-Chapter 2-


●●●●●

SooA menelefon TaeHyung, JiMin dan JiEun dan menyuruh mereka datang ke gelanggang bola keranjang.

"Mana diorang ni? Takkan lah tak datang pula?" Tanya SooA sendiri.

Setelah beberapa minit menunggu,

"Ha! Datang pun kau, aku ingat kau tak datang." Kata SooA.

"Mestilah aku datang, tapi apa masalah kau call aku malam-malam ni? Siap suruh aku datang sini lagi, nasib mak dengan abang aku dah tidur." Kata JiEun.

"Sekejap lah, kita tunggu JiMin dengan TaeHyung dulu. Lepastu baru aku cerita, tak adalah aku kena cerita banyak kali." Kata SooA lagi.

"Kau ajak diorang juga! Kalau kau nak tunggu diorang datang, berjanggut lah aku jawabnya, lagi-lagi si JiMin tu." Kata JiEun pula.

SooA tidak mendengar apa yang dikata oleh JiEun dan terus mencari kelibat TaeHyung Dan JiMin.

"Ha! Tu diorang, kan aku cakap diorang mesti datang punyalah." Kata SooA dengan girangnya.

Setelah TaeHyung dan JiMin sampai, JiMin terus berkata "Korang ni tak ada kerja ke, malam-malam macam ni suruh aku datang sini. Aku nak tidur lah, ngantuk woi!" Marah JiMin.

"Relax lah, JiMin. Kita dah sampai dah pun, tak guna kau nak membebel dah." Kata TaeHyung.

"Entah kau ni, sabarlah. Ni SooA ada hal nak bincang dengan kita. Kalau kau nak balik, blah lah jangan sibuk kat sini." Kata JiEun.

"Kau boleh lah cakap, kau dah membuta kat sekolah. Aku ni mana ada tidur lagi, korang pula boleh kacau waktu tidur aku." Kata JiMin lagi.

"Jangan lah gaduh dah, kita dengar dulu apa yang SooA nak cakap. Lepastu apa yang kau nak buat, suka hati kau lah." Kata TaeHyung memberikan cadangan.

Mereka bertiga terus memandang tepat ke arah SooA.

"Okey, fuhhh! Sebenarnya aku baru je lepas lari rumah." Jujur SooA.

"Haa?!" Jerit mereka bertiga.

"Kau tak main-main ke, SooA?" Tanya TaeHyung.

Pertanyaan TaeHyung dijawab dengan gelengan SooA dan itu menandakan yang ia bercakap benar.

JiMin yang mengantuk terus segar matanya kerana terkejut dengan kata-kata SooA sebentar tadi.

"So sekarang aku tak tau aku nak tidur mana, kalau boleh aku nak tumpang tidur rumah korang. Boleh tak?" Tanya SooA.

"Kau nak tidur rumah kitaorang? Kalau rumah aku dengan JiMin, aku rasa tak kut sebab dalam rumah kitaorang tu semua lelaki. Bahaya kut tiba-tiba ada sorang je perempuan." Terang TaeHyung.

"Rumah kau boleh lah JiEun, tak ada sesiapa kan kat rumah kau selain abang dengan mak kau?" Tanya JiMin pula.

"Rumah aku? Adik dengan ayah aku ada, lagipun rumah aku sempit. Aku nak bagi kau tidur kat mana? Kau tahu kan keluarga aku berapa ramai." Jawab JiEun.

SooA hanya mengeluh dan terus berkata "Takpelah, aku tanya je, korang jangan lah serious sangat. Nanti pandai-pandai lah aku cari tempat tidur."

Mereka bertiga hanya memandang satu sama lain dan mengangkat bahu masing-masing.

"Apa kata aku dengan kau tidur kat sini malam ni, alang-alang aku dah kat luar ni. Kita stay lah sini sampai esok, nanti baru kita fikir macam mana nak buat." Cadang JiEun.

"Korang nak tidur sini, kau gila ke apa? Agak-agak lah, korang tu perempuan kut, takkan lah nak tidur kat gelanggang ni." Marah JiMin.

