💖💧6💧💖

Gempa bersenandung kecil sambil menikmati perjalanannya yang dihiasi dengan ramai orang di sekelilingnya. Sekarang dia sudah tiba di area aquaria yang pernah dia datang sebelum ini. Sepertimana yang telah dijanjikan olehnya dan Ais, mereka berdua akan bertemu semula untuk kali ke-3. Dan kali ini ia adalah rancangan. Bukan kebetulan.

Gempa menikmati setiap pemandangannya pada orang-orang yang berada di situ. Ada sepasang kekasih yang sedang menikmati aiskrim yang pernah dirasai oleh Gempa bersama Ais kelmarin. Dan dia tahu, pasti pasangan itu sangat bahagia kerana mereka saling berkongsi aiskrim masing-masing. Terdapat juga gelak tawa antara mereka untuk menghangatkan lagi suasana. Hal itu membuatkan Gempa semakin tersenyum.

"Seronoknya bila ada pasangan... "

Gempa bermonolog sendirian. Dia kadang-kadang ada juga terfikir, betapa seronoknya apabila dia dan suaminya atau mungkin teman lelakinya berbual mesra antara satu sama lain. Saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Namun segera Gempa gelengkan kepalanya untuk menyedarkan dirinya.

Mungkin keinginan untuk memperoleh kekasih masih jauh untuk Gempa. Kerana dia mempunyai tanggungjawab sebagai seorang adik untuk menjaga abangnya yang kekurangan upaya dalam bentuk fizikal. Gempa tidak mahu meninggalkan abangnya. Kasihnya pada Ochobot lebih besar berbanding keinginannya untuk berkahwin. Demi abangnya, Gempa sanggup bersendirian tanpa kekasih dan tanpa perlu ada orang yang merisaukannya selain daripada abangnya. Hal itu sahaja sudah mencukupi buat Gempa.

"Waaaa..!! Mana mama!!? "

Fikiran Gempa terganggu apabila dia terdengar seorang budak perempuan kecil yang sedang menangis. Budak itu tidak jauh darinya dan Gempa memerhatikannya dari tempatnya sendiri.

"Adik, jangan nangis! Abang kan ada? Kita sama-sama tunggu mama, ya? Mesti mama tengah belikan aiskrim untuk kita! "

Hangat rasanya hati Gempa apabila dia melihat suasana adik-abang di hadapannya. Situasi itu tidak ubah seperti keadaannya sewaktu kecil dahulu.

Memorinya waktu kecil masih lagi segar di ingatannya. Dia masih ingat, di saat dia sedih, marah, kecewa dan menangis kerana ibubapanya sering tiada di rumah. Meninggalkan dirinya dan Ochobot sendirian di rumah bersama pembantu rumah mereka.

Gempa sering menangis kesunyian dan kerana rindu akan ibubapa mereka. Ibubapa mereka sering sibuk bekerja dan semakin Gempa dan Ochobot membesar semakin jauh rasanya jarak antara ibubapa mereka dengan mereka.

Tetapi Gempa bertuah kerana mempunyai abang seperti Ochobot. Ochobot lah yang selama ini sentiasa bersamanya. Menemaninya dikala dia sunyi atau sedih. Ochobot mencuba pelbagai cara untuk menghiburkan dirinya. Pernah pada satu malam itu hujan lebat dan kilat sabung-menyabung, Gempa menangis kerana ketakutan. Tetapi Ochobot segera datang ke biliknya demi menenangkannya.

"Brother... Isk.. H-how.. D-did you know.. I'm c-crying here...? Isk.. Isk.. "

"Sshh... Of course I know my little sis was afraid of thunderstorm. And I won't let her crying alone. Now, go to sleep and let your big brother company you alright? "

Gempa sentiasa rasa tenang dikala dapat bersama dengan Ochobot. Mereka masih kecil pada waktu itu dan mereka sangat rapat. Dan Gempa juga sangat menghormati abangnya. Ochobot sangat hebat dalam pelbagai jenis perkara. Dan sebagai abang, Ochobot sentiasa peka ke atasnya. Itulah antara sebab-sebab kenapa Gempa tidak mahu meninggalkan abangnya. Kasih sayang yang dicurahkan oleh Ochobot kepada Gempa sangat banyak dan Gempa harap dapat membalasnya hanya dengan menjaga abangnya sekarang.

Sedar tak sedar, Gempa telah mengalirkan air matanya. Membiarkan ia menitis turun dari kelopak matanya dan mengalir di pipi merahnya.

Gempa terus memandang 2 beradik tadi. Akhirnya mereka berdua bertemu dengan ibu mereka dan ibu mereka membawa mereka berdua pergi ke gerai yang menjual aiskrim.

"Gempa? "

Gempa segera menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Dia mendapati Ais telahpun berdiri dihadapannya dan memandangnya dengan pandangan yang khuatir.

