-Chapter 1-


●●●●●

"Kenapa kau suka paksa aku buat benda yang aku tak suka?! Kenapa?! Kenapa dunia ni kejam sangat buat aku macam ni?! Apa salah aku?!" Jerit seorang gadis.

"Kau layan aku macam binatang! Aku ada perasaan juga, tapi kau tak pernah nak ambil tahu tentang perasaan aku!" Jerit gadis itu lagi.

"SaeRa, turun lah. Janganlah buat ibu macam ni. Tak kesian ke tengok adik, nanti siapa nak jaga adik kalau SaeRa tak ada." Nangis seorang wanita yang sudah berumur itu.

"Ibu jangan sedih, SaeRa janji dengan ibu, SaeRa pergi sekejap je. Ibu pun janji dengan SaeRa ye, jangan nangis bila SaeRa tak ada. Adik tengokkan ibu tau." Kata gadis itu kepada ibunya.

SaeRa mendepakan tangannya dan terjun dari atas jambatan itu ke dalam sungai.

"SaeRa!" Jerit ibunya.

Seorang lelaki yang berdiri dibawah tiang lampu itu hanya tersenyum dan berkata "Kau lagi tenang bila kau tak ada kat dalam dunia yang kejam ni, SaeRa."

Lelaki itu ingin meninggalkan tempat kejadian, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai topi menghalang jalannya.

"Kau memang syaitan, kau hasut orang yang tak berdosa untuk buat perkara bodoh kau ni!" Marah lelaki yang memakai topi itu.

"Aku cuma bebaskan diorang dari dunia yang kejam ni, kau pun tahu dunia sekarang macam mana kan? Kau sebenarnya marah aku ni sebab kau ada banyak kerja nak kena buat kan?" Tanya lelaki itu.

"Aku yakin suatu hari nanti, ada seseorang yang boleh lenyapkan kau dari dunia ni." Kata lelaki yang pakai topi itu sebelum menghilangkan dirinya.

"Kau jangan tunjuk bagus lah, malaikat maut. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau pernah buat sebelum ni." Sengih JungKook.

Perbualan mereka tadi telah didengari oleh seorang budak perempuan.

10 Tahun kemudian,

Gyeseong High School

"SooA, kau tengok kawan kau ni. Tidur je memanjang, mentang-mentang cikgu tak ada. Yah! JiEun! Bangun!" Jerit JiMin.

"Oii! Naik pekak telinga aku, kau tak boleh cakap kuat lagi ke?! Bagi tercabut terus telinga aku ni." Perli JiEun.

"Kau buat apa semalam? Kau tak tidur ke?" Tanya TaeHyung.

"Kau jangan tanya dia ni, TaeHyung.
Buat sakit otak kau je, kau jangan tak tahu, malam tadi kan malam jumaat. Apa lagi yang dia boleh buat?" Usik JiMin dan terus lari keluar daripada kelas.

"Adoii mamat ni, ada juga yang makan kasut saiz lima ni kang. Yah! JiMin! Sini kau!" Jerit JiEun dan terus mengejar JiMin.

"SooA, kau okey tak? Dari tadi kau diam je, selalunya kau yang paling bising." Tanya TaeHyung.

"Aku okey je, cuma aku risau minggu depan kan result kita keluar. Macam mana kalau aku tak dapat nombor satu." Jawab SooA

"Kau mesti dapat punya, kau kan budak pandai. Chill lah! Apa kata kau pergi kejar diorang tu, lepastu suruh diorang masuk kelas balik." Kata TaeHyung.

"Sebab aku nak pergi panggil cikgu, sekejap lagi diorang tak ada, aku yang kena jawab. Almaklumlah, ketua kelas lah kan." Sambung TaeHyung

"Yelah, yelah. Arahan diterima, saya akan mencari kambing-kambing yang terlepas dari kandang tadi dan membawanya pulang." Jawab SooA sambil ketawa.

●●●●●

Seminggu kemudian,

"Fulamak! SooA, kau dapat nombor dua lagi lah! Susah lah dapat kawan yang pandai-pandai ni." Kata JiMin.

"Kau ni kenapa SooA? Kau dapat nombor dua kut, takkan lah tak okey lagi? Kau top three tau, happy lah sikit." Kata JiEun.

"Entah kau ni, kau tengok JiEun. Dia dapat nombor kut, tak kecoh pun. Chill-chill je, kau tengok tu siap boleh silang kaki lagi." Usik JiMin.

"Asal kau babitkan aku pula ni?" Jawab JiEun

"Aku happy je, tapi korang kenalkan bapak aku tu macam mana? Dia mana boleh aku dapat nombor dua kena nombor satu, kalau tak mesti aku kena hempuk dengan dia lagi." Kata SooA.

"Serious lah? Lebam kau yang kat tangan tu pun tak hilang lagi kut, takkanlah dia nak pukul kau lagi kan?" Kata JiEun.

"Entahlah, sekarang ni aku redha je. Apa nak jadi, jadilah. Aku dah penat nak fikir." Kata SooA.

"Kau sabar eh, kalau kau ada apa-apa nak cerita. Kau boleh je cerita dengan kitaorang. Tapi please jangan buat benda bodoh." Kata TaeHyung risau.

"Aku tak ada lah sampai macam tu, melainkan bapak aku yang bunuh aku sendiri." Kata Sooa.

"Ishhh kau ni, SooA." Kata JiEun pula.

"Tak payah nak koyak-koyak dah, hari ni aku belanja. Korang ambik je apa yang ada kat kantin tu, aku payung." Bangga JiMin.

"Ushhh, abang kita ni tengah banyak duitlah. JiMin, aku nak dari hujung tu sampai hujung ni." Tunjuk JiEun.

