AKU HANYA SEORANG WANITA
"Hannah... hati-hati di negara orang."
Senyuman kecil aku paksa untuk muncul. "Okay. Terima kasih hantarkan saya."
Lelaki itu masih dengan senyuman ikhlasnya. Cuma aku yang sering butakan mata aku dari memandang keikhlasannya. Aku serik jatuh cinta.
"Apa-apa saja untuk Hannah." Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun aku keraskan tubuh, wajah aku tunduk. Biarlah digelar isteri derhaka pun, aku masih tidak mahu menerima kenyataan yang aku sudah berkahwin sedangkan hati aku masih terkunci untuk seorang pengkhianat.
"Saya pergi dulu."
Dia diam sahaja. Cuba untuk bersabar denganku. Tanpa memandang dia lagi, aku terus berlalu untuk menaiki penerbangan untuk ke Paris. Di mana kisah cinta aku dahulu bermula dan juga berakhir. Walaupun pedih... kenangan bersama Haris tetap mampu membuat aku tersenyum walaupun sentiasa berakhir dengan tangisan pedih.
Aku seorang wanita yang boleh dikatakan berjaya. Angan-angan aku ketika kecil semuanya sudah tercapai, bagai aku sedang berada di kayangan sekarang. Penuh dengan kesempurnaan. Namun di sebalik kejayaan dan keindahan ini, ada hati yang sudah mati. Yang sedang duduk tenang melihat Eiffel Tower ini hanyalah sekadar jasad tanpa jiwa. Aku hanya seorang wanita tanpa jiwa.
Semuanya kerana seorang Haris. Jiwa aku terbunuh dalam cinta yang dia bawa pergi apabila dia meninggalkan bumi Paris ini... dengan seseorang yang dia pilih untuk hidup bersama selamanya. Mengingatkan itu, aku terasa murah dan berdosa. Murah apabila aku sanggup gadaikan maruah aku untuk bersamanya. Berdosa apabila aku sanggup membunuh anugerah tuhan semata-mata tak mahu membebankan dia.
Air mata yang selama ini aku tahan, aku lepas. Aku dah tak mampu untuk kuat. Selama 8 tahun aku cuba untuk tebus balik maruah yang sudah aku gadai dengan kejayaan agar ibu memaafkanku. Malah aku sanggup berkahwin untuk membuat ibu senyum. Namun kenapa aku tak pernah rasa puas walaupun aku sudah berjaya? Aku tetap rasa berdosa. Aku rindu rasa bahagia yang Haris pernah berikan dahulu. 4 tahun hidup bersama Zulfakar tak memberikan apa-apa makna. Atau mungkin seorang Hannah masih tertinggal di sini, melayari mimpi bersama Haris.... dan aku hanyalah jasad. Mungkin. Dan mungkin aku sudah terlalu gila kerana sanggup meninggalkan kerja hanya untuk bersendirian pada hari anniversary aku dan Haris di Paris.
"Malaysian?" Seorang gadis kecil tiba-tiba duduk di samping aku. Comel sungguh apabila gadis bermata biru itu mengenakan gaun biru lembut dengan batang magis mainan di tangannya.
"Yea. What's your name, princess?"
Dia ketawa apabila aku mengelus pipinya. "I'm Casandra. I'm Malaysian too! I want to speak Malay with you, can I? I miss Malaysia so much!"
Aku ketawa kecil. "Baiklah. Mana mama dan papa?" Aku memandang sekeliling. Risau pula jika aku dituduh menculik nanti.
"Papa dan mama sibuk. Mereka tak marah Casandra main dekat taman ni. Casandra tak ada kawan. Untie boleh jadi kawan Casandra? Nama Untie apa?" Comel saja pergerakan bibir merah gadis itu dan entah kenapa, bibir itu mengingatkanku pada Haris.
"Untie Hannah."
"Okay. Now I'm your fairygod mother because I have magic. Dan untie jadi puteri sebab Untie cantik!"
Aku terus ketawa dengan karenahnya. "Casandra lebih cantik lah."
"Casandra!" Jeritan seseorang mengejutkan kami.
