💖💧7💧💖
Gempa melihat setiap gambar yang ditangkap oleh Ais dan dirinya sewaktu di akuaria tadi. Begitu banyak sekali gambar-gambar yang menunjukkan wajah cerianya sewaktu memberi makan kepada penguin tadi. Gempa akui bahawa sudah sekian lama dia tidak tersenyum sebegitu. Dia sendiri tidak percaya bahawa dia boleh tersenyum sampai begitu sekali.
Ochobot yang baru selesai menonton TV ternampak adiknya yang begitu teruja sekali melihat telefonnya. Kerana ingin tahu, dia pun menggerakkan kerusi rodanya mendekati adiknya.
"Seems like you have a wonderful day today, Geum. Tak nak kongsi dengan abang ke? "
Gempa tersedar dari lamunannya. Dia memandang wajah Ochobot yang begitu ingin tahu sekali sebab gembiranya hari ini. Gempa tersenyum-senyum seketika sambil menghulurkan telefonnya kepada Ochobot. Ochobot menerimanya dan melihat setiap gambar yang diambil oleh adiknya.
"Itulah Ais, abang. Dia bawa Geum pergi akuaria hari ni. Kami tengok penguin buat pertunjukan hari ni. Best! Lepastu dia ajak Geum beri penguin makan pula. Geum rasa hari ini hari yang paling menggembirakan buat Geum! "
Ochobot mengangguk sebagai tanda mendengar. Dia melihat wajah Ais dengan teliti. Memang benarlah seperti apa yang diceritakan oleh adiknya. Ais mempunyai sepasang mata yang sangat indah.
"Korang berdua nampak rapat. Nanti bolehlah bawa abang jumpa dia, ya? "
Mendengar suara usikan dari abangnya membuatkan Gempa terus kemerahan. Dia merampas balik telefonnya dan merengus geram.
"Ish! Apa Abang Ocho ni!? K-kami tak sampai di situ lagi lah! "
"Belum sampai tidak semestinya tidak terjadi. Haih... Tak lama lagi dapatlah abang timang anak saudara, kan? "
"Abang ni! Geum tak nak kahwin lah! Nanti siapa nak jaga abang!?"
Gempa mengembungkan pipi tembamnya menjadikan ia seperti kuih pau yang lembut dan gebu. Geram dengan pipi tersebut, Ochobot terus mencubitnya.
"Pipi kamu ni tembam sangatlah! Abang geram dengan kamu. Makin Lama makin tembam pipi kamu abang tengok. Tapi badan tak 'tembam' pun. "
Gempa terus menutup badannya dengan menggunakan tangannya menutup bahagian bahunya. Gempa mengembungkan pipinya geram.
"Apa abang ni?! Abang tahu tak yang orang perempuan ni sensitif bab badan diorang?! Jangan cakap kembang, chubby atau gemuk atau makin membesar tau! Kami cukup anti dengannya! "
"Eh? Dengan pipi pun tak boleh, ya? "
"Tak boleh!! Nanti kitorang ingat yang orang lelaki tu pun kata pasal badan diorang tau! "
Ochobot tersenyum sampai menampakkan lesung pipitnya. Sesuai dengan wajah putihnya itu. Dia suka mengusik Gempa tentang perkara yang dibenci oleh adiknya. Tetapi tidaklah sampai melampaui batas. Sekadar dapat melihat wajah kemerahan adiknya saat marah pun sudah cukup.
"Baiklah. Abang tak nak gaduh dengan kamu. Sekarang abang lapar. Kita pergi makan nak? "
Ochobot memberikan wajah kesian kepada adiknya. Gempa yang pada awalnya berwajah masam terus tersenyum. Dia pun tidak mahu terlalu sensitif sangat dengan abangnya. Kerana dia tahu, jika abangnya membuatkan dia terasa hati, abangnya akan terus meminta maaf. Salah satu lagi personaliti abangnya yang sangat Gempa suka dan hormati. Alangkah baiknya jika dia dapat bertemu dengan lelaki seperti abangnya.
.
.
.
"Ha'chi!! "
Ais mengelap hidungnya selepas bersin. Kawan di sebelahnya menatapnya hairan.
"Kau demam ke, weyh? Apsal tak cakap?"
