💖💧12💧💖

Wajah Gempa serta-merta bertukar kemerahan selepas mendengar kata-kata daripada Ais. Dia betul-betul tidak menyangkakan bahawa lelaki yang sedang dia pandang sekarang sedang melamarnya.
"T-tunggu! A-awak betul-betul ke ni?! M-maksud saya... Ini terlalu tiba-tiba! K-kita pun baru je kenal, kan?! "

Gempa tidak dapat menyembunyikan gementar di dalam suaranya. Dia sangat terkejut dan teruja pada masa yang sama. Dia terkejut kerana dia menerima kejutan akan berkahwin dari 2 lelaki yang sama pada satu hari. Dan juga teruja kerana yang kedua ini adalah daripada lelaki yang dia sukai selama ini.

Ais cuba mengekalkan wajah datarnya. Tetapi nampaknya ia tidak berjaya kerana wajahnya juga sama merah dengan wajah Gempa sekarang. Dia sendiri tidak sangka bahawa dia akan berkata sebegitu kepada gadis yang dia sukai walaupun mereka baru sahaja beberapa hari kenal.

"S-saya tak paksa. Cuma... Kalau tentang kenal lama tu saya tak kisah sebenarnya. Sebab.. Kita kan boleh berkenalan selepas kahwin? "

Ais bertanya sambil matanya bersinar memandang ke arah Gempa. Seolah-olah seekor anak beruang kutub yang ingin dibela oleh manusia kesukaannya. Dan Gempa pula rasa seperti mahu sahaja peluk Ais pada waktu itu. Dia sangat sukakan Ais sampai tidak tahu macam mana nak kawal perasaannya sekarang.

"Ais... S-saya... Saya tak tahu! Saya nak! T-tapi saya takut kehidupan saya yang tak sempurna ni akan membuatkan awak bencikan saya! "

"Apa maksud awak untuk saya bencikan awak, Gempa? Saya seronok bersama dengan awak. Walaupun kita tak luangkan masa terlalu lama sebelum ni tapi... Saya tertarik dengan awak. "

Ais melirik ke arah Gempa. Dia tidak tahu macam mana untuk mengungkapkan perasaannya melalui perkataan. Sejujurnya Ais sangat bersyukur dan gembira kerana dia dapat berkenalan dan bersama dengan Gempa. Tapi kalau gadis itu tidak menyukainya, macam mana lagi dia nak buat?

"Gempa... Do you hate me? "

"N-no! "

Pantas Gempa menggeleng bagi menidakkan apa yang sedang terlintas langsung oleh Ais. Dia tak nak lelaki di hadapannya itu kecewa kerananya. Kerana sejujurnya Gempa juga mencintai Ais. Tetapi ada sebab kenapa dia terpaksa berdolak-dalih.

"Ais... Tentang ni saya-"

"What you want to talk about, Geum? "

Tiba-tiba sahaja kata-kata Gempa dipotong oleh suara garau milik seseorang. Pantas Ais dan Gempa menoleh untuk melihat empunya suara tersebut.

Betapa terkedunya Gempa tatkala dia melihat wajah serius ibubapanya yang kini sedang berdiri tidak jauh dari dia dan Ais. Ayahnya berpeluk tubuh sambil merenung tajam ke arahnya manakala ibunya di sebelah pula memandang dengan wajah yang serius.

Di belakang kedua ibubapa Gempa, kelihatan Blaze dan Ochobot sedang menghampiri mereka berempat. Jelas terpancar wajah kerisauan daripada 2 lelaki itu ke atas Gempa dan Ais. Manakan tidak? Masing-masing saling rapat dan dekat antara satu sama lain. Sudah tentu mereka risau kalau Ais ataupun Gempa akan diapa-apakan oleh pasangan yang tampak berkuasa ini!

"You. "

Ibu Gempa menuding ke arah Ais. Ibarat seorang raja yang sedang murka ke atas rakyatnya, wajah wanita itu kelihatan begitu serius dan tajam sekali merenung ke arah Ais.

"What are you doing to my daughter?"

"Mother, he is-"

"I'm not talking to you, Geum Charles! "

Pantas mulut Gempa dikunci rapat apabila dia ditengking oleh ibunya. Wajah gadis itu menunduk menghadap ke tanah yang dipenuhi dengan rumput-rumput yang dijadikan sebagai hiasan.

Wanita dewasa tadi kembali memfokuskan diri kepada Ais.

"I will ask you again. What are you doing with my daughter? What do you want from her? Who are you to her? "

Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut ibu Gempa namun segalanya berjaya ditangkap oleh semua yang berada di situ. Termasuk Gempa. Gadis itu kelihatan cemas dan takut sekali sehingga tidak sedar hujung-hujung jarinya sudah kesejukan.

