💖💧 5 💧💖

"Abang, Geum pergi kerja dulu, ya? "

Gempa memeluk Ochobot sebelum dia memikul beg kerjanya dan mula berangkat keluar dari rumah. Ochobot yang begitu asyik melayan kartun Spongebob hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Khusyuk betul layan cerita kartun sampai tak endahkan pun keadaan sekelilingnya.

Di waktu pagi yang dini itu, suhu persekitaran masih lagi sejuk kerana jam masih lagi menunjukkan pukul 6.30 pagi. Normal bagi Gempa untuk keluar seawal itu kerana dia ingin tiba awal di pejabat.

Bukan kerana ingin menjadi peguam yang ada contoh teladan yang baik tetapi sebaliknya dia ingin sambung tidur di pejabatnya. Sungguh, tidur di tempat kerja atau sekolah atau mana-mana sahaja tempat yang sepatutnya kita menjalankan tugas itu adalah tempat yang paling selesa.

Gempa menghidupkan enjin keretanya dan menunggu seketika sebelum enjin panas. Setelah lebih kurang 3 minit, Gempa pun menarik brek kereta dan mula mengemudikan keretanya keluar dari perkarangan rumah. Tidak lupa untuk menutup pagar automatik rumahnya supaya tiada sesiapa yang dapat masuk ke dalam rumah sewaktu dia tiada.

.
.
.

Gempa menarik punch cardnya sebaik sahaja dia selesai mendaftar masuk kerja di awal pagi itu. Diletakkan di tempat yang sudah khas tersedia lalu dia pun berjalan menuju ke pejabatnya.

Jam masih menunjukkan pukul 6.45 pagi. Dan kebanyakan yang ada di dalam bangunan pejabat tempatnya bekerja hanyalah dirinya dan cleaner pejabat. Gempa mula berasa bosan.

"Hmm... Nak buat apa, ya? "

Gempa menarik fail yang ada di atas mejanya. Di belek-belek fail tersebut sekadar ingin tahu tugas apa lagi yang dia tertunggak.

"Semua dah beres. Ada yang kena tunggu panggilan mahkamah. Dan... Bayaran dari pelanggan masih belum ada apa-apa perubahan. Haih... "

Gempa menyimpan kembali fail tersebut ke tempat asal. Dia termenung di mejanya. Sesekali dia mengetuk-ngetuk meja kerjanya itu sekadar ingin memecah kesunyian. Entah kenapa hari itu dia tidak rasa pun ingin tidur sepertimana kebiasaan yang sering dilakukannya.

Gempa mengambil telefon dari dalam begnya. Dia melihat kalau-kalau ada mesej personal dari sesiapa. Dan, ya. Dia terima satu mesej dari seseorang yang dia kenal orang itu namun masih belum rapat lagi.

Arjuna Ais.

Senyuman terukir di bibir gadis itu tatkala dia melihat satu pesanan ringkas dari lelaki yang baru ditemuinya kelmarin. Segera dibukanya mesej itu untuk melihatnya.

Arjuna Ais 💧✨

Hey.

Selamat pagi.

Harap tak ganggu.

Gempa tersenyum melihat pesanan yang ringkas itu. Senyumannya semakin berkembang. Padahal ia hanyalah sapaan biasa. Tetapi entah kenapa hatinya terasa hangat walaupun dirinya sedang berada di ruang pejabat yang tertutup dengan penghawa dingin.

Segera Gempa membalas chat tersebut.

Arjuna Ais 💧✨

Hi 😊

Takdelah. Tak mengganggu pun.

Ah, baguslah.

Tengah buat kerja ke?

Eh, tak pun. Tengah bosan juga ni sebenarnya.

Ais dah ada di tempat kerja?

Dah.

Baru je sampai.

Btw, hari ni rutin pagi akan bagi penguin makan dulu~ 🐧🐟

😂😂

Ais pun suka penguin nampaknya, ya?