"Ah, Ais. Dah lama sampai? "

"Y-ya... Kenapa awak menangis ni? Awak penat ke? Maaflah kalau saya ambil masa yang lama untuk sampai. Mesti awak letih menunggu, kan? "

"Eh! B-bukan! Tadi saya mengelamun seketika! Uumm... Hari ini awak nak bawa saya ke mana pula, ya? "

Mendengar soalan dari Gempa, Ais tahu bahawa gadis itu ingin mengelak dari ditanya sebab kenapa dia menangis tadi. Ais juga tidak ingin terlalu memikirkannya. Dia tidak mahu mengganggu privasi Gempa. Jadi dia ikutkan sahaja topik yang ingin dibualkan oleh Gempa.

"Memandangkan pagi tadi saya ada beritahu bahawa saya akan memberikan makanan kepada penguin, apa kata kita berdua pergi melihatnya? "

"Tengok penguin?! Yeke!? Nak! Nak! Jom! "

Ais ketawa terkekeh-kekeh melihat telatah Gempa yang seperti anak kecil yang mendapat ais krim. Dia pun meraih tangan Gempa lalu memimpinnya ke arah aquaria.

Tangan yang besar dan hangat. Itu yang dapat dirasai oleh Gempa sewaktu Ais memimpinnya masuk ke dalam aquaria. Gempa pada awalnya agak terkejut dengan Ais yang tiba-tiba menarik tangannya. Tetapi apabila dia melihat telinga Ais yang kemerahan, dia tahu lelaki itu hanya ingin mengelakkan suasana mereka dari canggung. Gempa tersenyum sendirian sambil mengikuti Ais dari belakang. Pegangan tangan mereka kekal erat bersama.

.
.
.

"Waaahhh!! "

Gempa menepuk-nepuk tangannya gembira dan teruja kerana melihat aksi-aksi hebat dari penguin-penguin yang berada di sebalik bingkai kaca di dalam akuaria besar itu. Dia melibat setiap aksi yang telah dilatih oleh penguin tersebut.

Ada yang melompat masuk ke dalam air secara berirama, ada juga yang menunjukkan aksi lincah dengan berenang di dalam air dan berpusing dengan pantas sekali dan ada yang menundukkan kepala mereka berkali-kali sebagai tanda ucapan terima kasih. Setiap pertunjukan yang ditunjukkan membuatkan Gempa semakin suka akan penguin.

"Penguin-penguin semua ni comellah! "

Gempa berkata sambil matanya tidak lepas memandang setiap aksi pertunjukan daripada penguin tadi. Manakala Ais yang sudah biasa melihatnya hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia melirik ke arah Gempa. Dia akui bahawa Gempa memang sesuai dengan senyuman. Gadis itu nampak begitu cantik dan manis apabila tersenyum. Ditambah pula matanya yang bulat dan pipinya yang merah muda dan tembam. Ais terbatuk seketika apabila dia tersedar bahawa dia terlalu dibuai suasana.

"Selepas ni kita nak tengok apa pula? "

Soalan daripada Gempa menyedarkan Ais dari dunianya. Gadis itu memandang ke arah Ais dengan pandangan yang masih teruja. Ais terdiam seketika bagi memikirkan idea untuk aktiviti mereka. Selepas itu, dia memandang ke arah Gempa semula.

"Nak beri penguin makan tak? "

"A-apa? "

"Dah sampai masanya untuk penguin makan rasanya. Nak cuba? "

Gempa terkebil-kebil seketika bagi mentafsir setiap ungkapan daripada Ais. Adakah itu boleh dipanggil sebagai pelawaan dan ajakan juga?

Senyuman Gempa semakin berkembang. Dengan teruja dia menganggukkan kepalanya.

"Nak! Nak! B-boleh ke?! "

Ais tersenyum nipis dan mengangguk.

"Mestilah boleh. Jom. "

Ais menarik tangan Gempa dan membawanya masuk ke kawasan khas bagi para pengunjung yang ingin memberikan makanan kepada penguin. Dia rasa teruja ingin melihat Gempa memberikan makanan kepada penguin-penguin di dalam ruang yang sejuk tersebut. Dia ingin menikmati saat-saat mereka berdua bersama seperti macam ini dengan lebih lama.

♥◆💞💕💞°•°•°💞💕💞◆♥

Maafkan author Zie yang kerap menghilangkan diri selalu. 😅 Akak ada je idea untuk taip tapi untuk kembangkannya agak mencabar kerana ship AisGem sangatlah rare. Plus, akak sudah terbiasa dengan ship HaliGem jadi agak sukar untuk biasakan diri dengan ship lain.

Harap semua bersabar dengan perkembangan hubungan AisGem ini. Mereka berdua masih terlalu awal untuk sedar perasaan masing-masing jadi harap para readers bersabar dalam menanti kemuncak cerita ini. 😄

Terima kasih sudi membaca! Enjoy your life! 😆💞

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top