💖💧3💧💖
Gempa menatap layar skrin telefonnya yang sedang memaparkan sebuah nombor telefon seseorang. Ditulisnya di save contact itu ialah Arjuna Ais. Sang pemuda yang dia temui tadi sewaktu dirinya ditangkap basah kerana sedang menangis. Sesekali Gempa menggelengkan kepalanya ingin melupakan perihal yang memalukan yang telah dia lakukan tadi.
"2 kali aku tertangkap basah... Argh... What is wrong with you, Geum? Why all of place in there you must cried at the place where people so easily to find you?"
Gempa mencubit pipinya sendiri geram. Tidak semena-mena dia harus menebalkan mukanya untuk menerima tawaran Ais tadi walaupun kenyataannya dia tidak mahu. Sudah cukup malu bagi dirinya kerana telah ditemui oleh Ais yang mana dia sedang menangis dengan teruk sekali dan ianya terjadi sebanyak 2 kali!
Namun terdetik di fikiran Gempa apabila dia teringatkan Ais sewaktu mereka bertemu. Jika dia tidak salah pandang, bukankah Ais juga turut menangis?
Gempa mengetuk dagu kecilnya sambil berfikir. Dia tertanya akan sebab kenapa Ais menangis. Dan adakah ia sangat sakit sehingga seorang lelaki itu rela melepaskan air matanya?
"Lelaki kan terkenal kuat dengan mental dalamannya... But, if they cannot hold it anymore. I guess possibility to them to cry is strong enough to be a reason. Unless... They feels tired. "
Gempa terdiam seketika sambil dirinya secara automatik berhenti dari berjalan. Namun kemudian dia pun menggelengkan kepalanya dan menyambung semula perjalanannya.
Gempa mendongak ke arah sebuah papan tanda yang ada berdekatan dengannya dan jelas tertera nama taman kawasan perumahannya yang sedang menunjukkan arah ke hadapan. Gempa berdiri statik di tempatnya sambil menatap papan tanda itu. Entah kenapa dia mula merasakan bahawa sebaik sahaja dia melepasi papan tanda itu, dunia akan berpecah kepada 2.
Dunia yang sedang dia berada sekarang adalah dunia yang terang dan penuh dengan keamanan yang aman dan harmoni. Namun sebaik sahaja dia melangkah melepasi papan tanda itu, dia dapat merasakan bahawa dunianya akan bertukar gelap dan suram. Seolah-olah cahaya matahari langsung tidak dapat menembusi kawasan itu. Penuh dengan kegelapan yang terpendam.
Gempa bencikan hal itu. Dia jika dapat diberikan peluang, dia mahu sekali hidupnya ibarat di dalam akuaria yang dia sering ke sana sejak kebelakangan ini. Hal ini kerana suasana dalam akuaria itu walaupun gelap namun terdapat cahaya biru yang tenang sekali untuk menyuluh suasana gelap itu. Walaupun suasananya senyap dan sunyi, namun hidupan marin yang ada di dalam akuarium yang besar itu kelihatan begitu mesra sekali di mata Gempa.
Seolah-olah memahami perasaan yang terpendam di dalam hati Gempa, setiap kali Gempa pergi ke bangunan yang besar dan sejuk itu, dia pasti akan disambut mesra oleh beberapa jenis ikan yang sering dilawatinya. Gempa sukakan suasana itu. Andai sahaja jika dia boleh memahami bahasa hidupan marin atau mereka boleh bercakap, pastinya Gempa tidak akan sendirian.
Gempa termenung sendirian. Mengingat kembali sebab kenapa dia berada di sana dan sedang menangis sendirian.
Segalanya bermula dari peristiwa kelmarin. Gempa merupakan salah seorang peguam yang hebat dan berjaya di dalam syarikatnya. Syarikat yang sedang dia bekerja sekarang merupakan salah satu syarikat yang cukup terkenal di mata dunia kerana ia mempunyai begitu banyak peguam bela yang amanah dan bertanggungjawab dalam mengerjakan tugasnya.
Para peguam di sana sama sekali tidak menggunakan sebarang taktik kotor untuk memenangi perdebatan di dalam mahkamah. Mereka semua sering dipandang tinggi kerana tingkah laku dan attitude mereka yang dikagumi ramai.
Namun, walaupun mempunyai status yang tinggi dan baik di mata orang ramai, sebenarnya kebanyakan para peguam di sana mempunyai masalah individu. Masing-masing ada masalah tidak kira dari segi kewangan, keluarga, persahabatan dan banyak lagi.
Dan Gempa juga tidak terlepas dari gejala masalah-masalah tersebut. Dari pihak Gempa, dia mempunyai masalah dari segi ehwal keluarga.
Keluarga Gempa merupakan keluarga berada kerana Gempa merupakan anak kacukan dari Korea dan Amerika. Namun, kehidupan mewah Gempa sama sekali tidak dapat dirasakan ketenangannya apabila dia semakin menginjak dewasa.
