💖💧4💧💖
"Saya dah balik. Abang?"
Gempa melilau mencari kelibat abangnya yang seingatnya pagi tadi abangnya itu sudah bangun. Gempa berjalan menelusuri kawasan ruang tamu rumah banglonya sambil melilau melihat kawasan sekitar ruang tamu tersebut.
"Abang? Abang kat mana? "
Gempa memanggil abangnya sambil terus mencari. Perasaan risau mula menerpa dirinya di saat dia masih tidak menemui kelibat abang kandungnya itu.
"Geum? "
Terdengar suara serak basah seorang lelaki menerpa indra pendengaran Gempa. Dengan pantas gadis itu menoleh untuk menemui pemilik asal suara itu dan dia dapati seorang lelaki dewasa yang sedang duduk di atas kerusi roda sedang memandangnya risau. Helaan nafas dilepaskan oleh Gempa. Betapa leganya dia apabila dapat melihat wajah abangnya itu.
Gempa segera menghampiri abang kandungnya dan duduk berlutut di hadapan abangnya itu sambil menggenggam erat tangannya.
"Abang Ocho pergi mana? Tadi adik panggil tak menyahut pun? "
"Abang pergi laman belakang rumah tadi. Saja ambil angin. "
"Oohh... Abang dah makan? "
"Belum. Abang nak tunggu adik abang sorang ni. Nak makan sama-sama. "
Gempa memandang ke arah abangnya yang bernama Ochobot itu. Terharu rasanya apabila dia mendengarkan bahawa abangnya itu sanggup menunggu dirinya pulang semata-mata ingin makan bersamanya.
Namun, pada masa yang sama dia juga agak risau akan abangnya. Bagaimana abangnya boleh menahan lapar sedangkan waktu dia keluar sangat lama.
Bukan kerana Gempa tidak menghidangkan makanan. Gempa malah sudah masak pelbagai hidangan untuk abangnya itu dan diletakkan dj tempat yang sesuai untuk abangnya ambil. Air minuman juga sudah dibuat dan diisi ke dalam botol khas dan diletakkan di dalam peti sejuk. Segala peralatan elektrik untuk memanaskan lauk-pauk juga diletakkan pada kadar ketinggian yang rendah semata-mata ingin memudahkan abangnya memasak atau memanaskan lauk.
Tetapi apabila mendengar abangnya sanggup menunggu dirinya, rasa serba salah menerpa diri Gempa.
"Abang ni... Tak payah lah tunggu Geum. Kesian abang lapar. "
"Takpelah. Lagipun abang sunyi makan sorang-sorang. "
"Haih... Hari tu Geum nak upah orang gaji abang tak nak! "
"Bukan tak nak. Abang nak rasai kasih sayang adik abang sorang je. Bila lagi boleh bermanja dengan adik sendiri? Nanti bila kamu dah kahwin, siapa nak jaga abang dah? "
Gempa memuncungkan bibirnya tanda geram dengan kata-kata Ochobot. Dirinya cukup anti apabila mendengar perkataan 'kahwin'. Bukan kerana dia menolak sekeras-kerasnya daripada bernikah. Tetapi Gempa ingin fokus pada kariernya dan yang paling penting kepada abangnya. Dia mahu menjaga Ochobot selama mana yang dia mampu kerana baginya, Ochobot adalah satu-satunya keluarga yang dia ada.
"Abang ni... Jangan cakap macam tu. Geum tak suka tau kalau abang nak Geum kahwin. "
"Kenapa tak suka pula? Kamu kan wanita berkerjaya? Bukan tu je, dah lah lawyer, lepastu cantik dan sopan pula tu. Haih, kalau abang ni bukan abang kamu, dah lama abang kahwin dengan kamu tau! "
"Hahaha! Abang ni pelik-pelik lah! Tapi kalau betul lah, kan. Geum ok je! Sebab Geum suka dengan iris abang tu! "
Gempa tersenyum manis sambil menunjukkan ke arah iris milik abangnya. Sepasang iris biru neon yang bersinar dan cantik sekali.
"Kenapa pula? "
Ochobot memandang adiknya sambil berkerut kening.
"Sebab iris abang cantik! Geum suka warna iris yang biru macam ni. Tak kisahlah macam mana pun asalkan biru! Sebab warna biru tu buatkan Geum tenang je. Rasa macam hanyut dalam lautan yang sangat cantik! "
Gempa melebarkan kedua belah tangannya seolah-olah menunjukkan keterujaannya ke atas warna biru yang menjadi ketenangan baginya.
Ochobot ketawa terkekeh-kekeh melihat adiknya yang begitu comel sekali dalam menceritakan apa yang disukainya. Diusapnya kepala Gempa lalu tersenyum.
