URUSAN SULIT

"Akhirnya aku mampu beli lolipop kedai Mak Seah!" Aku ketawa bangga mengenangkan kejayaanku yang sudah berbelas tahun aku usahakan. Mak Seah tu memang manusia pilih pelanggan!

Dulu aku acah miskin tahap papa kedana, nak jejak tar 10 meter dari kedai dia pun aku diharamkan. Katanya tak mahu lekat badi miskin. Puih! Sekarang aku tunjuk kaya baru nak bentang karpet merah.

Aku bersiul gembira setiap kali lolipop perisa strawberi itu aku hisap. Namun tanpa disangka, kegembiraan aku jatuh apabila kereta Lamborghini hitam tiba-tiba berhenti di hadapan aku.

"Woi!" Lamborghini itu disepak kasar. Wajah aku berkerut menunjukkan amarah.

"Bawa kereta tak ada lesen ke, bodoh? Ni jalan pejalan kaki kut! Buta ke? Ya aku mengaku aku bidadara, tapi aku dah menyamar sebagai manusia, beragak lah kalau cakap aku ni halimunan lagi!" Aku mula merapu tak tentu hala.

Dua lelaki dari dalam kereta itu hanya merenung aku hambar tanpa senyuman atau kata maaf. Aku merengus.

"Mahu apa?"

Masih lagi tanpa sebarang kata, salah seorang dari mereka terus menunjukkan kad identiti mereka.

Aku terus memandang mereka dengan wajah kosong sebelum melangkah pergi.

"Aku tak berminat mahu gay dengan kau orang walaupun kau orang Malaysia tulen. Aku lagi berminat dengan Bangla. K bai."

Namun, belum sempat aku melangkah jauh, pintu Lamborghini itu dibuka dan seseorang terus menarik aku masuk tanpa rela.

"Arh! Perogol!" Aku menjerit lantang. Pintu itu cepat ditutup dan wajah aku ditampar dengan satu tangan lembut tapi memedihkan.

"Aku bukan perogol! Aku, Shank. Kami dari agensi rahsia bernama ECS ingin menawarkan kau kerja sebagai agen di sini."

"Aku tak berminat, aku tak ada pengalaman jual barang." Dan sekali lagi, pipi aku menjadi mangsa lempang gadis bernama Shank. Aku menunduk pasrah. Sudahlah lolipop aku dibazirkan begitu sahaja! Ditampar pula berkali-kali oleh seorang gadis cantik, entah apa nasib aku menjadi agen rahsia dalam agensi MATA! Aku mula mengeluh perlahan. Tak apa, kekalkan lakonan ini.

"Apa kau mahu sebenarnya?" Aku mengeluh lagi, namun kali ini beralasankan lakonan.

"Memandangkan kau pekak, aku akan ulang lagi. Aku mahu kau jadi agen di ESC. Semua kelengkapan akan kami berikan dan RM2 juta akan kami berikan pada kau sebagai gaji. Kau cuma perlu menyamar dan pecah masuk kawasan MATA, ambil maklumat sulit mereka dan bawakannya pada kami." Gadis itu memberikan aku sejumlah wang kertas. Wah, gaji di sini lebih mahal dari di MATA, haruskah aku curang?

Aku tersenyum sinis, duit itu aku ambil. "Okay. Kau tahu markas MATA di mana?"

Shank turut tersenyum sinis. "Semestinya, tapi aku perlu ajar kau berlawan dahulu. Satu bulan... cukup, the son of the king?" Shank memandang wajahku dalam.

Aku terlepas tawa keji. Tak sangka, aku popular rupanya dalam dunia gelap. Tapi tak sangka juga, ESC tak tahu yang aku ialah agen MATA yang paling sulit dan kuat. Macam ni ke musuh utama MATA? Aku turut memandang mata Shank dalam. Atau mereka juga turut berlakon?

Sebulan berlalu dan siapa sangka? Hidup di ESC selama sebulan mampu membuka luas mata aku. MATA tipu aku hidup-hidup. King mati dibunuh oleh agen MATA! Dan mereka pula menipu bahawa King mati terkorban untuk melindungi MATA dan mewasiatkan aku untuk turut berkhidmat pada MATA. Aku pula macam orang bodoh mempercayai mereka tanpa bukti! Patutlah aku dilarang menyiasat tentang kematian ayah, mereka takut akan kenyataan!