Mungkin juga.

Tapi lebih kepada polar bear sebenarnya.
🐾

Gempa ketawa terkekeh-kekeh melayan segala balasan dari Ais yang diterimanya. Dengan perbualan singkat antara dirinya dan Ais sudah cukup membuatkan hatinya terasa hangat pada hari itu.

Khusyuk Gempa melayari aplikasi whatsapp dengan Ais sampai tidak sedar rakan sekerjanya sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum. Rakannya itu berjalan masuk ke dalam ruang bilik Gempa dan merenung sahaja gadis itu sambil berpeluk tubuh.

"Seronoknya layan telefon. Dah ada buah hati ke? "

Gempa segera mendongakkan kepalanya dan dia menemui rakan sekerjanya itu sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum miring. Gempa segera menyimpan telefonnya dan berdiri lalu menunduk hormat ke arah rakannya. Atau lebih tepat pengurus syarikat tempat kerjanya.

"Selamat pagi Tuan Halilintar. "

"Tsk- jangan panggil aku macam tu lah. Kita sebaya kot. Kau dan aku sekelas jugak kan dulu? Tak payah lah formal sangat. Rimas. "

"Oh. Ok. Jadi... Hari ni saya ada tugas apa-apa? "

"Hmm... Sebenarnya ada permintaan pelanggan baharu. Dan beberapa dokumen kena diubahsuai. Tapi aku dah serahkannya pada yang lain. So... Easy to say kau takde apa-apa kerjalah buat masa ni. "

"Ok boss! "

Gempa memberikan tabik hormat kepada Halilintar. Seolah-olah seorang kadet yang hormat pada komandernya.

"Jangan nak bos sangat lah. Aku dah pesan, kan? "

Gempa ketawa kecil dengan amaran Halilintar. Suka sangat mengusik kawannya seorang tu.

"Ah, Hali. Kalau saya nak keluar awal hari ni boleh tak? "

"Hm? Nak pergi mana? "

"Nak pergi jalan-jalan. "

"Jalan-jalan? Aku join boleh? "

"Eish! Mana boleh! Ni tempat rahsia saya! "

"Rahsia? Pfft... Sejak bila kau berahsia dengan aku ni? Ah... Entah-entah nak pergi jumpa buah hati kot? "

Halilintar melirik tajam ke arah Gempa seolah-olah sedang mencari tahu apa yang disembunyikan oleh gadis itu. Tertangkap basah dengan kawan sendiri, Gempa terus menggelengkan kepalanya menidakkan walaupun kenyataannya wajahnya sudah kemerahan.

"M-mana ada! Saya takde buah hati lah! "

"Oh ya? Hmmm... Siapa nama dia? Hensem tak? "

Halilintar menyoal soalan perangkap untuk Gempa. Dan tanpa disedari, Gempa menjawabnya.

"Eerr... Hensem tu ada lah juga. Tapi dia cool. Eh-! Hali!!! Awak perangkap saya?! "

"Hoho~ tertangkap! Adoi... Peguam apa kau ni kalau soalan macam tu dah tertangkap? Inikah Gempa? Peguam wanita yang terkenal dengan ketajaman akalnya? Tak nampak pun. "

"Tak guna! Sempat awak perli saya, ya? Get out!! "

"Hahahaha! Yelah! Yelah! Nanti lunch dengan aku eh? "

"Hmph! Tak nak! "

"Eleh, cakap dekat mulut lain, di hati lain. "

"Hali! Awak jangan nak buatkan orang lain nampak saya dan awak ni couple eh?! "

"Apa? Betullah, kan? Kau tak rasa special ke bersama aku? Aduh... Hati aku. Tergamak kau mengabaikan rasa cintaku terhadapmu, Gempa? "

"Gatal! Keluar sekarang! "

"Aloo... Yelah! See you at lunch babe! "

"Woy!! "

Halilintar terus keluar dari bilik Gempa selepas menutup pintu ruang biliknya. Gempa terus mendudukkan dirinya di atas kerusi kembali dan menghela nafas lelah. Seketika dia tertawa sendirian kerana mengingat kembali ulahnya bersama Halilintar tadi.