Ais berpaling ke arah kawan di sebelahnya lalu menggelengkan kepalanya. Sebaik sahaja dia selesai mengelap hidung dengan tisu, dia terus membuang tisu tersebut ke dalam tong sampah. Nak tolong kerajaan jaga kebersihan katanya. :v
"Tak. Aku tak demam pun. Mungkin ada orang yang tiba-tiba cakap pasal aku kot. "
"Cakap pasal kau? Sejak bila kau popular ni? Kalau orang cakap pasal aku adalah. "
Ais memberikan tatapan yang menjengkelkan kepada kawannya. Kenal sangat dengan kawannya seorang itu.
"Kau ajak aku jumpa ni, kau takde photoshoot ke, Blaze? "
Blaze berpaling semula ke arah Ais. Mendengar soalan dari sahabatnya itu terus membuatkan riak wajahnya berubah. Dia tersenyum canggung dan menggaru-garu belakang lehernya sambil ketawa kecil.
"Ahahaha... Uuhh... A-aku lari... Dari manager aku.. "
Membutang mata Ais mendengar kejujuran dari kawannya. Dia menghentikan langkahnya lalu memegang bahu Blaze dengan kasar. Dan tanpa belas kasihannya dia menggoncang badan Blaze dengan kuat.
"Kau dah hilang akal ke, hah?! Kau tu artis Blaze! Artis!! Macam mana kalau ada paparazzi yang ternampak kau atau mana-mana sasaeng datang nak kejar kau!!? Kau tahu kan yang aku ni malas bab lari!? Kenapa Blaze kenapa?! Kenapa kau suka susahkan hidup aku?!! "
Blaze semakin pening di setiap goncangan kuat yang dibuat oleh Ais. Mahu pitam rasanya dengan goncangan kuat itu. Namun dia cuba sekuat tenaga untuk menepis tangan Ais. Dan dia berhasil.
"Ish! Aku tahulah! Sebab tu aku pakai baju jaket warna hijau ni! Pastu topi warna biru. Tak lupa juga dengan topeng hitam ni, ha. Jadi mana ada orang nak cam, kan? "
Ais memandang semula ke arah Blaze. Dia melihat dari atas ke bawah apa yang dikenakan oleh kawannya yang seorang itu.
Jaket berwarna hijau daun dan mempunyai simbol 3B beserta simbol kilat di sebelahnya. Kemudian dikenakan pula dengan baju t-shirt merah api. Dipadankan pula dengan topi berwarna biru tua dan berseluar jeans yang berwarna blue black. Kasut pula hanya kasut sneakers biasa dan dia memakai pula topeng mulut berwarna hitam supaya tiada yang perasan akan wajahnya.
Melihat kawannya yang berpakaian kasual dan bebas membuatkan Ais mengangguk setuju. Betullah. Dia juga hampir tidak perasan tadi apabila Blaze memanggilnya kerana kebiasaannya Blaze akan mengenakan pakaian seperti simbolik dengan warna api yang membara. Seperti yang sering dilihatnya dalam setiap kaca TV dan majalah.
Blaze ialah salah seorang dari sahabat paling rapat Ais. Mereka dulu sering keluar bersama-sama bagi meluangkan masa sewaktu penat belajar di umur remaja. Tetapi apabila semakin meningkat dewasa, mereka masing-masing sibuk dengan kerja.
Tambahan pula Blaze ialah artis di tempat mereka. Cukup terkenal kerana Blaze terkenal dalam model yang sering mengenakan pakaian sukan yang memang sesuai dengan badannya yang tegap dan berotot. Tambahan pula Blaze juga pernah menerima anugerah sebagai pelakon dalam genre action selama 3 kali berturut-turut. Segala cerita yang bertema sport atau action Blaze sering menjadi watak utama di dalamnya. Tidak lupa juga bahawa Blaze ialah penyanyi media yang terkenal. Blaze mempunya akaun youtube sendiri yang mana jika dia menghasilkan apa-apa lagu yang dihasilkan 100% oleh dirinya sendir, dia akan menguploadkannya di youtube atau mana-mana laman sesawangnya yang lain. Suara Blaze memang mantap bila dengar dia menyanyi! Jadi tidak hairanlah ramai yang meminati dan mengaguminya.
"Jadi, hari ni. Kita nak pergi mana? "
Blaze memandang ke arah Ais. Mereka sebenarnya keluar sekadar untuk makan angin dan jalan-jalan. Al-maklum kerana Blaze selalu sibuk jadi bila ada masa terluang lebih baik manfaatkannya.
