Bab 6 Naif Girl
Daim berada di pasaraya kerana barang dapur dan kegunaan nya hampir habis. Biasanya dia akan membeli barang dapur untuk sebulan. Kerana sibuk dia lambat membelinya. Entah bagaimana dia bertemu dengan Anissa di situ.
Anisa : hei, kau beli barang ke?
Daim : eh tak lah, tengah ambik angin. Dah tahu tanya lagi..
Anisa : haha kelakarlah kau ni.
Daim : banyak betul barang kau beli. Dah nak penuh tu.
Anisa : biasalah bujang kena beli barang persediaan sebelum duit habis. Haha.
Daim : (berkerut memandang Anisa) err ok. Kenapa bawa bakul je?
Anisa : troli ada ke?
Daim : kan ada kat depan tu!
Anisa : oh.. alang-alang ni, jom lah jalan sama.
Daim : ok. Boleh juga. (And boleh tahan juga dia ni).
Anisa gadis muda setahun dari Daim. Dia berkaca mata dan berambut pendek aras bahu. Memiliki senyuman indah dan perwatakan dia?...
Anisa : beras aku lupa ambil.
Dia meletak kan seguni beras di dalam bakulnya yang kecil itu.
Anisa : tak muat lah. Haa letak dalam ni.
Daim : ehhh kenapa pula ni? Ni troli aku.
Anisa : tumpang sekejap.
Mereka berdua bersama mencari barang keperluan. Di luar pasaraya,..
Anisa : mana Alisya?
Daim : manalah aku tahu. Aku bukan laki dia.
Anisa : cehhhh, jealous eh?
Daim : no ! Aku kawan dia. Kau ni, mana kawan kau?
Anisa : maksud kau boyfriend kan? Kan ?
Daim : err lebih kurang.
Anisa : aku sama macam kau. Masih mencari.
Daim : ohh.. haha welcome to my club.
Anisa : kau ada klub bujang ke? Aku baru laaaa.
Wajahnya seperti terperanjat kerana menyangka klub tersebut memang wujud.
Daim : aduh mana ade..Apa lah kau ni?
Anisa : cis, kau mempermainkan aku.
Daim : mana ade. Aku kan bergurau. Kenapa kau ni?
Anisa : jangan lah marah.
Daim : ohh sorry. Aku jarang marah.
Anisa : tak pe. Bye.
Anisa meninggalkan Daim dengan membawa barang yang berat itu.
Daim : lelaki jenis apa aku ni kalau tak tolong dia.
Daim pun cuba membantu.
Anisa : tahu takut.. huh!
Daim : eh eh dia ni.. kau park mana kereta kau?
Anisa : what do you mean?
Daim : ah sudah.
Akhirnya Daim juga yang menghantarnya pulang ke rumah. Beberapa hari kemudian, Alisya pindah rumah yang berdekatan tempat dia berkerja. Sewa rumah pun murah berbanding tempat dia sebelum ini. Rumah flat tingkat 3. Rumahnya berada di belah kiri manakala di sebelah kanan rumah kosong. Dikatakan rumah kosong itu empunya tuan rumah yang dia sewa.
Alisya membuat jamuan kecil-kecilan di rumah barunya. Dia mengajak beberapa kawannya. Daim datang lewat kerana masih bekerja.
Daim : kau seorang je ke?
Anisa : hei daim!
Alisya : dengan dia. Haha
Daim : hurmm dia ni. Mana tunang kau?
Alisya : dah balik. Esok dia kerja awal pagi.
Dayah : eh daim lambat kau datang.
Mira : wah, si pendiam.
Daim : ..........
Dayah : hahaha dia masih diam.
Mira : mungkin kau kena cari wanita yang biasa dengan kau.
Dayah : ok lah. Kami nak balik.
Mereka pun pulang. Tinggal lah mereka bertiga di dalam rumah itu.
Daim : ahhh kenyangnya. Lama aku tak rasa masakan orang.
Anisa : Habis kat kedai tu bukan orang ke masak? Ada mesin ke?
Daim : kau tengok kawan kau. Naif betul.
Anisa : hei !
Alisya : tak baik tahu. Haha.
