Bab 7 Sama-sama Terluka
Di ruangan pejabat daim....
Alisya : aku ada benda nak cakap ni.
Daim : apa dia?
Alisya : sebenarnya aku .....
......,.................................................................
3 hari sebelum... Di cafe,.. waktu tengahari..
Alisya : awak makan sikit betul.
Faruq : biasa lah. Diet. Perempuan mana suka laki buncit. Dia nak sado.
Alisya : tak semua tahu.
Daim masuk dalam kafe itu,..
Alisya : (senyum) Daim !
Daim hanya tersenyum. Dia memesan makanan.
Faruq : jangan panggil dia. Kesian dia seorang je. Tak ada teman.
Alisya : ala kita lah teman dia.
Daim : woo , sikit makan?
Faruq : haha diet. Kau banyak makan.
Daim : banyaklah. Selagi boleh makan kita makan. Nanti dah tua. Tak banyak yang boleh makan.
Faruq : lagi sakit nanti.
Daim : orang jaga pemakanan macamana pun , nanti dah tua sakit juga.
Alisya : lain ye pemikiran kau. Aura kau lain macam. Hahaha.
Alisya terus memandang Daim.
Faruq : ehem!
Alisya : haha tahu takut.
Daim : anisa mana?
Di dalam bilik Anisa....
Anisa : argghhh! (Terbangun dari tidur)
Kelihatannya Anisa baru sahaja bermimpi buruk.
Anisa : (pegang kepala) kenapa ni? (Menghela nafas) sejak kebelakangan ni aku selalu mimpi buruk.
Petang itu, Daim menghantar Alisya pulang ke rumahnya.
Alisya : kau tahu tak? Faruq tak pernah tahu yang kau selalu hantar aku balik.
Daim : haish kau jangan. Cakap lah kat dia. Nanti dia marah macam mana?
Alisya : nanti aku cakap lah.
Daim : huh, dah berapa bulan ni baru nak cakap..
Alisya : syuhhh! Aku nak tidur.
Daim : eh teman lah aku. Kampung kau jauh lagi ni.
Alisya : kampung kau dengan aku kan sama.
Dia mengecilkan mata nya ke arah Daim. Malam itu mereka sampai di kampung. Daim yang menghantar Alisya itu di jenput masuk. Pada awalnya dia hanya ingin meminum air di rumah Alisya tetapi dia baring dan terus tertidur.
Mak Alisya : kesian kawan kau. Yang pergi susahkan orang kenapa?
Alisya : alaaa kampung dia dekat dengan kita. Dia kan kawan sekelas sya dlu.
M. A : tak pernah nampak pun datang beraya?
Alisya : hehe dulu dia suka seorang diri. Sekarang dah jadi bos, tak kan nak menyendiri lagi.
M. A : ohh habis macam mana ni? Kejut kan dia?
Alisya : biar lah dia. Dia nak rehat. Esok dia bangun la tu.
M. A : pergi ambil bantal dengan selimut tu. Lepas tu mandi.
Keesokkan nya, Eko menyentuh dan menggeselkan tangan nya pada muka Daim. Daim tersedar.
Daim : ahhh ! Aku tertidur!
Dia memandang sekeliling. Hari sudah pagi. Alisya menghampirinya.
Alisya : pergi sarapan dulu kalau nak balik.
Daim : Alisya dengan baju biasa berwarna pink.....
Alisya : pergi cepat. Apa lagi termenung.
Selesai makan dia terus balik ke kampung halaman nya. Tidak jauh dari kampung Alisya. Dalam 5 minit sampai.
Daim : kenapa lah aku boleh tertidur pula? Buat malu lah.
Daim sampai di rumah. Memang sepi waktu itu. Kerana semuanya telah berkerja jauh. Tinggallah ibu dan ayahnya di sana. Mereka amat gembira dengan kepulangan Daim. Niat Daim ingin meluangkan masa dengan mereka. Jadi dia membawa mereka berbelanja. Tapi di supermarket itu, Daim berjumpa dengan Alisya.
Daim : kau lagi?!
Alisya : haha mana kau pergi mesti jumpa aku.
Ibu Daim : jodohlah tu.
Daim : dia dah tunang bu.
Ayah daim : haha sayang, ini kali pertama ada perempuan dekat dengan kamu.
Daim : mana ada.