"Agak-agak lah woi!" Marah JiMin.

Rumah Banglo SooA.

"Ha! Aku ingat kau tak tahu dah nak cari jalan balik rumah, dah malam baru nak balik." Perli Tuan Hyun.

SooA hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepalanya. Puan Hyun menghampiri Sooa dan berkata "Hari ni SooA dapat result kan? Ayah nak tengok result SooA tu, ibu tahu SooA boleh dapat nombor satu."

"Tak payah nak cakap banyak, mana result kau?!" Marah Tuan Hyun.

SooA mengeluarkan report cardnya dan memberikan kepada ayahnya.

"Kau dapat nombor dua lagi?! Aku penat-penat bayar yuran tuisyen kau, kau boleh dapat nombor dua lagi?! Kau memang suka menyusahkan aku lah, SooA!" Jerit Tuan Hyun.

"Kau ingat aku senang ke cari duit?! Menyesal aku dapat anak yang bodoh macam kau ni, tak pernah nak senangkan hidup aku! Tahu nak malukan aku je!" Sambung Tuan Hyun.

Tuan Hyun terus memukul SooA menggunakan tali pinggangnya dengan kuat sekali. Puan Hyun pula hanya boleh mendiamkan diri di tepi kerana ia tidak berani untuk mencampur tangan.

Kesakitan yang SooA rasa ketika itu tidak dapat ditahan lagi olehnya. SooA terus menarik tali pinggang tersebut dan mencampakkannya.

"Patutlah kakak aku bunuh diri, sebab dia tak tahan kena pukul dengan binatang macam kau ni!" Marah SooA.

"Kau cakap apa? Kau cakap aku ni binatang, kau sedar tak aku ni siapa?! Aku ni bapak kau, kau tau tak?" Jerit Tuan Hyun.

"Kalau diberi pilihan, aku tak hingin lah nak ada bapak macam kau ni!" Marah SooA lagi lalu berlari keluar dari rumahnya.

"SooA! Kau mari sini kau! Aku dapat kau, siap kau aku kerjakan!" Jerit Tuan Hyun lagi.

Puan Hyun tidak dapat berbuat apa-apa selain menangis.

●●●●●

SooA melarikan dirinya ke taman permainan, ia hanya menangis dan menangis.

"Tak boleh ke bagi aku hidup dengan bahagia, tak boleh ke?  Perlu ke paksa aku macam tu?" Tanya SooA sendiri.

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai jubah berwarna hitam datang menghampiri SooA dan berkata "Dunia ni memang kejam, bagi semua orang kau tu tak penting pun. Kau tak payah lah sakitkan otak kau dengan orang macam ni, lebih baik kau iku cakap aku."

"Oii! Terkejut aku, kau ni pahal tiba-tiba muncul?! Kau ni asal sibuk masalah aku, tak ada kena mengena dengan kau pun!" Marah SooA.

Lelaki tersebut kaku dan mula berfikir sendiri "Dia boleh nampak aku? Macam mana dia boleh......"

"Oii! Aku tanya kau ni, kau siapa? Tiba-tiba je muncul kat sini, kau tak ada kerja lain ke? Kau apa masalah kau? " Tanya SooA untuk kali yang kedua.

"Kau boleh nampak aku?" Tanya lelaki tersebut.

"Kau ingat kau pakai jubah hitam ni aku tak boleh nampak kau lah, walaupun kau tu hantu, aku tetap boleh nam......pak." Jawab SooA.

SooA memandang lelaki itu dari atas hingga ke bawah. Dengan muka yang semakin pucat SooA terus berlari pergi meninggalkan taman permainan tersebut.

Lelaki itu masih terkejut kerana ini merupakan kali pertama seseorang dapat melihat kewujudannya.

Sureumdong Bar

"Serious lah! Kau tak tahu ke yang kalau ada seseorang boleh nampak kau maknanya nyawa kau ada dalam tangan dia!" Kata Jin.

"Aku pernah dengar tapi aku tak percaya sebab tak pernah aku jumpa orang yang boleh nampak aku kecuali perempuan tu." Jawab JungKook.

"Takpe, kau jangan risau. Aku boleh pergi jumpa perempuan tu sekarang juga, aku sedut darah dia sampai kering." Kata Jin sambil menjilat bibirnya.

"Kalau aku nak bunuh dia, aku tak payah suruh kau. Aku boleh bunuh dia sendiri tapi sebelum aku bunuh dia, aku nak tahu macam mana dia boleh nampak aku." Kata JungKook.

"Aku ni vampire yang setia kawan tau, aku tahulah kau paling hebat antara semua hantu. Tapi janganlah sampai lupa kawan kau yang hensem ni." Kata Jin.

"Halah mamat ni, koyak-koyak pula, kau ingat kau comel lah. Kau jangan sampai aku bunuh kau buat kali yang kedua." Kata JungKook pula.

"Pasal perempuan tu kau nak buat macam mana? Kalau kau nak aku tolong kau, kau cakap je apa yang aku boleh tolong." Kata Jin.

"Tapi kan JungKook kau tak takut ke kalau perempuan tu betul-betul boleh bunuh kau?" Tanya Jin.

"Kau ingat aku ni jenis yang takut orang ke? Sebelum dia bunuh aku, aku akan pastikan aku yang bunuh dia dulu." Jawab JungKook.

"Suka hati kau lah, jangan nanti aku dengar syaitan yang paling agong dalam dunia kita kena bunuh dengan seorang manusia perempuan sudah lah." Perli Jin.

"Mulut kau tu dah lama guna ke?" Tanya JungKook dengan nada yang agak marah.

Walaupun JungKook terlihat tenang, hatinya tidak tenang mengenangkan gadis tersebut.

●●●●●

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top