"Aku kebulur nak makan masakan Cina lah. Jom kita pergi restoran Cina dekat seberang sana? "
Sudah menjadi tugas Ais untuk mencari mana-mana restoran atau gerai makanan jika dia dan Blaze keluar bersama. Ais memang cukup terkenal dengan dirinya yang gemar dalam bab makan. Tambahan pula dia jenis yang ingin mencuba makanan baru, jadi jika hendak keluar makan, memang patut bawa Ais bersama. Sebab dia tahu dekat mana boleh bawa ke tempat makan yang sedap.
.
.
.
"Ha! Kita dah sampai! "
"Hm, dah lama tak makan makanan cina. Ada baik jugak kau bawak aku sekali kan, Ais? "
"Ceh, dah lah. Aku dah lapar. Nak makan. Kebulur aku tunggu kau tadi. Bersiap mengalahkan perempuan! "
"Eleh! Kau bukan artis jadi kau mana faham! "
Ais hanya memutarkan bola matanya dengan malas sambil berlalu meninggalkan Blaze seorang diri. Manakala Blaze yang ditinggalkan oleh Ais pula hanya memuncungkan bibirnya tidak puas hati dan kemudiannya mengekori Ais dari belakang untuk masuk ke dalam restoran tersebut.
"Mana kita nak duduk? "
Ais mencari-cari tempat kosong yang strategik untuk dia dan Blaze. Ada sebab kenapa dia inginkan tempat yang kalau boleh terpencil dari orang ramai. Satu, kerana Blaze itu adalah seorang artis yang semakin melonjak naik namanya. Dua, kerana Ais tak nak terlibat dengan apa-apa skandal berkaitan dengannya. Tiga, Ais juga tak nak menjadi tumpuan ramai. Dan empat, Ais tak nak dikerumuni oleh peminat Blaze. Rimas!
"Ha, tu! Kat situ ada kosong untuk dua! "
Blaze menunjukkan satu tempat duduk yang mempunyai meja dan kerusi yang kosong untuk dua orang. Di bahagian penjuru ruang restoran. Sesuai untuk mereka berdua.
"Ok, jom pergi sana. "
"Ok. "
Ais dan Blaze mula untuk membuka langkah untuk ke tempat tersebut, sambil-sambil itu dia melihat kawasan sekitar restoran itu. Tidak terlalu pesat sangat keadaannya. Jadi bolehlah dia makan dengan tenang.
"Abang, nanti kita nak pergi mana pula? "
Kedengaran suara seorang gadis menghentikan langkah Ais dari terus berjalan. Tanpa menghiraukan Blaze yang semakin menjauh, Ais mula mencari empunya suara tersebut.
"Hmm... Kita balik jelah. Abang nak tidur. Penat jalan-jalan dengan Geum tadi. "
Geum? Berkerut kening Ais jadinya. Dia semakin menajamkan penglihatannya dan mula melihat keadaan sekeliling dengan lebih teliti. Sehingglah dia ternampak sepasang pasangan lelaki dan perempuan yang sedang duduk bersama di satu sudut restoran dan menikmati makanan mereka dengan saling menghadap antara satu sama lain.
"Lepas makan abang nak tidur? Ish.. Ish.. Ish.. Apa nak jadi dengan abang ni? Macam mana nak jadi suami yang hebat kalau makan tidur saja kerjanya? "
"Eleh, cakap orang, Geum pun sama tau! "
"Tak! Mana ada! "
Pasangan tersebut ketawa bersama antara satu sama lain. Tidak menyedari seseorang sedang memandang dingin ke arah mereka. Atau mungkin... Pandangan yang mengejut?
♥◆💞💕💞°•°•°💞💕💞◆♥
Akhirnya updateeeee!!! 😭😭
Akak rasa untuk cerita kali ni chapternya tak banyak sangat sebab nak proses jalan cerita kali ni agak susah berbanding cerita akak yang sebelum ni. 💦
Mungkin akan ada situasi yang tegang juga. Tapi akak akan lebihkan keadaan cliche dalam ni sebab akak malas nak fikir banyak. 😂
Oklah, harap semua berpuas hati dengan chap kali ni. Terima kasih sudi membacanya. 😄💞
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top