"Haih... Macam-macam lah Hali ni. Siapalah kata dia tu cool? Macam playboy pun ada. "

Gempa menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil. Hari ni nampaknya ia sedikit sebanyak membantu dirinya ceria kembali.

.
.
.

"Ais! Kau tolong angkat ikan-ikan beku tu! Aku nak habiskan cuci tangki ni. "

"Hmm... Yelah.. "

Ais dengan langkah yang malas menuju ke pintu belakang bangunan aquaria dan terus mendekati lori yang membawa ikan beku di dalamnya. Dia menunggu pekerja yang lain mengangkut bakul-bakul ikan masuk ke dalam aquaria dan sambil-sambil itu menunggu gilirannya untuk mengangkut bakul tersebut.

Ais menerima huluran bakul yang berat itu lalu membawanya masuk ke dalam aquaria. Jelas kelihatan wajahnya kemerahan kerana menahan jisim berat bakul tersebut.

"Mak aih... Berat macam angkat Cikgu PapaZola... "

Ais menghempaskan bakul tersebut di kawasan sejuk beku dan menarik nafas lega. Dia merenggangkan badannya dan menggeliat sepuas hati seolah-olah baru selesai senaman selama 2 jam.

"Amboi kau. Kerja baru start kau dah sakit-sakit? Berapa umur kau, hah? "

Ais menjeling tajam ke arah rakan sekerjanya.

"Huh, kau tak faham jiwa raga aku yang sentiasa kelelahan ni. Tanpa tidur sepanjang hari, aku akan cepat letih tahu! "

"Hek eleh! Kau dah tidur kan tadi waktu rehat? Mengada-ngada betullah kau ni. Siapalah nak ambil buat suami? "

"Eh, eh, aku ada ramai peminat ok? Aku ni nampak je malas, tapi dengan muka hensem aku ni, berbaris perempuan sebab nak ambil aku sebagai suami tau! "

"Ceh! Menyampah pulak aku bila bercakap dengan orang macam kau. Dah ah! Buat kerja cepat! Hari ni shift kau dan aku sama, kan? Lepastu kita lepak nak? "

"Eerr.. Tengoklah dulu. Sebab aku ada janji temu lah. "

Membutang mata rakan sekerja Ais apabila mendengar kata-kata Ais sebentar tadi. Janji temu? Janji... Temu?!

"Woy?! Kau dah ada girlfriend tak roger ya!!"

"Eh?! B-bukanlah! Dia bukan girlfriend aku!"

"Isk, tak guna kau Ais! Sanggup kau ada girlfriend dan tinggalkan kawan baik sehidup semati kau ni single?! Aku nak adu dekat mak aku! Sampai di sini sahaja kita Ais. Bye! Huh! "

Ais menggaru-garu wajahnya yang tak gatal sambil memandang kepergian kawan sekerjanya itu.

"Hati tisu betul dia ni. Peduli lah. Baik aku siapkan benda ni cepat. "

Ais menyambung tugasnya kembali sambil menunggu waktu shiftnya tamat. Tidak sabar rasanya untuk bertemu gadis kelmarin semula seperti yang mereka janjikan awal pagi tadi melalui ruang whatsapp.

Gempa.

Gadis yang manis dipandang mata. Fikirkan sahaja hal itu sudah cukup membuatkan hati Ais berbunga.

♥◆💞💕💞°•°•°💞💕💞◆♥

Maaf lambat update! Sejak beberapa minggu ni banyak benda terjadi. Dan dengan kes Corona ni pula.

Harap semua menjaga keselamatan, ya? Jangan keluar rumah dan luangkanlah masa bersama keluarga dengan baik, ya? 😄

Take care guys!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top