Bertahun-tahun aku diajar untuk tidak mempercayai setiap kata ESC, namun bagaimana lagi untuk aku tolak apabila semua bukti sudah terbentang?

"Kami bertolak. Sediakan bala tentera MATA untuk serang ESC dalam diam." Aku berbisik menggunakan alat penghubung antara aku dan MATA.

"Baik, King."

Aku menarik nafas dalam. "Jom. Semua dah sedia?" Agen-agen ESC aku pandang tanpa sedikit pun kepercayaan kepada mereka. Kepercayaan aku pada sesiapa sudah mati. Darah King yang mengalir dalam diri aku mendesak aku untuk bergerak solo, sama seperti ayah. Bukan seperti yang mereka war-warkan!

"Untuk pengetahuan kau orang, aku dapat tahu yang ada beratus-ratus agen MATA sedang tunggu kita untuk bunuh kita nanti."

"Apa?" Shank bangun dengan mata yang luas.

"Sebab itu aku mahu seribu agen ESC untuk ikut aku. Kalau aku berjaya, kita berjaya. Kalau kita diserang, kita akan berjaya juga. Kita lebih ramai!"

"Tapi... seribu bermakna kesemuanya!" Shank membantah.
"Kau mahu menang, bukan? Jika kita menang kali ini, kita akan menang selamanya. MATA akan tumpas!"

"Kau... pasti kita akan menang?"
"Jangan lupa, kau ada king."

Shank tersenyum sinis. "Then, seribu agen ESC, bersedia!"

Sampainya aku di sana, aku memberi arahan untuk melepaskan bom pada agen ESC.

"KING, KITA DISERANG!" Jeritan Shank dari dalam alat penghubung kedengaran.

"Serang balik, kita kena menang."

Dalam diam aku tersenyum sinis melihat peperangan yang berlaku. Kedua-dua agensi ini perlu musnah, itu janjiku. Agen MATA yang membunuh ayah, tapi agen ESC yang menculik ayah pada mulanya. Mereka sama saja, cuba untuk menggunakan kebolehan king untuk kemudahan diri sendiri!

"Kau ni, licik juga ya? Darah King benar-benar mengalir dalam darah kau."

Aku tersentak, kepala aku palingkan ke belakang. "Faruq."

"Kau tahu, kau tak layak hidup. Manusia macam King tak layak hidup! Manusia macam King hanya membuatkan orang macam aku dipandang remeh!" Faruq, bekas pembantu ayah tiba-tiba mengacukan pistol kepada aku.

"Aku tak rasa kau layak dapat beberapa masa lagi untuk mendengar kisah lama King dan aku. Aku akan bantu kau mati dan kau boleh bersama ayah kau buat selamanya!" Das pistol terus dilepaskan kepada aku. Kepala aku tunduk dan kaki Faruq aku sepak sehingga dia jatuh tergolek.

Aku ketawa jahat. "Macam ni mahu lawan aku?"

"Sedangkan ayah kau pun aku mampu bunuh, kenapa tidak kau?"

Aku tersentak sendiri. "Kau... bunuh ayah!" Suara aku mula memetir. Kepala beruban itu aku sepak tanpa belas. Dia mengerang kesakitan dalam tawa.

"Aku tak menyesal bunuh King! Dia layak dibunuh!"

"Senyap, pembunuh! Kau tak layak bercakap!" Tubuh tua itu aku angkat dan perutnya aku tumbuk sehingga dia memuntahkan darah dalam senyumannya.

"Puaskan diri kau pula. Aku dah puas ketawa untuk berbelas-belas tahun bodohkan kau!"

Tak tunggu lama, terus kepala Faruq aku patahkan sehingga tawa itu semakin lama semakin sunyi. Bangkai Faruq aku sepak lagi sambil menangis sehingga aku berasa puas.

Puas dengan dendam.

Words : 1000 tak termasuk yang di-bold-kan , macam tak Action je 😂 saya buat tak pernah menepati kehendak penganjur, huhu...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top