💖💧13💧💖
Seluruh penghuni yang ada di dalam laman rumah Gempa terus berpaling ke arah pemilik suara yang tiba-tiba mengganggu perbualan serius mereka tadi. Tiada yang tidak terkejut selain daripada Ochobot yang kini sedang melihat seorang lelaki dewasa yang begitu segak cara pemakaiannya. Namun apa yang membuatkan lelaki itu kelihatan begitu mendominasi adalah sepasang iris yang berwarna merah berkilat.
"Halilintar? " "Along? "
Gempa dan Ais saling berpandangan antara satu sama lain apabila mereka tersedar yang mereka telah berkata serentak.
Ya, yang sedang dilihat oleh mereka sekarang adalah Halilintar. Pemilik sebuah syarikat peguam yang terkenal.
Dan juga, abang kepada Ais.
"Sir Halilintar? Whar are you doing here? "
Terkejut ibubapa Gempa jadinya apabila mereka melihat salah seorang lelaki yang terkenal itu datang bertandang ke rumah mereka. Macamlah mereka tidak kenal Halilintar. Wajah Halilintar memang sudah selalu muncul di setiap keratan akhbar dan majalah. Di kaca TV pun sudah tidak asing lagi!
"Maaf mengganggu sir, madam. I come here to get my little brother. But it seems like he's busy right now? "
Halilintar melirik ke arah Ais. Yang kini sedang menundukkan kepalanya. Tidak ingin memandang ke arah abangnya.
"Oh my, w-we are so sorry, Sir Halilintar. We didn't know that-"
"It's ok. Asalkan dia tidak buat hal tak mengapa. And by the way... Saya ada terdengar tentang isu perkahwinan antara anak sir dan madam dengan adik saya. May I join? "
Biarpun kata-kata Halilintar sudah cukup lembut dan sopan, tetapi jangan terpedaya. Renungan matanya sebenarnya amat menakutkan sekarang!
"Uuuhh... S-sure. "
"Good! Sekarang, ayuh masuk? "
Mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendengar (atau lebih tepatnya mengikut) cadangan Halilintar itu. Masing-masing mula melangkah kaki sendiri untuk masuk ke dalam kediaman ibubapa Gempa dalam keadaan senyap.
.
.
.
"Jadi... Boleh kita sambung? "
Ais dan Gempa menundukkan kepala mereka masing-masing. Entah kenapa mereka boleh terjebak dalam situasi sebegini mereka sendiri pun tidak tahu.
"Well... As you can see Sir Halilintar. We're having a discussion about our daughter's soon-to-be-husband. "
"And? "
"And this guy... Wants to marry her. "
Halilintar melihat ke arah orang yang dimaksudkan oleh ibu Gempa itu. Adik lelakinya, Ais.
"So what's wrong with him? "
"We... "
"Do you guys know he is my brother? "
"W-we just find out... "
Halilintar hanya mengacuhkan sahaja kata-kata itu. Hm, inilah manusia. Bila baru dapat tahu yang benda tu membawa faedah dekat diorang, baru terasa nak hargainya.
"But we will think about it. Maksud saya, kami hanya inginkan yang terbaik buat anak kami, jadi sebab itulah kami tanya macam-macam pada dia. "
H
alilintar mengangguk kepalanya sebagai tanda faham. Dia pun melirik ke arah 2 orang lagi di hadapannya. Seorang itu adalah salah seorang pekerja di bawah syarikatnya, dan seorang lagi adalah adik kandungnya yang selalu buat masalah. Psst- privasi keluarga.
"Geum? "
"Y-ya? "
Terkejut Gempa jadinya apabila namanya tiba-tiba dipanggil. Bukan daripada ibubapanya. Tapi daripada orang atasannya sendiri. Halilintar.
"Kamu kenal adik saya? "
Gempa melirik ke arah Ais buat seketika sebelum akhirnya dia menganggukkan kepalanya.
"Ya... Sa-saya pernah jumpa dia sebelum ni."
"Berapa lama kenal? "
"Tak lama sangat. Cuma... Apa yang saya boleh cakap, saya selesa dengan dia. Itu saja. "
Halilintar menganggukkan kepalanya sekali lagi. Dia nampak sedikit berpuas hati dengan jawapan Gempa. Tapi, ada satu perkara lagi yang dia teringin untuk tanya gadis itu.
"Ais ada cerita apa-apa dekat kamu? Tentang keluarga kami."
Gempa tampak berfikir seketika sebelum dia menggeleng. Kalau tidak silap, dia dan Ais jarang bercakap tentang keluarga masing-masing.
"Kami baru nak kenal hati budi masing-masing saja. "
"Oohh... Dan kalau Ais cerita tentang keadaan keluarga dia dan lain-lain, kamu masih nak bersama dengan dia? "
Gempa menoleh untuk merenung wajah Ais. Dia perasan, sejak dari masuk rumah lagi lelaki beriris biru aqua yang duduk di sebelahnya itu diam dan tunduk sahaja kepalanya. Macam dia pula yang jadi 'mangsa keadaan' dalam situasi sekarang.
