tak? "
"Sudah lah, Blaze. Aku malas nak cakap pasal benda ni. "
Blaze mendengus kasar. Dia cukup geram dengan sikap keras kepala kawannya ini. Banyak yang dia tahu tentang Ais dan kisah silamnya tetapi kerana Ais tidak mahu mengungkitnya dan sering mengelat membuatkan dia semakin ingin memaksa Ais. Bukannya dia sengaja. Tetapi dia cukup khuatir dengan Ais. Apa akan jadi dekat Ais kalau andai kata dia akan dipecat dari kerjanya sekarang? Blaze tidak mahu membayangkan tentang hal itu.
"Ais aku-"
Kata-kata Blaze terpotong apabila dia tiba-tiba mendapat panggilan melalui deringan telefonnya. Pantas Blaze mengeluarkan telefonnya dari poket seluar dan melihat siapa yang memanggil.
"Alamak. Mak aku call lah Ais. Kejap eh? "
Tanpa menunggu respon dari Ais, Blaze terus menjawab panggilan dari maknya.
"Hello, mak? Ya, Blaze sihat je. Mak nak jumpa? "
Suasana diam sekejap apabila Blaze mula fokus mendengar apa yang sedang dikatakan oleh maknya di hujung talian. Manakala Ais pula hanya memandang sambil menikmati ice blendednya.
"K-kejap. Blaze tak fahamlah! Apa yang mak cakap ni? "
Suasana tiba-tiba menjadi tegang. Tiada yang berani mencampur usuran perbualan Blaze dengan maknya termasuk Ais.
"Apa?! "
Ais dikejutkan dengan jeritan tiba-tiba oleh kawannya. Dia terus memandang Blaze dengan pandangan hairan dan terkejut.
Belum apa-apa Blaze terus mematikan panggilan dan call managernya.
"Hello, saya ada dekat tengah bandar sekarang! Tolong ambil saya sekarang! Saya akan hantar lokasi! Ya, saya nak cepat! Ada hal mustahak tiba-tiba muncul! "
Selepas itu, Blaze pun mematikan panggilan dan memandang Ais dengan wajah yang seperti takut akan sesuatu. Dan Ais pula dengan prihati mula bertanya. Tidak pernah dia melihat wajah kawannya macam tu selama ni.
"Apahal? "
"Aku ada hal weyh. T-tapi.. Aku nak kau ikut! Kau kena tolong aku! "
Berkerut kening Ais memandang kawannya. Dah kenapa pula tiba-tiba ni?
"Kalau ya pun kau nak kita ke mana? "
"Kita ke rumah mak ayah aku! "
♥◆💞💕💞°•°•°💞💕💞◆♥
Uh-oh! Apa dah jadi? Kenapa tiba-tiba pula ni? 😲
Korang boleh teka tak apa akan jadi pada Blaze? Dan apa kaitan dengan Ais, ya? 😮
Ok! Maaf sebab chapter kali ni hambar... Harap semua tak kisah, ya? 😅
See you guys in next chapter! 😆
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top