-Chapter 6-

●●●●●

SooA yang baru meninggalkan tasik itu terus berjalan menuju pulang ke rumahnya.

Tiba-tiba ia dihalang oleh Jin dan ia terus bertanya "Jin? Kau buat apa kat sini? Kau sorang je ke? JungKook mana? Kenapa kau halang jalan aku ni?!"

"Aku tak boleh biarkan JungKook jatuh cinta dengan manusia tu, kalau dia jatuh cinta, benda ni jadi lagi teruk." Kata Jin sendiri.

"Aku kena bunuh perempuan tu sendiri, maafkan aku JungKook, aku nak selamatkan kau, aku kena buat cara aku sendiri." Sambung Jin.

"Kau cakap apa?" Tanya SooA.

Jin terus menarik tangan SooA ke dalam satu lorong yang gelap. Dengan keadaan yang gelap SooA berkata "Jin! Kau nak buat apa ni?! Lebih baik kau lepaskan aku sebelum aku menjerit!"

Tanpa menjawab, Jin menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berwarna putih, dan itu membuatkan SooA ketakutan.

"Aku tak akan biarkan kau terlepas kali ni." Kata Jin.

Jin menarik leher SooA dan ingin mengigitnya, tiba-tiba muncul JungKook dan menolak Jin dengan kuat sehingga Jin terhentak ke tembok.

"Apa kau buat ni?! Kau dah gila ke apa?! Aku tak suruh kau bunuh dia, kenapa kau nak bunuh dia?! Kau hanya hanya dengar arahan aku!" Marah JungKook.

"Aku tak nak disebabkan manusia ni, kau korbankan nyawa kau untuk dia! Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau dah cintakan perempuan ni!" Marah Jin.

SooA yang terduduk itu tersentak dengan kata-kata yang dilafazkan oleh Jin sebentar tadi.

"Dia suka aku?" Tanya SooA sendiri.

"Kalau aku tak cintakan dia sekali pun, aku tak akan benarkan kau bunuh dia sebab hanya aku je yang boleh bunuh dia! Kau faham tak?!" Marah JungKook lagi.

"Kau kena ingat JungKook, manusia macam dia ni hanya mempermainkan perasaan kau, bila tiba masanya, dia tetap kena bunuh kau sebab itu tugas dia." Kata Jin.

"Kau, SooA! Kau dah tahukan macam mana nak bunuh syaitan ni! Kenapa kau tak bunuh dia lagi? Bukan ke itu memang tugas kau, tugas yang kau kena buat?!" Kata Jin lagi.

"Itu urusan aku, kau tak payah nak sibuk dengan urusan aku. Apa yang aku akan buat dan nak buat, tak ada kena mengena dengan kau. Sekarang perempuan ni hak aku, kau jangan pernah sentuh hak aku." Kata JungKook.

"Aku sayang kau sebagai kawan sebab tu aku buat macam ni. Sekarang aku nak bunuh perempuan ni!" Jerit Jin dan terus berlari dengan pantas ke arah SooA.

SooA ditarik oleh JungKook dengan pantas dan menghilang daripada lorong tersebut. Jin tidak dapat menjejaki JungKook kerana kuasa JungKook lebih kuat daripadanya.

Di sebuah tempat terperinci,

JungKook yang di dalam posisi mendukung SooA, meletakkannya perlahan-lahan.

JungKook yang ingin meninggalkan Sooa terhalang apabila SooA menanyakan sesuatu.

"Betul ke kau suka aku?" Tanya SooA dengan nada yang lembut.

JungKook menoleh dan menjawab "Kenapa kau nak tahu? Kalau betul aku suka kau, kau nak buat apa?"

SooA terkaku dan terpanar, ia seperti tidak percaya dengan apa yang ia dengar dari mulut seorang syaitan yang paling jahat di alam neraka.

JungKook melihat SooA binggung tanpa membuang masa dan ingin pergi tetapi,

"Aku tanya, sebab aku pun suka kau. Perasaan aku pelik bila dengan kau, aku tak marah bila kau nak bunuh aku. Aku lagi suka bila kau cakap kau nak bunuh aku sebab dengan cara tu je aku boleh bercakap dengan kau." Jawab SooA.

JungKook terkejut dan terus menoleh ke arah SooA yang ingin mengeluarkan air matanya.

Tanpa segan silu JungKook terus menarik SooA kedalam dakapannya dan ingin mencium bibir mulus SooA.

SooA menghalang dan berkata "Kau tak boleh cium aku, nanti kau mati. Aku tak akan benarkan kau cium aku."

JungKook kebelakangkan dirinya dan menunduk.