"Itu terpulang. Kalau Ais sedia untuk memberitahunya, saya sedia untuk mendengar dan cuba menerimanya. Saya tak nak paksa dia. "
Ais yang sedari tadi menundukkan kepalanya pun serta-merta mendongak dan menoleh ke arah Gempa. Entah kenapa dia rasa begitu terharu selepas mendengar kata-kata gadis itu.
"Hmm... Baiklah. Ais, ikut along kejap. "
"Eh? S-sekarang ke? "
"Yelah! Sekarang! Bukannya lama pun, along nak tanya something je. Cepat! "
Ais nampak ragu-ragu pada mulanya sebelum dia pun akhirnya bangun dan mengekori Halilintar dari belakang.
.
.
.
2 lelaki itu berdiri di ambang pintu rumah Gempa dan Halilintar pun mula bercakap.
"Along tak nak panjangkan cerita dan akan terus straight to the point. So... Kau suka budak tu? Geum. "
Ais tidak mengambil masa yang lama untuk menganggukkan kepalanya.
"Ok, settle. Dan sekarang, soalan seterusnya, kenapa kau abaikan panggilan Ummi dan Baba? Kau tau kan Baba nak beri wasiat dekat kita semua? "
Ais berdecih kesal dalam diam. Sudah tentulah dia tahu. Tahu sangat. Tapi dia sedar yang dirinya itu bukan siapa-siapa. Paling orang kenal pun pekerja yang bekerja dekat aquaria dekat bandar diorang saja.
"Ais, along bukan apa tau. Kau tu berkebolehan besar untuk memimpin syarikat Baba. Kau tu bukan lulus dari universiti yang biasa-biasa. Kau lulus dari universiti yang hebat dan terkenal! Course yang kau ambil pun bukan biasa-biasa! Bukan tu saja, markah kau pun 4.0 selalu. Kau memang nak sia-siakan segala yang kau belajar je ke? Kerja dekat tempat tu tak boleh nak jamin masa depan kau lah. "
"Tapi kan tu bawah syarikat Baba jugak? "
"Along tahu. Tapi kau layak berada di pangkat lagi tinggi, Ais. Kau tahu apa? Baba berikan seluruh wasiat syarikat dia atas nama kau. Sebab Baba tahu yang kau boleh uruskannya sendiri. Nak harapkan yang lain? Alamatnya bankrup terus! "
"Tapi... Ais malas nak buat kerja semua tu. Kena pergi outstation lagi. Bosan. "
"Kau takkan bosan kalau kau ada pasangan."
Ais memandang wajah Halilintar dengan penuh kerutan di dahi. Dia tidak faham. Apa maksud abangnya?
"Aih... Jangan nak buat-buat tak fahamlah. Kau nak atau tidak kahwin dengan Geum? "
Ais cepat-cepat menganggukkan kepalanya persis seorang kanak-kanak yang begitu akur dengan orang lebih tua darinya.
"Kalau kau kahwin dengan dia, maksudnya kau ada pasangan lah, kan? "
Ais sekali lagi mengangguk.
"Dan lepastu kau takkan bosan dah pergi outstation, kan? "
Ais mengangguk sekali lagi. Tapi sejurus selepas itu, akhirnya dia dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh abangnya.
"Kejap... Maksudnya... "
Halilintar tersenyum. Akhirnya, adik dia yang pendiam ini berjaya juga menangkap maksudnya.
"Ok! Jom, along tolong uruskan tentang hubungan kamu. "
Halilintar berjalan kembali ke arah keluarga Gempa sembari mengeluarkan sesuatu di dalam poket blazernya. Manakala Ais pula, hanya mengikut sahaja dari belakang sambil tertanya-tanya apa yang ingin abang dia lakukan sekarang.
.
.
.
"Sir, let's just make my brother to marry with your daughter. "
Ibubapa Gempa tercengang selepas mendengar kata putus yang tiba-tiba daripada Halilintar. Macam dia pula yang jadi ibubapa Gempa.
Gempa pula, tidak kalah juga terkejut walaupun di dalam hatinya terdapat perasaan gembira. Ais? Dia masih blank.
Ochobot dan Blaze? Layan je drama depan diorang.
"W-what? How dare you?! Kami sudah cakap yang kami takkan-"
Halilintar mengangkat sebelah tangannya untuk membuatkan ibu Gempa berhenti daripada berkata-kata. Dan nasib baiklah wanita itu nampaknya faham dan ikut sahaja.
Halilintar mengeluarkan sebuah dokumen dari blazernya dan meletakkannya di atas meja di hadapannya.
"Read that. "
Ibubapa Gempa terpinga-pinga seketika sebelum pada akhirnya mereka pun membaca sahaja apa yang diminta oleh Halilintar.
Tidak mengambil masa yang lama, pasangan itu pun saling memandang antara satu sama lain selepas memahami apa yang ditulis di dalam dokumen tersebut.
"So? Macam mana? "
Persoalan Halilintar kini sudah dapat diteka oleh semua orang. Termasuk pembaca. Uwu
♥◆💕💞💕•°•°•💕💞💕◆♥
Hmm... Nilah akibatnya bila dah lama tak buat cerita. Habis mengarut. Hahahaha 😂😂
Author tulis ikut sedap je ni, ya? Siyes takde plan apa-apa pun dalam plot cerita kali ini. Jadi yang mana yang mengarut tu... Mohon abaikan. 😥😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top