"Kalau macam tu kau dengan TaeHyung pun tidur sekali kat sini, bukan selalu kita dapat lepak macam ni kan? Esok pun cuti, nanti pagi-pagi kita balik lah rumah masing-masing." Cadang JiEun lagi.

TaeHyung hanya memandang JiMin dan terus berkata "Aku join korang lah tidur sini, betul juga cakap JiMin bahaya korang dua je yang ada kat sini."

"Adoi, tak pasal-pasal aku kena tidur atas simen malam ni, yelah-yelah aku join korang tidur sini." Kata JiMin dengan malasnya.

"Betul ke korang nak stay sini dengan aku? Sweet lah korang ni, aku janji esok aku belanja korang makan banyak-banyak." Kata SooA.

"Kita kan kawan, so kena tolong satu sama lain. Nanti kalau kitaorang pula yang susah, kau pula tolong." Kata TaeHyung

"Of course lah aku tolong, sayang korang sangat-sangat!" Jerit SooA.

"Tak payah nak sayang sangat lah, kau SooA aku nak ingatkan. Kalau kau betul-betul nak lari rumah, fikir lah dulu benda yang jadi lepas kau lari rumah. Ini tak, main keluar je." Marah JiMin.

"Kau ni JiMin membebel macam mak nenek lah, diam tak boleh ke? Dia dah keluar dah pun dari rumah tu, kau pun dah sampai sini, so tak payah lah nak membebel panjang-panjang." Kata JiEun.

"Aku bagi tips je pun." Cebik JiMin.

"Kau bagi tips lari rumah? Gempak lah kau ni, JiMin." Kata TaeHyung.

Mereka berempat baring di tengah-tengah gelanggang bola keranjang dan memandang bintang di langit bersama-sama.

"Sayang korang sangat-sangat." Bisik SooA.

●●●●●

"Bangun, JiMin. Shuuhhh! Perlahan sikit, diorang tengah tidur, nanti diorang bangun." Kata TaeHyung.

"Awalnya lahai kau kejut aku ni, kau nak apa TaeHyung oi." Kata JiMin.

"Awal kau cakap, dah pukul 7 kut. Agak-agaklah nak tidur sini sampai matahari tegak atas kepala." Kata TaeHyung.

"Sebenarnya kan aku kesian lah dekat SooA tu." Sambung Taehyung.

"Kenapa pula kau kesian kat dia? Dia yang lari rumah, dia lah yang tanggung." Jawab JiMin.

"Bukan pasal lari rumah, kau tengok kat tangan dia tu, tangan dia ada lebam. Biru lagi, aku rasa bapak dia pukul dia lagi lah." Kata TaeHyung.

"Aku pun perasan semalam, tapi nak buat macam mana kan? Bapak dia memang macam tu, kita pun tak boleh buat apa." Kata JiMin.

"Lagi satu kau kena ingat, SooA tak suka orang kesiankan dia, jangan datang bodoh kau cakap kat dia pasal lebam dia tu." Sambung JiMin.

"Aku tahu lah!" Marah TaeHyung.

Setelah mereka semua bangun dari tidur, mereka pulang ke rumah masing-masing.

SooA tahu hari itu merupakan hari minggu, kawan-kawanya pasti ingin meluangkan masa bersama keluarga. Jadi ia membuat keputusan untuk mencari jalannya sendiri.

●●●●●

SooA berjalan dan terus menuju di tepi tasik. Setibanya disana, ia terus menjerit "Bagus lah kau ni, Hyun SooA! Kau yang lari rumah, and now kau tak tahu nak pergi mana!"

"Hyun SooA." Bisik seseorang di telinganya.

SooA yang terkejut terus menoleh kebelakang dan terkejut kerana lelaki yang ia jumpa pada malam tadi ada dihadapannya.

SooA berpura-pura tidak nampak lelaki itu dan ia berlalu pergi meninggalkan lelaki tersebut.

Tiba-tiba lelaki itu muncul di hadapannya dan membuatkan SooA terkejut dan berhenti.

"Kau boleh nampak aku kan?" Tanya lelaki itu.

"Tak, aku tak boleh nampak kau." Jawab SooA.

JungKook hanya tersenyum dengan pengakuan SooA itu.