"Macam mana aku boleh lupa yang aku boleh mati kalau aku cium dia. Kau memang nak bunuh diri ke Jungkook?" Tanya JungKook sendiri.

"Kau dah tahu macam mana nak bunuh aku, kenapa kau tak bunuh je aku?" Tanya JungKook.

"Sebab aku sayang kau, mungkin apa yang aku cakap ni pelik tapi aku rasa, aku memang dah jatuh cinta dengan kau sedangkan aku tahu yang kita ni berbeza alam." Jawab SooA.

JungKook ingin berlalu pergi tetapi dihalang oleh SooA buat kali yang ketiga.

"JungKook, kalau betul kau nak pergi dari sini. Apa kata kau bawa aku sekali balik rumah aku sebab aku tak tahu jalan keluar." kata SooA lagi.

JungKook hanya tersengih dan memegang tangan SooA dan mereka menghilang.

●●●●●

SooA membuka mata dan ia sudah berada di hadapan rumahnya. Ia hanya tersenyum apabila teringatkan kejadian tadi.

JungKook yang memerhatikan SooA daripada jauh tersentak apabila NamJoon tiba-tiba muncul dan berkata sesuatu padanya.

"Kau suka perempuam tu?" Tanya NamJoon.

"Kenapa kau sibuk, ni urusan aku?" Jawab JungKook.

"Kau tak boleh sukakan dia JungKook sebab dengan cara tu kau boleh bunuh dia." Kata NamJoon.

"Apa kau merepek ni? Ha, ke kau pun sukakan SooA? Sebab tu kau marah aku kan?" Sengih JungKook.

"Aku suka dia sebab tu aku tak boleh benarkan dia mati. Kalau dia tak jalankan tugas dia, maknanya dia kena balas benda tu dengan bunuh diri sendiri." Terang NamJoon.

"Tapi kalau kau yang mati, dia boleh hidup. Dia akan hidup macam manusia normal, kehidupan yang dia nak selama ni ialah hidup seperti manusia biasa yang tak boleh nampak hantu. Itu yang dia nak. Kalau kau betul sayangkan dia, kau kena buat apa yang kau patut buat." Sambung NamJoon.

"Kalau dia dah jadi manusia biasa, maknanya dia pun tak boleh nampak kau. Kenapa kau nak dia berubah jadi manusia biasa." Tanya JungKook.

"Aku sayang dia, aku sanggup buat apa je. Walaupun nanti dia tak nampak aku, tapi aku tetap boleh perhatikan dia dari jauh daripada aku tak dapat jumpa dia selama-lamanya." Kata NamJoon.

JungKook hanya terdiam dan melihat NamJoon yang berlalu pergi meninggalkan dirinya.

"Aku sayang dia sangat-sangat dan aku sanggup buat je untuk dia. Apa yang kau perlu buat, JungKook? " Tanya JungKook sendirian.

JungKook menghilang dan tiba-tiba berada di hadapan SooA yang sedang dibuai mimpi.

"Aku sayang kau, SooA." Kata JungKook sebelum mencium bibir mulus SooA.

JungKook bertukar menjadi debu dan menghilang daripada dunia. Setitis air mata syaitan yang paling jahat di neraka mengena ke bibir SooA.

Gyeseong High School

"Hoi! Buat apa tu?!" Sergah SooA kepada JiMin, TaeHyung dan JiEun.

"Tak ada buat apa pun. Ehh, awal kau sampai hari ni." Tanya TaeHyung.

"Driver aku hantarkan hari ni, tu yang aku sampai awal." Jawab SooA.

"Asal kau happy semacam ni, ada apa-apa jadi ke?" Tanya JiEun.

"Ishhh kau ni, dia happy salah dia sedih salah. Kau nak apa sebenarnya ni? Biar lah dia, sibuk je." Kata JiMin.

"Suka hati aku lah, aku tengok di happy lain macam, aku tegurlah. Kut-kut dia dah dapat duit poket ke, dia boleh belanja kita hari ni." Kata JiEun.

"Owhhh, cakap lah awal-awal. Ha, SooA asal kau happy, kau dah dapat duit poket ke?" Tanya JiMin.

"Lembap." Kata JiEun.

JiMin hanya menjeling ke arah JiEun dan kembali memandang SooA.

"Belum dapat lagi, bapak aku kan tak ada. Kalau aku dapat, aku janji aku belanja korang." Kata SooA.

"Habis tu kenapa kau gembira sangat ni?" Tanya TaeHyung pula.

"Entahlah, aku rasa macam aku dah normal, bukan SooA yang dulu." Jawab SooA.

