💖💧8💧💖

Ais memandang pasangan tadi dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Dia melihat setiap pergerakan yang mereka lakukan, mendengar setiap apa yang mereka berdua bicarakan dan mengingat apa yang sedang terjadi di hadapannya.

Hati Ais sakit.

Rahang Ais mula menegang. Dia dapat merasakan bahawa ada yang tidak kena dengan hubungan antara Gempa dengan lelaki itu dan dia mahu bertanya akannya. Tetapi seketika kemudian Ais tersedar. Siapakah dia untuk bertanya akan hal itu? Lagipun dia dan Gempa tidak mempunyai hubungan apa-apa dan ditambah pula dia baru sahaja mengenali Gempa untuk beberapa hari. Jadi dia tidak boleh sesuka hati untuk bertanya akan hal itu pada gadis itu. Dia tidak mahu hubungannya antara Gempa akan berakhir begitu sahaja.

"Weyh, Ais! Kau dah kenapa termenung seorang diri tu? "

Blaze tiba-tiba menepuk bahu Ais yang membuatkan lelaki itu terkejut. Ais segera menoleh ke arah kawannya dengan pandangan yang terkejut.

"Kau pahal weyh, Ais? Macam nampak Solar je aku tengok. "

"Uuhh... Tak. Takde apa. Kau dah jumpa meja? "

"Sejak tadi lagi weyh! Aku dah siap pesan makanan dah! Kau je belum lagi. Cepat lah! Aku dah kebulur macam orang koma 3 tahun dah ni! "

Ais hanya mengangguk akur sambil mengekori Blaze dari belakang sebaik sahaja kawannya itu beredar. Namun Ais masih lagi sempat untuk menjeling ke belakang untuk melihat Gempa bersama lelaki tadi buat kali terakhir. Dia dapat melihat Gempa sedang menyuap lelaki itu dengan senyuman yang manis di bibirnya sama seperti Ais selalu tengok. Dan lelaki tadi pula menawarkan minumannya kepada Gempa yang mana gadis itu meminumnya dengan senang hati.

Ais terus memalingkan wajahnya. Dia dapat merasakan hatinya dikoyak dan dicarik dengan teruk sekali selepas melihat apa yang terjadi di depan matanya tadi. Jari-jemarinya terasa seperti kesejukan dan kakinya bergetar hebat. Dia rasa seperti mahu menjerit dan melambung kesemua barang yang ada di sekelilingnya tetapi dia tidak berani.

Wajah Ais berkerut. Dia tertanya akan dirinya. Kenapa dengan hatinya? Apa perasaan yang sedang dirasai olehnya sekarang? Kenapa perasaan ini muncul? Apa reaksi Ais sekarang? Begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran lelaki itu tetapi Ais memutuskan untuk diam sahaja. Dia tidak mahu mengganggu hubungan mesra Gempa dengan 'lelaki' itu. Oh, Ais. Seandainya kau tahu siapa lelaki itu.

.
.
.

Ais termenung ke arah makanannya yang masih berasap itu. Dia mengabaikan Blaze yang duduk di hadapannya sedang makan dengan lahap sekali. Memang betul macam orang kebulur 3 tahun.

"Weyh, Ais? Apahal kau tak makan-makan lagi tu? Makanan cina tu weyh! Kau jangan Ais! Kau dapat makan dengan aku pulak! Artis terkenal dunia! Kau tak nak hargai ke?"

Blaze bertanya diselang kerutan di wajahnya. Hairan pula dia tengok kawannya seorang itu duduk diam sahaja sambil melihat ke arah makanannya. Diet ke apa?

"Tak... Aku cuma rasa... Takde selera lah. "

"Pffttt--!!! "

Habis terkeluar segala isi yang di dalam mulut Blaze saat dia menikmati ice lemondenya tadi sebaik sahaja dia mendengar kata-kata kawannya itu. Blaze mengelap mulutnya dengan tangannya sambil menatap Ais dengan pandangan menakutkan.

"Kau dah kenapa, Blaze? Ada tak kena ke?"

"Tak! K-kau cakap apa tadi? "

Blaze bertanya sambil meminum kembali ice lemonadenya. Dia yakin. Ya, dia yakin bahawa tadi dia tersalah dengar. Dan dia meminum airnya seolah-olah ingin menenangkan dirinya itu.

Manakala Ais pula menatap datar ke arah kawannya. Dia kemudiannya menghela nafas.

"Haih... Aku cakap... Aku takde selera nak makan. Faham-"

"PFFTTT--!!! "

Sekali lagi Blaze menyembur keluar air yang diminumnya dan kali ini di salah seorang pelanggan di kedai itu pula.

"Hey! "

"Ah, s-sorry! "

"Ish! Habis kotor baju! Ingat baju ni murah ke?! "

"Alamak! Sorry! Saya bayar! Berapa harganya? "

"Kau mampu ke nak- eh kejap! K-kau ni... Blaze, kan?! "

Suara pelanggan tadi yang entah macam mana boleh tiba-tiba terkuat mula menarik perhatian para pelanggan di situ. Wajah pelanggan tadi sangat terkejut begitu juga dengan kawan-kawannya yang berada dengannya.

Manakala Ais dan Blaze pula sudah berpeluh dingin. Wajah Ais sudah menunjukkan muka pasrah manakala Blaze pula senyum canggung.

