BULAN MENGAMBANG

"Dia wujud, ayahanda!"

"Cukup, Zynt! Serigala jadian tak wujud, Sarfraz hanyalah cerita dongeng! Dayang Kamila harus berhenti ceritakan pada puteri beta tentang dongeng Sarfraz. Gila tuan puteri beta jadinya!" Ayahanda, raja Zulfan memberi arahan tegas.

Dayang Kamila hanya menunduk. Bukan dia yang mahu ceritakan dongeng itu, Puteri Zynta Suffia yang memaksanya apabila dia sering bermimpikan serigala jadian yang bernama Sarfraz sejak dia berumur 12 tahun.

"Ayahanda perlu percaya anakanda. Sarfraz ajak anakanda bertemu di hutan malam ini!"

"Hutan apa? Hutan mimpi kamu? Cukuplah. Ayahanda penat." Ayahanda terus bangun dari meja santapan dan berlalu ke pejabatnya di istana. Zynta mengeluh panjang. Salahkah seorang gadis berumur 15 tahun ingin mempercayai mimpinya?

"Dayang Kamila, mimpi Zynt nyata. Sarfraz wujud. Dayang percaya Zynta, bukan?"

Dayang Kamila hanya menunduk, sebelum dia memandang Zynta dengan satu senyuman manis. "Ibu Dayang pernah bercerita, setiap orang ada penjaganya. Dulu, Dayang selalu termimpikan seekor duyung yang kacak." Dia ketawa kecil. Mata hijaunya bersinar memandang Zynta. Dia memang rapat dengan puteri bongsu kerajaan Lestari itu sehingga puteri itu sendiri meminta agar mereka berbual tanpa mengikut adat.

"Pernah sekali Dayang lemas di laut, Dayang rasa seperti ada orang selamatkan Dayang dan bawa Dayang ke pantai. Dayang yakin itu duyung. Tapi semua orang cakap Dayang gila bila Dayang bercerita tentang duyung itu, jadi Dayang berhenti mempercayai bahawa duyung itu penjaga Dayang. Sejak Dayang berhenti, duyung itu sudah tidak muncul dalam mimpi Dayang. Dayang tak tahu apa yang terjadi padanya. Mungkin dia merajuk dengan Dayang." Dayang Kamila ketawa lagi, namun semakin lama semakin kedengaran hambar.

"Dayang percaya Sarfraz wujud. Tapi... mungkin puteri perlu lupakannya. Ayahanda puteri tak berminat dengan Sarfraz dan seorang puteri yang baik ialah puteri yang mengikut kehendak orang tuanya."

Zynta senyap. Otaknya mula memikirkan sesuatu yang mungkin diluar jangkaan Dayang mahupun ayahandanya. Yang pastinya, dia tekad untuk membuktikan yang Sarfraz wujud!

Malam itu, Zynta tidak tidur. Dia berpakaian hitam sepenuhnya dan keluar dari tingkap istana senyap-senyap untuk ke hutan Lestari.

Dia tidak percaya bahawa dia mampu melepasi pengawal istana dengan jayanya. Namun, jika kuah tidak tumpah ke nasi, ke mana lagi? Arwah bondanya juga sama licik dengan dirinya sekarang.

Tertanya juga, adakah bonda ada penjaga seperti Sarfraz?

"Awuuu!" Mata Zynta terbuka luas. Bunyi lolongan serigala ini serupa seperti yang selalu didengarinya di dalam mimpi!

"Srek...." Bunyi daun saling berlaga buat jantung Zynta semakin laju berdegup. Dia pernah dengar isu kerajaan Lestari bahawa ada pemburu manusia yang berlegar-legar di dalam hutan. Jadi dia sengaja mahu menjadi mangsa. Jika benar Sarfraz wujud dan tugasnya adalah untuk melindungi Zynta, Sarfraz pasti muncul. Dan jika tidak.... Ah dia tak mampu memikirkannya lagi!

"Tuan puteri yang cantik rupawan buat apa berlegar di hutan? Mencari patik?" Seorang lelaki bertubuh besar sambil memegang sebatang kapak keluar daripada semak dengan senyuman sinis pada wajahnya.

"Kamukah pemburu manusia yang menjadi buah mulut rakyat beta?" Zynta cuba menjadi berani. Teknik menggunakan pedang diulang berkali-kali di dalam kepala agar mampu menggunakannya jika dia diserang nanti.

