THE UNKNOWN
"Duduk ajelah bodoh! Memekak kenapa?!" Ridzuan menjerit marah. Serabut kepalanya memikirkan Cinta, Qaseh dan Zulaikha yang dari tadi tidak berhenti menjerit di dalam rumah kosong itu. Serabut, otaknya serabut dengan jeritan yang tidak henti-henti ini!
"Kau marah pada siapa? Tiada orang menjerit pun!" Fakhrul bangun, sakit hatinya mendengar Ridzuan menengking gadis kesayangannya tanpa sebab.
"Kalau kau sayang sangat Cinta tu, suruh dia diam! Aku mahu tidur! Memekak aje macam orang gila!" Kolar baju Fakhrul digenggam kasar sebelum menolak lelaki itu menjauh.
"Kau yang gila!" Terus wajah kacak Ridzuan ditumbuk dengan amarah.
"Ah!" Qaseh menjerit lantang melihat mereka bertumbuk.
"Kau!" Wajah Fakhrul ditumbuk semakin kuat. Habis berdarah hidung dan mulutnya. Fakhrul tidak mahu kalah, terus dia melepaskan lagi tumbukan demi tumbukan.
"Wei dah lah!" Sufian mula menarik Ridzuan ke belakang. Cinta pun turut menarik Fakhrul jauh. Entah kenapa suasana menjadi riuh sebegini. Tadi senyap sahaja sebelum Ridzuan tiba-tiba menjerit marah entah pada siapa.
Cinta mula menyesal mengikut kekasihnya dalam misi mencari rangka manusia untuk ujian makmal. Kata Fakhrul, pensyarahnya mahu mereka kaji rangka manusia itu dan perlu mencarinya sendiri kerana universiti itu tidak cukup belanja untuk memberi rangka. Tak sangka pula pelbagai kekecohan berlaku.
Semuanya mula kacau apabila barangan mereka hilang ketika mereka solat berjemaah di tepi sungai. Entah kenapa, hati Cinta tak pernah tenang sejak pertama kali Fakhrul menyuarakan kehendaknya untuk masuk ke hutan ini. Kerana itulah Cinta berkeras untuk ikut Fakhrul dalam misinya. Lagi-lagi apabila dia sering ternampak seseorang tanpa wajah mengikuti mereka. Apabila disuarakan pada kawan-kawan Fakhrul, mereka kata Cinta hanya paranoid! Tapi Cinta yakin, kehilangan barang keperluan mereka seperti kompas dan peta ada berkait dengan entiti misteri itu.
"Ridzuan, sabar!" Jeritan Sufian mengejutkannya. Ridzuan seperti orang gila memandang Fakhrul dengan pandangan tajamnya.
"Lepaskan aku!" Tubuh Sufian terus ditolak ke arah sebuah rak usang di dalam rumah yang mereka pilih untuk berteduh memandangkan hari sudah gelap dan mereka masih tersesat di dalam hutan tanpa arah tuju.
"Arh!" Rak itu terus runtuh menghempap Sufian.
"Sufian!"
"Ridzuan, awak gila ke?!"
Keadaan semakin kecoh. Terus mereka kalut memunggah kayu yang menghempap Sufian. Apabila selesai, wajah mereka bertukar pucat.
"Arh!" Qaseh menjerit lagi. Tubuhnya terus bergeletar melihat tubuh Sufian yang dipenuhi darah apabila beberapa pisau terpacak pada tubuhnya. Rak itu penuh dengan pisau!
Mata Sufian terbuntang dan anak mata hitamnya tepat memandang Cinta. Cinta terkaku. Qaseh terus berlari keluar dari rumah itu kerana takut.
"Qaseh! Jangan lari, bahaya!" Fakhrul terus mengejar Qaseh sehingga bayangan mereka berdua hilang di sebalik pohon-pohon yang merimbun.
"Awak!" Cinta pula menjerit, baru sahaja dia ingin mengejar kekasihnya, tangannya ditarik dari belakang. Jantungnya berdegup laju sebelum dia berpaling ke belakang.
"Jangan, bahaya." Zulaikha, gadis yang Cinta sangka bisu memberikannya amaran.
"Uh, kemudian? Tinggal di sini sahaja?"
"Itu yang terbaik." Ridzuan pula bersuara. Cinta merengus.
"Saya rasa ada yang tak kena di sini. Sumpah saya rasa orang misteri yang saya selalu nampak tu dalangnya!" Cinta masih cuba meyakinkan mereka. Namun Zulaikha hanya tunduk. Ridzuan pula meraup wajahnya, tertekan.
"Isk..." Wajah mereka bertukar pucat. Bunyi bayi menangis. Cinta memandang Ridzuan.
"Aku rasa rumah ini berpenghuni. Kita sepatutnya tidak masuk ke rumah ini!" tengking Cinta.