Daim : ye la. Sorry. Hari pun dah lewat. Mungkin lambat aku datang kerja esok.
Alisya : haaa ye la. Anisa naik apa?
Anisa : tadi naik teksi..
Alisya memandang Daim. Wajahnya mengisyaratkan supaya menghantarnya pulang.
Anisa : ermm nak naik apa ya. Bas ada lagi tak malam-malam ni?
Walaupun naif, dia masih berjaga-jaga untuk tidak menaiki teksi, uber mahupun grab pada lewat malam.
Daim : haa jom lah. Aku hantar.
Dalam kereta, mereka dalam perjalanan pulang.
Daim : kau tak kerja ke?
Anisa : tak.
Daim : tak kan kau nak harapkan kakak kau sara hidup kau?
Anisa : bapa aku kaya.
Daim : oh nanti kau ke yang jadi pewarisnya?
Anisa : maybe. Tapi aku suka hidup biasa.
Daim : haa bagus lah. Tak ramai orang kaya macam ni. Tapi hati-hati lah dengan lelaki. Aku yang laki pun suruh kau berhati-hati tahu?
Anisa : haha tak kan ada lelaki yang nak aku.
Daim : kenapa?
Anisa : sebab aku pelik....
Daim : pelik macamana?
Anisa : ....... Haa dah sampai.
Daim berhenti di depan pagar rumah dan Anisa terus keluar dari kereta Daim.
Daim : macam ada rahsia budak ni...
Keesokkannya, waktu tengah hari..
Daim : fuh aku lambat! Orang lunch , aku baru sampai.
Dia terserempak dengan Alisya. Wajahnya layu. Kelihatan hitam di tepi matanya.
Daim : kau kenapa? Ok tak?
Alisya : tak cukup tidur.
Daim : kenapa?
Alisya : nanti lah aku cerita. Aku nak makan cepat and tidur.
Petang itu, Faruq pulang dahulu. Alisya menunggu Daim di Cafe.
Daim : cik macam biasa ye. Bungkus.
Alisya : woi daim.
Daim : eh? Cik cancel, saya minum sini.
Selepas mendapat pesanan dia terus ke meja Alisya.
Daim : kau tak balik dengan Faruq ke?
Alisya : dia rumah jauh. Baik naik kau. Dekat sikit.
Daim : ewah-ewah, ingat aku ni pemandu peribadi ke? Boleh je dia hantar kau. Kan satu hala je.
Alisya : ya tahu tapi aku ada benda nak cerita.
Daim : haa ceritalah.
"Seseorang yang bercerita"
Alisya : semalam... Aku kena kacau.
Daim : siapa? Ni mesti budak-budak flat ni. Nak kena report tu.
Alisya : bukan. Orang rumah sebelah aku.
Daim : (telan air liur) bukan ke rumah sebelah kau kosong, tak ada orang.
Alisya : itu lah. Tapi aku asyik denga. Bunyi macam benda jatuh. Kerusi kot. Lepas tu dengar orang mengerang kesakitan.
Daim : ......... Haish kau ni. Naik bulu roma aku ni. Seseorang ke teman kau.
Alisya : Faruq ke? Hihi
Daim : eee gatal. Huh! Anisa kan ada.
Mereka menelefon Anisa. Dari nadanya dia berkata " dengan pantas aku datang"... Beberapa minit kemudian dia sampai.
Daim : so? Macamana? Boleh tak?
Anisa : mulai dari hari ni, aku akan jadi teman serumah Alisya.
Daim : kalau macam tu, bayarkan ni semua.
Anisa : ok, kak, kira semua ni!
Alisya : ehhhh dia gurau je.
Anisa : cih..
Daim : hahahaahaha.. apa lah , ni kan cafe layan diri. Ingat kedai mamak ke?hahaha.
Anisa : sebagai balasan, Daim kena ikut.
Daim : hahaha (terdiam) what? Say again? What?
Anisa : kau kena ikut. Kita selesaikan malam ni juga.
Daim : fuh kau jangan..
Akhirnya, Daim juga yang harus mengikuti mereka. Pintu rumah itu tidak berkunci. Sewaktu mereka masuk kedalam rumah itu, ada kelibat yang melintasi depan mereka dengan pantas.