"Kau tak boleh nampak aku, tapi sekarang kau tengah bercakap dengan aku." Kata JungKook.

"Kalau aku boleh nampak kau pun, kau nak apa? Kau ingat aku takut dengan hantu macam kau ni!" Marah SooA.

JungKook terus membuka jubahnya dan memperlihatkan wajahnya yang terlindung selama ini.

"Alamak! Handsome gila dia ni! Handsome-handsome macam ni pun jadi hantu, pelik aku? Kata SooA di dalam hati.

JungKook memandang tepat ke arah mata SooA dan matanya mula bertukar menjadi merah.

"Hoi! Kau buat mata kau terkeluar pun, belum tentu aku takut dengan kau lah!" Marah SooA lagi.

Tiba-tiba SooA seperti ingin rebah dan ia mula jatuh tetapi sempat disambut oleh JungKook.

●●●●●

SooA membuka matanya dan terkejut melihat muka kawan baiknya itu tepat di hadapan mukannya.

"SooA, kau dah sedar ke?" Tanya JiEun.

"Aku kat mana ni? Aku tak mati lagi kan?" Tanya SooA pula.

"Ishh kau ni! Kau ada kat rumah aku, kau okey tak?" Tanya JiEun risau.

"Aku okey, tapi macam mana aku boleh ada kat rumah kau ni?" Tanya SooA lagi.

"Aku yang kena tanya kau, sejak bila kau masuk bilik aku? Aku rasa tadi aku mandi sekejap je, tiba-tiba je kau dah ada atas tilam aku. Aku terkejut tau!" Jawab JiEun.

"Aku pun tak ingat tapi aku rasa tadi, aku ada kat tasik depan sekolah kita tu." Kata SooA.

"Tak silap aku, last aku jumpa dengan hantu tu. Takkan lah dia yang hantar aku kat sini?" Tanya SooA sendiri.

"Woi! Mengelamun pula kau ni, aku tanya ni kau tak ingat apa-apa ke?" Tanya JiEun

"Aku lapar, dari pagi aku tak makan. Maybe sebab tu aku pengsan kut, rumah kau ada makanan tak? Sebab aku tak ada duit lah nak beli." Kata SooA.

"Kalau kau nak makan kat rumah aku ni memang tak ada apa-apa lah,  tapi kau jangan risau, sebab kejap lagi kita pergi makan kat luar sama-sama." Jawab JiEun.

SooA hanya tersenyum gembira tetapi fikirannya masih tertanya bagaimanakah ia boleh sampai di rumah JiEun sedangkan ia tidak ingat apa-apa.

LiCious Restaurant

"SooA, aku ada benda nak cakap dengan kau tapi kau jangan marah aku pula. Aku just bagi pendapat aku je." Kata JiEun.

"Kau ni kenapa? Jarang-jarang kau kisah kalau aku marah ke tak? Okey, apa benda yang kau nak cakap sangat tu." Kata SooA.

"Macam ni, aku rasa lebih better kau balik rumah kau, sebab kalau kau duduk rumah kau balik, sekurang-kurangnya kau ada hala tuju." Cadang JiEun.

"Aku bukan nak cakap yang kau menyusahkan tapi kau kena fikir juga, sekolah minggu depan, takkan lah kau nak pergi sekolah pakai baju yang tak basuh ni." Sambung JiEun.

"Aku pun tak nak hidup macam ni tapi aku tak tahan kena pukul dengan bapak aku tu." Kata SooA.

"Aku sebagai kawan bagi kau nasihat, kalau kau nak dengar ke tak nak dengar ke, tu semua masalah kau." Kata JiEun lagi.

"Balik eh SooA, aku sayang kau sebab tu aku suruh kau balik. Pasal bapak kau tu selagi kau boleh elakkan diri dari dia, kau elak." Sambung JiEun.

"Kalau macam tu malam ni aku try balik rumah rumah, thank eh JiEun! Kau lah kawan aku dunia akhirat!" Kata SooA sambil tersenyun.

SooA rasa bersyukur kerana ia mendapat kawan baik seperti JiEun walaupun kadang-kadang JiEun menjengkelkan baginya.

●●●●●


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top