"Ah.. "

"Haih... Here we go again... "

"KYAAAAAAAAA!!! BLAZE LAAAHH!! "

"MANA?! MANAAAA!!?? NAK TENGOOKK!! "

"BLAZZEEEEE!! "

Belum apa-apa, Blaze terus menarik tangan Ais dan membawanya lari keluar dari restoran tersebut sebelum para peminatnya mula berkerumun di tempat mereka. Dengan susah payah Blaze dan Ais cuba untuk keluar dari restoran tersebut tanpa ingin mencederakan para pelanggan di sana.

"Eh! Encik! Duit bayaran!! "

Sempat Blaze melemparkan cek yang dibuat origami berbentuk jet dan dilemparkannya kepada penjaga kaunter tadi. Dan dengan ajaibnya boleh pula penjaga kaunter itu menangkapnya.

"Keep the change, bro! "

"Ok! Datang lagi, ya!"

"Tahun depan bolehlah! "

Lalu Blaze dan Ais pun berlari keluar dari restoran itu. Para peminat masih bising memanggil-manggil nama Blaze macam orang histeria. Dan ia semakin parah apabila segala jeritan kuat itu didengari oleh orang ramai di luar restoran tersebut.

"OH MY GOD! BLAAAAZZEEEE!! "

"MANAAAA?!! AAAAAAA!! TU DIAAAA!!! "

"KYAAAAAA!! BLAZEEEEE!! "

"JDJSLFJSOFSLSCKS BLAAAAAZEEEEE!! "

"MY IDOOOLLL!! "

Muka Ais dan Blaze sudah berubah pucat. Mereka kini harus berdepan pula dengan khalayak ramai yang ada di sana yang mana mereka mula berlari mendekati mereka berdua seperti barisan askar lebah yang ingin menyerang mangsa mereka.

"Aku akan bunuh kau lepasni Blaze! "

"Aaaa!! Less talking start running!!! "

Lalu berlakulah sesi kejar-mengejar antara para peminat Blaze dan Ais bersama-sama. Ais terpaksa juga ikut lari kerana dia tahu kalau dia tidak lari lepasni dia akan turut dikerumuni dengan peminat yang ingin bertanya macam-macam padanya tentang Blaze. Dan sudah tentulah Ais tidak sama sekali menyukainya!

.
.
.

"Haahh! Haah! Haa! Ini... Ini semua kau punya... Pasal Blaze! "

"Haa.. Haa.. Haa... Sorry Ais! A-aku tak sengaja weyh! "

"Tak sengaja pebenda kau?! Aaarrghh!! Penat siot! "

"Aku tahu! Sorry laaahh!! "

"Haish!! Liat nih!! Habis kotor baju gue! Ah! Kampret elu Blaze! Bangsat! Sial! Gara-gara elu gue harus ikutan lari tau?! "

"Ais aku tahu kau marah dekat aku tapi jangan lah cakap bahasa Indo... Aku ga ngerti! "

"Peduli ah! Artık yorgun ve açım!"

"Ais! Aku tak faham bahasa Turki kau!!"

Blaze mengomel tidak puas hati. Dia tahulah dia tu 100% fresh Melayu dan kawan dia tu half Indonesia dan half Turki, tapi bila cakap bahasa asing di depannya itu agak menggugat jiwa Melayunya tahu tak?

"Yelah! Aku cakap... Aku lapar sekarang sebab lari tadi! Dan disebabkan kau penyebab segalanya, kau kena belanja aku!"

"Hah? Aku pulak? Kau lah penyebab utama sebenarnya tahu tak? "

"Apahal aku pulak? "

"Yang kau jawab kau takde selera nak makan tu kenapa? "

"Salah ke? Orang perempuan cakap takde selera makan boleh pulak? "

"Kau tu lelaki ke perempuan?!"

"Aku kaum Adam! Puas? "

"Cilaker punya kawan! Dah ah! Kau nak makan kat mana ni? "

"Takoyakiiiii!!! "

Terus berubah riak wajah Ais apabila kawannya Blaze bertanyakan tempat untuk mereka makan selepas ini. Sebenarnya memang sengaja dia mempersiapkan pertahanan mentalnya untuk bergaduh dengan Blaze supaya kawannya seorang itu akhirnya dapat belanjanya makan. Tambahan pula dia masih belum jamah apa-apa makanan lagi sejak tadi dan dia juga berlari-lari macam tak nak kena khatam tadi jadi lepasni bolehlah dia makan banyak!

"Oklah! Jom! Aku pun dah start lapar dah ni. "

"Wokeyh! "

Lalu dua sahabat itupun berjalan bersama-sama menuju ke kawasan yang bertentangan dengan tempat mereka lari tadi. Tempat yang agak terpencil dan tidak terlalu ramai orang menjadi tujuan mereka. Kerana tak nak kejadian yang sama berulang maka terpaksalah, kan? Kesian betul duo lelaki bujang itu.

♥◆💞💕💞°•°•°💞💕💞◆♥

Sengaja buat chap kali ini ada unsur humor sikit. 😂 By the way soon cerita ni akan habis dah sebab akak dah malas nak ulas macam-macam dekat sini.

Dan kalau korang tertanya tentang agama watak-watak yang ada dalam cerita akak, sebenarnya kesemua watak mereka adalah Islam. Yup. Kesemuanya melainkan kalau ada yang berbangsa lain. 😉 Tapi akak tak nak letak sangat hal agama dalam cerita akak takut lain pula jadinya. Harap semua tak kisah.

Oh, dan kalau ada yang tertanya kenapa Gempa tak pakai tudung actually Gempa dalam cerita ini pula ialah non-muslim. Kalau korang tengok parents Gempa asal mana korang akan faham. 😄

Ok semua, see you guys in next chapter!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top