💖💧10💧💖
"Maafkan aku. Aku tahu yang kita memang tidak dapat ditakdirkan bersama kerana perbezaan taraf hidup kita. Tapi... Aku nak kau tahu yang... Aku sangat gembira kerana dapat berkenalan dengan kau. "
"Tidak! Aku tak nak macam ni, Aze! Aku tak sanggup! Aku hanya sayangkan kau! "
"Jangan, Mia. Keluarga kita takkan restui hubungan kita kerana kau dan aku tak sama! Tolonglah... Faham tentang keadaan kita sekarang. "
"Tidak! Tidak Aze! Aku tak nak! Tidak! "
Meleleh air mata Ochobot kerana sedih akan drama yang sedang ditontonnya yang begitu mengharukan. Sudah habis 2 kotak tisu digunakannya bagi mengelap air mata dan hingus yang mengalir keluar.
"Wuhuuu..!! How could you, Aze?! Why are you always want to take care of others heart while you are the one who is hurt in the end?! Aarrghh!! "
Ochobot melepaskan segala tangisannya di saat melihat pemergian watak pelakon lelaki yang kini telah meninggalkan heroinya yang sedang menangis. Ya, Ochobot tengah menonton drama Melayu yang mana pelakon utamanya ialah artis kegemarannya iaitu Blaze yang memegang watak sebagai Aze di dalam lakonan Aku Tidak Peduli Siapa. Entah kenapa pelik semacam tajuk drama tersebut.
"Abang? Abang tengah buat apa tu? "
Gempa muncul dari tingkat atas sambil di tangannya dia membawa telefon bersama. Gempa memandang pelik ke arah abangnya yang kini sudah menangis macam janda hilang anak. Buruk betul rupanya. Dah lah tu, jatuh pula saham anak jantan abangnya yang menangis semata-mata kerana drama.
"Uhuk! Geum! Watch this drama! Oh god it is so sad you know! "
"Why? It is just a drama. Apa yang abang khusyuk sangat tengok ni? "
Gempa melihat drama yang disebut oleh abangnya itu. Dan seketika kemudian dia melihat wajah watak utama di dalam drama tersebut. Ah, sekarang baru dia faham.
"Abang tengok drama lakonan Blaze, ya? "
"Yelah! Abang kan minat dia? "
"Aduh.. Abang ni. Suka betul dengan Blaze ni kan? "
"Mestilah! Dia ni hebat tau! "
Gempa hanya mampu tersenyum. Dia tidak kisah apa abang dia suka. Asalkan abang dia tidak terlalu taasub dengannya sudah.
"Abang, Geum nak tengok laman belakang rumah kejap. Nak tengok kot-kot kalau ada bunga yang boleh ditambah lagi. Abang duduk sini je tau! Kalau ada apa-apa abang panggil, ya? "
"Roger! And out. "
"What? "
"Nothing! "
Gempa menggelengkan kepalanya seraya tersenyum dengan telatah abangnya itu. Macam-macam perangai abangnya seorang itu. Kalau matang tu memang cool habis. Tapi bila datang perangai kanak-kanak dia habis semua benda dia nak buat jadi bahan jenaka. Tapi takpe, Gempa suka segalanya tentang abangnya kerana Ochobot tidak akan pernah melukakan Gempa.
Gempa pun kembali meneruskan perjalanannya menuju ke kawasan laman rumahnya melalui pintu kedua yang berada di sisi rumah yang berdekatan dengan dapur.
.
.
.
Sewaktu Gempa berada di luar rumah, Ochobot teruskan sahaja menonton drama Melayu kesukaannya. Setelah lebih kurang 10 minit menonton, tiba-tiba dia terdengar bunyi loceng rumah berbunyi. Ochobot, dengan susah payah cuba untuk menggerakkan kerusi rodanya dengan baik. Sebaik sahaja dia selesai, Ochobot terus membawa kerusi tersebut ke arah pintu rumah bersamanya.
"Ya? "
Sebaik sahaja pintu dibuka, ternyata pandangan Ochobot tidak disambut dengan baik. Dia melihat seorang lelaki dewasa yang bertubuh tegap sedang berdiri di hadapan muka pintu dengan pakaian yang lengkap berwarna hitam dan bercermin mata hitam.
"Good day, Sir Ochobot. "
"Butler? W-what's going on? "
"I've come here to bring you and your sister, Miss Geum to your parents villa. "
"M-my parents? W-"
"Abang? Siapa tu-"
Kata-kata Gempa terus terhenti sebaik sahaja dia ternampak lelaki tadi bersama abangnya di muka pintu rumah. Gempa yang baru sahaja selesai mencuci tangannya terus berjalan mendekati 2 orang lelaki tadi dengan perasaan yang ingin tahu.
"Butler? W-what's wrong? "
"I've come for you and your big brother Miss Geum. Your parents wants you and him to be in villa right now. "
Gempa tampak seperti ragu-ragu untuk mengikut apa yang baru sahaja diperkatakan oleh butler tadi. Ibubapanya ingin dia dan abangnya ke villa mereka? Kenapa?