Kata Daim dengan malu.
I. D : esok daim ajak kami ke pantai. Kamu nak ikut tak errr siapa nama tadi..
A. D : alisya.
I. D : haaa alisya. Nak ikut tak?
Alisya : boleh juga.
Seperti yang di rancang, mereka pergi ke pantai pada keesokan harinya. Cuaca amat baik sekali. Mereka mandi di pantai itu.
Alisya : hahaha kau ni macam budak-budak lah .
Daim : eh biarlah. Nama pun berseronok.
Alisya teringat akan temujanji nya dengan Faruq. Mereka berdua hanya berjalan-jalan di tepi pantai.
Alisya : untung siapa yang dapat kau?
Daim : what?
Alisya : tak ada apa-apa.
Daim : jom ikut aku.
Daim baring di atas pasir.
Daim : tanam badan aku. Sejuk pasir ni.
Alisya : haha nah ambil ni!
Separuh badan Daim telah di tanam.
Alisya : yang ni nak tanam tak?
Daim : errrr.. ehh tak yah.. jangan sentuh!
Daim terus terbangun..
Daim : hmm apa lagi ye yang biasa aku buat?
Alisya : apa lagi?
Daim : haaa cari siput. Kalau nasib baik boleh dapat ketam, sotong, dengan belangkas.
Alisya berseronok dengan luangkan masa dengan mereka. Eko cuma berjalan di tepian pantai. Eko seekor kucing yang setia. Dia tidak beranjak dari tempatnya walaupun hanya melihat mereka bergembira. Kadangkala ada ikan kecil berenang melaluinya, dia cuba menangkap tapi dia melompat bila terkena air.
Akhirnya cuti 3 hari mereka habis dan pulang ke bandar yang penuh kesibukan.
"Seseorang yang bersamaku menghabiskan waktu"
Di rumah Daim, seperti biasa di berehat di katilnya dan termenung menghadap syiling.
Daim : pertama kali ada seseorang yang bersamaku sehari suntuk. Aku tak pernah terfikir masa seperti itu akan ada. Dulu aku selali berfikir takdir aku kejam. Malah pernah berfikir yang aku akan terus menyendiri tapi hari demi hari kehidupan aku berubah. Betullah kata orang, usaha untuk berubah itu mengdatangkan hasil bahagia. Nanti dulu ! Perasaan apa ni? Bahagia? Bukan.. ini rindu.
Telefon Daim berbunyi. Panggilan dari Alisya.
Alisya : aku tertinggal baju kesayangan aku kat kampung. Aduhh..
Daim : alaa nanti beli baru.
Alisya : mana boleh. Tu baju lama.
Daim : suruh je mak kau post.
Alisya : eko mana?
Daim : ada ni. Kenapa.
Alisya : aku ingat eko pun tertinggal tadi. Hahaha.
Daim : kalau dia tertinggal aku sanggup patah balik. Hahaha.
Alisya : kalau aku ?
Daim : aku terus je.
Alisya : kejamnya. Ok lah nak tidur.
Daim : ok . Bye..
Daim : baru sekejap rindu. Dah call. Sakit rindu tak mampu di ubati dengan sepenuhnya. Satu-satunya ubat untuk rindu adalah pertemuan.
Alisya : telefon Faruq la.
Faruq mengangkat panggilan itu.
Faruq : ya ade apa sayang?
Alisya : baju saya tertinggal lah kat kampung. Huhuhu macam mana ni.
Faruq : ohh ala nanti kita beli baru ye.
Alisya : kalau awak , sanggup tak pergi ambilkan.
Faruq : kalau awak suruh , saya sanggup pergi. Hehe. Tak sayang la kalau tak pergi.
Alisya : hehe, ye la. Dah nak tidur. Esok kerja.
Faruq : ok bye ye.
Alisya : berbual dengan Daim paling selesa.
Di ruangan pejabat..
Daim : sorry, aku tolak. Kau dah tunang.
Alisya meluru keluar dari pejabat itu. Dia pergi tinggalkan pekerjaannya. Dia menangis sewaktu keluar dari pejabat. Apa yang dia fikirkan? Daim dapat melihatnya dari jendela cermin meninggalkan syarikat Neko.
Daim : huh. Dia mesti bergurau. Nanti ok lah tu.
"Itulah yang ingin aku percaya"
Bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top