Daim : Haaa kau nampak tu? Jom balik.
Alisya : jom la.
Anisa : nanti kejap !
Dia membuka cermin matanya. Dia menyentuh Daim dengan Alisya. Alangkah terperanjatnya mereka melihat seseorang yang sedang membunuh diri dengan gantung diri. Orang itu naik kerusi itu dan gantung diri. Mayat itu tidak bergerak lagi.
Daim : cik ?
Daim berjalan perlahan menuju ke mayat itu. Di dinding itu tertulis "zam love Hanna".
Alisya : hati-hati Daim.
Mereka berdua mengikuti Daim dari belakang. Daim berhadapan dengan mayat bunuh diri itu. Matanya terbuka. Daim memerhati wajah cantik mayat itu. Kemudian matanya bergerak memandang Daim. Dia terus jatuh terduduk. Mereka menjerit dan mayat itu hilang. Namun Anisa memanggilnya kembali.
Daim : apa kau buat?! Jangan !
Hantu tadi mencul di tengah-tengah mereka.
Anisa menyentuh bahu hantu itu. Terpapar sesuatu di matanya berkisarkan masa lalu Hanna.
Anisa : wanita ni dulu memiliki seseorang yang dia sangat harapkan. Dia adalah harapan hidupnya. Sentiasa bersama hari ke hari. Hinggalah si Zam ni memutuskan dia.
Alisya : kejamnya..
Anisa : lelaki itu menyuruh hannah ni buktikan cintanya baru lah dia akan kembali.
Hantu itu bersuara ...
Hannah : tapi dia tak pernah kembali. Dia tidak mati dan masih hidup bahagia!!
Daim : tu salah kau, bukan salah dia.
Airmata muncul di wajah cantiknya yang pucat.
Alisya : sabarlah. Aku tahu kau tak tenang. Tapi kau kena jaga hati jiran kau. Aku tak cukup tidur semalam.
Hannah : aku akan terus menghantui tempat ni.
Daim : errr, saya faham awak marah. Saya juga marah. Tapi dalam dunia ni banyak lelaki lain. Kalau di tinggalkan awak sebab benda bodoh tu awak patut lupakan dia. Orang seperti awak boleh dapat yang lebih baik. Dengan membuktikan seperti ini, apa yang awak terima? Lebih baik sedia saja di sana.
Hannah : betul ke?
Daim : ya. Tunggu saja di sana. Pastu ada.
Hantu itu tersenyum dan menghilang.
"Menolong seseorang supaya menunggu seseorang, padahal diri sendiri masih menunggu seseorang"
Anisa memakai semula cermin matanya dan tersenyum. Mereka berjalan keluar dari rumah itu. Alisya masuk ke rumahnya untuk menyiapkan makanan. Anisa dan Daim masih di luar. Anisa masih tersenyum memandang langit.
Daim : kenapa kau ni?
Anisa : hebat lah kau tadi. Dapat mengubah fikiran orang lain.
Daim : haha tu saja yang terlintas.
Anisa : cinta bukan di buktikan dengan kematian.
Daim : ha?
Anisa : tahu tak itu sebenarnya bukan hantu. Mereka adalah jiwa yang tak tenteram kerana merasa penyesalan dalam hidup. Roh sememangnya sudah diangkat selepas mati. Yang tinggal jiwa dan ingatan orang yang mengingat si mati.
Daim : ohh. Tak sangka lah. Rupanya kau boleh nampak hantu.
Anisa : habis kau ingat aku guna cermin sebab rabun ke? Haha. Ni untuk halang kelihatan ke enam aku.
Daim : eh kau tak pernah cakap pun. Jadi kalau kau keluar baru pakai ke?
Anisa : ya, sebab ni la aku single. Hahaha. Bukan apa, ramai mati di jalanan. Tu yang aku malas tengok. Kesian. Kalau macam ni, sekurang-kurangnya normal hidup aku.
Daim : keluarga kau tahu tak?
Anisa : tahulah.
Daim : hehe kau seorang yang jujurkan?
Anisa : mana ada....
Alisya : wah buat drama dua duaan pulak kau orang ni. Dah jom masuk. Makanan dah siap.
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top