Sinis pada wajahnya melebar. "Tidak, tuanku puteri. Tidak lagi kerana patik sudah miliki kamu!" Kapaknya diangkat tinggi dan terus dihayunkan pada Zynta sebelum tubuhnya kaku dengan mata yang terbeliak apabila ada satu tangan berbulu dengan kuku yang tajam menembusi dadanya. Tangan itu menggenggam jantung yang masih berdegup sebelum menariknya keluar dan melempar jantung itu seiring dengan rebahnya pemburu itu ke tanah.

"No one touch my princess."

Zynta tergamam apabila tangan besar yang berbulu tadi bertukar menjadi seorang lelaki remaja yang kacak.

"Sarfraz?" Zynta ingin mencari kepastian.

Lelaki itu tersenyum manis sehingga menampakkan dua gigi taringnya yang tajam. "Yes, my princess? Why are you here? Patik pergi ke istana tuanku tadi untuk membawa tuanku ke mimpi indah kita. Tapi tuanku tiada. Patik sedih." Sarfraz membuat wajah sedih. Dan entah bila, jarak antara mereka sudah hilang ditelan cinta.

Dagu runcing Zynta ditolak agar memandangnya. "But thank God, you called my name."

"Saya tak panggil—" Suara Zynta terhenti apabila jari runcing yang penuh dengan darah itu singgah di bibirnya. Jari itu menggosok bibir merah Zynta perlahan, bagai melepaskan rindu yang teramat.

"You are, honey. In your heart, you always called my name. And I always near to it until I can hear your scream and the sound of your heart beating just for me."

Dan perlukah Zynta cerita bahawa dia semakin hanyut dalam aliran cinta yang mengalir dari mata biru laut Sarfraz? Namun realiti menghentaknya. Zynta menolak tubuh Sarfraz.

"Saya 15 tahun, Sarfraz."

"You are more than fifteen to me, Suffia. Seratus tahun patik nantikan cinta ini. Ampunkan patik sebab ganggu mimpi tuanku. Patik tak mampu tahan, you are the most beautiful things in my life and I can't wait any longer."

"Tapi awak serigala jadian. Semua ini terlalu jauh dari logik, Sarfraz. Lagipun saya tak sedia!"

"Jadi sediakan diri tuanku puteri sekarang. As I said, I can't wait any longer." Tangan Zynta digenggam dan terus mereka hilang dari kerajaan Lestari.

"Arh!" Mata Zynta terbuntang apabila sekelip mata sahaja mereka sudah berada di dunia lain.

"Welcome to TheDream! Tak seindah yang tuanku sangka." Sarfraz senyum hambar. Sesuai betul Zynta muncul dalam dunia nyata pada hari bulan mengambang, kerana hanya pada hari ini pintu antara TheDream dan realiti terbuka.

Mulut Zynta terus ternganga. Apa gunanya perkataan seindah 'dream' apabila keadaan di sini sungguh menakutkan? Amat menakutkan!

"Awwuuu!" Sekumpulan serigala menerpa mereka dengan wajah lapar. Zynta memandang Sarfraz, meminta pertolongan! Sarfraz terus memeluknya erat.

"Woff!! Arrrre!" Entah dalam bahasa apa, Sarfraz menyeringai dan mula berjalan ke depan menggunakan kedua-dua tangannya. Sarfraz bertukar menjadi serigala! Kawanan serigala tadi turut mempamerkan wajah marah.

"Arrrr!!!"
"Awuuu!!"
"Aww awwuuu!!!"

Sarfraz mendengus sebelum dia bertukar menjadi serigala jadian. Seekor serigala terbesar dari kawanan tadi turut bertukar sama.

"Jika aku menang, gadis itu aku punya."

"Dan jika aku menang, seluruh apa yang kau milik, aku punya!"

Serigala jadian tadi ketawa besar. Dan mereka mula bercakaran antara mereka. Zynta pegun di sana, mendalami kenyataan yang selepas ini... kisah ini bukan lagi kisah dia. Tapi kisah dia dan Sarfraz. Kisah yang bermula dari sebuah mimpi yang indah, bertukar kepada realiti yang penuh dengan pertumpahan darah.

Words ; 1000 tak termasuk perkataan yang di-bold-kan

ARHHHHH GENRE NI PALING KE LAUT SEKALIII!! DAH LAH HAMBAR, MELALUT PULA TU 😭

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top