"Ops!" Casandra terus turun dari bangku dan berlari pada seorang lelaki yang kelihatan cemas, dan apabila diperhati wajah itu... aku terkaku sendiri.
"Daddy! I'm here!"
"Casandra! Kenapa pergi tak bagitau kami? Kami risau." Tubuh kecil itu terus dipeluk. Seorang wanita bermata biru juga terus memeluk mereka dari belakang. Aku disentak pilu. Haris... sudah bahagia dengan Rose.
"Hannah." Namaku tiba-tiba dipanggil. Aku memandang tepat pada wajah Haris yang terkedu.
"She's my princess, daddy! Her name is Hannah."
Melihat Haris datang mendekat, terus aku berpaling dan berlari. Sakitnya bila menerima kenyataan yang Casandra adalah hasil cinta Haris dan Rose. Aku terus berlari walaupun pandangan aku sudah kabur dengan air mata.
Tiba-tiba bunyi hon kuat kedengaran dan mata aku mula penuh dengan imej kereta yang semakin mendekat.
"Hannah!" Tangan aku diraih dari belakang. Tubuh aku terus dipeluk dan tanpa disangka, tubuh yang tidak lagi asing itu aku peluk semakin kemas.
"Hannah are you okay?" Suara Zulfakar yang sentiasa prihatin membuat aku tenang semula.
"Kenapa awak... ada di sini?" tanya aku keliru.
"Saya sudah berjanji untuk jaga awak. Malah saya tak mampu tahan rindu saya pada awak. Sebab itu saya ikut."
Pelukan aku pada Zulfakar semakin kemas. Kenapa aku terlalu buta untuk menilai cintanya? Dia ikhlas sayangkan aku. Dia sentiasa sabar dengan tolakan aku. Dia....
"Hannah, tunggu!" Suara Haris. Aku tenggelamkan lagi wajahku pada dada Zulfakar.
"Pergi, Haris. Sudah tiada apa antara kita! Hanya saya yang bodoh sebab selalu tunggu awak!" Aku dapat rasa Zulfakar semakin kemas memelukku, bagai memberiku kekuatan. Bagaimana sanggup aku tolak cinta sebesar ini?
"Hannah, saya minta maaf. Maafkan saya sebab tinggalkan awak. Bukan kehendak saya untuk pergi, tapi keluarga saya sudah aturkan pernikahan kami. Saya mahu terangkan pada awak dan berpisah secara baik, tapi awak sudah pergi tinggalkan saya. Saya cintakan awak, Hannah. Tapi mungkin jodoh bukan milik kita. Awak pun... dah bahagia dengan yang baru." Terdengar dia ketawa hambar, dan aku dapat rasakan degup jantung Zulfakar semakin laju seperti menahan cemburu.
"Saya pun sudah bahagia dengan Rose. Saya tak berharap apa-apa, hanya kemaafan dari awak."
Aku hanya senyap. Jadi selama ini, dia tidak curang. Semua ini hanyalah kehendak takdir. Dan mungkin aku perlu belajar terima takdir ini.
"Hannah."
"Jangan dekat. She's mine now. You can leave." Suara Zulfakar seperti menahan marah. Haris ketawa perlahan.
"Yea, she's yours now. Aku harap kau mampu bahagiakan dia... lebih dari aku. She deserve it. Aku pergi dulu, Hannah. Assalamualaikum."
Apabila aku yakin dia pergi, aku terus mencium pipi Zulfakar. "Terima kasih sebab sentiasa ada dengan saya walaupun saya selalu buta untuk nilai cinta awak."
Zulfakar seperti terpana. Dia merenung mata aku dalam. Mungkin terkejut dengan perubahan aku.
"Saya mengaku saya bodoh selama ni sebab tunggu Haris. Tapi sekarang saya dah bersedia. Tolong ajar saya cara mencintai awak." Tangan maskulinnya aku genggam. Dia terus tersenyum.
"Terima kasih juga sebab akhirnya awak terima saya." Dia terus mencium aku dan aku hanya merelakannya dengan ikhlas. Dia suami aku, dan dia ada hak itu ke atas aku. Ciuman itu akhirnya aku balas, ikhlas.
Words : 1000 tak termasuk perkataan yang di-bold-kan
Just a clishe story huaa!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top