"Hahhahahaha, kenapa kau cakap macam tu, kau tak waras ke selama ni?" Gelak JiMin dan JiEun.

"Tak ada apalahh, korang tak faham apa yang aku rasa." Kata SooA.

"Kitaorang memang tak nak faham dan tak akan faham." Kata JiEun.

SooA memandang sekeliling kelas dan menunjukkan sesuatu yang tidak kena.

"Kau cari siapa, SooA?" Tanya TaeHyung.

"JungKook tak sampai lagi ke, selalunya time-time macam ni dia dah sampai." Kata SooA.

"JungKook?" Pelik mereka bertiga.

"JungKook mana pula ni? Dalam sekolah ni belum pernah lagi orang nama JungKook. Siapa JungKook?" Tanya JiEun.

"Boyfriend kau eh, SooA. Kau ada ada boyfriend bukan nak bagitai kitaorang, dasar perempuan tak normal." Kata JiMin pula.

"JungKook, alah yang budak baru pindah kelas kita tu. Kau duduk sebelah dia lah JiMin, takkan lah kau tak ingat." Kata SooA.

"Kau ni merepek apa? Mana ada budak baru masuk kelas kita, kau ni dah kenapa, SooA?" Tanya JiEun.

SooA mengingat kembali sewaktu ia bangun daripada tidur. Ada setitis air berada di bibirnya dan ada debu di tepi katilnya.

Tanpa berfikir panjang SooA terus lari sambil menangis dan berkata "Kau tak tinggalkan aku kan, JungKook. Kau tak boleh tinggalkan aku, aku sayangkan kau, JungKook."

SooA berlari ke atas bumbung dan ia terus menjerit "JungKook! Kau nak bunuh aku kan?! Aku rela kena bunuh, JungKook! Tunjukkan lah diri kau, JungKook!"

"Aku sayang kau, JungKook! Aku cintakan kau, kau tak boleh tinggalkan aku macam tu je!" Nangis SooA sambil meronta.

Setelah hampir 15 minit SooA memanggil JungKook, ia tetap tidak munculkan diri.

Daripada jauh, NamJoon sedang memerhatikan SooA yang sedang menangis.

Sewaktu SooA menunduk, ada seseorang memanggilnya.

"SooA." Panggil JungKook.

"JungKook!" Jerit SooA dan terus memeluknya.

"Kau jangan tinggalkan aku, aku tak akan benarkan kau tinggalkan aku, JungKook." Kata SooA lagi.

"Disebabkan kau, 'DIA' bagi aku peluang untu hidup semula di kehidupan akan datang. Aku nak kau tunggu aku, aku akan cari kau." Kata JungKook.

"Sekarang aku tak boleh nak hidup dengan kau tapi aku janji bila aku dah hidup semula, kita hidup sama-sama. Kau kena tunggu aku, aku janji aku datang." Sambung JungKook.

SooA memandang JungKook dan berkata "Kau dah janji, jangan pernah mungkir janji kau." Kata SooA.

"Aku tak akan mungkir janji aku, kau pakai rantai ni, dengan rantai ni aku tau kau kat mana." Kata JungKook pula.

"Ni bukan ke rantai yang aku dah baling dalam tasik." Tanya SooA.

"SooA, aku tak boleh lama ni. NamJoon, dah tunggu aku kat sana. Sekarang aku nak kau hidup macam mana yang kau nak selama ni." Kata JungKook.

JungKook mencium dahi SooA sebelum menghilang dari pandangan SooA.

Tiba-tiba JiMin, JiEun dan TaeHyung termengah-mengah kerana menaiki tangga untuk ke atas bumbung.

"SooA, kau okey tak? Kenapa kau tiba-tiba lari? Penat kitaorang cari, nasib baik junior kita nampak kau." Kata JiEun.

"Kau ni kalau tak menyusahkan aku tak boleb ke ha?! Asyik nak menyusahkan aku je, carilah orang lain. Aku penat, nasib aku tak ada semput." Kata JiMin pula

SooA mengelap air matanya dan berkata "Aku tiba-tiba rasa nak hirup udara segar, udara segar lah atas bumbung sekolah kita ni."

"Kau buat kitaorang risaulah, SooA." Kata TaeHyung.

"Segar tang mana! Dengan panas terik ni, kau cakap segar. Memang sah tak waras betul perempuam ni." Perli JiMin.

"Dah-dah jum turun, kelas dah nak start ni. Kang tak pasal-pasal kita kena denda." Kata TaeHyung lagi.

Mereka berempat turun berjalan ke kelas dengan gembira.

"Aku akan tunggu kau, JungKook." Kata SooA sebelum turun dan memandang ke langit.

THE END

●●●●


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top