.
.
.
Ais berjalan mundar-mandir di sekitar taman yang dia berada sekarang. Telefonnya tidak habis-habis berhenti dari sedang mendail nombor seseorang. Hatinya terasa seperti tidak tenteram sekarang. Ralat, sangat tidak tenteram.
"Weyh, Ais? Kau pehal macam kucing hilang anak ni? Ke sana ke mari macam tak ketemu jodoh je? "
"Kau diam ah, Blaze. "
Ais terukan menelefon orang yang cuba diraihnya.
Gempa.
Entah kenapa dia rasa tak tenang sekali sekarang. Semenjak dia bertemu dengan Gempa bersama lelaki tadi di restoran Cina, dia tiba-tiba rasa seperti ada sesuatu yang tak kena bakal berlaku. Tapi dia tidak dapat memastikan apa yang hati dan perasaannya sedang katakan sekarang.
"Weyh, dah lah tu. Aku dah siap dah ni. Jom? "
Ais tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia hanya mengeluh. Telefonnya disimpan kembali ke dalam poket seluarnya lalu dia pun mengekori Blaze dari belakang. Mereka berdua terus sahaja masuk ke dalam kereta milik Blaze dan bertolak ke mana yang Blaze akan bawanya bersama pergi. Jauh di dalam benak hatinya, dia berdoa semoga Gempa akan baik-baik sahaja dan dia dapat bertemu dengan Gempa nanti.
Bila-bila sahaja. Asalkan dia dapat bertemu dengan Gempa.
.
.
.
"Mother... Father... "
Gempa berjalan mendekati ke arah ibubapanya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah mewah, iaitu villa milik ibubapanya. Jelas terpancar wajah kurang senang di muka Gempa sewaktu dia melihat rupa ibubapanya yang nyatanya sudahpun menunggu ketibaannya.
Manakala, Ochobot yang sedang ditolak oleh maid rumah hanya mampu kekal berdiam diri sahaja. Tiada secalit senyuman pun yang terukir di wajahnya. Sebaliknya, dia hanya kekal serius.
"Finally you're back, my child. "
Gempa hanya mampu mengukirkan senyuman paksanya. Dia mendekati ibubapanya lalu memeluk mereka berdua. Sebagai tanda menghormati mereka berdua.
"How are you mother? Father? "
"Always great, dear. "
"Until you're make mess again. "
Kata-kata daripada ayahnya membuatkan Gempa terdiam. Kelu rasanya lidah kerana kata-kata itu. Walaupun padahal Gempa cukup yakin bahawa dia tidak mengganggu sama sekali ketenteraman ibubapanya, tapi dia tahu. Pasti ada saja yang tak kena dengan mereka.
"Honey, please calm down. Anak kita baru je sampai. Have a sit my dear. "
"Thank you, mother. "
Gempa dan ibunya pun duduk di atas kerusi sofa yang empuk bersama secara sebelah menyebelah. Manakala ayahnya pula duduk di kerusi yang single dan Ochobot kekal berada di sisi Gempa selepas maid menolaknya duduk bersama-sama dengan adiknya.
"Jadi... K-kenapa bonda dan ayahanda ingin Gempa dan abang datang kemari? "
"Well... Both of us doesn't want this matter to take so long. So we will straight to the point. Kami nak Gempa kahwin dengan lelaki pilihan kami. "
"A-apa? "
Bagai hendak luluh jantung Gempa selepas mendengar apa hajat yang ingin diperkatakan oleh ibunya. Kahwin? Adakah ini mimpi?
Dan perkara ini bukan sahaja mengejutkan Gempa. Malah abangnya, iaitu Ochobot turut terkejut sama.
"Mother... Please. I... I'm not ready yet! "
"Dear, calm down. Apa kata kamu jumpa dulu lelaki tu? "
"W-who.. Who is it, mother? "
"He's here. "
Mendengar suara ayahnya yang mengatakan bahawa lelaki atau calon bakal suami Gempa telahpun tiba, pantas Gempa dan abangnya menoleh di muka pintu.
Bunyi derapan langkah kaki kedengaran, dan seiring pula dengan degupan jantung Gempa. Dia dapat melihat bayang seseorang memasuki ruang rumahnya dan tidak menunggu lama, wajah lelaki itu pun muncul.
Terbelalak mata Gempa jadinya sebaik sahaja dia melihat siapakah lelaki yang bakal menjadi calon bakal suaminya. Serta-merta dia bangun dari duduknya dan berdiri menghadap ke arah lelaki tadi. Manakala lelaki tadi yang baru sahaja melihat muka Gempa juga ikut terkejut.
"Gempa..? "
Bibir Gempa bergetar.
"A-Ais...? "
♥◆💕💞💕•°•°•💕💞💕◆♥
Nope. Jangan terlalu berharap. Uwu
Tapi author harap korang semua ready untuk drama kali ini. Sediakan popcorn masing-masing! :v
Siapakah bakal suami Gempa sebenarnya? Memang betul Ais kah?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top