"You already 26 years old and you still cannot manage to take care of yourself! Shame of you to born in this family! "
Kata-kata kesat dari ayah dan ibunya membuatkan hati Gempa semakin tersakiti. Ditambah pula dia sering mendengarkan kata-kata itu sejak dari umurnya 15 tahun lagi.
Sejak di usia remaja, Gempa sering ditekankan untuk lebih fokus dalam matapelajaran. Jika keputusannya masih tidak memuaskan, Gempa dipaksa pula untuk masuk ke dalam kelab catur dan badminton. Padahal Gempa tidak terlalu aktif dan kurang gemar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Melalui perkara itu sahaja sudah cukup membuatkan Gempa tertekan. Namun ia masih tidak mencukupi. Gempa diuji pula apabila abang kandungnya, Ochobot lumpuh sewaktu menjalankan ujian di usia 17 tahunnya.
Sewaktu Gempa masih 14, abangnya iaitu Ochobotlah yang sering menjadi tonggak utama kejayaan keluarga mereka. Sering disebut dan dibanggakan oleh ibu bapa Gempa sehingga kehadiran Gempa langsung tidak dipedulikan oleh mereka.
Namun, semenjak kejadian yang mana Ochobot harus menyertai pertandingan rekacipta teknologi yang menggunakan mesin, satu kejadian menimpa dengan teruk sekali sehingga membuatkan kedua belah kaki remaja lelaki itu lumpuh.
Setelah kejadian itu berlalu, keadaan ibu bapa Gempa seolah-olah berubah dengan drastik sekali. Mereka sering memberikan tatapan kecewa kepada mereka berdua.
Gempa cuba sehabis baiknya untuk tolong abangnya kurangkan kerisauannya. Namun, siapalah Gempa? Hanya seorang gadis biasa yang masih perlukan pelajaran yang banyak.
"Geum... Maafkan abang, ya? Disebabkan keadaan abang ni kamu pula yang menjadi mangsa keadaan. "
Dengan nada suara yang sedih, kesal dan kecewa, Ochobot bersungguh memohon maaf kepada adiknya. Dia sedar bahawa adiknya itu begitu kuat sekali cuba memperbaiki keadaan. Tetapi luka yang dalam memerlukan masa yang lama untuk sembuh.
Mengingat akan keadaan sadis keluarganya yang semakin menjadi-jadi, Gempa tidak berputus asa sehinggalah dia menjadapat ijazah undang-undang dan berjaya menamatkan pengajiannya selama 6-7 tahun.
Gempa berjaya keluar dari universiti dan menjadi seorang peguam yang berkelayakan. Dan dia mendapat tawaran yang hebat-hebat belaka. Dengan mengumpul wang gajinya dan membuat kerja-kerja yang lebih dikala waktu terluang, Gempa akhirnya berjaya membeli sebuah rumah banglo dua tingkat untuknya dan untuk abangnya.
Sebaik sahaja Gempa berjaya membawa keluar dirinya dan Ochobot dari belenggu keluarga mereka, mereka berdua sudah terlalu jarang pulang melawat ibu bapa mereka.
Bukannya Gempa ingin menjadi anak yang tidak kenang jasa akan ibu bapa, namun setiap hari dia akan mendapat panggilan dari ibu bapanya. Mereka bukan menegur dan menyapa Gempa sama seperti ibu bapa di luar sana. Tetapi mereka malah memaki hamun Gempa dan abangnya.
Segala kata-kata yang menyakitkan hati Gempa tahan dan dengar selama ini hanya ditahan sahaja. Namun tangki yang melimpah pasti akan pecah juga jika tidak dibukanya dengan baik. Maka, dengan peluang yang dicari dalam diam, Gempa akan mencari kawasan yang terpencil, gelap dan sunyi dan tiada sesiapa yang akan lalu untuk dijadikan sebagai tempatnya meluluhkan air matanya.
"Ah... Sungguh sadis sekali hidup kau kan, Geum? "
Gempa mengukirkan senyuman sakit di wajahnya. Dia menundukkan kepala lalu mengesat air matanya.
Gempa tidak mahu kelihatan lemah di depan semua walaupun kenyataannya dia hampir sahaja berteriak sedih, namun dia masih mahu kuatkan semangatnya dan melangkah gagah.
"Kuatlah, Geum. Masih banyak cabaran yang bakal datang! "
Gempa terpaksa memaksakan dirinya untuk kuat. Ada abang kandungnya untuk dijaga sedang menanti di rumah. Memandangkan dia sudah cukup selesa dengan keadaan hidupnya sekarang, mungkin lebih baik dia harus manfaatkannya.
"Yosh! Bersemangatlah Geum! "
♥◆💞💕💞•°•°•💞💕💞◆♥
Maaf sebab alur ceritanya sedikit berantakan. 😅 Bila dapat idea terus auto tulis sampai tak ingat dah macam mana cerita asli dia.
Tapi akak akan cuba yang terbaik untuk chapter akan datang! Semua mesti tertunggu-tunggu moment antara Ais dan Gempa, kan? 😉 Mungkin buat masa sekarang moment mereka tidak terlalu banyak tapi jangan risau! Akak akan cuba yang terbaik! 😆
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top