"Tapi hanya ini tempat untuk kita berteduh!"
Bunyi bayi menangis semakin kuat seperti ingin melawan pergaduhan mereka. Tiba-tiba Zulaika berlari naik ke tingkat atas rumah ini.
"Zulaikha, awak mahu ke mana?!" Cinta tersentak, namun kakinya pantas mengejar Zulaikha.
"Selamatkan bayi itu!"
"What?!!"
"Qaseh!" Tubuh Qaseh terus dipeluk.
"Lepas! Kau pembunuh!" Qaseh masih menjerit histeria. Kuku panjangnya mula mencakar seluruh tubuh dan wajahnya sehingga tubuhnya berlumuran darah.
"Tak, itu kemalangan! Kita perlu balik ke rumah, di sini bahaya!"
"Tak, tak!" Qaseh menggigit jarinya sehingga jari kelingkingnya hampir terputus.
"Qaseh, tolong berhenti!" Fakhrul terus membaringkan Qaseh ke tanah. Kedua-dua tangan Qaseh dipegang sekemas mungkin.
"Kau, kau siapa? Kau pembunuh! Kau yang ikut kami dari tadi! Cinta betul, kau pembunuh!" Qaseh mula meracau. Pada pandangannya, itu bukan Fakhrul, itu seseorang tanpa wajah! Kerana takut, Qaseh terus mencapai kayu dan menetak kepala lelaki itu. Bahagian tajam kayu itu terus dibenamkan ke dalam dada lelaki itu.
Apabila lelaki itu sudah kaku dengan darah, Qaseh menjerit lagi. Wajah Fakhrul mula mengisi ruang matanya. Dia membunuh Fakhrul! Qaseh mengusutkan kepalanya. Kusut, kacau! Mulut Fakhrul mula mengeluarkan darah merah, membuatkan dia menjerit semakin nyaring dan ketakutan. Kerana serba salah, kayu yang digunakan untuk membunuh Fakhrul terus ditikam pada dadanya sendiri... dengan harapan Fakhrul mampu untuk memaafkannya. Qaseh jatuh dengan air mata yang masih mengalir di sisi Fakhrul.
"Zulai... kha." Tangan Cinta bergeletar hebat. Dia memandang Ridzuan takut. Kakinya berundur ke belakang, trauma!
"Kau... kau bunuh Zulaikha!" Cinta menjerit nyaring. Dia terduduk lemah apabila melihat Ridzuan menikam Zulaikha apabila Zulaikha mengambil seorang bayi dari atas katil bilik usang ini.
"Mana ada, aku bunuh lelaki yang cuba bunuh Zulaikha! Zulaikha ada di tepi kau!" Ridzuan mengerutkan wajahnya. Lelaki yang terkulai layu di sebelahnya di pandang sebelum matanya dilarikan pada Zulaikha yang masih tertunduk di tepi Cinta.
Cinta menggeleng. "Tak.... Itu Zulaikha! Tiada sesiapa di sini kecuali kita! Kau dah gila!" Air mata Cinta jatuh. Dia gila!
"Kau tipu! Kau sengaja buat semua ni! Zulaikha, panggil Cinta. Cakap aku yang betul, dia yang gila!" Ridzuan menengking pada angin di sebelah Cinta.
"Atau... ini rancangan kau. Kau mahu buat aku gila! Dari tadi kau asyik cakap ada orang ikut kita. Kau rancang semua ni kan! Kau memang nak aku gila! Nah, sekarang aku gila!" Pisau kesan darah Zulaikha tadi ditusuk pada dada Cinta sehingga dia rebah.
Rambutnya diramas kasar. Dia kacau! Dia ketawa sendiri memandang Zulaikha dan bayi yang masih menangis. "Dia cakap aku gila. Dia yang gila! Kan... dia yang gila!" Ridzuan terus membaling segala perabot di dalam bilik itu sehingga bersepah.
"Dia gila, aku tak gila!"
Entiti itu hanya tersenyum di hadapan pintu melihat Ridzuan. Dia ketawa kecil melihat seorang lagi tukang penghiburnya barunya. Pintu bilik Ridzuan dikunci kemas sebelum dia berlalu ke bilik seterusnya.
Dia ketawa kecil lagi melihat seorang gadis menikam-nikam mayat sahabatnya sambil menangis tanpa henti. Ah, sekarang hidupnya di tengah hutan tidak membosankan lagi.
Words ; 1000 tak termasuk perkataan yang di-bold-kan. Alahai, thriller ke macam ni? Hadu....
Mungkin tajuk cerpen ni sesuai dengan HALUSINASI sebab Ridzuan dan Qaseh asyik berhalusinasi (??) sampai semuanya kucar-kacir 😭😥😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top