"Tell me, young man. "

Dengan pandangan yang angkuh ibu Gempa bersilang tangan sambil memandang ke arah Ais. Jelas sekali wanita itu sedang memandang rendah ke atas lelaki itu. Lihatlah melalui cara pemakaian antara mereka berdua. Ibu Gempa mengenakan blouse berwarna kelabu yang separas lutut dan mempunyai belt perak di pinggang rampingnya. Kasut yang dikenakan pula bertumit tinggi 2 inci dan terdapat kilauan berlian menghiasi kasut tersebut. Tidak lupa dengan rantai leher, anting-anting dan gelang berwarna emas dan perak yang bersinar sekali menjadi perhiasannya. Sekali lihat sahaja sudah tahu bahawa beliau adalah golongan bangsawan yang amat kaya. Namun kerana wajahnya yang tidak pernah tersenyum dan sentiasa sombong itu membuatkan ramai yang takut untuk mendekatinya.

Berbeza pula dengan Ais. Lelaki itu hanya mengenakan pakaian kasual seperti baju berhoodie berwarna biru cerah dan seluar jeans berwarna hitam. Di dalamnya pula dia banya mengenakan baju t-shirt putih dan dilengkapkan pula dengan topi biru aquanya. Sangat simple. Seperti golongan masyarakat di luar sana. Jadi tidak hairanlah ibu Gempa amat memandang rendah kepada Ais. Walaupun dia hanya sekadar menilai buku berdasarkan kulitnya sahaja.

"Sigh... Enough with all of this. Let's get inside. It's getting hot here. "

Walaupun tidak berniat untuk membela sesiapa, tetapi wajah ayah Gempa jelas menunjukkan bahawa dia sudah kelelahan. Banyak yang perlu difikirkannya.

"No! I'm not going anywhere until I find out who is this boy! "

Ais terkedu sahaja di tempatnya. Pertama kali dia melihat keadaan keluarga orang lain yang entah kenapa kelihatannya jauh sekali dari perkataan 'keluarga'. Yang isteri begitu mendominasi keluarga ini manakala suami menjadi pengikutnya. Anak-anak pula kelihatan begitu takut sekali dengan kedua ibubapanya sehingga dijeling sedikitpun mereka sudah tunduk dan akur.

"Keluarga ini gila... Heh, kayak keluarga aku juga, yah? "

Ais tersenyum sinis sambil bermonolog sendirian. Dia pun menegakkan kembali postur postur badannya dan membalas tatapan wanita dewasa di hadapannya itu.

"My name is Arjuna Ais. Son of Mohamed Salleh. "

Ibu Gempa tidak memberi apa-apa respon melainkan cuba mengenali nama Ais. Dan entah kenapa sewaktu dia mendengar nama ayah kepada lelaki itu seperti dia amat familiar dengannya.

Tapi mungkin hanyalah sangkaannya sahaja.

Mungkin.

"Alright, Ais. Then what do you want from my daughter. Harta? "

"No, madam. "

"Then?"

"I want her to be my wife. "

Suasana mula menghening apabila mereka mendengar jawapan mulus Ais. Tiada sesiapa pun yang dapat menyangkakan bahawa Ais begitu mudah sekali berkata-kata. Termasuk juga Gempa.

"What? Your wife? Heh, kamu bermimpi apa sampai menginginkan Geum to be your wife? "

"I'm not dreaming, madam. Saya betul-betul memaksudkan bahawa saya ingin menjadikan anak puan sebagai isteri saya."

Wanita itu tertawa sinis.

"Listen here, young man. I, Geum's mother have a power to decide who she will married with. But of course I won't choose it randomly! I have a taste, you know? Dan kalau nak dia dijodohkan dengan kamu..."

Wanita itu sempat merenung pemakaian Ais dari atas kepala hingga ke kaki secara bergilir-gilir sebelum meneruskan kata-katanya.

"...I don't think you are suitable with her. Tak sepadan. Macam langit dan bumi. "

"But little did you know, madam. Tanpa langit, tiada bumi. Langit membantu menyalurkan udara, cahaya matahari dan malah air hujan untuk bumi. Manakala bumi pula membantu membekalkan oksigen dan menyejatkan air untuk langit. Sama-sama saling memerlukan. Biarpun berbeza taraf hidup ataupun agama, tetapi saling melengkapi adalah kunci utama. "

Kelu habis semua yang berada di situ. Entah bagaimana kata-kata Ais itu begitu membawa maksud yang mendalam sekali. Sehingga ia membuatkan Gempa yang sedari tadi menunduk juga kembali mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Ais.

Namun Ais kekal dengan wajah serius dan datarnya. Walaupun sejujurnya dia sendiri tidak percaya dia boleh memberi jawapan sebegitu.

"God... Help me.. "

Ais berbisik di dalam hati. Semoga saja dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kerana dia betul-betul memaksudkan yang dia ingin memiliki Gempa.

"My.. My.. What we have here? "

♥◆💕💞💕•°•°•💕💞💕◆♥

Dibiarkan begitu saja~
Terikat namun tak bertali~

Ok cliffhanger guys! HAHAHAHAHAHAH 😂😂 Author tahu dah lama betul tak update. Last update author tengok bulan Jun lalu. Dan sekarang? Hmm... 😅

By the way, author nak habiskan cerita ni jelah dulu. Cerita lain belum tentu bila. Harap semua dapat menunggu dengan sabar. Love you guys! 😘

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top