"Alah, nanti kamu pun mesti jumpa juga seseorang yang mempunyai iris macam abang ni. Dan abang yakin, dia dapat terima keadaan kita dan memahami jiwa kamu. "
Gempa menurunkan tangannya seraya tersenyum.
"Hm! Geum juga yakin akan temuinya akhirnya! "
.
.
.
"Abang, tadi Geum ada jumpa seorang lelaki ni. "
Gempa menghulurkan pinggang yang sudah berisi nasi kepada Ochobot dan seterusnya mengisi pinggang miliknya pula. Ochobot menerima huluran tersebut dan menatap ke arah adiknya.
"Iya? Siapa? "
"Eerr... Nama dia Ais kalau tak silap. Muda lagi orangnya. Tapi, dia tu buatkan Gempa teringatkan abang lah. "
"Kenapa pula? "
Ochobot mencedok lauk yang terhidang di atas meja lalu memasukkannya ke dalam pinggang. Pandangannya kembali fokus kepada Gempa.
"Sebab... Dia pun ada iris biru! Cantik warna iris dia, bang! Macam lautan!"
Ochobot tersenyum mendengarnya.
"Wah! Mesti cantik tu! Macam mana Geum boleh kenal dia? "
"Eerr... Panjang ceritanya. Tapi kalau dipendekkan, kami berjumpa sewaktu Gempa melawat di aquaria yang ada dekat bandar tu. "
Ochobot mengangguk faham. Namun dia masih memandang adiknya. Terdapat satu perasaan yang sedang bermain di fikirannya. Kerisauan.
"Did mother still call you? "
Gempa mengetap bibirnya seraya menganggukkan kepalanya. Dia menundukkan wajahnya sambil menatap ke arah nasinya yang sudah terhidang dan masih berwap. Pandangannya serta-merta menjadi redup.
Ochobot memandang prihatin ke atas adiknya. Dia sedar akan keadaan adiknya ini yang begitu kuat sekali bekerja demi menyara hidup diri sendiri dan dirinya. Terasa sakit pula tatkala melihat seorang adik perempuan yang harus menjaga abangnya. Sedangkan abangnya hanya mampu duduk di atas kerusi roda dan menunggu kepulangan adiknya dari seharian penat bekerja.
Ochobot memarahi dirinya sendiri yang langsung tidak berguna untuk adiknya, Gempa. Dia berharap sangat bahawa dia dapat bertukar tempat dengan Gempa. Biarlah dia yang menanggung segala penderitaan yang dihadapi oleh Gempa.
Tetapi pada masa yang sama dia juga tidak mahu melihat Gempa berada dalam keadaan berkerusi roda. Ochobot sangat menyayangi adiknya. Dan dia mahu lakukan yang terbaik buat Gempa. Tetapi apa?
"Maafkan abang, Gem. Abang gagal untuk menjadi contoh yang terbaik untuk kamu. Abang selalu je fikir... Layak ke abang ni jadi abang Geum? "
Gempa segera menatap ke arah Ochobot. Dia juga turut bersimpati ke atas abangnya. Namun, dia sedikit pun tidak mempermasalahkan hal itu. Baginya, dapat menjaga dan meluangkan masa bersama abangnya itu adalah salah satu perkara yang amat bermakna dan dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.
Gempa meraih tangan Ochobot lalu mengenggamnya erat.
"Abang, jangan cakap macam tu! Geum tak rasa terbeban pun waktu kena jaga abang! Geum betul-betul maksudkannya! Abang Ocho... Tolong, ya? Geum masih tak sanggup kehilangan abang. Geum cukup terseksa dengan kehidupan Geum sendiri. Dan... Hanya abang saja yang boleh menceriakan hari-hari Geum. "
Gempa menundukkan wajahnya sambil menatap dirinya yang lara. Sebak rasanya di dada tatkala mengasihani diri sendiri yang begitu malang sekali harus berdepan dengan ujian yang tidak disangkakannya.
Ibu bapa mereka berdua mencaci dan memaki mereka kerana dianggap sebagai anak yang tidak berguna. Malah, ibu bapa mereka juga tidak menghiraukan mereka di saat Gempa membawa Ochobot bersama meninggalkan rumah mereka sebelum berpindah ke rumah baharu.
Ah... Kenapa malang sangat hidup macam ni?
♥◆💞💕💞•°•°•💞💕💞◆♥
Jujur cakap akak ni memang kurang sikit dalam buat cerita sedih. 😂💦 Tapi harap cerita yang hendak disampaikan tu korang semua boleh terimanya, ya?
Maaf akak kerap lambat update sekarang kerana sibuk di rl. Tapi harap semua masih dapat sokong cerita akak ni, ya? 😆 Terima kasih!! 💞
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top